Saturday 15 April 2017

Love Scam: 2 Lagi Wanita RM4,800 Ditipu Sindiket

Hasil carian imej untuk sindiket Love Scam


JEMPOL – Dua wanita di daerah ini kerugian RM4,800 apabila diperdaya dua lelaki yang dikenali sejak sebulan lalu melalui laman sosial baru-baru ini.
Sumber berkata, mangsa terpe­daya selepas termakan kata-kata manis suspek yang ligat menjalankan penipuan Love Scam.
Katanya, kes pertama membabitkan mangsa berusia 34 tahun apabila menyerahkan wang RM1,800 kepada seorang lelaki menggunakan nama Joshua Martin.
Hasil carian imej untuk sindiket Love Scam
Hasil carian imej untuk sindiket Love Scam

Friday 14 April 2017

Australia Cipta Sejarah Eksport Kurma Ke Qatar &Lebanon


CANBERRA – Lazimnya buah kurma dijual oleh negara-negara Arab kerana tumbuhan itu memang berasal dari rantau Asia Barat dan Afrika Utara yang cuaca panas berpadang pasir sepanjang tahun.

Namun, sebuah ladang di Alice Springs, Wilayah Utara kira-kira 2,557 kilometer dari ibu kota Australia, Canberra mencipta sejarah apabila mengeksport kurma jenis matang atau disebut khalal ke beberapa negara Timur Tengah.
Menurut stesen tempatan, Perbadanan Penyiaran Australia (ABC), ladang kurma tersebut selama ini hanya setakat menjual produk kurma tuaiannya ke pasaran domestik khasnya di kawasan ramai majoriti penduduk Muslim.
Buat permulaan sebanyak 200 kotak kurma jenis barhi khalal yang biasanya berwarna kuning, telah dihantar ke Qatar dan Lebanon bermula awal tahun ini malahan ia dijangka meningkat menjelang bulan Ramadan depan.
Ben Wall, jurucakap perusahaan kurma Tamara Date Farm Cooperative memberitahuABC bahawa jenis ini adalah satu-satunya jenis kurma yang biasa dimakan mentah begitu sahaja ketika masih lagi dalam tahap awal khalal.
“Kurma memiliki sekitar lima tahap kematangan, kebanyakan orang makan dalam tahap rutab dan tamar, yang warnanya coklat. Tapi jenis kurma barhi adalah yang boleh dimakan ketika tahap kematangannya khalal,” kata Ben.
Syarikat tersebut menyatakan penghantaran ratusan kotak kurma ke tanah tumpah kelahirannya memang tidak mudah dan ia ibarat menjual ais kepada orang Eskimo yang memang selalu makan ais di kawasan Kutub Utara.
Namun, ketika ini permintaan kurma sedang tinggi kerana rantau Timur Tengah belum lagi mengalami musim puncak tuaian buah matang sekali gus penawaran bekalan agak rendah sedangkan permintaan adalah amat tinggi.
“Di Timur Tengah, kelazatannya adalah ketika kurma itu masih berwarna kuning. Namun disebabkan belum lagi tiba musim penuaiannya, jadi keadaan sekarang sangat istimewa untuk Australia merebut peluang,” kata Ben.
Pokok kurma mula ditanam untuk dijadikan makanan di Asia Barat kira-kira 5,500 tahun Sebelum Masihi dan hari ini Mesir merupakan pengeluar terbesar di dunia untuk produk buah pilihan makanan sunnah Rasulullah SAW itu.
Beliau juga menjelaskan bahawa tekstur rasa kurma yang masih kuning ini sukar digambarkan. Jenis ini sangat popular di Hermannsburg, satu komuniti penduduk asli yang berada sejam perjalanan ke arah barat Alice Springs.
“Ia sangat kaya seperti inti kelapa dan buah pear, ada rasa kering tetapi ketika matang penuh, kandungannya sangat lembab. Ia cukup menyegarkan tubuh badan, luar biasa rasanya di lidah anda sendiri,” terang Ben kepada ABC.
Dari segi sejarah pula, masyarakat pribumi di Hermannsburg sendiri hanya makan jenis kurma tersebut dan tradisi lama itu kemudian diwariskan pula setelah mereka memiliki kebun kurma sendiri selama bertahun-tahun dahulu.
Penduduk tempatan tersebut yang lazim disebut sebagai Aboriginal dan dianggarkan seramai hampir 1,000 orang itu dilaporkan menerima 50 kotak dari Tamara Date Farm Cooperative dan mereka meminta lebih banyak lagi
“Ini adalah kurma pilihan bagi masyarakat asli yang sudah lama dibesarkan dengan kurma di gurun Australia, seperti orang Arab dari Timur Tengah, dan mereka selalu menunggunya sepanjang tahun,” kata Ben lagi.
Beliau seterusnya menambah, ladang kurma yang diuruskan syarikat tersebut memiliki bekalan yang cukup stabil sepanjang tahun ini, namun masalah serangan serangga perosak dan burung telah menjadi isu berbangkit.
“Populasi burung ketika ini sangat agresif. Mereka malah boleh membuka kantung plastik yang melindungi pelepah buah kurma, entah bagaimana ia cekap membolosi masuk ke dalam dan terperangkap di antara kurma,” jelas Ben.
“Selalu memang ada kerugian, setiap tahun kita cuba dapat hasil lebih baik tetapi masih ada kerugian minimum di sebalik kita tidak ingin lihat burung terperangkap dalam kantung,” ujarnya. – Agensi


Thursday 13 April 2017

Harga kereta: Ada cara turun, tetapi kerajaan... -Dr Mohd Khairuddin.

