Tuesday 28 February 2012

Cas iPhone Guna Haba Badan

JOM KREATIF


RALEIHG: Penyelidik dari Pusat Teknologi Nano dan Molekul di Universiti Wake Forest telah membangunkan ciptaan sejenis fabrik yang boleh menyerap haba badan lalu menukarkannya kepada kuasa elektrik untuk digunakan sebagai pengecas telefon pintar, iPhone atau komputer riba.

Dengan hanya menggunakan sentuhan jari, Power Felt boleh mengalirkan kuasa dengan sendiri untuk mengecas alat elektronik.

Ia berfungsi apabila fabrik itu mengesan perubahan suhu dan haba dari tubuh si pemakai yang kemudiannya akan menghasilkan elektron.

Salah seorang penyelidik, Corey Hewitt berkata, Power Felt mungkin boleh dijadikan sebagai salah satu alat kelengkapan kecemasan pada masa hadapan.

“Selagi tubuh manusia mengeluarkan haba, ia akan menghasilkan voltan secara berterusan,” menurutnya. (IH)

Llihat sebelum ini...

E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'

Huu! Harga Kereta M'sia Murah Dari S'pura...

harga kereta singapura malaysia Harga Kereta di Malaysia Lebih Murah Daripada Harga Kereta Singapura?

Hari ini kami petik laporan Utusan Malaysia berkenaan perbandingan harga kereta di Malaysia yang cuba dilakukan berbanding harga negara Asean yang lain. Bukan setakat harga kereta import yang memang ada perbezaan dikalangan negara-negara Asean, harga kereta Nasional sendiri pun ada perbezaannya.

Bagi kami laporan berita Utusan ini kurang mengambil kira sensitiviti rakyat Malaysia yang “terpaksa” membeli pada harga kereta yang agak mahal di Malaysia.
Laporan penuh Utusan Malaysia

Harga di Malaysia Ke-2 Termahal

Harga kereta di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding negara-negara ASEAN lain kecuali Singapura. Bagaimanapun sekiranya mengambil kira kos-kos pemilikan yang lain, harganya adalah kompetitif di peringkat rantau ini, demikian menurut kajian terbaharu Institut Automotif Malaysia (MAI) di sini.
”Meskipun harga kereta di negara ini lebih tinggi berbanding negara-negara ASEAN yang lain, tetapi ia masih rendah berbanding harga yang ditawarkan di negara maju, Singapura,” kata MAI
Kenapa membandingkan negara maju seperti Singapura dengan negara membangun seperti Malaysia? Kenapa tidak bandingkan dengan negara-negara yang setaraf dengan Malaysia? Kalau dahulu jika dibuat perbandingan iaitu sekitar tahun 1990 apabila Malaysia yang dikenali sebagai negara “Harimau Asia” bersama-sama dengan Taiwan, Korea Selatan dan Singapura, masih lagi boleh diterima. Tetapi tidak sesuai dengan ekonomi Malaysia hari ini.
Hakikatnya GDP perkapita Singapura 5 kali lebih tinggi berbanding Malaysia. Malah GDP Singapura lebih tinggi dari GDP perkapita US. Berdasarkan semakan kami bagi data GDP Perkapita mengikut laporan laman web Tradingeconomics menunjukkan :

