Thursday 28 February 2019

Felda Global Ventures rugi RM1 bilion

Felda Global Ventures rugi RM1 bilion
KUALA LUMPUR: FGV Holdings Berhad (FGV) merekodkan kerugian sebelum zakat dan cukai lebih RM1 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Ia berbanding keuntungan sebelum zakat dan cukai sebanyak RM403 juta pada tahun sebelumnya.


Kerugian itu disumbang sebahagian besar oleh rosot nilai dan peruntukan berjumlah RM1.038 bilion selain penurunan harga Minyak Sawit Mentah (MSM) turut menjejaskan prestasi keseluruhan.

Sementara bagi suku keempat, FGV mencatatkan kerugian sebelum zakat dan cukai sebanyak RM139 juta disebabkan faktor sama, rosot nilai dan peruntukan berjumlah RM240 juta.

“Prestasi FGV telah terkesan dengan harga MSM dengan purata RM2,053 per tan metrik (MT) pada suku disemak, 24.6% lebih rendah berbanding harga purata RM2,723 MT yang dicatatkan pada suku keempat 2017.

“Pada suku keempat, operasi perladangan memberi penekanan kepada mencegah ketirisan, menyemak semula proses dan memperkenalkan kawalan baharu untuk memastikan prestasi ladang kami setaraf dengan pemain industri lain. 

“Beberapa inisiatif ini telah mula membuahkan hasil namun penambahbaikan ini akan lebih ketara pada tahun 2019,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV , Datuk  Haris Fadzilah Hassan. (AA)


Kursus G/Rambut Alat. E-PPB (2)

Hasil carian imej untuk mesin rambut hair clipper

Kursus G/Rambut E-PPB (2
Bimbingan Ustaz Zu

Kenali Alat, Fungsi, Caraguna.


1. Mesin Rambut (hair clipper) 

Imej yang berkaitan

Fungsi:

  • Memesin rambut
  • Memendekkan rambut
  • Membuat garis kasar
  • Membersihkan rambut dan bulu roma.
Cara Guna: 
  • Letakkan ibu jari tangan di atas.
  • Letakkan 4 jari tangan di bawah.
  • Pegang mesin dengan kemas dan selesa.
2. Sikat Bernombor @ Tapak mesin.
Mempunyai nombor 1,2,3,4,6,8
Hasil carian imej untuk sikat bernombor

Fungsi:
  • Nombor 1,2 dan 3
  • Digunakan untuk membuat gaya potongan rambut pendek.
  • Nombor 4,6 dan 8
  • Digunakan untuk membuat gaya potongan rambut sederhana dan panjang.
Cara Guna
  • Selitkan tapak bernombor 1,2,3,4,6 atau 8 pada mesin rambut bagi tujuan memndekkan rambut.
3.Trimmer.
Hasil carian imej untuk trimmer gunting ambut

Fungsi:
  • Digunakan untuk tujuan kekemasan.
  • Membersihkan rambut dan bulu roma dengan kemas.
Cara Guna:
  • Gunakan trimmer untuk membersihkan rambut dan bulu roma dengan kemas.
4. Gunting Biasa.
Imej yang berkaitan

Fungsi:
  • Menggunting rambut
  • Memendekkan rambut
  • Memperkemas misai dan janggut
  • Membuat garis kasar.
Cara Guna:
  • Pegang gunting menggunakan ibu jari dan jari manis dan jari tengah.
5. Gunting Layer.
Hasil carian imej untuk gunting layer guntingrambut
Fungsi:
  • Menipiskan Rambut
  • Menjarangkan rambut.
Cara Guna:
  • Pegang gunting gunakan ibu jari dan jari manis atau jari tengah.
Video: Tutorial 3 Cara asas belajar potong gunting rambut.
Bersambung.

Dikeluarkan  oleh:
E-Persatuan
Pengusaha Barbershop (E-PPB)
Bermatlamat: 
Lahirkan Usahawan Gunting Rambut. 
Beri Kursus, Bimbingan dan Kerja.

