Sunday 28 February 2010

Tarik Balik Kereta Toyota Prius, Camry ..



AKHBAR Reuters pada 22hb Januari 2010 telah melaporkan bahawa 4.2 juta buah kereta Toyota baru-baru ini telah ditarik balik (recalled) daripada pasaran seluruh dunia. Pada tahun 2009, Toyota telah mengeluarkan 9 arahan tarikan balik besar-besaran; kereta buatannya dan salah satu punca penarikan balik adalah sama dengan punca penarikan balik baru-baru ini iaitu berkaitan ’accelarator pedal’.

Hari ini akhbar Yomiuri Shimbun di Jepun telah melaporkan bahawa satu lagi notis penarikan balik kereta Toyota model hibrid Prius, Sai dan Lexus akibat salah fungsi sistem brek kereta, telah dikeluarkan oleh Toyota. Kali ini melibatkan 437,000 kereta di seluruh dunia.

Bulan lalu Honda pula mengeluarkan notis penarikan balik kereta model Fit, Jazz dan City akibat kegagalan suis tingkap kereta – faulty window switch. Penarikan balik ini akan melibatkan 646,000 unit kereta di seluruh dunia. Baru-baru ini lebih daripada 370,000 lagi kereta Honda ditarik balik dan 17,000 daripada unit yang ditarik balik adalah di Jepun, Australia dan negara Asia yang lain. Penarikan balik kali ini disebabkan salah fungsi ’air-bag’.

Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) sangat bimbang tentang ketiadaan agensi kerajaan seperti ”National Highway Traffic Safety Administration” NHTSA di Amerika Syarikat yang dapat melaksanakan tanggungjawab melindungi pemilik kereta persendirian dan awam daripada produk (kereta / kenderaan dan alat-ganti) yang tidak mematuhi standard keselamatan.

Kami juga sangat khuatir dengan ketiadaan peruntukan untuk menghukum pengeluar, penjual, pengedar perkakas atau kelengkapan perlindungan diri untuk pengguna jalan-raya – seperti topi keledar, ’visor’, tali pinggang keselamatan, baju dengan ’reflector’ dan lain-lain yang tidak mematuhi keperluan standard keselamatan.

Pada tahun lalu (2009) Standards Users telah menulis kepada beberapa agensi di bawah Kementerian Pengangkutan seperti Jabatan Keselamatan Jalan Raya, MIROS dan Jabatan Pengakutan Jalan untuk mendapatkan maklumat tentang produk-produk berkaitan yang ditarik balik disebabkan tidak mematuhi standard keselamatan. Antara peralatan melindungi diri - mengikut Akta Pengangkutan Jalan, adalah topi keledar motosikal.

Malangnya JKJR telah memberitahu (secara bertulis) bahawa tiada penarikan balik dilakukan. Penunggang motosikal yang didapati memakai topi keledar yang tidak diiktiraf mengikut Standard Malaysia (MS) (MS 1:1996 – Spesifikasi Topi Keselamatan Untuk Pengguna Kenderaan), akan/telah diberi topi keselamatan yang baru, tanpa apa-apa tindakan terhadap penjual topi keledar (yang tidak selamat) di pasaran. Sehingga akhir tahun 2008, lebih daripada 70,000 unit topi keledar telah diedarkan. Standards Users berpendapat bahawa cara ini hanya akan membebankan Kementerian dan tidak ’sustainable’ (mapan) kerana bergantung kepada sumbangan pihak luar (persendirian serta agensi kerajaan lain).

Jika ditinjau kes penarikan balik secara sukarela oleh Toyota dan Honda dan juga atas penarikan balik atas desakan NHTSA, Amerika Syarikat ia memberikan maklumat tentang faktor-faktor yang boleh digunapakai untuk menjayakan program dan dasar keselamatan jalan raya di Malaysia.

Faktor pertama adalah peraturan kendiri sahaja tidak mampu menjamin keselamatan produk dan perkhidmatan untuk pengguna. Walaupun Toyota dan Honda merupakan pengeluar kereta terbesar di dunia dan boleh dikatakan mempunyai imej yang secara relatif mempunyai nilai pasaran yang tinggi tetapi masih memerlukan pantauan dan penguatkuasaan agensi seperti NHTSA untuk mendesak penarikan balik kereta yang tidak selamat dari pasaran. Faktor kedua adalah keperluan undang-undang yang menggariskan kriteria keselamatan sesebuah kenderaan dan alat-alat ganti yang jelas dan penguatkuasaan (pemantauan) yang efektif.