Hasil carian imej untuk -Dr Mohd Khairuddin.
1. PADA 4 April (Selasa) lalu, saya telah menerima jawapan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri terhadap soalan saya berkenaan janji Kerajaan untuk menurunkan harga kereta sehingga 30% menjelang 2018 dan kesediaan Kerajaan untuk menghapuskan duti eksais. Soalan ini berikutan janji yang telah dikemukakan oleh BN dalam manifesto mereka pada PRU13 lalu.
2.    Jawapan tersebut menjelaskan, bagi tempoh 2013 hingga 2015, harga kereta telah turun sebanyak 14.68% namun meningkat semula sebanyak 2.13% pada 2016 menjadikan penurunan keseluruhan harga kereta sehingga 2016 hanyalah sebanyak 12.55%. Dinyatakan juga bahawa Kerajaan tiada perancangan untuk mengkaji dan mengstruktur semula cukai eksais kenderaan.
3.    Berdasarkan jawapan yang diberikan ini menunjukkan satu lagi janji yang gagal ditunaikan oleh Kerajaan atau lebih tepat sebenarnya Kerajaan sengaja tidak mahu menunaikan janji tersebut; kerana, terdapat cara-cara bagi mengurangkan harga kereta.
4.    Mendukacitakan juga apabila Kementerian menyatakan, “Harga kereta tidak ditetapkan oleh Kerajaan, sebaliknya dintentukan oleh syarikat-syarikat pengeluar dan pemasang kenderaan berdasarkan faktor pasaran (market forces)...”, seolah-olah mahu berlepas tangan dengan janji yang telah pun diumumkan kepada rakyat. Soalnya, jika sungguh alasan ini menjadi penghalang kepada Kerajaan untuk menurunkan harga kereta, kenapa berjanji kepada rakyat?
5.    Sedangkan, keperluan untuk Kerajaan menurunkan harga kereta amat mustahak memandangkan 36% daripada jumlah yang diisytiharkan muflis di negara ini ialah kerana hutang kenderaan.
6.    Namun, realiti harga kenderaan yang mahal di negara ini sudah diketahui dan diakui; sehingga Malaysia pernah disenaraikan di kedudukan 10 tertinggi tempat paling mahal untuk memiliki kereta di dunia oleh sebuah portal antarabangsa. Harga kereta di negara ini juga lebih mahal berbanding negara-negara ASEAN yang lain seperti Thailand.
7.    Harga yang mahal ini disebabkan oleh adanya duti eksais yang dikenakan pada kadar yang sangat tinggi iaitu 65% hingga 125% bagi sesebuah kenderaan. Contohnya, kereta Proton Preve Premium 1.6 yang dijual pada harga melebihi RM72,000 jika tanpa duti eksais harganya hanya sekitar RM45,000 sahaja.
8.    Sekalipun tempoh pinjaman kenderaan di negara ini agak panjang menjadikan seseorang berkemampuan untuk memiliki kenderaan, namun kesannya ia membawa kepada peningkatan hutang isi rumah sehingga boleh menyebabkan seseorang bankrap.
9.    Oleh itu, sebagai penyelesaian terhadap isu ini, saya menggesa Kerajaan agar hasil cukai yang berjumlah RM7 bilion hingga RM10 bilion yang diperolehi daripada duti eksais itu dipulangkan semula kepada rakyat menerusi pemberian rebat untuk pembelian kereta terutamanya kepada pembeli kereta pertama yang dikategorikan sebagai B40.
10.    Selain itu, saya juga mencadangkan agar Kerajaan memperkenalkan pinjaman kenderaan berasaskan al-Qard Hassan menerusi institusi khas yang ditubuhkan (seperti PTPTN untuk pinjaman pendidikan). Ini sangat penting bagi mengurangkan unsur perniagaan dan keuntungan yang keterlaluan dalam perkara yang melibatkn keperluan rakyat marhaen.
11.    Tambah pula, memiliki kenderaan adalah sesuatu yang penting bagi menjamin kebahagiaan seseorang seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. (maksudnya): "Antara kebahagian anak Adam 3 perkara dan antara kecelakaan anak Adam juga 3 perkara. Antara kebahagiannya ialah wanita yang solehah, kediaman yang baik dan kenderaan yang selesa. Dan antara kecelakaan anak Adam ialah wanita yang jahat, kediaman yang tidak baik dan kenderaan yang tidak bagus." (Hadis di nilai Sahih oleh Syeikh al-Albaani)
“Inilah Penyelesaian Kita”
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus 
12 April 2017 | 15 Rejab 1438 - HARAKAHDAILY 12/4/2017

Siput &Kerang Serang Kedah


 Fatimah (kiri) bersama anak perempuannya, Marina menguruskan kerang di jeti Kuala Sala di Yan, Kedah.


MENUAI hasil siput dan kerang dari perairan Kedah menceriakan nelayan apabila meraih tujuh sehingga 10 tan sehari.

Menurut nelayan, Khalil Abdul Razak, 45, fenomena itu bermula penghujung Mac.

"Secara tiba-tiba, dasar laut di Kuala Tebengau dan Pulau Bunting di Yan, Kuala Kedah dipenuhi dengan siput lala.
"Kami bawa balik berbakul-bakul setiap hari," katanya sambil menambah bahawa pendapatan tambahan merupakan kegembiraan buat sekumpulan 60 nelayan di Kuala Sala.

Dia berkata, nelayan mengaut kerang dari matahari terbit sehingga terbenam.
Selain siput retak seribu, terdapat juga sejumlah besar kerang, sebahagiannya mempunyai bersaiz bola ping pong.

"Lala akan dibersihkan dan digredkan pada sebelah petang tetapi kebiasaannya, ia akan disiapkan pada esok pagi 9 pagi.
"Pembiakan siput bermula akhir Februari sehingga Mei.
"Bagaimanapun, jumlah ia membiak tahun ini menakjubkan," kata Khalil ketika ditemui di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Kuala Sala.


Khalil Abdul Razak bersama bakul-bakul mengandungi siput lala.

Khalil berkata, siput lala dijual pada harga RM4 sekilogram manakala kerang dijual RM2 sekilogram.