harga kereta singapura Harga Kereta di Malaysia Lebih Murah Daripada Harga Kereta Singapura?
harga kereta malaysia Harga Kereta di Malaysia Lebih Murah Daripada Harga Kereta Singapura?
Laporan terkini Trading Economic
Sambung lagi membaca laporan Utusan Malaysia ini mengenai perbandingan kereta Malaysia dengan negara Asean lain…..
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Madani Sahari, harga Honda City dan Toyota Vios bagi segmen 1500 cc di Thailand adalah termurah di kalangan negara ASEAN iaitu 40 peratus lebih rendah berbanding harga jualan di Malaysia. Secara kasarnya, perbezaan harga jualan Honda City model 1.5S i-Vtec di Thailand adalah kira-kira RM34,192 lebih murah berbanding harga yang ditawarkan di Malaysia.
Thailand tidak perlu ada kereta Nasional sendiri tetapi masih mampu menarik pelbagai pengeluar kereta utama dunia “bertapak” di Thailand dan hasilnya Thailand berpeluang menawarkan harga kereta yang lebih munasabah kepada rakyatnya sendiri. Pelik, sebuah negara yang suatu ketika dahulu “pernah melutut” dengan IMF disebabkan krisis kewangan 1997/1998 melibatkan negara-negara Asia, tetapi hari ini harga kereta di Thailand masih murah sehingga RM34,000 berbanding harga kereta di Malaysia. Jikalau RM34,000 berjaya dijimatkan di Malaysia, berapa banyak manfaat yang diterima rakyat Malaysia?
Beliau berkata, kereta Honda City dan Toyota Vios juga dijual rendah di Filipina, Indonesia dan Vietnam berbanding Malaysia iaitu masing 32 peratus, dua peratus dan 1.8 peratus.
”Tidak dinafikan bahawa jika diteliti harga jualan kenderaan bagi model-model popular adalah lebih tinggi di negara ini, tetapi ia berbeza jika dibandingkan dengan Singapura,” kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini.
Sesekali patut dibuat perbandingan antara tahap pengangkutan awam antara Malaysia dengan Singapura. Di Mana Malaysia pada ketika itu?
Bagi segmen 1800 cc, harga Honda Civic di Filipina adalah 43 peratus lebih murah berbanding di Malaysia manakala Thailand dan Vietnam, masing-masing lebih rendah sebanyak 35 peratus dan lima peratus berbanding harga yang ditawarkan di Malaysia. Bagaimanapun, harga Honda Civic yang dijual di Indonesia tiga peratus lebih tinggi berbanding harga jualan di negara ini.
Harga Toyota Altis di Thailand terus kekal sebagai termurah di ASEAN dengan 44 peratus lebih rendah dari Malaysia, manakala Filipina (38 peratus), Indonesia (29 peratus) dan Vietnam sebanyak tujuh peratus lebih rendah berbanding harga jualan di Malaysia. Bagi segmen 2,000 cc dan ke atas, harga Toyota Camry yang dijual di Filipina dan Thailand adalah termurah di ASEAN dengan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus lebih murah berbanding harga jualan di negara ini.
Bagaimanapun harga jualan bagi model itu di Indonesia dan Vietnam adalah 11 peratus dan lima peratus lebih tinggi berbanding harga jualan di sini. Madani menambah, setiap model yang dinyatakan adalah lebih mahal di Singapura. Katanya, jika dibanding dengan Malaysia, harga jualan model kenderaan Toyota dan Honda di Singapura lebih tinggi secara purata 137 peratus lebih tinggi berbanding di Malaysia.
Sepatutnya harga kereta Malaysia boleh rendah lagi berbanding dengan negara lain dengan membuang tongkat (subsidi) yang diberikan Proton. Berikan rakyat Malaysia peluang untuk memilih kenderaan yang diingini mereka pada kadar harga yang munasabah. Cuba bandingkan juga daripada segi kualiti dan penyelenggaraannya bagimana? Untuk membuat perbandingan dengan Singapura sahaja agak tidak sesuai kerana disana semua kereta adalah CBU.
harga proton malaysia vs thailand Harga Kereta di Malaysia Lebih Murah Daripada Harga Kereta Singapura?
Tidak cukup lagi, harga kereta Nasional yang djual di luar Malaysia didapati lebih murah berbanding apabila dijual di Thailand. Rakyat sendiri? Mengapa boleh jadi begini?
