Tuesday 25 February 2014

McDonalds Didenda AUD $15,000 Kerana Menindas Pekerja.

abc news
AUSTRALIA - Sebuah gerai francais segera di Rockingham , Australia Barat didenda AUD $ 15 ribu kerana melanggar syarat menggaji pekerja remaja .

Seorang gadis berusia 14 tahun yang bekerja di gerai tersebut mengaku perlu bekerja selama 15 jam ketika mendapat tugas jaga atau shift malam , dan bahkan pernah juga bekerja sampai lewat tengah malam padahal besoknya harus bersekolah .


Kementerian Perdagangan kemudian berinisiatif memfailkan saman undang-undang terhadap McDonald . Menteri Perdagangan , Michael Mischin menggambarkan kes ini sebagai sesuatu yang sangat mengerikan .


Ini merupakan ke - 5 kalinya restoran francais McDonalds divonis bersalah kerana melanggar undang-undang mengenai pekerja remaja . Keputusan terakhir diterima McDonalds atas pelanggaran sejenid pada tahun 2007 lalu .


Di Australia gerai francais segera dibolehkan menggaji remaja berusia antara 13 dan 15 tahun , tapi mereka tidak dibolehkan bekerja lewat dari pukul 10 malam atau sebelum pukul 06.00 di pagi hari . (ABC news)

Monday 24 February 2014

Herba: Buah... Eh, Malu Nak Sebut. Khasiatnya, Huuu ...

BUAH ini masa mudanya hijau, bila masak berwarna hitam. Kalau nak makan dipecahkan kulitnya, isinya kehitam-hitaman, berlapis-lapis macam asam keping, rasanya pahit-pahit manis. Kebiasaannya isi buah ini dimakan mentah dan bijinya direbus untuk dijadikan penawar..
Namanya buah 'Kote Mamak' (KM). Sejenis tumbuhan atau buah ini dalam bahasa saintifiknya dikenali sebagai 'Samanea Saman'. Tumbuhan atau buah ini, diburu kerana kaya dengan khasiat semulajadi. Ia dikatakan mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit termasuklah darah tinggi dan kencing manis.
Sejarah, mengapa disebut 'kote mamak', tak tahulah. Kata orang tua-tua bijinya boleh dibuat ubat seperti di atas. Minyaknya pula dipercayai boleh diurut pada senjata lelaki supaya menjadi lebih besar, panjang dan power. 


Tumbu subur di pinggir hutan, buahnya bergayutan di pohon.

Buah ini dikatakan berasal dari Kepulauan India. Di Malaysia ,ia membiak liar di pinggir hutan dan jalan. Ketinggian pokoknya boleh mencapai sehingga 50 meter. Ia dikategorikan sebagai buah-buahan bermusim iaitu di antara bulan Ogos hingga Oktober. Pokoknya boleh ditanam dengan menggunakan biji benih dan keratan batang. 

By HMH HERBA

Lihat herba-herba seterusnya.. 
E-Buku IH-81: Herba

Wednesday 19 February 2014

Syed Mokhtar, anak Mahathir tersenarai antara 10 terkaya di Malaysia




Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (gambar) dan anak bekas perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir tersenarai 10 individu terkaya di Malaysia menurut majalah perniagaan, Malaysian Business.

Dalam satu kenyataan media hari ini, majalah tersebut menyenaraikan kedua proksi Tun Dr Mahathir Mohamad tersebut masih kekal dalam senarai 'Top 40 Richest Malaysian 2014'.

Syed Mokhtar berada di tangga keenam, jatuh satu anak tangga dengan jumlah kekayaan mencecah RM11.07 bilion.
"Syed Mokhtar jatuh ke tangga keenam walaupun kekayaannya naik 4.43% berbanding RM10.6 billion tahun lepas," kata Malaysian Business dalam kenyataan media.
Syed Mokhtar merupakan jutawan yang memiliki beberapa pelabuhan melalui MMC Corp Bhd, termasuk Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor.

Beliau juga mempunyai kepentingan dan aset dalam syarikat kejuruteraan MMC Corporation dan Malakoff Berhad, iaitu IPP, syarikat pembekalan elektrik dan Gas Malaysia.
Selain itu, Syed Mokhtar juga menguasai komoditi gula dan beras.