"Saya akan membuang kesan lumpur di lala sebelum membungkusnya dan memasukkan ke dalam kotak politena yang berisi ais. Setiap kotak untuk pemborong seberat kira-kira 30 kilogram.
"Segelintir pemborong mahu lala dalam beg plastik 40 kilogram yang berisi ais," kata Khalil.

Seorang pemborong lala dari Thailand, Khasmah Abas, 61, berkata, dia membeli hampir tiga tan sehari dan menghantarnya ke Bangkok.

Penduduk kampung, Fatimah Md Isa, 38, berkata, dia bersama anak perempuannya, Marina Khalil, 19, menguruskan hasil kerang dan lala dari pukul 9 pagi sehingga 4 petang.

"Kami dibayar RM6 untuk setiap bakul. Saya boleh menguruskan empat sehingga lima bakul sehari," katanya.

Pakar Biologi Marin Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Aileen Tan berkata, lala dihanyutkan oleh arus deras semasa air pasang bulan lalu.
"Tak menghairankan. Musimnya kerap berlaku. Bila arus surut, lala boleh berenang kembali ke dasar laut yang tidak dapat dicapai nelayan," katanya. (mStar)

Wednesday 12 April 2017

Penggunaan "Mata Wang Digital", Meningkat Mendadak Di Malaysia.



PETALING JAYA: Urusniaga melalui mata wang digital Bitcoin di Malaysia meningkat mendadak tahun ini, dalam apa yang disifatkan sebuah laman berita kewangan alternatif sebagai petanda kehilangan keyakinan terhadap sistem kewangan dan kekuatan mata wang ringgit.
Nilai urusniaga menggunakan kaedah Bitcoin naik mendadak sejak dua tahun lalu, daripada hanya RM130,000 pada Julai 2015 kepada lebih RM730,000 setakat 16 Julai tahun 2016, mengikut laporan statistik coin.dance.
Majalah web The Cointelegraph berkata peningkatan sedemikian merupakan sesuatu yang biasa di kalangan rakyat sesebuah negara yang berpaling daripada mata wang konvensional kerana hilang keyakinan disebabkan kepincangan sistem ekonomi di samping nilai mata wang yang semakin menyusut.
Ia mendakwa perkara sama juga dilihat di negara seperti Zimbabwe dan Venezuela.
“Berbeza daripada era 90an, kekayaan rakyat sesebuah negara tidak lagi terikat dengan kekayaan negara itu.
“Bitcoin memberikan mereka jalan keluar. Sudah tiba masa kerajaan menyedari hal ini,” menurut ulasan Cointelegraph.
Bitcoin merupakan ilham seorang pakar komputer yang menggunakan nama Satoshi Nakamoto, di mana mata wang bebas daripada pengawasan mana-mana bank pusat, dan boleh dipindahkan dengan kaedah elektonik tanpa orang tengah secara percuma.
Sementara nilai mata wang biasanya disandarkan pada emas atau perak, Bitcoin pula disandarkan pada pengiraan matematik.
Ia menjadi tarikan kerana bank pusat sesebuah negara tidak boleh mengawal urusan kewangan seseorang, dan semakin menjadi pilihan peniaga kecil yang menggunakan Bitcoin dalam urus niaga harian.
Bitcoin juga mendakwa ia sebuah sistem telus kerana daftar transaksi di serata dunia menggunakan sistem itu boleh diperiksa sesiapa sahaja. #sumber

*** Ringgit Malaysia (RM) merudum sekarang. Anda berminat untuk menyimpan atau menggunakan matawang digital dalam urusan seharian?. Lebih menjimatkan dan pasti menguntungkan. Kami perlukan anda di seluruh Malaysia khasnya dan dunia amnya. Jadilah sebahagian daripada kami. 
Bayangkan anda berbelanja dalam negara dengan kadar nilai wang yang lebih tinggi dari Ringgit Malaysia (RM) sendiri. Anda juga boleh gunakan matawang digital dalam urusan ke luar negara dengan mudah. Tidak perlu berlengah lagi, dapatkan matawang digital anda sekarang. Pilihan anda mahu jadi pengguna atau pun menyimpan, dua-dua dapat keuntungan. Berminat sila WhatsApp BTC_Nama_Lokasi ke 010-8672810 sekarang. Info klik www.bitcoins88.blogspot.my

Kilang Susu Kambing RM5j: CSM Sasar 40K Kotak Sehari


Kilang RM5 Juta: CSM Sasar 40K Kotak Susu Kambing Sehari

PENGELUAR produk susu kambing, Cipta Success Marketing (CSM) optimis mencatatkan keuntungan lebih positif menerusi pembinaan kilang yang bakal siap pada awal tahun hadapan.