”Bagi perspektif di luar negara, secara realitinya seseorang individu ingin membeli kenderaan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. ”Pengangkutan awam merupakan pilihan tetapi memiliki kenderaan sendiri adalah lebih selesa,” ujarnya.
Walaupun begitu, MAI telah melakukan analisis mendalam bagi menilai kos penyelenggaraan kenderaan berbanding kos kenderaan baharu. Kos-kos tersebut meliputi yuran pendaftaran, bayaran premium insurans, cukai jalan dan bahan bakar. Setiap kos tersebut dipanggil sebagai Kos Pemilikan Kenderaan (CVO).
Madani berkata, kajian MAI mendapati bahawa Malaysia menawarkan cukai jalan dan yuran pendaftaran kenderaan terendah berbanding negara-negara ASEAN termasuk Filipina, Thailand dan Vietnam. Malah, katanya, sekali lagi Singapura dan Indonesia menunjukkan cukai jalan tahunan dan yuran pendaftaran kenderaan paling tinggi iaitu lebih tinggi 577 peratus dan 442 peratus berbanding Malaysia.
Kata Madani, bayaran perlindungan insurans kenderaan tahunan di Malaysia, Filipina dan Vietnam adalah terendah berbanding negara-negara ASEAN lain.
”Thailand , Singapura dan Indonesia masing-masing lebih tinggi sebanyak 210 peratus, 175 peratus dan 126 peratus berbanding di Malaysia,” ujarnya.
Hurmmm…..Hakikatnya Thailand tiada cukai jalan, tiada tol yang dikenakan kepada rakyatnya sendiri. Tetapi minyak mahal mereka memang mahal disebabkan mereka tiada minyak. Sekali lagi mereka tiada minyak. Oleh sebablah itulah mereka terpaksa mengimport minyak dan mengenakan harga yang lebih mahal kepada rakyatnya.
Selain itu, Madani menambah, Malaysia mempunyai harga minyak paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN manakala Thailand merupakan negara tertinggi harga minyak di ASEAN diikuti Singapura, Indonesia, Vietnam dan Filipina. (Utusan Malaysia)
Mengapa cuba membandingkan harga minyak di Malaysia dengan negara-negara yang tiada minyak. Negara Filipina tiada minyak. Vietnam pun sama tiada minyak. Singapura pun tiada minyak. Kenapa tidak bandingkan dengan Brunei yang juga mempunyai simpanan minyak seperti Malaysia??
Akhirnya, apa yang dapat kami teliti dan perhatikan di sini, kajian dan laporan ini cuba memberi kesimpulan bahawa:
  • Harga kereta di Malaysia masih lagi rendah berbanding negara jiran, Singapura
  • Cukai jalan dan insurans paling rendah dalam kalangan negara-negara Asean
  • Paling penting harga minyak termurah dalam negara Asean
Bagi kami, tidak cukup membandingkan harga kereta Malaysia lebih murah dengan perbandingan sebegitu tetapi dalam pada masa yang sama kami lihat semacam ada “ketakutan” untuk memberitahu fakta sebenar dengan tidak membuat perbandingan daripada pelbagai aspek dan faktor.
Tidak perlu bercerita soal patriotik di sini, sebabnya rakyat Malaysia sendiri yang membayar harga yang tinggi kereta tersebut. Jadi mereka ada hak untuk mempersoalkannya dan memberikan cadangan ke arah kebaikan. Sedangkan Penasihat Proton sendiri pun sudah mula beralih kepada pengeluar kereta yang lebih baik daripada Proton.
harga kereta di malaysia1 Harga Kereta di Malaysia Lebih Murah Daripada Harga Kereta Singapura?
Malaysia tidak teruk mana, tetapi bukanlah lebih baik jika rakyat Malaysia mengimpikan sesuatu yang lebih baik apatah lagi negara kita sebenarnya mampu menju ke arah itu.
  • Isunya adalah rakyat Malaysia sepatutnya ada kemampuan beli kereta yang baik, selesa, selamat dan berkualiti pada harga piawai (merujuk kepada standard pasaran dunia)
  • Samada mereka mahu beli atau tidak, terpulang…..
Mungkin ada yang mempersoalkannya, kalau benarlah harga kereta Malaysia mahal mengapa jalan raya sesak dipenuhi dengan lambakan kereta? Untuk menyelesaikan masalah ketidakmampuan rakyat Malaysia yang dahulu hanya berdepan dengan hutang pinjaman maksimum hanya 5 tahun sahaja, sekarang sudah jadi berapa? Penyelesaiannya walaupun tanpa downpayment, rakyat Malaysia sudah boleh membeli sebuah kereta dengan dibebankan hutang selama 15 tahun. Selesai masalah rakyat Malaysia…..
P/S : Apabila Bank Negara mengetatkan pinjaman baru-baru, Perodua dan Perodua antara yang “mula-mula melatah”…