Kursus G/Rambut Muqaddimah. E-PPB (1)

Imej yang berkaitan
Gambar hiasan

Kursus G/Rambut E-PPB (1)
Bimbingan Ustaz Zu

Muqaddimah ringkas:

A. Personaliti Tukang Gunting/Barber Profeesional.
  • Berdisiplin.
  • Berpakaian kemas.
  • Rambut terurus dan rapi.
  • Mesra dan peramah.
  • Terbuka menerima teguran
  • Taat perintah agama.
B. Khidmat/Hak Pelanggan.
  • Mendapat layanan yang baik.
  • Tempat menunggu yang selesa.
  • Mmenuhi kehendak mereka.
  • Berkomunikasi dengan baik.
  • Memanggil pelanggan dengan panggilan formal (Encik, puan, cik dll)

Video.BELAJAR POTONG RAMBUT PRIA itu MUDAH ? BAGAIMANA ?

Bersambung..

Contoh kedai gunting sederhana..Sila Gunting Rambut (Kawasan Cheras KL), Sini!

Sila kunjungi segera!
Buka 11pagi hingga 11malam (Kawasan Cheras).
Kedai Gunting Rambut 91.
Bandar Damai Perdana. No 10 Ground Floor, 
Jalan Damai Perdana,5/1B,56000,Cheras, Kuala Lumpur.

Dikeluarkan oleh:
E-Persatuan
Pengusaha Barbershop (E-PPB)
Bermatlamat: 
Lahirkan Usahawan Gunting Rambut. 
Beri Kursus, Bimbingan dan Kerja.

Sunday 24 February 2019

Petani kreatif hasilkan pasu daripada tuala

Petani kreatif hasilkan pasu daripada tuala
Izhar menunjukkan pasu bunga yang diperbuat daripada tuala terpakai di rumahnya di Kampung Padang Panjang, Mukim Malau di Jitra. -- fotoBERNAMA

JOM KREATIF
JITRA: Tuala terpakai yang sudah lusuh mungkin akan dijadikan kain buruk, alas kaki atau dibuang oleh kebanyakan orang, namun bagi seorang petani di Kampung Padang Panjang mukim Malau di sini, fabrik tersebut merupakan bahan terpenting dalam kreativitinya membuat pasu bunga.

Izhar Johari, 44, berkata dengan bantuan larutan simen, kain tuala yang bersifat lembut itu boleh "ditukar" menjadi pasu bunga yang keras, cantik dan unik.

"Tuala terpakai itu disalut dengan larutan simen dan kemudian diolah secara kreatif menjadi pasu sebelum dikeringkan dan keunikan produk ini  mendapat perhatian suri rumah dan peminat landskap khususnya," katanya kepada pemberita di sini.

Izhar yang turut mengusahakan tanaman kelapa dara dan madu kelulut, berkata idea untuk menghasilkan pasu daripada tuala tercetus selepas menonton video mengenai pembuatan pasu dengan kaedah sama menerusi Internet beberapa bulan lalu.

Selepas mendapati proses pembuatannya sangat mudah, Izhar berkata dia dan isterinya Haslini Mohd Ismail, 43, memutuskan untuk mencuba berkecimpung dalam bidang itu dua bulan lalu dan hasilnya mereka kini mampu memperoleh pendapatan sampingan kira-kira RM1,500 sebulan daripada penjualan pasu tersebut.


"Proses pembuatannya tidak rumit, hanya guna tuala, larutan simen dan acuan. Selepas menjalani proses pembentukan pasu dan dijemur, ia kemudian dicat sebelum dijual kepada pelanggan," katanya yang mampu menjual 30 hingga 40 unit pasu sebulan.
Izhar menggunakan kreativitinya dengan mencelup tuala terpakai ke dalam larutan simen kemudian dibiarkan mengeras selama empat jam sebelum dicat dan dijual. --fotoBERNAMA
Izhar menggunakan kreativitinya dengan mencelup tuala terpakai ke dalam larutan simen kemudian dibiarkan mengeras selama empat jam sebelum dicat dan dijual. --fotoBERNAMA
Sebahagian peserta kursus meletakkan tuala yang telah dipotong sebelum direndam dengan larutan simen ketika menghadiri kursus pembuatan pasu bunga tuala di Kampung Padang Panjang, Malau, Jitra. --fotoBERNAMA
Sebahagian peserta kursus meletakkan tuala yang telah dipotong sebelum direndam dengan larutan simen ketika menghadiri kursus pembuatan pasu bunga tuala di Kampung Padang Panjang, Malau, Jitra. --fotoBERNAMA

Katanya setiap pasu yang siap ditanam dengan pokok bunga dijual pada harga RM45 hingga RM65 manakala pasu kosong pula berharga antara RM25 dan RM45 sebuah, bergantung pada saiz dan bentuk pasu.

