Friday 29 January 2010

Najib Lancar Alat Berwudhu Automatik Pertama Dunia

KUALA LUMPUR, Jan 29 — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi melancarkan alat berwudhu automatik pertama dan satu-satunya alat di dunia, ciptaan rakyat Malaysia yang inovatif untuk kegunaan umat Islam global.

Pada majlis itu, Najib menandatangani sebuah plak melambangkan pelancaran peranti itu di sebuah hotel di sini.

Perdana Menteri kemudiannya melihat demonstrasi penggunaan alat yang dicipta oleh juruterbang dan jurutera penerbangan, Anthony Gomez yang kini merupakan seorang ahli perniagaan.

Gomez merekabentuk alat mengambil air sembahyang itu.

Sistem pengambilan wudhu itu direka bagi membolehkan seseorang individu berwudhu dalam posisi berdiri mengikut ajaran kitab suci al-Quran.

Alat ini mempunyai sensor yang akan mengeluarkan sukatan air yang tepat, selain sistem elektronik canggih untuk pengeringan segera dan ia berupaya memperdengarkan bacaan doa yang dirakamkan untuk sebelum dan selepas mengambil wudhu.

Gomez berkata beliau mendapat idea untuk mencipta alat itu sewaktu mengembara menaiki feri di Jordan pada 2006.

“Apabila saya memasuki tandas di dalam feri itu saya melihat kira-kira 40 orang sedang mengambil wudhu di dalam sinki... saya kemudian memutuskan untuk mencari satu kaedah lebih baik dan mereka alat khas untuk umat Islam berwudhu,” katanya.

Ia mengambil masa dua tahun untuk Anthony membangunkan alat itu dan membelanjakan lebih US$2.5 juta untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pembangunan prototaip.

Gomez, yang merupakan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif AACE Technologies Sdn Bhd, syarikat yang mengeluarkan produk itu berkata sewaktu proses pengeringan ia berupaya mengurangkan kos penyelenggaraan dan dapat menghindar umat Islam daripada sakit akibat kesan lembapan dan jangkitan daripada permaidani dan kawasan sekeliling.

Katanya alat itu yang dianggarkan berharga RM10,000 setiap set dijangka berada di pasaran dalam tempoh enam bulan lagi dan syarikat itu yang beroperasi di Petaling Jaya telahpun menerima tempahan awal dari Arab Saudi dan Kuwait selain menerima banyak pertanyaan dari negara-negara Timur Tengah.

Alat itu, katanya mempunyai ciri-ciri mesra alam dan menjimatkan 1.3 liter air setiap kali berwudhu, bersih dan dapat mengatasi kesesakan di dalam bilik wudhu. — Bernama

Monday 25 January 2010

Serangga Paling Bahaya Didunia. Bagaimana Menyelesaikan?



BAHKAN, untuk merakam gerakan yang segitu cepat, pengkaji perlukan kamera dengan kemampuan merekam gambar 40,000 frame perdetik. Anai-anai atau disebut juga rayap. Rayap Panama menggigit mangsa menggunakan sepasang sepit di rahang yang secara ilmiah sering disebut mandible.

“Banyak serangga yang bergerak lebih cepat daripada kemampuan mata manusia untuk melihat, jadi kami tahu kalau perlu kamera kecepatan tinggi untuk merakam perilakunya,” ujar Marc Seid dari Institut Riset Tropis Smithsonian yang melaporkan hasil penelitiannya dalam jurnal Current Biology edisi 25 November. Meski demikian, ia mengaku tak menyangka secepat itu gigitan rayap Panama.





Dengan gigitan secepat itu, serangga tersebut mungkin dapat membinasakan mangsanya dalam sekali serang. Gigitan yang cepat juga menjadi alat pertahanan diri kerana dengan ukuran tubuh yang kecil, rayap Panama harus mencari cara menghasilkan energi yang besar untuk melawan musuhnya.


Sepit yang besar dan serangan yang cepat efektif untuk pertarungan jarak dekat. Hal tersebut serig dilakukannya dengan musuh-musuhnya kerana rayap lebih banyak berkeliaran di gorong-gorong yang sempit dan tak cukup banyak ruang bergerak.

“Mereka sepertinya menyimpan energinya di mandiblenya namun kami masih belum tahu bagaimana mereka melakukannya. Itu menjadi pertanyaan berikutnya,” ujar peneliti lainnya Jeremy Niven.

Untuk menghadapi masalah rayap atau anai-anai sendoiri secara profesional dan mudah, sila ilkuti terus weblog ini.

Tuesday 12 January 2010

Kenali Musuh Anda - Anai-Anai

Anda boleh menjalankan pemeriksaan sendiri bagi mengenal pasti samada rumah anda telah diserang anai-anai atau tidak. Untuk menjalankan pemeriksaan sendiri, apa yang anda perlukan adalah peralatan asas yang kebanyakan rumah mempunyainya. Peralatan tersebut adalah:

1. Lampu suluh
2. Pemutar skru

Dengan menggunakan 2 peralatan tersebut di atas, mulakan pencarian anda terhadap kesan-kesan serangan anai-anai pada tempat-tempat yang disenaraikan seperti di bawah.