Friday 17 February 2012

Israel Mula Cetak Syiling Emas, Ikut Kelantan?

Israel Sudah Mula Cetak Syiling Emas, Jerusalem of Gold
Jerusallem of Gold
SYILING emas ini telah diletakkan nilai sebanyak 20 Shekel (RM16). Ia sah diperlakukan. Syiling ini dicetak di Belanda, 24 karat (emas tulen 9999).

"Apa yang menarik minat saya ialah, Sheikh Imran Hosein ada menyebut bahawa, untuk Israel naik menguasai dunia, dolar Amerika perlu bungkam dan diganti dengan matawang baru.

"Kita setakat cetak duit emas, tapi tak boleh diperlakukan. Hanya boleh bikin barter. Tapi Israel, nampaknya lebih Islam daripada orang Malaysia." kata Asia, Malaysia, Tech & World Blog
Kita perlu sokong Wang Syariah Kelantan.

'Kita' di sini ialah..
1. Ahli-ahli PAS
2. Ahli-ahli dan Kerajaan Pakatan Rakyat.
3. Seluruh rakyat Malaysia, tidak kira kaum, parti dan agama.

Amerika Syarikat Ada Zionis, Malaysia Ada UMNO! Guna kuasa kita sebaik-baiknya.(IH)

Lihat Sebelum ini..
E-Buku IH-2: Wang Syariah: Tugas Kita Belum Selesai.
E-Buku IH-2: Wang Syariah: Tugas Kita Belum Selesai.

Thursday 16 February 2012

Terkaya Di M'sia, Apa Faedah Untuk Rakyat?

Inilah hakikat di Malaysia
BERNAMA melaporkan sebentar tadi, Robert Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai orang Malaysia paling kaya, dengan aset bernilai RM45.7 bilion, walaupun kekayaannya susut 8.0 peratus, diikuti T Ananda Krishnan dan Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank.

Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd mengekalkan kedudukan di tempat keempat manakala usahawan Bumiputera terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, di tempat kelima, demikian menurut laporan Malaysian Business mengenai 40 rakyat Malaysia paling kaya.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berada pada kedudukan ke-15, dengan aset bernilai RM1.77 bilion.

Malaysian Business berkata aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu adalah berasaskan nilai pegangan mereka dalam syarikat-syarikat senaraian sehingga 20 Jan, 2012.

Ananda merapatkan jurang dengan Kuok dengan memiliki kekayaan bernilai RM42.99 bilion, namun ia turun kira-kira 6.0 peratus tahun ini berbanding 2011.

Teh secara relatifnya mengekalkan kekayaannya berjumlah RM12.64 bilion, susut satu peratus berbanding sebelumnya.

Walaupun kekayaannya merosot 10.8 peratus kepada RM11.36 bilion, Lee (IOI Corp) mengekalkan kedudukan di tempat keempat manakala Syed Mokhtar dari Yayasan Albukhary -- dengan syarikat utamanya DRB-Hicom Group -- menambah kekayaannya sebanyak 8.0 peratus kepada RM9.53 bilion.