Bapa kepada enam anak itu berkata walaupun jualan pasu tersebut tidak menentu, hasil yang diperoleh tetap dapat membantunya menyara keluarga.

Dia juga tidak lokek berkongsi ilmu apabila mengambil inisiatif menganjurkan bengkel pembuatan pasu tuala untuk mereka yang berminat khususnya suri rumah yang ingin mencari pendapatan sampingan. 
Seorang peserta bengkel itu, Wan Hamisah Azizan, 36, berkata dia mengikuti bengkel itu kerana ingin menjana pendapatan sendiri selain membantu suami yang bekerja sebagai penoreh getah.

"Pendapatan tak seberapa, jadi saya tekad nak buat pasu ini dan jual sendiri agar dapat membantu suami dan berada dalam zon selesa dari segi pendapatan kami sekeluarga," kata ibu kepada empat anak itu.

Wan Hamisah turut menyeru masyarakat setempat mengambil peluang yang ditawarkan Izhar tersebut terutamanya golongan petani dan penoreh getah bagi menjana pendapatan tambahan.
-- BERNAMA
Liht sebelum ini..
llah.

Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 4
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik:  1 Hingga 3 E-Buku IH-10: Siri 1
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 3 E-Buku IH-53: Siri 2
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 3 E-Buku IH-68: Siri 3
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)  E-Buku IH-103: Siri 4

Wednesday 20 February 2019

Warga Bagan Serai dipelawa ke Karnival Usahawan -E-PPB.



BAGAN SERAI: Dewan Muslimat PAS Kawasan Bagan Serai akan mengadakan Karnival Keusahawanan Muslimat di Pusat Pendidikan Islam Selingsing (PUPIS) pada 22 hingga 24 Februari ini. 
Pembukaan karnival tersebut akan dimulakan dengan Ceramah Perdana menampilkan Dai Ilhami Nadhrah Hamzah dan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria.
Karnival tersebut dianjurkan bertujuan mendedahkan masyarakat khususnya golongan muslimah kepada bidang tersebut agar dapat melahirkan ramai usahawan muslimat.
Bakal dijalankan juga adalah kayuhan amal ke arah memupuk masyarakat supaya mengamalkan aktiviti dan gaya hidup sihat, serta membuka ruang masyarakat untuk saling kenal mengenali. 
Bukan itu sahaja, antara dijangka aktiviti penyertaan adalah pertandingan memasak pajeri dan gubahan lipatan kain batik atau pelekat untuk kaum ibu. 
Ia bakal menjadi platform untuk para ibu menunjukan bakat yang sememangnya sedia ada dalam diri mereka, disamping melihat kepelbagaian idea dalam mencorak dan menggubah kreativiti. 
Pun begitu, aktiviti sepanjang karnival tersebut tidak terhad kepada golongan ibu dan bapa sahaja, malah turut menyediakan aktiviti untuk kanak-kanak antaranya mewarna, tulisan khat dan juga pakaian beragam. 
Menerusi acara ini dijangka dapat melihat karenah dan telatah anak-anak comel ini dalam menyempurna dan menyerlahkan bakat serta minat mereka.
Muslimat PAS Bagan Serai berharap orang ramai di sekitar kawasan ini dapat menyertai dan memeriahkan karnival tersebut. - HARAKAHDAILY 20/2/2019

Dikeluarkan oleh:
E-Persatuan Pengusaha Barbershop (E-PPB)
Bermatlamat: Lahirkan Usahawan Gunting Rambut. Beri Kursus, Bimbingan dan Kerja.
Tel Terus.. ABBU 011 33111321 (KL)

Sunday 17 February 2019

Jerman Cipta 260,000 Peluang Kerja, M''sia Mana? Cakap Berdegar, Ekor...