Mokhzani pula berada di tangga kesembilan dengan jumlah kekayaan RM4.22 billion, naik empat anak tangga berbanding tahun lepas.
"Datuk Mokhzani Mahathir menerusi syarikatnya, SapuraKencana Petroleum berada pada kedudukan kesembilan dengan aset bernilai RM4.22 billion.
"Beliau berada pada tangga ke-13 tahun lepas, dengan jumlah kekayaan RM2.63 billion," kata majalah tersebut.
Mokhzani merupakan anak bekas perdana menteri paling lama negara serta terlibat secara aktif dalam politik bersama parti pemerintah Umno.
Dalam kenyataan itu lagi, keseluruhan hasil kekayaan 40 individu tersebut meningkat lebih 10% tahun ini, disumbangkan oleh pasaran saham yang baik.
"Jumlah terkumpul keseluruhan bernilai RM217.82 billion setakat 18 Januari 2013, meningkat sebanyak 11.73% berbanding RM194.86 billion setahun lalu," kata majalah tersebut lagi dalam edisi bertarikh 16 Februari 2014.

Majalah tersebut menyifatkan peningkatan kekayaan tersebut disumbangkan oleh pasaran saham dan kadar inflasi yang meningkat pada tahun lalu, susulan beberapa pemotongan subsidi oleh kerajaan pusat.
"Keseluruhan peningkatan kekayaan ini disumbang oleh pasaran saham dan kenaikan inflasi, memandangkan kekayaan mereka berasaskan pegangan saham.
"Ia juga bersangkutan dengan prestasi syarikat dan perkembangan ekonomi Malaysia yang positif sejak 12 tahun lalu," katanya lagi.

Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong  serta memiliki rangkaian hotel lima bintang di rantau ini, mengekalkan kedudukannya sebagai individu terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM54.48 billion, naik daripada RM46.1 billion pada tahun lepas.
Beliau disusuli taikun, T Ananda Krishnan, yang memiliki kekayaan bernilai RM33.19 billion menerusi aset yang dipegangnya dalam Usaha Tegas Sdn Bhd.

Senarai itu juga mencatat dua individu terkaya yang kembali berada dalam senarai 40 orang tersebut.
"Dua individu kembali ke dalam senarai tahun ini. Datuk Tony Tiah daripada TA Enterprise berada di tangga ke-38 dengan aset bernilai RM589.14 juta, manakala Tan Sri Rozali Ismail daripada Puncak Niaga berada di tangga 40 terkaya dengan RM543.74 juta," kata majalah itu lagi.

Senarai penuh 40 taikun dan perincian kekayaan masing-masing disiarkan dalam majalah itu.
Seperti tahun-tahun lepas, kekayaan 40 individu dalam senarai itu dinilai berdasarkan pegangan kepentingan masing-masing dalam syarikat tersenarai.
Malaysian Business diterbitkan Berita Publishing Sdn Bhd. – 19 Februari, 2014. (TMI)

Malaysia paling digemari pelancong Islam, kajian syarikat Singapura


Malaysia menjadi negara yang paling digemari oleh pelancong Islam dari seluruh dunia, menurut satu kajian yang dikeluarkan oleh sebuah badan di Singapura Selasa lalu.

Malaysia mendahului negara-negara Islam utama di dunia termasuk Emiriyah Arab Bersatu, Turki, Indonesia dan Arab Saudi dalam "Halal friendly Holiday" yang dikeluarkan oleh Crescentrating, sebuah badan yang pakar dalam pelancongan Islam yang berpangkalan di Singapura.

Menurut akhbar Strait Times Singapura, kajian mereka menunjukkan Malaysia berjaya memenuhi keperluan pelancong Islam apabila menyediakan restoran halal melalui daging disembelih mengikut kehendak Islam dan penyediaan tempat solat di lapangan terbang, pusat beli-belah dan hotel.

"Banyak destinasi sekarang cuba memenuhi keperluan segmen ini dengan menyesuaikannya dengan kepercayaan unik pelancong Islam," kata Ketua Pegawai Eksekutif Crescentrating, Fazal Bahardeen. – 19 Februari, 2014. (TMI)

Saturday 15 February 2014

Syed Mokhtar Diserang Monopoli Gula -Anwar Ibrahim


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) meneruskan "kempennya" bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan serangan terhadap monopoli gula Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yang dikatakan sebagai punca peningkatan kos sara hidup.