Penerbitan itu melaporkan gabungan aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu merosot tahun ini akibat krisis kredit dunia serta pasaran ekuiti yang lemah.

Nilai aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu secara kolektifnya berjumlah RM193.2 bilion sehingga 20 Jan, susut 7.0 peratus berbanding RM206.37 bilion setahun lepas, lapor Malaysian Business dalam terbitan 16 Feb.

Bagaimanapun tahun ini terdapat penambahan tiga jutawan berbanding 27 pada 2011.

Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Malaysia tidak berubah di tempat keenam, dengan aset merosot 25 peratus kepada RM8 bilion.

Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) turun dua anak tangga kepada tempat ketujuh dengan kekayaan bernilai RM7.58 bilion, susut kira-kira 30 peratus.

Ibunya Puan Sri Lee Kim Hua, kembali ke tangga kelapan dengan harta dianggarkan bernilai RM6.58 bilion, merosot 11 peratus.

Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan jutawan yang menetap di Singapura, Ong Beng Seng, masing-masing mengekalkan kedudukan di tempat kesembilan dan 10.

Aset Tiong dianggarkan bernilai RM6.41 bilion manakala Ong menokok 23 peratus kepada RM4.92 bilion.

Tiga jutawan baharu yang menyertai senarai 40 orang paling kaya itu ialah Datuk AK Nathan dari Eversendai Corporation Bhd dan Ngau Boon Keat (Dialog Group Bhd), yang pertama kali tersenarai, manakala Datuk Abdul Hamed Sepawi (Ta Ann Holdings Bhd) kembali selepas empat tahun.

Senarai penuh 40 jutawan dan maklumat mengenai kekayaan mereka dimuatkan dalam majalah itu. Ia juga menyiarkan senarai 10 jutawan paling kaya di Pasaran Ace. -Demikian Bernama.

Mengapa media tidak bongkar apa faedahnya kekayaan mereka untuk rakyat Malaysia? Sekurang-kurangnya untuk rakyat tahu dan mungkin turut bergembira dengan kekayaan yang mereka miliki.. (E-IH)

Haram Dagang Forex Internet & Broker -Fatwa Kebangsaan

URUS NIAGA Forex di Internet ditetapkan sebagai haram di sisi Islam berikutan wujud beberapa isu yang melanggar hukum syarak. - Gambar hiasan

KOTA BHARU - Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan aktiviti perdagangan mata wang asing (Forex) melalui Internet dan perkhidmatan broker bagi urus niaga itu sebagai haram.

Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, keputusan tersebut dibuat selepas pihaknya melaksanakan kajian dan mendapati ada beberapa isu yang meragukan.

"Ia antara lain tidak memenuhi syarat jual beli dalam Islam, tidak ada kontrak dan mendatangkan spekulasi yang besar. Seseorang boleh untung dan rugi pada suatu masa. Justeru, kami meminta orang Islam supaya tidak menyertai program atau perniagaan Forex di Internet, setakat ini ia haram," tegasnya ketika ditemui selepas Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-98 di sini semalam.

Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya mendapati perdagangan Forex melalui bank dan pengurup wang yang sah masih dibenarkan kerana semua transaksinya jelas dan tidak melibatkan spekulasi.

"Terdapat tiga jenis perdagangan Forex; pertama, bank ke bank, yang keduanya, menerusi pengurup wang, dan yang ketiga ialah perdagangan di Internet atau broker. (IH/Kosmo)

Monday 13 February 2012

Indonesia Bisa Jadi Masalah Baru Bagi Asia



Lex Rieffel, Pakar ekonomi dan politik AS (VIVAnews/Denny Armandhanu) Pakar Ekonomi dan Politik AS, Lex Rieffel

Indonesia tidak menangani sumber daya alamnya dengan efektif.

JAKARTA: Berbagai pemimpin dunia dan tokoh ekonomi berdatangan memuji keberhasilan Asia dalam berbagai bidang, terutama ekonomi. Berbagai negara juga berlomba-lomba memperkuat pengaruh mereka di Asia, tidak terkecuali Amerika Serikat.