Pengasas dan pemilik CSM, Yaakop Mohd. Isa berkata, kilang baharu yang menelan kos kira-kira lebih RM5 juta itu kini dalam proses pembinaan di Mantin, Negeri Sembilan dan bakal beroperasi seawal Mac 2018.
Kilang RM5 Juta: CSM Sasar 40K Kotak Susu Kambing SehariKilang RM5 Juta: CSM Sasar 40K Kotak Susu Kambing Sehari
Menurutnya, kilang tersebut dijangka dapat mengeluarkan produk seberat 500 gram sebanyak 40 ribu kotak sehari berbanding kilang sedia ada kini hanya mengeluarkan 10 ribu kotak sehari.
“Permintaan kita terlalu tinggi daripada usahawan baharu namun ruang yang ada tidak cukup bagi menampung kapasiti produk yang dihasilkan.
“Kawasan kilang yang lebih besar dan teratur ini dapat memudahkan lagi pengurusan kerja proses bahan mentah dan pembungkusan serta menempatkan pekerja dalam satu bangunan.
“Segala aspek di dalam kilang itu menggunakan teknologi canggih dan dapat menghasilkan produk yang menepati piawaian ditetapkan selain bahan berkualiti dan bersih,” katanya.
Kilang RM5 Juta: CSM Sasar 40K Kotak Susu Kambing Sehari YAAKOP MENUNJUKKAN TAPAK KILANG BARU CSM YANG BAKAL BEROPERASI MAC 2018
Bekas penjawat awam yang berusia 59 tahun ini berkata, kilang tersebut bakal memiliki pensijilan Analisis Bahaya dan Titik Pengendalian Kritikal (HACCP) danGood Manufacturing Practice (GMP) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mencapai standard yang lebih tinggi bagi menembusi pasaran luar negara.
Menyingkap kembali pembabitannya dalam industri perniagaan, Yaacop berkata CSM yang ditubuhkan pada awal 2005 dengan memasarkan kopi dan kemudian meluaskan perniagaan dengan mengeluarkan produk jenama Tok’ Ali pada 2009.
Menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) di kilangnya sendiri, CSM kini berjaya menghasilkan 14 jenis produk jenama Tok’ Ali dengan pelbagai perisa seperti asli, campuran coklat, madu, kurma, halia, spirulina, habbatus sauda, manna dan malt.
“Ada dua lagi produk terbaru berasaskan susu kambing akan kita keluarkan pada bulan Ramadan ini yang kini sedang dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D),”katanya.
Yaakop berkata, produk tersebut dipasarkan melalui 200 ejen yang ada di seluruh Malaysia termasuk Brunei.
Jelasnya, produk tersebut dihasilkan sendiri di lima buah kilang sewaan daripada sebuah bank di Taman Perindustrian Ringan Tun Dr Ismail, Seremban, Negeri Sembilan.
Usahawan kelahiran Melaka itu berkata, semua produknya mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (MeSTI) selain pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Tidak lokek berkongsi ilmu, Yaakop membuka ruang kepada usahawan muda yang berminat untuk menghasilkan produk susu kambing dengan jenama sendiri menerusi program Original Equipment Manufacturer (OEM).
Jelasnya, program yang bermula 2012 memberi ruang kepada usahawan yang mempunyai ilmu perniagaan tetapi tidak tahu cara untuk memulakannya.
“Kami akan bantu mereka ini dari sudut penyediaan produk, pembungkusan sehinggalah penghantaran terus kepada usahawan yang ingin menempah produk jenama sendiri di kilang kami secara kontrak.
“Kami juga akan memberikan bimbingan dan nasihat kepada anak muda yang ingin menceburi dalam bidang ini,” katanya.
Menurutnya, sebanyak 70 syarikat OEM telah berjaya dan terkenal hasil daripada bimbingan CSM malah kebanyakan usahawan tersebut berusia antara 24 hingga 40 tahun.
Perniagaan yang turut dibantu isterinya, Rohaya Mukri, 58, dan dua anaknya Nur Athirah, 30, dan Muhammad Aizat, 26, serta 40 kakitangan CSM ini bakal dikukuhkan lagi dengan pembukaan ladang ternakan kambing bagi mendapatkan bekalan susu kambing untuk menambahkan lagi produk yang sedia ada.
Yaakop berkata, bekalan susu kambing untuk penghasilan produknya kini diperoleh daripada pasaran luar negara susulan bekalan tempatan yang tidak mencukupi bagi menampung penghasilan produk yang semakin meningkat.
Kilang RM5 Juta: CSM Sasar 40K Kotak Susu Kambing Sehari LADANG KAMBING SELUAS 6 EKAR BAKAL MEMBAWA KEUNTUNGAN KEPADA CSM
“Kawasan seluas enam ekar telah dibeli bagi menempatkan ladang kambing yang kini sedang dalam proses perbincangan dengan beberapa agensi kerajaan.
“Kami percaya dengan memiliki bahan utama untuk produk susu kambing ini sudah tentu dapat memberi pulangan yang lebih lumayan serta mengurangkan lagi kos sampingan lain,” katanya.
Jelasnya, usahawan yang berminat untuk mengeluarkan produk berasaskan susu kambing menggunakan jenama sendiri selain bertindak sebagai pengedar boleh layari laman web www.csm2u.com.my atau laman sosial Facebook: Tok’ Ali Susu Kambing dan Instagram: tokalisusukambing_hq atau terus hubungi talian 019-229 3025 untuk mendapatkan maklumat lanjut. 
Lapor MYNEWSHUB.CC


Kerana Iklan Pasaraya, Keretanya Jadi Begini..

kereta

GARA-gara ingin ajar isterinya kerana tukar nama keluarga, seorang lelaki telah mencurahkan simen ke dalam kereta kesayangan wanita itu sebagai membalas dendam terhadap pasangannya.

Lelaki itu, yang tidak dinamakan, telah menjadi berang apabila nama keluarga mereka ditukar kepada Veniy, iaitu sempena nama rangkaian pasar raya di Rusia.
Pasar raya itu menjanjikan wang sebanyak 50,000 ruble (RM3,800) sebulan kepada sesiapa yang sanggup menukar nama keluarga mereka kepada Veniy.
Ia merupakan salah satu promosi yang dijalankan oleh pasar raya berkenaan. Ironinya Veniy bermaksud setia. Lelaki itu mengakui rumah tangganya dengan wanita berkenaan sedang berantakan.
Perbuatannya yang membawa sebuah lori simen dan kemudian mencurahkan simen ke dalam kereta isterinya telah dirakamkan dan dimuat naik ke media sosial.
Selepas melihat keadaan kereta itu, ramai netizen yang ingin menyaksikan wajah isterinya apabila melihat kereta kesayangannya dipenuhi dengan simen. 
Apakah hal kereta ini juga termasuk iklan isteri atau suami yang balas dendam? (IH)

Trend Online Diguna Sindiket Dadah Rentas Negara. Begini Modus Operandi..













