Friday 28 May 2010

Senarai 10 Terkaya Di Malaysia 2010 - Forbes Asia

BERIKUT merupakan senarai 10 orang terkaya di Malaysia menurut Forbes Asia:

Robert Kuok

1) Robert Kuok AS$12 bilion (RM39b), 86, berkahwin, 8 orang anak. Sumber: Pelbagai.

T. Ananda Krishnan

2) T. Ananda Krishnan AS$8.1 bilion (RM27b), 72, berkahwin, 3 orang anak. Sumber: Telekomunikasi.

Tan Sri Lee Sin Cheng

3) Tan Sri Lee Shin Cheng AS$4.6 bilion (RM15b), 71, berkahwin, 6 orang anak. Sumber: Kelapa sawit.

4) Puan Sri Lee Kim Hua dan keluarga AS$3.9 bilion (RM13b), 81, janda, 6 orang anak. Sumber: Perjudian.

Tan Sri Quek Leng Chan

5) Tan Sri Quek Leng Chan AS$3.85 bilion (RM13b), 69, berkahwin, 3 orang anak. Sumber: Pelbagai.

Tan Sri Teh Hong Piow

6) Tan Sri Teh Hong Piow AS$3.8 bilion (RM12.5b), 80, berkahwin, 4 orang anak. Sumber: Perbankan.

Tan Sri Yeoh Tiong Lay

7) Tan Sri Yeoh Tiong Lay dan keluarga AS$2.5 bilion (RM8.2b), 80, duda, 7 orang anak. Sumber: Pelbagai.

Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary

8) Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary AS$1.7 bilion (RM5.5b), 58, berkahwin, 5 orang anak. Sumber: Pelbagai.

Tan Sri Vincent Tan

9) Tan Sri Vincent Tan AS$1.6 bilion (RM5b), 58, berkahwin, 11 orang anak. Sumber: Pelbagai.

10) Tan Sri Tiong Hiew King AS$1.2 bilion (RM4b), 75, berkahwin, 4 orang anak. Sumber: Pembalakan.

Monday 24 May 2010

Sidang Ekonomi & Ulama Antarabangsa Di Turki



Presiden PAS hadiri sidang ulama antarabangsa di Turki

KUALA LUMPUR, 24 Mei 10: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam tadi berlepas ke Istanbul, Turki bagi menghadiri persidangan ulama antarabangsa.

Beliau akan menghadiri dua persidangan pada 29 Mei ini iaitu persidangan ekonomi antarabangsa dan persidangan ulama yang dipengerusikan oleh Dr Yusuf Qaradawi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang dijangka membentangkan kertas kerja berkaitan krisis ekonomi yang melanda dunia dan penyelesaiannya di kalangan dunia Islam.

Pada Mei tahun lepas, Abdul Hadi telah menghadiri Kongres Antarabangsa Komuniti Muslim ke-18 (18th International Congress of Muslim Communities) yang dianjurkan oleh Ekonomik ve Sosyal Arastirmalar Merkezi (Pusat Kajian Ekonomi dan Sosial – ESAM) juga di Istanbul.

Beliau diberi peluang menyampaikan ucapan dalam sesi protokol, bersama dengan Presiden Saadat Party, Prof Dr Numan Kurtulmus dan mantan Presiden Afghanistan, Prof Dr Burhanuddin Rabbani.

Friday 21 May 2010

Bank Islam serah zakat perniagaan RM8.9 juta

Bank Islam Terus Pekak, 3 Pegawai Polis Bukit Aman Datang Siasat..

Bank Islam Terus Pekak, 3 Pegawai Polis Bukit Aman Datang Siasat..
Nak tahu masalahnya? Klik gambar ini..

KL MEI MEI 21 10:
Bank Islam Malaysia Berhad menyerahkan zakat perniagaan lebih RM8.9 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2009 kepada pengelola zakat negeri dalam majlis penyerahan cek di sini, semalam. Jumlah berkenaan adalah peningkatan 82.9 peratus berbanding pembayaran zakat pada tahun 2008 iaitu RM4.8 juta.

Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad, Datuk Seri Zukri Samat, berkata meskipun beroperasi dalam persekitaran yang mencabar akibat kemelesetan ekonomi global, Bank Islam mencatat keuntungan sebelum cukai dan zakat RM233.1 juta pada tahun kewangan berakhir 2009.

“Pencapaian kewangan yang memberangsangkan dan jumlah kenaikan dana ini membuktikan keyakinan masyarakat terhadap institusi kewangan Islam semakin bertambah seterusnya membolehkan Bank Islam mengagihkan jumlah zakat lebih tinggi” katanya.

Hadir menyaksikan majlis penyerahan cek kepada 13 wakil majlis agama Islam dan pusat zakat negeri itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Zukri berkata, majlis agama Islam dan dan pusat zakat negeri bersetuju membenarkan Bank Islam mengagihkan sebahagian daripada zakat ini sebaik-baiknya kepada golongan yang memerlukan. (AK)

Wednesday 19 May 2010

Bayarbalik Pinjaman Bank Lebih 60.17% Dari Patut

Wartawan buat laporan polis terhadap bank

Seorang wartawan sambilan membuat laporan polis terhadap sebuah bank utama yang didakwanya telah mengenakan bayaran balik untuk pinjaman perumahannya melebihi 60.17 peratus daripada yang sepatutnya.

Hazlinda Hamzah, 45, dan ibu kepada lima orang anak, membuat aduan itu terhadap Malayan Banking Berhad pada 14 April lalu di balai polis Subang Jaya, Selangor. Laporan polis itu diedarkan kepada para wartawan yang menghadiri sidang akhbar Hazlinda bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di ibunegara hari ini.

Dalam laporan tersebut, Hazlinda berkata, beliau mengambil pinjaman perumahan berjumlah RM375,000 pada 2000 daripada Maybank cawangan USJ 9, Subang Jaya untuk tempoh 19 tahun. Katanya, menurut pihak bank, kadar keuntungan untuk pinjaman itu bagi tempoh dua tahun pertama ialah 5.5 peratus dan 17 tahun seterusnya pada kadar 8.25 peratus. Menurut aduan itu lagi, pada bulan Mac 2010, beliau telah ke Bank Negara cawangan Jalan Raja Laut Kuala Lumpur untuk membuat semakan perkiraan pinjaman tersebut.

Hazlinda berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa berdasarkan bayaran balik yang dikenakan ke atasnya untuk tempoh 19 tahun sebenaar dikira mengikut kadar 12.75 peratus secara keseluruhannya. Sedangkan, katanya, dalam aduan itu lagi, purata kadar keuntungan yang dikenakan untuk pinjaman tersebut, telah dijanjikan oleh pihak bank pada kadar 7.96 peratus. Menurut aduan itu lagi, Hazlinda berkata, setelah kiraan dibuat oleh wakil Bank Negara, didapati jumlah bayaran balik yang dikenakan terhadapnya mlebihi 60.17 peratus daripada yang sepatutnya.

Hazlinda juga, dalam aduannya itu, berkata Maybank cawangan USJ 9 Subang Jaya - tempat beliau mengambil pinjaman tersebut - tidak lagi beroperasi sejak empat tahun lalu. Sementara itu, ketika bercakap dalam sidang akhbar hari ini, Hazlinda berkata: "Kalau saya bayar, bermakna saya bersetuju untuk membayar dengan amaun yang salah. Saya akan kehilangan hak saya untuk mempertikaikannya."

Berikutan itu, Hazlinda mendakwa beliau kerugian lebih RM300,000 akibat menandatangani perjanjian pinjaman bagi tempoh 19 tahun dengan bank tersebut bermula tahun 2000. Beliau mendakwa, berikutan itu, beliau berhenti menjelaskan bayaran bulanan sejak tahun 2001.

Mengulas lanjut, Hazlinda berharap supaya satu siasatan dijalankan ke atas bank tersebut bagi memeriksa sistem pengiraan bayaran balik pinjaman yang digunakan. "Sekiranya (pihak bank) bersalah, mereka patut dihukum dan saya patut dibayar gantirugi," katanya.