1. Kerangka Pintu
2. Kerangka tingkap
3. Parquet atau lantai kayu
4. Skirting kayu.
5. Siling rumah
6. Binaan Kabinet Kayu
7. Wardrobes
8. Stor

Anda perlu mencari kesan-kesan seperti yang disenaraikan di bawah ini.

1. Laluan Anai-anai
Ia merupakan kesan laluan yang diperbuat daripada selut yang berpasir. Laluan yang dibina oleh anai-anai biasanya adalah bersaiz pensil. Kita dapat mengesan laluan tersebut pada dinding rumah yang biasanya muncul keluar dari kerangka pintu atau tingkap, dari skirting lantai atau dari perabot.

Kadangkala kita dapat melihat ada kesan berpasir di celah-celah rekahan skirting lantai atau rekahan kerangka pinti atau tingkap.

Perlu diingat, anai-anai menyukai tempat yang sejuk dan gelap dan berair. Jika anda terjumpa kesan terowong selut yang telah kering, berkemungkinan anai-anai telah meninggalkan laluan tersebut dan tidak aktif, namun untuk memastikannya anda boleh merobek sedikit sepanjang laluan tersebut untuk memerhatikan jika terdapatnya anai-anai di dalam laluan itu.

Terowong laluan anai-anai yang dirosakkan akan dibaiki oleh anai-anai dengan cepat dalam masa sejam sahaja atau lebih.

2. Kesan Perubahan Warna / Texture Pada Bahan Kayu
Perhatikan pada perubahan warna kayu pada lantai paquet, skirting, kerangka pintu, kerangka tingkap dan lain. Contohnya warna yang berubah dari coklat gelap kepada coklat cerah. Perhatikan juga perubahan texture yang ketara daripada kayu-kayu yang lain pada tempat yang sama.

3. Rekahan atau Lubang
Lihat dengan teliti jika terdapat sebarang rekahan pada tepi kerangka berkayu di rumah anda dan suluh dengan lampu suluh jika terdapat selut berpasir di dalam rekahan tersebut.

Dengan menggunakan pemutar skru, cucuk atau ketuk perlahan-lahan dan lihat jika terdapatnya lubang pada kayu yang diketuk. Bezakan bunyi yang keluar dari ketukan anda jika terdapat bunyi seperti ada ruang kosong di dalam kayu yang diketuk.

Anai-anai biasanya akan bekerja dengan aktif pada dalam kayu yang dimakan dan meninggalkan lapisan luar kayu tersebut tanpa diganggu. Kita cuma dapat melihatnya apabila kita mencucuk kayu tersebut dengan pemutar skru sahaja, yang biasanya akan menerobos masuk ke dalam. Berikan perhatian anda pada tempat-tempat yang jarang kita lalu.

Walau bagaimanapun kadangkala bahagian bawah kerangka pintu berlubang disebabkan kesan air dan bukan disebabkan anai-anai.

4. Bunyi Anai-anai - "Tik-Tik-Tik"
Pasang telinga anda pada bunyi tik-tik tik. Bunyi tersebut keluar daripada aktiviti ani-anai yang mencaput satu persatu atau memecahkan structure kayu. Anai-anai juga kadangkala menghempaskan kepalanya pada kayu bagi memberikan isyarat bahaya pada rakan-rakan yang lain yang juga menghasilkan bunyi tik-tik-tik.

Jika anda terdengar bunyi seperti diatas, cucuk sedikit tempat dari mana datangnya bunyi tersebut dengan pemutar skru, jika terdapat anai-anai keluar dari situ bermakna kawasan tersebut telah diserang anai-anai.

5. Kehadiran Kelkatu
Satu lagi tanda kehadiran anai-anai adalah apabila anda melihat banyaknya kelkatu keluiar dari tempat tertentu. Kelkatu akan keluar dari kawasan sarangnya bagi membina koloni yang baru. Anda juga boleh melihat serakan sayap kelkatu pada sesuatu kawasan bagi mengenal pasti serangan ani-anai.

Setelah anda pasti bahawa terdapatnya anai-anai menyerang rumah anda, apakah yang anda perlu lakukan?

Perhatian!

Jangan sembur tempat tersebut dengan aerosol atau apa-apa saja cecair bahan kimia yang lain, jangan vacum kawasan terowong anai-anai tersebut atau rosakkan keseluruhan kayu yang telah dimakan anai-anai. Anda perlu sebaliknya mengekalkan kawasan tersebut, tutup lubang atau rongga yang ada dengan tape.

Dapatkan DIYTermite untuk dipasang pada kawasan serangan anai-anai. DIYTermite bersedia untuk menghapuskan keseluruhan koloni anai-anai yang telah menyerang rumah anda tersebut.

Dengan hanya mengambil masa 10 minit anda dapat menjimatkan ribuan ringgit untuk menghapuskan anai-anai secara profesional dengan melakukannya sendiri.

DIYTermites


Memperkenalkan DIYTermites ! Sistem penghapusan koloni anai-anai yang amat berkesan.

Anda jimat ribuan ringgit dengan memasang sendiri DIYTermites bagi menghapuskan serangan anai-anai pada rumah anda.

Hanya mengambil masa 10 minit, dan dengan 4 langkah yang mudah, anda boleh menyelesaikan serangan anai-anai dalam masa 2 hingga 3 minggu.