Mokhtar (tiga dari kanan) membuat sidang akhbar mengenai tangkapan beberapa ahli sindiket dadah oleh polis Johor di Johor pada Disember 2016.

KUALA LUMPUR – Penjualan pelbagai barangan secara online yang kini menjadi trend di seluruh negara turut ditiru oleh sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang melakukan urus niaga jual beli bahan terlarang tersebut secara lebih mudah dan cepat.
Bagi mengelak jual beli dadah secara online dihidu pihak berkuasa, sindiket yang bergerak di serata dunia itu kini dikatakan berhubung sesama mereka menerusi media sosial seperti Facebook, aplikasi WeChat atau WhatsApp.
Satu sumber memberitahu, rangkaian pengedaran dadah kini berkembang mengikut kemajuan teknologi malah bagi pengedar besar dan berpengalaman, sindiket itu membina laman web sendiri untuk berurusan mengenai pesanan dan penghantaran barang terlarang itu.
“Promosi menjual dadah kini banyak dilakukan menerusi laman sosial dan sindiket menyediakan katalog bagi menawar atau mempromosi pelbagai jenis dadah bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan dan pesanan.
“Ibaratnya jual beli dadah zaman ini sudah seperti jual beli baju di internet,” kata sumber itu ketika dihubungi semalam.
Menurut sumber itu, setiap ahli sindiket akan mempunyai kata laluan yang dikongsi menerusi mesej peribadi bagi memasuki laman web yang dicipta khas oleh sindiket-sindiket dadah besar.
Mengulas lanjut, sumber itu memberi­tahu, ini merupakan modus operandi terbaharu sindiket pengedaran dadah antarabangsa melakukan jual beli dadah merentasi negara.
“Bagi penghantaran, sindiket ini sama ada akan menggunakan khidmat kurier bagi menghantar dadah kepada pelanggan atau bekalan yang dipesan dihantar oleh orang tengah ke destinasi yang dinyatakan,” jelas sumber itu. (kosmo!)

Tuesday 11 April 2017

Ramen Cengkerik, Ulat Goreng Laris Di Jepun. Baaimana Kalau Di M'sia?


Ramen Cengkerik, Ulat Goreng Dapat Sambutan Di Jepun

TOKYO – Pencinta makanan Jepun sanggup beratur di luar sebuah restoran untuk merasai hidangan ramen dengan cangkerik serta ulat goreng.

Dalam masa hanya kira-kira empat jam, restoran Ramen Nagi menjual 100 mangkuk ramen “tsukemen serangga” dalam satu acara yang diadakan pada Ahad.
Ramen itu akan dihidangkan bersama-sama dengan kira-kia sedozen cengkerik dan ulat di mana pelanggan akan mencelupnya di dalam sup dengan perisi cengkerik, belalang atau ulat sutera.
“Ia digoreng, jadi ia benar-benar ranggup dan tiada rasa yang kurang enak,” kata salah seorang pelanggan, Anri Nakatani, 22 tahun.
“Ia seperti rasa udang yang digoreng. Acara itu dianjurkan oleh pemilik restoran, Yuta Shinohara, 22, yang memperkenalkan hari makan serangga di Tokyo,” katanya.
Menurut Shinohara, dia mula makan serangga sejak kecil memperkenalkan hari makan serangga bagi mempromosikan budaya makan alternatif di Jepun dan seluruh dunia melalui ramen iaitu makanan popular Jepun.
“Melalui ramen, saya mahu menyebarkan bagaimana seronoknya dan lazat makan serangga,” katanya.
Hidangan 1 set makanan berharga 3,000 yen (RM120) iaitu ramen serangga, semangkuk nasi dengan cengkerik, popia cacing goreng dan ais krim yang berperisa serannga manakala harga bagi semangkuk ramen ialah 1,500 yen (RM 60).
Serangga dimakan oleh penduduk beberapa negara seperti China, Ghana, Mexico dan Thailand. – Reuters

Niaga Atas Talian, Tingkat Pendapatan.


online business
Perniagaan atas talian.
KUALA LUMPUR: Perniagaan atas talian dijangka berkembang dengan pesat pada tahun ini dan dapat membantu meningkatkan pendapatan isi rumah.
Peningkatan pesat perniagaan atas talian itu dipacu oleh perkembangan teknologi terkini, terutamanya dengan kewujudan blog, laman sosial serta sistem optimisasi enjin carian yang secara tidak langsung membantu memudahkan aktiviti pemasaran dan perniagaan.
Penceramah daripada SifuFBads.com, Jamaluddin Bahari berkata dengan kos pemasaran dan pengiklanan yang lebih murah dalam sistem perniagaan atas talian, peniaga dapat menjana pendapatan lumayan dengan lonjakan jualan dalam masa satu hingga dua bulan.
Peniaga juga berpeluang untuk merekrut ejen-ejen perniagaan mereka secara atas talian.
"Kos pemasaran dan pengiklanan bagi perniagaan atas talian jika dibandingkan dengan cara konvensional adalah 10 kali lebih murah.
"Bagi mereka yang baru menceburi perniagaan atas talian ini, kos pemasaran secara percuma boleh dicapai dengan menggunakan beberapa teknik melalui medium seperti blog, forum usahawan, kumpulan pengiklanan serta laman sosial," kata beliau ketika ditemui di Seminar Usahawan Super Muslim (SUPERB) 2014 di sini, Rabu.
Seminar tersebut dianjurkan oleh PPZ-MAIWP secara kerjasama dengan Smartwork Ventures.
Menurut Jamaluddin, perniagaan atas talian perlu dilakukan secara agresif, sama ada dari segi variasi dan ketahanan produk serta kualiti perkhidmatan yang disediakan, terutamanya perkhidmatan penghantaran dan perkhidmatan selepas jualan.
Peniaga juga boleh mengenal pasti produk laris di pasaran untuk mengukuhkan lagi strategi pemasaran mereka, katanya.
Beliau berkata, lebih daripada 50 peratus peniaga atas talian menjalankan perniagaan mereka dari rumah, dan bilangan ini dijangka bertambah berikutan fleksibiliti yang ditawarkan oleh teknologi canggih sekarang.  Bernama.