Ketua pembangkang itu berkata, beliau tidak menyerang ahli perniagaan terkemuka itu atas dasar peribadi tetapi kerana kos sara hidup melibatkan kepentingan rakyat.

"Syed Mokhtar kekayaan puluh bilion ringgit. Saya bukan benci dia. Saya tidak suka monopoli gula dikuasai sorang, rakyat terpaksa bayar," katanya ketika berceramah di hadapan lebih 200 penyokong Pakatan Rakyat (PR) di Taman Impian Murni di Kajang, malam tadi.

"Harga gula naik sebab monopoli Syed Mokhtar. Saya lawan Umno, Barisan Nasional (BN) termasuk tokoh-tokoh besar,” katanya.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bagaimanapun mengakui tidak semua harga barangan mampu dikawal kerajaan memerintah.

"Masalah kita di Kajang apa, masalah ekonomi, kehidupan.

"Saya akui, ada kerajaan mana-mana pun tidak boleh kawal. Harga minyak, gula contohnya, tidak boleh naik," katanya.

Anwar berkata, beliau tidak akan menggunakan pendekatan cemuhan peribadi terhadap mana-mana pemimpin dan individu dalam kempen ceramah mereka.

"Saya tidak maki orang. Saya terangkan apa yang kita lakukan.
"Saya dalam PKR sedikit pun tidak berganjak untuk menyebarkan dakwah," katanya.

Selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13), kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak memulakan pemotongan subsidi petrol dan gula yang menyebabkan kos sara hidup meningkat.
Selain itu, tarif elektrik turut dinaikkan berkuatkuasa 2014.

Semasa membentangkan Bajet 2014 Oktober lalu, Najib mengumumkan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berkuatkuasa April 2014.

Pengkritik melihat pengenalan GST akan menambahkan beban kepada orang ramai.
Kerusi DUN Kajang kosong selepas Lee chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan secara mengejut.
Lee, 42, merupakan seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun.
Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi, berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi.

Komposisi pengundi di Kajang membentuk 49% Melayu, 40% Cina, 10% India dan 0.91% lain-lain.
PR sudah mengumumkan Anwar sebagai calon mereka bagi PRK Kajang manakala BN masih lagi belum berbuat demikian.

Tetapi, spekulasi mengatakan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun bakal diletakkan untuk melawan Anwar. – 15 Febuari, 2014. (TMI)

Friday 14 February 2014

Putrajaya Henti Kenaikan Tol, Dorong Ekonomi Jatuh, Kata Credit Suisse

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada minggu lalu mengumumkan kenaikan kadar tol tidak akan berlaku tahun ini. Gambar fail. 


Agensi kewangan dunia, Credit Suisse membidas keputusan Putrajaya tidak menaikkan tol kerana ia bakal memberi kesan buruk kepada ekonomi pada masa depan.

Agensi berpengkalan di Switzerland itu berkata, tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku pada ketika penarafan kredit Malaysia masih berada pada kedudukan membimbangkan.

"Keputusan berpatah balik menaikkan tol tidak sepatutnya berlaku.
"Keputusan berpatah balik yang besar akan memberi kesan kepada penurunan penarafan kredit," kata Credit Suisse dalam laporan Malaysia Market Strategy hari ini.

Pada Julai lalu, agensi penarafan kredit dunia Fitch Ratings melaporkan unjuran kredit Malaysia dilihat sebagai lemah.
Fitch Rating menurunkan ramalan unjuran kredit Malaysia daripada stabil kepada negatif.
Walaupun melihat langkah pengukuhan defisit fiskal bukan suatu yang popular, Credit Suisse berkata, ia adalah langkah yang kritikal.

"Tapi ia adalah polisi yang kritikal untuk mengurangkan defisit fiskal," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang juga Menteri Kewangan semasa pembentangan Bajet 2014 lalu mengumumkan beberapa polisi pengukuhan fiskal, antaranya pengurangan beberapa subsidi yang dinikmati oleh rakyat.

Bagaimanapun, pemotongan subsidi seperti petrol, elektrik dan gula menyumbang kepada kesan domino khususnya kepada rakyat.