Saturday 15 May 2010

IMF: Iran Kekuatan Ekonomi Baru Dunia



MEI 2010: Dana Moneter Internasional (IMF) menyatakan, Republik Islam Iran menempati urutan ke 18 negara terkuat ekonominya di dunia dengan penghasilan bruto 828 miliar dolar.

IRNA melaporkan, berdasarkan laporan IMF di saat sejumlah besar kekuatan ekonomi dunia terlilit krisis finansial pada tahun 2009 yang bersumber dari Amerika Serikat (AS), ekonomi serta produk bruto dalam negeri Iran malah membaik dan berhasil naik satu peringkat di tingkat dunia.

Masih menurut laporan IMF, produk bruto Iran berdasarkan daya beli pada tahun 2008 sebesar 803,5 miliar dolar. Angka ini dalam satu tahun meningkat 25 miliar dolar menjadi 828 miliar dolar.

Selain itu, penghasilan perkapita Iran tahun lalu juga meningkat 146 dolar dari 11.026 dolar di tahun 2008 menjadi 11.172 dolar pada tahun 2009.

IRIB -Indonesia

Friday 14 May 2010

Mesin keluar kepingan emas

SEORANG lelaki mencuba mesin yang mengeluarkan kepingan emas di Hotel Emirates Palace, Abu Dhabi kelmarin.


KEPINGAN emas yang dikeluarkan mesin di Hotel Emirates Palace, Abu Dhabi.


DUBAI - Sebuah hotel mewah di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) memasang sebuah mesin yang mengeluarkan kepingan emas tulen.

Mesin itu diletakkan di bawah siling di Hotel Emirates Palace, Abu Dhabi yang merupakan tempat golongan diraja dan bilionair menginap.

"Sebab utama kami memilih hotel ini kerana ia sesuai dengan keadaan sekeliling hotel berkenaan," kata seorang usahawan Jerman, Thomas Geissler yang mencipta jenama emas Gold to Go untuk mesin berkenaan.

Bahagian luar mesin tersebut disalut dengan lapisan emas dan mesin itu menawarkan 320 barangan untuk pelanggan seperti kepingan emas seberat 10 gram dan syiling emas. - Reuters

Friday 7 May 2010

Forum Ekonomi Islam: Sokong Iran boikot APCO

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu Forum Ekonomi Islam Dunia (World Islamic Economic Forum -WIEF) kali ke-6 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre pada 18 hingga 20 Mei 2010 membincangkan beberapa isu berkaitan hubungan ekonomi negara-negara Islam dengan Israel secara serius.

Forum yang dihadiri oleh ketua-ketua negara yang majoriti rakyatnya Islam harus melihat perkara ini sebagai isu bersama. Jika di Malaysia kita dikejutkan dengan hubungan kayu tiga Malaysia-Israel melalui promosi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, syarikat perunding APCO Worldwide, Satchi & Satchi serta pelbagai pertemuan sulit pemimpin Umno dan Menteri Israel. Di negara lain pula ada yang secara terbuka menjalikan hubungan ekonomi dan diplomatik dengan Israel seperti Indonesia, Turki, Jordan, Mauritania dan beberapa lagi negara.

Perkara ini harus diperhalusi oleh setiap ketua-ketua negara yang kononnya menjadi kumpulan simpatisan kepada Palestin yang dizalimi Israel sedangkan mereka semua termasuk Kerajaan BN Malaysia bersekongkol untuk menyokong Zionis Israel. Mereka kena boikot Israel dan semua syarikat yang ada hubung kait dengan pelobi Israel termasuk APCO.

PAS yakin umat Islam seluruh dunia menuntut keikhlasan ketua-ketua negara Islam untuk melihat apa yang dilakukan oleh regim Zionis Israel kepada Palestin dan segera memulaukan negara haram yang tidak berdaulat itu.

PAS mahu pemimpin-pemin Islam secara terbuka menyatakan komitmen mereka dalam forum ini untuk menekan Israel sebagaimana Israel kini melobi dengan kuatnya di Majlis Keselamatan PBB untuk menekan negara Iran yang menjadi ancaman mereka.