Monday 10 April 2017

Belia Islam Pamer Kreativiti.




PUTRAJAYA: Makanan merupakan lambang budaya dan hidangan berbeza boleh didapati di bawah satu bumbung di Anjung Floria di sini yang menjadi lokasi Festival Makanan & Fesyen Islam 2017.
Festival selama dua hari itu yang berakhir pada Ahad dianjurkan bersama Forum Persidangan belia Islam untuk Dialog dan Kerjasama (ICYF-DC), Kementerian Belia dan Sukan serta Perbadanan Putrajaya.
Ia bertujuan mempamerkan kreativiti belia Islam dalam bidang masakan, fesyen dan muzik.
Usahawan Kyrgyz, Ulanbek Ergeshov bukan sahaja mengetengahkan hospitaliti dari negara Asia Tengah itu tetapi juga makanan ringan.
"Saya menyertai festival ini untuk menunjukkan kepada pengunjung sebahagian budaya masyarakat Kyrgyzstan seperti pakaian dan membolehkan orang ramai mencuba makanan kami," katanya.
Makanan ringan masyarakat Kyrgyz seperti boorsok, campuran doh yang digoreng dan kurut, snek berasaskan susu kering dan masin boleh diperolehi di gerai miliknya.
"Kyrgyzstan terkenal dengan madu yang sangat manis dan saya juga membawa beberapa walnut Kyrgyz dan aprikot kering untuk dicuba pengunjung," kata Ergeshov.
Terdapat kira-kira 20 gerai yang mempamerkan pelbagai jenis makanan halal daripada negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Usahawan dari Malaysia, Adlin Amira Ahmad Ridzwan, 18, pula menawarkan snek tempatan dikenali sebagai kerepek bronis diperbuat daripada brownies coklat konvensional yang rangup.
"Tidak ramai tahu mengenainya, jadi kami mahu mempromosikan makanan ini," katanya.
Mansour Elh Amani, 28, dari Republik Niger menyediakan hidangan alkaki yang dihasilkan menggunakan doh gandum goreng yang direndam dalam madu, kacang tanah dan kek bijan.
"Ia pertama kali saya berada di Malaysia dan saya amat gembira dapat mempromosikan makanan dari negara saya," katanya.
Selain itu, pertunjukan fesyen Islam dan persembahan kelab muzim SMK Cheras dipanggil Sapelele turut diadakan.
Dengan bantuan alat muzik tradisional Sarawak, sape dan gendang, pelajar tersebut melakukan persembahan dan menyanyikan lagu popular dalam bahasa Melayu, Hindi, Mandarin dan Thai.  (IH)

Sunday 9 April 2017

6 Dicekup Cuba Jual 45 Jongkong Emas Palsu


SINGAPURA – Sebanyak 45 jongkong emas palsu dirampas dan enam lelaki ditangkap kerana cuba jual barangan itu, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan media hari ini.

Suspek-suspek berusia antara 17 hingga 24 tahun itu, berjaya dicekup selepas beberapa operasi secara serentak dijalankan kelmarin dan semalam di sekitar Yishun, Joo Koon Road, Kampong Java Road dan Outram Road.
Secara keseluruhan, 45 jongkong emas palsu dijumpai semasa operasi itu. Tiga daripada suspek itu – berusia 17, 19 dan 24 tahun – didakwa di mahkamah hari ini atas tuduhan menipu di bawah Seksyen 420 dan 109 Kanun Jenayah.
Akhbar popular TODAY melaporkan siasatan terhadap suspek yang lain masih dijalankan. SPF menambah bahawa mereka menerima aduan mengenai percubaan untuk menjual jongkong emas palsu antara 13 Mac hingga 5 April.
Siasatan awal SPF mendedahkan bahawa suspek-suspek tersebut cuba menjual barangan palsu berkenaan kepada beberapa kedai pajak gadai dan orang awam di seluruh Singapura untuk mengelak daripada dikesan.
Agensi Mediacorp difahamkan, bahawa dua lelaki rakyat Singapura, yang ditangkap pada Rabu lalu berhubung kes sama iaitu cuba untuk memajak dua jongkong emas palsu di sebuah kedai pajak gadai berhampiran Pasar Tekka.
Pihak polis republik tersebut dalam kenyataan berkenaan turut mengingatkan orang ramai agar lebih berwaspada dan tidak terus beli jongkong emas daripada sumber-sumber tidak boleh dipercayai meskipun harganya menarik.
Tertuduh sekiranya disabitkan kesalahan oleh pihak mahkamah atas dakwaan penipuan tersebut boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, dan boleh sejumlah denda. – Agensi

FAMA Sedia Import 2 Juta Kelapa Untuk Ramadan.


Kelapa

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan mengimport dua juta biji kelapa dari Indonesia untuk kegunaan sepanjang Ramadan akan datang.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata langkah itu dijangka dapat memenuhi permintaan peniaga dan pengguna sepanjang bulan berkenaan.
“Setiap bulan kita mengimport sejuta biji kelapa dari Indonesia untuk kegunaan tempatan, namun untuk Ramadan ini kita bersedia menambah bekalan sehingga dua juta biji berikutan permintaan yang tinggi,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Tani Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi FAMA, Tan Sri Badruddin Amiruldin dan Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Ishak.
Sementara itu, Badruddin berkata Fama menyasarkan pembukaan 50 pasar tani baharu sepanjang tahun ini di seluruh negara.
“Sehingga kini, sebanyak 664 buah pasar tani telah beroperasi dan berjaya mengumpul keuntungan berjumlah RM822 juta bagi tahun lalu,” katanya.
Pasar tani Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara merupakan pasar tani keempat yang beroperasi di perkarangan masjid. – BERNAMA

Saturday 8 April 2017

Bikini Pramugari VietJet Air, Di Negara Umat Islam Terbesar Di Dunia.