Malah kadar inflasi meningkat 3.2% pada hujung Disember 2013.
Credit Suisse berkata, tindakan tidak menaikkan tol tersebut sebagai langkah oportunis yang diambil oleh Umno dan tidak melihat kesan jangka masa panjang.

"Malangnya, segelintir dalam parti perdana menteri memilih kesan jangka pendek dan mengabaikan kesan jangka panjang yang bakal berlaku.
"Kami percaya ini adalah kes opotunis politik dalam Umno," katanya.

Menurut Kredit Suisse, langkah tidak menaikkan kadar tol yang dikatakan menelan subsidi sebanyak RM900 juta sedang diperhatikan agensi penarafan dunia, memberi amaran Malaysia bakal berdepan dengan situasi buruk jika unjuran kredit tidak diperbaiki.

"Malaysia tidak boleh lagi terjatuh dalam unjuran kredit, sebaliknya perlu mensasarkan kepada penambahbaikan," katanya lagi. - 10 Februari 2014. (TMI)

Thursday 6 February 2014

Herbal Chicken Resmi Di Buka Di Pesantren Al-Ihsan, Bandung.


IMG 7696 490x326 Herbal Chicken Resmi Buka Outlet di Bandung

HERBAL Chicken , ayam goreng herba yang diuruskan oleh beberapa pengusaha Muslim secara rasmi membuka perwakilannya di Bandung . Pembukaan gerai Herbal Chicken Resto ( HCR ) bertempat di Pondok Pesantren al - Ihsan , Baleendah Kab . Bandung pada hari Jumaat ( 15/11/2013 ) lalu. Acara rasmi dibuka sekitar pukul 08.00 dengan jumlah undangan sekitar seribu orang . Tidak hairan jika saat dibuka , outlet menjadi agak kewalahan melayani para pembeli. 

IMG 7700 490x326 Herbal Chicken Resmi Buka Outlet di Bandung
Kiayi Muhammad berfoto bersama dengan para pemilik Herbal Chicken dan Pengarah Kopontren (kanan )

Acara dirasmikan oleh Kiayi Muhammad HM . , Pimpinan pondok , setengah jam selepas acara istiadat . Outlet HCR di Kopontren PP . Al - Ihsan ini merupakan yang pertama di Bandung . Sebelumnya , HCR sudah membuka cawangan di Sumedang , Purwakarta , dan lima outlet lain di Jakarta . " Mudah - mudahan berkat . Ini merupakan usaha Kopontren yang baru , dan semoga bermanfaat dan santri dan masyarakat sekitar , " ujar Kiyai Muhammad .


IMG 7705 490x326 Herbal Chicken Resmi Buka Outlet di Bandung

Uwes al - Qarni , Pengarah Kopontren al - Ihsan , menjatuhkan pilihan kepada Herbal Chicken kerana rasanya yang enak . "Saya pernah mencuba di Sumedang dan Purwakarta , anak - anak saya juga sangat suka , " terang Uwes kepada islampos . 

 "Dan konsepnya unik . Herba Chicken hanya menjual ayam herba yang sudah jelas selamat dimakan . Jadi dengan kombinasi dua perkara itu ; enak dan sihat , saya fikir tidak akan sukar untuk digemari oleh masyarakat . Jualan zaman sekarang kan harus punya faktor pembeda , dan herba Chicken ini memang punya faktor tersebut . "

IMG 7707 490x326 Herbal Chicken Resmi Buka Outlet di Bandung

Lebih lanjut , Uwes mengatakan bahawa Herbal Chicken boleh memberikan pemasukan tambahan yang besar untuk Kopontren . Salah seorang pelanggan bernama Ibu Diana , mengulas , " Ayamnya enak banget . Lebih enak dari ayam goreng Amerika . "Berminat juga jualan ayam herba ? Boleh hubungi Yayan Suryana di 087879832101 atau PIN BB 25B 934 EF . [ ] (IH)

Wednesday 5 February 2014

5 Cara Semulajadi Keluarkan Racun Dari Tubuh

5 Cara alami untuk mengeluarkan racun dari dalam tubuh

1 . Lemon hangat dan madu
Salah satu kaedah yang paling sering digunakan untuk menghilangkan racun dari dalam tubuh adalah dengan minum air hangat yang dicampur lemon dan madu setiap pagi .  