Jerman perlu 260,000 pendatang baharu setiap tahun untuk penuhi keperluan tenaga kerja
Pemandangan dari luar bangunan bursa saham Jerman di Frankfurt, 12 Feb, 2019. REUTERS/Gambar hiasan

Jerman perlu 260,000 pendatang baharu setiap tahun untuk penuhi keperluan tenaga kerja

BERLIN: Jerman memerlukan sekurang-kurangnya 260,000 pendatang baharu setiap tahun sehingga 2060 bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja yang disebabkan oleh kemerosotan demografi, lapor agensi berita China Xinhua memetik satu kajian terbitan Yayasan Bertelsmann pada Selasa.

Daripada jumlah itu, kira-kira 146,000 orang akan berhijrah dari negara-negara di luar Kesatuan Eropah, menurut laporan kajian tersebut.

Kajian itu turut mengambil kira potensi penduduk tempatan.


Para penyelidik menganggap akan terdapat kadar kelahiran yang lebih tinggi pada masa depan selain lebih ramai golongan wanita dan orang-orang tua dalam pasaran buruh.

Bagaimanapun, keperluan tenaga kerja mahir tidak dapat dipenuhi secara domestik.

Ia juga melihat bagaimana digitalisasi akan menjejaskan keperluan imigrasi.

Pasaran buruh yang semakin didigitalkan memerlukan pekerja yang tidak ramai sebaliknya lebih ramai pekerja mahir dengan kelayakan yang tinggi seperti juruteknik dan ahli akademik.

Jorg Drager, Pengerusi Yayasan Bertelsmann, menyatakan dalam penerbitan kajian itu "Migrasi adalah kunci kejayaan masa depan. Jerman memerlukan pekerja mahir termasuk mereka yang berasal dari wilayah-wilayah di luar Eropah."
-- BERNAMA


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Peluang kerja sebeginilah yang kerajaan PH perlu ciptakan. Asyik berleter, marah rakyatnya pergi kerja luar negara, marah rakyat bawa balik wang dari luar negara, peluang pekerjaan tak ada, pandai cipta hutang dari cipta peluang pekerjaan. Mana pakar-pakar ekonomi negara ini?
Cakap berdegar-degar, ekor bergelumang tahi...

Lihat sebelum ini..

Saturday 9 February 2019

3 cendol durian RM114: 'Terima kasih tolong promosi'

3 cendol durian RM114: 'Terima kasih tolong promosi'
Muhammad Ariff Qayyum Mohd Zambri, 25, berkata, insiden yang berlaku ini sesuatu yang positif dan harga yang ditetapkan adalah berpatutan.


MELAKA: Pemilik Raja Cendol Taming Sari tetap mempertahankan harga cendol di premisnya meskipun menyedari ia didakwa mahal sehingga menjadi tular di media sosial sejak semalam.

Muhammad Ariff Qayyum Mohd Zambri, 25, berkata, insiden yang berlaku ini sesuatu yang positif dan harga yang ditetapkan adalah berpatutan.

“Saya tidak tahu apa niat individu terbabit tetapi saya berterima kasih kerana tindakan itu secara tidak langsung boleh mempromosikan lagi kedai saya," kata anak muda itu.

Menurut Muhammad Ariff Qayyum sejak perniagaannya dibuka kira-kira 19 bulan lalu harga yang dikenakan masih sama antara RM17 hingga RM38.

“Kepada pelanggan yang sudah biasa dengan harga durian mereka tidak akan pertikaikan lagi paras harga yang sudah ditetapkan kerana mereka faham.

“Harga cendol kami ditentukan berdasarkan jenis durian yang disediakan iaitu Musang King, Udang Merah, D24 dan D101. Malah, durian dalam setiap hidangan cendol sudah ditimbang antara 120 hingga 150 gram bagi setiap hidangan demi memastikan kepuasan pelanggan,” katanya.

Tambahnya lagi, pihaknya juga ada menampal tanda harga di dalam dan luar kedai bagi memudahkan pelanggan mengetahui kadar harga ditetapkan.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Jaiya Abu ketika dihubungi memaklumkan pihaknya turut menerima aduan berhubung harga tiga mangkuk cendol durian musang king yang dikatakan mencecah RM114.

Menurutnya, sepasukan anggota penguatkuasa telah pun dihantar bagi melakukan memeriksaan terhadap premis itu dan mendapati perniaga terbabit mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Bagi saya tiada isu di sini, malah peniaga terbabit sudahpun menyatakan kadar harga bagi jenis cendol yang dijual dan terpulanglah kepada pelanggan untuk memilih cendol yang mana mengikut kemampuan masing-masing.