Indonesia Kecoh Isu Bikini Pramugari VietJet Air

Indonesia Kecoh Isu Bikini Pramugari VietJet Air

JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia kini dilaporkan dalam keadaan dilema menerima kehadiran VietJet Air yang berhasrat terbang ke pelbagai destinasi utama di negara terbesar Asia tenggara itu.

Ini bukan kerana bimbang isu monopoli laluan oleh operator udara kos rendah antarabangsa Vietnam ke Indonesia yang ketika ini tiada penerbangan terus antara dua negara berkenaan tetapi lebih kepada isu pakaian pramugarinya.
Akhbar berpengaruh KOMPAS melaporkan, Kementerian Perhubungan sedang meneliti isu pakaian seksi pramugari VietJet Air yang berbikini ekoran pengumuman syarikat itu mahu mendarat di beberapa destinasi di Indonesia.
Menterinya, Budi Karya Sumadi berkata, setakat ini pihaknya belum menerima permohonan secara rasmi daripada VietJet Air dan sedia berbincang dengan Jawatankuasa Dasar Awam di peringkat Parlimen mengenai isu bikini itu.
“Penetapan busana pramugari bukan di bawah bidang kuasa kementerian tetapi kami pasti melakukan sesuatu dengan berhati-hati kerana masyarakat Indonesia ada norma tertentu,” ujarnya di pejabatnya di sini semalam.
Indonesia Kecoh Isu Bikini Pramugari VietJet Air
Budi Karya menegaskan, pihaknya boleh meminta syarikat penerbangan asing yang terbang ke Indonesia agar selalu memelihara kesopanan pakaian pramugarinya sejajar dengan budaya asli Indonesia tanpa mencetuskan polemik.
“Saya akan pertahan budaya Indonesia. Bahagian ini kami tetap pelihara,” kata bekas Pengarah Urusan PT Angkasa Pura II, penguasa lapangan terbang di Indonesia itu dan mengesahkan pihak VietJet Air tidak menemuinya pun.
Ketua Bahagian Kerjasama dan Hubungan Masyarakat Direktorat Jeneral Perhubungan Udara Kementerian, Agoes Soebagio dalam pada itu menyatakan, syarikat asing perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa negara asalnya.
Justeru VietJet Air kena menyertakan persetujuan daripada pemerintah Vietnam sebelum terbang ke Indonesia dan kelulusan tidak diberikan serta-merta kecuali berjaya memenuhi segala peraturan ditetapkan kementerian tersebut.
“Jadi kami buat penilaian terlebih dahulu seperti keizinan laluan dan teknikal operasi. Kalau semua syarat dipenuhi, baharulah mendapatkan kebenaran, tetapi kalau belum waima satu perkara, pun tetap belum dapat izin,” jelasnya.
VietJet Air yang ditubuhkan sejak 2011 dengan memiliki 38 buah pesawat buat masa ini terbang ke 53 destinasi antarabangsa termasuk China, Korea Selatan, Macau, Hong Kong, Taiwan, Thailand, Myanmar dan Singapura.
Tahun lalu, syarikat dimiliki bilionaire wanita terkaya di Vietnam, Nguyá»…n Thị PhÆ°Æ¡ng Thảo itu terbang ulang alik setiap hari ke Kuala Lumpur, Malaysia tanpa masalah setelah isu pakaian pramugarinya diselesaikan secara baik.
Ini menyaksikan krew wanitanya tidak mengenakan bikini sebaliknya berseluar pendek dan kemeja lengan pendek berbanding pramugari syarikat penerbangan kebangsaan Vietnam Airlines yang memakai busana tradisional ao dai.
Foto memaparkan petugas seksi berbikini yang menjadi tular di seluruh dunia pada tahun lalu itu sebenarnya hanya melibatkan beberapa penerbangan sewa khas VietJet Air terutama destinasi tertentu di Vietnam dan China.
Operator udara itu kini menguasai 40 peratus daripada pasaran penerbangan di Vietnam dan turut merancang untuk membeli lagi 197 buah pesawat baharu bagi meluaskan perkhidmatannya. – Agensi


Calon Kena Bogel, AirAsia, FireFly Sindir Malindo Air.``


AirAsia, FireFly Sindir Malindo Air Isu Calon Kena Bogel

GARA-GARA kecoh berita tular calon pramugari Malindo Air kononnya diarahkan berbogel ketika proses temuduga, dua syarikat penerbangan lawan mula membuat iklan parodi berbaur sindiran.