Caranya sangat mudah : sediakan segelas air hangat , tambah satu sudu madu , dan beberapa titisan lemon ke dalamnya . Campurkan dan minum . Lakukan ini setiap pagi sebelum anda mengambil makanan lain .

5 Cara alami untuk mengeluarkan racun dari dalam tubuh
2 . Jus lidah buaya
Lidah buaya mempunyai banyak manfaat , tak hanya untuk membuat rambut tumbuh subur . Salah satunya adalah fungsi mengeluarkan racun dari dalam tubuh . Lidah buaya mempunyai zat antioksidan yang membantu menghilangkan zat - zat kimia beracun dalam tubuh kita . Minum segelas jus lidah buaya setiap pagi dan sore . Mengambil minuman ini secara teratur akan membantu anda mengeluarkan racun dari sistem organ tubuh .


5 Cara alami untuk mengeluarkan racun dari dalam tubuh

3 . Jus bawang putih
Anda mungkin tak suka membayangkan bagaimana bau jus bawang putih . Namun minuman ini mengandungi banyak antioksidan dan zat anti mikrob yang sangat bagus untuk membersihkan bahan toksik dalam tubuh . JUs bawang putih juga membantu melancarkan pencernaan dan meningkatkan metabolisme tubuh .


5 Cara alami untuk mengeluarkan racun dari dalam tubuh
4 . Makanan berseratUntuk menghilangkan racun secara semulajadi dari dalam badan anda perlu rajin mengambil makanan berserat . Makanan berserat akan membantu membersihkan sistem dan menghilangkan zat kimia berbahaya atau bahan kimia yang tak diperlukan tubuh . Makanan kaya serat perlu dimasukkan dalam diet setiap hari . Beberapa contoh makanan kaya serat adalah sayur-sayuran hijau , buah , bijirin utuh , dan nasi .

5 Cara alami untuk mengeluarkan racun dari dalam tubuh

5 . Teh herba
Baik teh hijau , teh hitam , teh kayu manis , dan teh herba lain juga baik untuk membersihkan racun dari dalam tubuh . Minum satu cawan teh herba setiap hari dan anda akan melihat perbezaannya dalam masa beberapa hari . Teh herba sangat baik untuk menghilangkan racun dan membersihkan tubuh secara berkesan .
Itulah beberapa minuman dan makanan yang boleh anda penggunaan untuk membersihkan racun dari dalam tubuh . Jangan biarkan racun yang berbahaya terkumpul dan menggerogoti tubuh anda dari dalam . Segera usir racun tersebut dengan lima cara alami tersebut!


By HMH HERBA
 
Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-81: Herba

Tuesday 4 February 2014

Restoran Mamak M'sia Di New York Terima Pengiktirafan Antarabangsa

Pemilik Restoran Mamak Malaysia, Nani Rahayu Yusof Hughie yang menerima pengiktirafan 'Satu Bintang' oleh Michelin Guide Disember lepas. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Tidak sampai setahun beroperasi dan bersaing dengan restoran ternama lain di kota New York, restoran Mamak Malaysia mencipta nama apabila diiktirafkan dengan penarafan 'Satu Bintang' oleh Michelin Guide, buku panduan antarabangsa bagi hidangan menarik dan menyelerakan.
Dimiliki oleh Nani Rahayu Yusof Hughie, bekas wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), restoran itu yang menyajikan hidangan popular masyarakat India Muslim Pulau Pinang, diberikan pengiktirafan itu oleh Michelin Guide pada Disember lepas.
Penarafan itu diberikan Michelin Guide berdasarkan laporan pemeriksa yang identitinya dirahsiakan, apabila mengunjungi sesebuah restoran.
Penarafan 'Satu Bintang' menunjukkan kehebatan sesebuah restoran itu dalam menawarkan hidangan bertaraf tinggi dengan kesedapannya konsisten.
"Saya terkejut dan berbesar hati dengan pengiktirafan ini kerana saya bukannya chef professional, begitu juga dengan pasukan di restoran saya. Malah, saya amat baru dalam perniagaan restoran, belum sampai setahun pun," kata Nani Rahayu kepada Bernama baru-baru ini.
Menurutnya surat pengiktirafan "Satu Bintang" Michelin Guide itu diterimanya pada 23 Disember lepas.
Nani Rahayu, 42, yang juga seorang penulis bebas, berkata anugerah itu amat bermakna buat dirinya dan pasukan restorannya yang gigih bekerja untuk memastikan hidangan disediakan mengikut standard tinggi dan konsisten.
Restoran Mamak Malaysia menampilkan masakan India, Melayu dan Cina yang popular di Pulau Pinang, katanya sambil menjelaskan beberapa hidangan itu tidak dijual di restoran Malaysia lain di Amerika Syarikat.
Dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Pinang, Nani Rahayu menubuhkan Mami Penang Cooking Inc, syarikat berdaftar yang mengendalikan Mamak Malaysia, iaitu restoran Malaysia pertama yang halal sepenuhnya di kota New York.
Restoran itu terletak di 35-20 Farrington Street, Flushing di kawasan bandar Queens.
Sejak berpindah ke New York pada 2005 kerana mendirikan rumah tangga dengan pakar pemakanan warganegara Amerika Syarikat, Nani Rahayu telah membina dua perniagaan yang berjaya iaitu Masakan Mami PG yang terkenal dengan Nasi Lemak dan Nasi Kandar, serta Melayu Cookies yang popular dengan Kuih Tart Nanas dan kuih Samperit Bunga.