“Lagipun, pihak kami dimaklumkan harga berkenaan sudah dikenakan sejak 2017 lagi,” katanya. (Awani)

Friday 8 February 2019

Sila Gunting Rambut (Kawasan Cheras KL), Sini!


Sila kunjungi segera!
Buka 11pagi hingga 11malam (Kawasan Cheras).

Kedai Gunting Rambut 91.
Bandar Damai Perdana. No 10 Ground Floor, 
Jalan Damai Perdana,5/1B,56000,Cheras, 

Thursday 7 February 2019

Sunday 3 February 2019

Main Video Lebih Popular Dari Industri Filem?




Jika anda lihat situasi hari ini, hampir semua orang di sekeliling kita asyik bermain permainan video. Si adik bermain PS4, si abang bermain PUBG manakala si ayah pula bermain Candy Crush. Kalau lihat di kedai-kedai mamak juga begitu, masing-masing sibuk bermain dengan telefon masing-masing.
Menurut laporan Reuters, industri permainan (gaming industry) lebih besar berbanding industri filem. Tahun lalu sahaja, industri permainan mencatatkan hasil sebanyak USD116 bilion berbanding industri filem sebanyak USD105 bilion.

Grand Theft Auto V yang dilancarkan pada tahun 2013 mendapat jualan sebanyak USD1 bilion pada 3 hari pertama pelancarannya. Jumlah ini hampir satu kali ganda berbanding pelancaran filem Avengers: Infinity War yang meraih kutipan sebanyak USD641 juta.
Dulu anda biasa lihat filem diadaptasikan kepada permainan video seperti permainan Star Wars dan juga Tron. Tapi kini situasinya sudah terbalik, filem pula diadaptasikan daripada permainan video. Di antaranya adalah Warcraft, Assassin’s Creed dan Angry Bird.

Grand Theft Auto V yang dilancarkan pada tahun 2013 mendapat jualan sebanyak USD1 bilion pada 3 hari pertama pelancarannya. Jumlah ini hampir satu kali ganda berbanding pelancaran filem Avengers: Infinity War yang meraih kutipan sebanyak USD641 juta.Grand Theft Auto V yang dilancarkan pada tahun 2013 mendapat jualan sebanyak USD1 bilion pada 3 hari pertama pelancarannya. Jumlah ini hampir satu kali ganda berbanding pelancaran filem Avengers: Infinity War yang meraih kutipan sebanyak USD641 juta.

Dulu anda biasa lihat filem diadaptasikan kepada permainan video seperti permainan Star Wars dan juga Tron. Tapi kini situasinya sudah terbalik, filem pula diadaptasikan daripada permainan video. Di antaranya adalah Warcraft, Assassin’s Creed dan Angry Bird.

Kepelbagaian jenis permainan video menjadi penyumbang kepada pertumbuhan industri ini. Beberapa tahun lalu, jika anda ingin bermain permainan video, anda perlu bermain di konsol atau komputer. Hari ini permainan bergrafik tinggi juga boleh dimainkan di telefon pintar pada bila-bila masa dan tidak mengira tempat.
Selain daripada itu, kebangkitan e-sport turut menyumbang kepada peningkatan industri permainan. Siapa sangka permainan Dota mendapat sambutan seperti mana sukan bola sepak. Walaupun jumlah peminatnya tidaklah seramai peminat bola sepak, tapi suasananya seakan sama dengan adanya peminat tim masing masing dan perlawanan yang bertaraf antarabangsa.
Tahukah anda siapakah yang paling banyak menyumbang kepada industri permainan?
Berdasarkan data daripada Statista, 32% daripada hasil pada 2017 datang daripada permainan mobile. Dijangkakan menjelang 2020, permainan mobile bakal menguasai lebih daripada 50% pasaran permainan video.
Click Here
Dahulu boleh la orang kata bahawa permainan video ini sekadar hobi mengisi masa lapang. Tetapi kini ianya lebih daripada itu, industri ini telah mewujudkan ribuan peluang pekerjaan, meningkatkan ekonomi negara serta mempengaruhi gaya hidup masyarakat.
Tuan Mohd Kauthar Rozmal merupakan seorang perancang kewangan peribadi dan graduan jurusan matematik.
Sumber Rujukan: Statista