Operator udara kos bajet, AirAsia semalam mengeluarkan iklan kekosongan jawatan anak kapal, dilaporkan tidak pula melepaskan peluang terbaik berkenaan untuk ‘mengenakan’ Malindo Air yang ditubuhkan sejak 2013 itu.
Iklan itu memaparkan seorang pramugari membuat hebahan berbunyi: “Kami tidak minta anda tanggal pakaian, malah sila zip untuk menjadi sebahagian anggota pasukan syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia!”
AirAsia yang beroperasi sejak 1993 sebelum ini sering dikritik pelbagai pihak kerana uniform pramugarinya agak seksi dengan skirt mini warna merah terang dengan jaket terbuka mendedahkan baju-T putih dipakai mereka.
Baru-baru ini media melaporkan, Malindo Air dikritik ramai netizen ekoran tersebar cerita kononnya pemohon jawatan pramugari diminta menanggalkan pakaian mereka semasa menghadiri temuduga kerja pada 11 Mac lalu.
Namun pihak Malindo Air menyangkal laporan itu dan menjelaskan, tiada penyelia lelaki memeriksa tubuh calon perempuan sebaliknya ia dilakukan petugas wanita bagi memeriksa sebarang tanda timbul pada badan pemohon.
Dalam pada itu, anak syarikat Malaysia Airlines Berhad (MAB), FireFly turut menyiarkan iklan sindiran terhadap Malindo Air dengan memaparkan grafik zip pakaian seperti dilucutkan yang merujuk harga tiket murah ditawarkan.
Iklan ringkas tersebut berbunyi: “Apa yang hanya dilucutkan ialah harga tambang penerbangan kami apabila ia cuma RM99” sempena kempen promosi harga tambang rendah untuk 17 destinasi ditawarkan operator berkenaan.
Sementara itu, beberapa pramugari dilaporkan menyifatkan situasi dialami calon Malindo Air itu jika betul adalah ‘karut dan jijik’ bahkan mereka sendiri tidak pernah berdepan dengan prosedur pemeriksaan seumpama tersebut.
Anak kapal MAB, Sharifah Muhazlisa Syed Mohd. Bakar, 42; terkejut apabila dimaklumkan para pemohon Malindo Air diminta mendedahkan bahagian dada, menyelak skirt, melipat seluar panjang atau menanggalkan stoking.
Dia menambah bahawa dirinya malah tidak pernah disuruh berbuat perkara demikian oleh panel penemuduga MAB sewaktu pertama kali menyertai syarikat penerbangan kebangsaan itu sebagai pramugari pada 1996 lalu.
“Mereka yang memakai baju lengan panjang diminta menyingsing lengan untuk diperiksa sama ada mempunyai corak tatu atau kesan calar dan luka parut. Itu sahaja,” katanya seperti yang dilaporkan portal Malay Mail.
Seorang pramugari syarikat penerbangan kebangsaan Singapura iaitu Singapore Airlines, yang enggan namanya didedahkan, juga terkejut dan berasa marah apabila mendapat tahu tentang insiden pelik tersebut.
“Ini kerja gila! Saya tidak faham mengapa perlu melakukan sedemikian. Gadis itu bukan datang untuk menonjolkan tubuh,” katanya sambil menambah, sama seperti kerjaya lain, calon harus dilayan penuh hormat dan bermaruah.
Malindo Air menerusi satu kenyataan media bagaimanapun menyatakan proses itu diperlukan untuk memeriksa kesan pada badan pemohon dan ia dilakukan secara tertutup serta profesional oleh penyelia wanita, bukan lelaki.
Namun pihak pengurusan syarikat itu dilaporkan cuba menepis kritikan beberapa pemimpin politik, badan bukan kerajaan dan pengguna media sosial mengenai proses temu bualnya itu. 
Lapor Agensi

Berhati-hati, Peguam Pun Didakwa Pecah Amanah.

 OOI LYE (kiri) diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam selepas didakwa atas lima pertuduhan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM1.18 juta.



KUALA LUMPUR – Seorang peguam wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas lima pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM1.18 juta berhubung pembelian rumah.
Bagaimanapun, tertuduh, Yap Ooi Lye, 37, tidak mengaku salah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Hasbullah Adam.
Mengikut pertuduhan pertama hingga kelima, dia sebagai peguam bela dan peguam cara firma yang diamanahkan de­ngan penguasaan wang akaun pelanggan Firma HSBC telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang pertaruhan berjumlah RM1,187,000 yang dibayar oleh Ong Hun Long, Chin Yee Teen, Ooi Sui Huat, Tiew Chor Chee, Lei Choy Wan, Lee Chee Meng dan Ong Hun Long.
Wang itu adalah bagi urusan membeli rumah di Taman Melor dan Taman Pandan Indah, Ampang serta Taman Sri Murni, Off Jalan Ipoh di sini antara 11 Februari 2014 hingga 29 September 2016 di Firma Tetuan Jenny Yap & Associates di alamat 34-1 Jalan Metro Perdana 8, Taman Usahawan Kepong di sini. (Kosmo!)

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....


Thursday 6 April 2017

Sindiket Pencuri Siber Guna Nama Maybank Tipu Mangsa


Sindiket Pencuri Siber Guna Nama Maybank Tipu Mangsa

KUALA LUMPUR – Individu yang memiliki akaun Maybank dinasihati agar lebih berwaspada terhadap kemunculan sindiket penipuan menggunakan taktik ‘Spoofing’.

Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Siber dan Siasatan Multimedia), Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Datuk Kamaruddin Md. Din.
Beliau berkata, pihak polis mengesan wujud rangkaian sindiket baharu yang menyamar sebagai pegawai bank khususnya Maybank untuk menipu orang awam.
Menurutnya, sindiket itu akan menghubungi telefon mangsa secara rambang sebelum memulakan perbualan dengan mendakwa nama mangsa digunakan individu tertentu untuk melakukan pinjaman peribadi.
“Ahli sindiket akan memperkenalkan diri sebagai pegawai bank sebelum meminta mangsa menyatakan nama penuh dan nombor MyKad untuk tujuan pengesahan.
“Suspek kemudian mendakwa ada individu yang menyamar dan membuat pinjaman peribadi menggunakan identiti mangsa,” katanya.
Mangsa kemudian akan panik dan suspek menasihati mereka untuk membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Mereka seterusnya diberi nombor telefon yang sudah diubah menggunakan ‘platform voice over internet protocol’ (VOIP) untuk memperdayakan mangsa.
“Meskipun itu bukan nombor asal BNM atau PDRM, namun ia akan tertera nombor asal dua agensi kerajaan pada telefon pintar mangsa menggunakan peralatan VOIP,” katanya.
Kamaruddin berkata, sebaik mangsa menghubungi nombor itu, seorang lagi ahli sindiket yang menyamar sebagai pegawai BNM atau PDRM akan menjawab panggilan itu.
Beliau berkata, ‘pegawai’ palsu itu pula akan meminta maklumat perbankan dan kad kreditmangsa kononnya untuk tujuan pengesahan dan semakan. – Agensi