Nasi lemak terkenal di Masakan Mami PG, New York.
Restoran Mamak Malaysia pula terkenal dengan Nasi Kandar Udang, Nasi Kandar Daging Lembu, Nasi Kandar Sotong, Bendi Goreng dan Kambing Rendang.
Nani Rahayu berkata dalam tempoh tiga bulan selepas pembukaannya, restoran itu menerima reaksi positif daripada pelbagai media termasuk The New York Times, The New York Magazine, Chopsticks and Marrow dan Chowhound.
"Kami juga dipaparkan dalam segmen televisyen Globe Trotter oleh Jon Haggins. Chowhound pula memilih kami sebagai 'The Best New York Chowhound Find in 2013' pada 5 Januari," katanya.

Udang Sambal antara menu yang terkenal di Restoran Mamak Malaysia.

Beliau berkata beberapa blog makanan terkenal seperti Midtown Lunch, Eating in Translation dan Chubby Chinese Girl Eats telah memberi ulasan menarik mengenai Mami PG pada tahun lepas selain liputan oleh pelbagai akhbar di Malaysia.
Sejak dibuka pada Mei tahun lepas, Mamak Malaysia juga menarik kunjungan kerabat diraja, orang kenamaan dan selebriti, yang turut memberi sentuhan kemasyhuran dan glamor untuk restoran itu.
Nani Rahayu berkata beliau merasa bangga kerana berpeluang memberi perkhidmatan kepada putera Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah dan rombongannya semasa lawatan mereka ke New York pada 2 November lepas.
Menteri-menteri, Anggota Parlimen serta selebriti dari Malaysia tidak ketinggalan mengunjungi Mamak Malaysia, yang turut menyediakan perkhidmatan katering bagi beberapa Misi Tetap Asean ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semasa sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan atau perayaan masing-masing.
Selain itu, Mamak Malaysia juga memberi perkhidmatan kepada pejabat NBC, PBB, Warner Brothers, Seamless, Tourism Malaysia dan pelbagai Misi Tetap ke PBB dari Malaysia, Brunei dan Singapura.