Selain daripada pendidikan untuk mewujudkan kesedaran kepentingan keselamatan jalan-raya, JKJR, JPJ, MIROS, dengan kerjasama Jabatan Standard Malaysia (STANDARDS MALAYSIA), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa (MITI) perlu membangunkan garispanduan untuk pengeluar, pengimport dan pengedar kenderaan dan alat-alat ganti kenderaan untuk mengeluarkan, mengimport atau mengedar kenderaan dan alat-alat ganti yang diiktiraf selamat. Jika didapati keperluan tersebut tidak dipatuhi, pengeluar, pengimport atau pengedar dengan arahan pihak berkuasa perlu menarik balik atau melaksanakan tindakan pembetulan ke atas masalah keselamatan tersebut.

Standards Users berpendapat bahawa fungsi dan peranan agensi-agensi berkaitan keselamatan jalan raya (udara dan juga laut) perlu ditinjau supaya peranan penguatkuasaan aspek-aspek keselamatan digariskan dengan jelas dan dilaksanakan oleh satu agensi khas untuk tugas tersebut.

Jelas sekali disini, wujud keperluan Akta Keselamatan Kenderaan atau Peraturan Keselamatan Kenderaan yang merangkumi keperluan penarikan balik kenderaan atau alat-alat ganti kenderaan yang tidak memenuhi keperluan standard keselamatan.

Sebagai langkah melindungi diri mereka, pengguna kenderaan dan jalan raya di Malaysia, berhak mendapatkan maklumat betul mengenai tahap pematuhan standard keselamatan sesuatu kenderaan yang mereka beli. Pengguna juga perlu tahu rekod prestasi keselamatan sesuatu model kereta yang mereka ingin beli. Agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap keselamatan kenderaan di Hong Kong memberikan maklumat seperti di atas kepada pengguna yang ingin membeli kereta. Maklumat prestasi keselamatan sangat membantu pengguna mendapatkan nilai wang yang berpatutan (value for money) semasa membeli kereta atau motosikal.

Y.Bhg Dato’ Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) telah menerima lebih daripada 1100 aduan yang berkaitan dengan pembelian kereta persendirian. Maklumat yang paling penting adalah sebanyak 274 aduan daripada 1100 aduan tersebut adalah berkaitan dengan isu kualiti dan keselamatan. Antara aduan kualiti dan keselamatan yang diterima adalah:

1. enjin kereta tiba-tiba memanas melebihi had kritikal
2. semua meter penunjuk pada ’dashboard’ (aras minyak, suhu enjin dan kelajuan) tidak berfungsi
3. ’power window’ cepat rosak

Aduan berkaitan kualiti dan keselamatan kereta paling banyak diterima untuk kereta jenama tempatan dan jenama Kia (sumber data aduan daripada NCCC).

Dengan meningkatnya kesan pemanasan global dan Malaysia tidak ketinggalan merasakan kesan perubahan iklim, sektor pengangkutan menjadi salah satu sasaran utama dalam mengurangkan pengeluaran gas-gas rumah hijau. Beberapa pengeluar kereta berjenama telah melancarkan model hibrid dan juga model kereta mereka yang cekap penggunaan bahanapi. Walaupun beberapa pengeluar mungkin telus dalam tuntutan cri-ciri mesra alam sekitar jenama atau model mereka, tetapi ada juga tuntutan yang menyeleweng dan tidak memberikan maklumat secukupnya tentang ciri-ciri mesra alam sekitar sesuatu model.

Kementerian Pengangkutan harus meninjau dasar kerajaan berkaitan sistem pengangkutan dan juga infrastruktur pengangkutan bersama-sama dengan lain kementerian dan agensi kerajaan supaya sektor pengangkutan dapat menyumbang kepada pengurangan pengeluaran karbon sebanyak 40% yang dijamin oleh Perdana Menteri kita sejurus selepas beliau kembali daripada persidangan COP ke-15 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bulan Disember lalu (2009).

Standards Users berharap Kementerian Pengangkutan dapat mengorak langkah dengan kadar segera untuk menangani isu-isu keselamatan kenderaan dan alat-alat ganti kenderaan yang tidak selamat di pasaran. Ini termasuk isu-isu keselamatan peralatan perlindungan diri untuk pengguna jalan raya- yang tidak mematuhi standard keselamatan.

Saturday 27 February 2010

Khidmatniaga E-Book Ini Menguntungkan, Tetapi...

LICIK...Baby yang menjual kaedah untuk membesarkan kemaluan  lelaki.

Baby jual .... eh malu nak cakap!

Baby jual rahsia lelaki untuk RM20

KUALA LUMPUR: Mymetro hari ini melaporkan, seorang gadis jelita dikesan mampu memperoleh pendapatan bulanan lima angka dengan mudah hanya melalui perniagaan menjual tip urutan dan petua rahsia bagi membesarkan kemaluan lelaki melalui Internet sejak dua tahun lalu.