PAS juga mahu, negara-negara Islam menyatakan pendirian mereka terhadap isu di Iraq, Afghanistan dan terkini di Iran. PAS mahu, ketua-ketua negara Islam menunjukkan bahawa mereka boleh bersatu mempertahankan Iran daripada dikenakan sekatan ekonomi. Inilah masanya untuk mereka menunjukkan kepada dunia bahawa mereka bukan budak suruhan Amerika.

PAS menanti reaksi Kerajaan Malaysia dan persiapan forum ini. Diharapkan forum yang akan memfokuskan 8 perkara melibatkan soal pelancongan, logistik, SMEs, pengurusan air, penjenamaan, teknologi pendidikan, keusahawanan dan etika perniagaan, inovasi dan perbankan Islam ini tidak menutup mata dan pemikiran mereka dari memikirkan soal kezaliman Israel kepada Palestin.

Ustaz Idris Ahmad,
Ketua Penerangan PAS Pusat.

Saturday 1 May 2010

Amerika umum inisiatif bantu usahawan Muslimah

30 Apr 2010: Amerika umum inisiatif bantu usahawan Muslimah. Sebahagian daripada usaha mempromosi hubungan ekonomi dengan Dunia Islam

WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Cik Hillary Clinton, kelmarin mengumumkan inisiatif perniagaan yang bakal bermanfaat bagi golongan wanita di negara-negara Islam.

Ia merupakan sebahagian daripada usaha lebih luas mempromosi hubungan ekonomi di antara Amerika dengan Dunia Islam, yang diumumkan minggu ini.

'Apa yang kami lakukan ialah membuka pintu peluang kepada lebih ramai orang, lebih ramai dari negara-negara yang majoritinya penduduk Islam dan secara khususnya, kaum wanita.

'Ini kerana pada hakikatnya, golongan wanita lebih sukar mendapatkan pinjaman dan pelaburan modal ekuiti,' kata Cik Clinton di majlis sarapan yang dihadiri usahawan wanita di sini.

Beliau antara lain berjanji memadankan usahawan wanita di negara-negara Islam dengan para peniaga Amerika yang berperanan menjadi mentor.

Para mentor ini akan menawarkan kaum wanita itu latihan sehingga enam minggu di Lembah Silicon, California.

Projek itu merupakan sebahagian daripada kempen Jabatan Negara mempromosi usahawan wanita di peringkat antarabangsa.

Ini sejajar dengan pendirian Cik Clinton bahawa usaha meningkatkan taraf kehidupan kaum wanita akan dapat membantu sesebuah negara itu keluar daripada lingkaran kemiskinan dan peperangan.

Kelmarin, Cik Clinton turut mengumumkan penubuhan dana untuk badan bukan pemerintah bagi membantu kaum wanita meraih kemajuan dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.

Dana itu bertujuan menawarkan kaum wanita lebih banyak peluang ekonomi, menangani masalah keganasan keluarga dan memberi mereka lebih akses kepada pendidikan dan penjagaan kesihatan.

Majlis kelmarin diadakan menyusuli langkah Presiden Barack Obama mengumumkan strategi utama dalam memperbaiki hubungan dengan Dunia Islam.

Pengumuman itu dibuat Isnin lalu dalam sidang puncak yang bertujuan meningkatkan kemajuan ekonomi di negara-negara Islam.

Semasa berucap di Kahirah, Mesir, Jun lalu, Encik Obama melahirkan harapan agar 'lembaran baru' dapat dibuka dalam hubungan di antara Amerika dengan Dunia Islam. Hubungan itu berada di paras terendah semasa pentadbiran mantan Presiden George W. Bush.

Minggu ini, Cik Clinton turut mengumumkan pelancaran program pertama di bawah Program Usahawan Sejagat di Mesir.

Program itu dikendalikan sekumpulan usahawan yang ditaja oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika.

'Kami akan melancarkan program kedua kami di Indonesia dan merancang meluaskannya ke sedozen negara dalam tempoh dua tahun,' kata Cik Clinton dalam satu pertemuan dengan golongan usahawan pada Selasa lalu. -- AFP