Bendi goreng
Memandangkan perniagaannya semakin berkembang, Nani Rahayu turut mendapatkan kerjasama Queens Economic Development Corporation untuk membangunkan produk jenama syarikatnya bagi pasaran Amerika Syarikat.
Namun, ini tidak mudah kerana beliau perlu mematuhi prosedur ketat dan undang-undang negara itu dalam memasarkan produknya.
"Membuka restoran juga bukanlah senang kerana ia memerlukan kerja keras, perancangan dan komitmen tinggi.
"Keadaannya lebih sukar di luar negara memandangkan cabaran dan halangan besar yang perlu saya hadapi...saya perlu tabah dan bersemangat tinggi untuk melakukannya," kata Nani Rahayu ibu kepada anak lelaki berusia 5 tahun dan anak perempuan berusia 3 bulan.
Untuk itu, beliau menggunakan media sosial seperti Facebook dan Twitter bagi mempromosikan restorannya selain saling berhubung dengan rakan dan pelanggannya.
Nani Rahayu berkata kemahiran keusahawanannya disemai sejak remaja dengan menjual Mee Rebus Mamak semasa Hari Kantin di sekolahnya setiap tahun.
"Ketika belajar di kolej pula, saya menjual burger. Perniagaan itu kemudian diteruskan adik saya di kampung," katanya.
Nani Rahayu dilahirkan dalam keluarga berdarah campuran. Ibunya berketurunan Punjabi dan India Muslim manakala bapanya, seorang guru, dari keturunan Belanda, Thailand dan Nyonya.
Dibesarkan dalam masyarakat majmuk India, Melayu dan Cina di Georgetown, Nani Rahayu didedahkan dengan dunia masakan asli Pulau Pinang sejak berumur 10 tahun. - BERNAMA

 IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
  100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
(klik gambar ini..)
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.  
HMH STEVIA HERBA.  
Wakil Penjual: 
Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
  
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) 
Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis)
Asri 0125445084 (Jitra) 
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)
Melaka 
Rahmat 0147266599 (Jasin)  

Lihat artikel

Monday 3 February 2014

Pelabur asing elak labur di pasaran Malaysia, lapor Wall Street Journal


 
Pengurus dana antarabangsa sedang mengelak daripada melabur di pasaran Malaysia berikutan kadar inflasi negara yang jatuh pada tahap terendah sejak 2010, menurut laporan Wall Street Journal (WSJ).
Pasaran saham Malaysia lemah di mata dunia selepas jatuh 4.5% bulan lalu dengan hutang kerajaan mencecah kadar tertinggi sejak 2010 yang menyebabkan kadar mata wang Malaysia jatuh hingga tahap terendah minggu ini.

Ini meletakkan kadar ringgit terendah di Asia selepas won Korea dan peso Filipina.
Ketua Pasukan Pendapatan Tetap Asia di J.P Morgan Asset Management, Hong Kong, Stephen Chang, berkata syarikatnya sedang mengambil langkah berhati-hati dengan pasaran Malaysia kerana kadar ringgit yang rendah.

Chang berkata, susulan daripada kadar ringgit yang rendah, Malaysia akan memendekkan bon untuk mengelak daripada kenaikan kadar faedah lantas menurunkan nilai bon tersebut.

Katanya, kenaikan kadar deposit untuk akaun pertukaran asing membuatkan pelabur Malaysia mencari jalan perlindungan daripada mata wang yang semakin rendah.

Pengurus Pelaburan di Invesco Singapore, Jalil Rasheed, berkata lawatannya ke Malaysia baru-baru ini mendapati pengeksport daripada Malaysia memegang ketat kepada mata wang Amerika Syarikat dan enggan menukarkannya ke ringgit kerana kadar dolar Amerika Syarikat semakin tinggi.

"Menjadi tren di kalangan rakyat Malaysia untuk menukar mata wang ringgit daripada simpanan kepada mata wang asing kerana risau dengan nilai ringgit yang semakin susut," kata pakar kadar kewangan Asia di Deutsche Bank di Singapura.

"Pemilik bon dari negara asing di Malaysia sangat tinggi dan ini sangat merisaukan kerana ramai yang mempersoalkan kesan kepada pasaran Malaysia sekiranya pemilik asing bon kerajaan menarik balik pelaburan mereka," kata Elsie Tham daripada Manulife Asset Management Malaysia.

Dengan kadar ringgit yang semakin rendah, Malaysia menyertai senarai pasaran saham lemah di Asia Tenggara seperti Thailand yang sedang riuh dengan bantahan politik dan Filipina yang baru ditelan taufan yang mengorbankan ribuan rakyat.

Laporan WSJ tersebut turut menuding jari kepada langkah kerajaan yang memotong subsidi bagi gula dan minyak petrol demi membendung pembelanjaan kerajaan serta menutup defisit bajet.

Bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang tetap melabur di pasaran Malaysia kerana kadar eksport yang tinggi dan langkah kerajaan untuk menghentikan defisit dihadapi negara sejak krisis kewangan Asia pada 1997 hingga 1998. – 30 Januari, 2014. (TMI)