Gadis berusia awal 20-an terbabit yang tidak segan silu menjaja perkhidmatan melalui laman web E-book dikesan mengenakan caj RM20 bagi golongan pelanggan lelaki yang berminat mendapatkan lapan set video ‘panas’ yang hanya akan dihantar kepada pelanggan melalui e-mel sebaik bayaran dibuat melalui akaun bank miliknya.

Perkara itu didedahkan seorang eksekutif, Izar Afifi, 27, yang mendakwa terkejut dengan tawaran terbabit yang dihantar gadis berkenaan ke dalam e-mel peribadinya baru-baru ini. Menurutnya, dia yang menyangkakan ia hanya satu bentuk gurauan bagaimanapun terkejut apabila mendapati gadis terbabit yang dikenali dengan nama samaran ‘Baby’ benar-benar wujud selepas dia cuba menghubungi nombor telefon bimbit tertera gadis itu.

“Menerusi laman E- Book berkenaan Baby mendakwa mahu berkongsi rahsia untuk kepuasan seks bagi mana-mana lelaki yang sudah beristeri atau yang mahu mendirikan rumah tangga.

“Ayat-ayat Baby yang menggambarkan seolah-olah dia memiliki pengetahuan luas berhubung hubungan kelamin cukup mengejutkan saya apatah lagi dia memberitahu mampu menyelesaikan masalah lelaki yang mempunyai alat kelamin yang kecil, pendek atau tidak mampu bertahan lama di ranjang,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan tulisan pada E-book terbabit, Baby mendakwa mempunyai petua unik untuk menyelesaikan pelbagai masalah seksual lelaki ‘layu’ terutama membabitkan fizikal kemaluan.

“Baby yang tanpa berselindung mendakwa lapan set video bertajuk ‘sistem membesarkan kemaluan’ boleh diperoleh dengan membuat pembayaran RM20. Gadis terbabit memberitahu harga ditetapkan itu adalah harga selepas diskaun yang diberikan kepada pelanggan lelaki berminat.

“Bagaimanapun, Baby meminta supaya duit terbabit dibayar menerusi mesin mendepositkan wang atau melalui pemindahan wang menerusi akaun sebuah bank tempatan,” katanya.

Menurutnya, sejurus bayaran dibuat, pelanggan diminta menghantar butir pembayaran melalui SMS ke nombor telefon bimbit diberi selain menyertakan sekali alamat e-mel pelanggan.

“Dia memberitahu lapan set video terbabit akan dihantar ke dalam e-mel pelanggan dalam tempoh masa setengah jam hingga sehari selepas pembayaran dilakukan melalui nombor akaun bank tertera,” katanya.

Sementara itu, wartawan Harian Metro yang cuba menghubungi gadis terbabit menerusi nombor telefon tertera terkejut apabila gadis bernama Baby terbabit mengangkat telefon dalam keadaan marah sambil memberitahu hanya akan berurusan menerusi SMS.

Wartawan yang menghantar SMS kepada gadis terbabit bagaimanapun menerima balasan positif apabila gadis itu berjanji akan menghantar rakaman video berkenaan sebaik pembayaran dilakukan.

Memang cara berniaga melalui e-book, e-mail dan SMS ini amat menguntungkan dan boleh dicontohi, tetapi barang perniagaannya agak lain dari yang lain...

by editor
Sabtu, 27 Februari 2010

Wednesday 3 February 2010

Produk DIYTermite - Umpan Sahaja


  • DIYTermite Umpan Anai-anai AG sahaja. Di gunakan untuk menambah (Jika Perlu) umpan yang habis dimakan oleh anai-anai.

Harga untuk satu Umpan AG: RM355.00

Nota: Harga termasuk kos penghantaran sekitar kawasan Lembah Klang. Untuk khidmat pemasangan serta latihan jika perlu akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM50.00

Produk DIYTermite - Set AG Dan Umpan Sahaja


  • DIYTermite Set AG Sahaja mengandungi 2 Peralatan utama. Di gunakan untuk pemasangan di dalam bangunan sahaja pada kawasan yang diserang anai-anai.
  1. Stesen AG DIYTermite
  2. Umpan Anai-anai AG DIYTermite
Harga untuk satu set: RM405.00

Nota: Harga termasuk kos penghantaran sekitar kawasan Lembah Klang. Untuk khidmat pemasangan serta latihan jika perlu akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM50.00

Produk DIYTermite - Set Lengkap


  • DIYTermite Set Lengkap Yang Mengandungi 4 Peralatan Utama. Digunakan untuk pemasangan di dalam serta di luar bangunan.

  1. Station AG DIYTermite
  2. Umpan Anai-anai AG DIYTermite
  3. Stesen IG DIYTermite
  4. Kayu Pemantau IG DIYTermite
Harga Satu Set Lengkap: RM550.00


Nota: Harga termasuk kos penghantaran sekitar kawasan Lembah Klang. Untuk khidmat pemasangan serta latihan jika perlu akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM50.00