Tapi kemajuan di Asia bukannya tanpa cela. Beberapa negara seperti China dan India, dua negara termaju di Asia, terancam terganggu perkembangannya jika tidak dapat memenuhi harapan masyarakat.

Selain itu, peluang konflik terbuka antar negara di Asia adalah yang terbesar di dunia. Itulah sebabnya seorang pakar politik dan ekonomi Amerika Serikat, Lex Reiffer, mengatakan bahwa Asia adalah ancaman terbesar terhadap perdamaian dunia.

Indonesia sebagai salah satu negara berkembang--seperti yang digembar-gemborkan pemerintah--tidak mengesankan Lex. Data kemajuan hanyalah data semu, keadaan sebenarnya, Indonesia jadi miskin sumber daya.

Dia mengatakan Indonesia akan menjadi masalah baru bagi Asia, jika negara ini tidak dapat mengatasi masalah perekonomiannya dan mulai memperhatikan upaya melestarikan sumber daya alam.

Berikut wawancara lengkap VIVAnews dengan Lex Reiffer:

Pemerintah Amerika Serikat mengumumkan pengurangan anggaraN militer hingga US$487 miliar dalam 10 tahun ke depan. Apakah ini salah satu bukti krisis ekonomi yang ada di AS?
AS memiliki masalah anggaran yang serius, perlu bagi AS untuk mengurangi pengeluaran. Namun, pengendalian anggaran dilakukan agar tidak mengganggu pertumbuhan ekonomi. Salah satunya yang mengalami hal ini adalah Yunani, di mana pengurangan defisit berarti kenaikan pajak.

Anggaran pertahanan porsinya sangat besar, saya kira mustahil mencapai keseimbangan anggaran tanpa memotong dana di bidang ini. Tapi perlu diingat, militer AS akan tetap menjadi yang terkuat di seluruh dunia. Setelah pemotongan anggaran, kami akan tetap dapat mempertahankan kepentingan nasional di seluruh dunia.

Apa yang kami lakukan adalah tidak lagi melakukan dua perang sekaligus. Apa gunanya berperang di dua tempat? Saya kira itu tidak cerdas dan rakyat Amerika tidak ingin lagi terlibat perang. Pengurangan anggaran militer kali ini mencerminkan upaya pemerintah dalam mencapai kemiliteran yang berkesinambungan.

Apa yang berubah dari kebijakan militer Presiden Barack Obama kali ini? Dimana posisi Asia?

Paling utama dari perubahan tersebut adalah mengubah fokus perhatian AS ke Asia. Tapi fokus di Asia bukan hanya soal militer, tapi di segala bidang. Jika kita melihatnya dalam konteks sejarah, beberapa dekade setelah Perang Dunia II, kebijakan luar negeri AS awalnya fokus pada Eeropa, lalu beralih pada Perang Dingin dengan Rusia, kemudian Timur Tengah Pasca 9/11, lalu Obama dan Hillary Clinton mengatakan sekarang fokus kita ke Asia, dan saya kira alasannya jelas.

Setengah dari populasi dunia berada di Asia. Wilayah ini juga negara dengan perkembangan tercepat di seluruh dunia. Selain itu menurut saya, ancaman terbesar terhadap perdamaian dunia ada di Asia.

Karena kawasan ini tidak memiliki koeksistensi damai. Eropa yang memiliki koeksistensi damai pun, bisa pecaH Perang Dunia hingga dua kali. Ada ketegangan yang intens di Asia. Sebut saja Korea utara, Taiwan, masalah Laut China Selatan dan masalah dalam negeri di India. Potensi kekerasan antara negara di Asia saya yakin lebih tinggi dari pada kawasan lain. Inilah yang menjadi kepentingan AS: menyumbang pada evolusi perdamaian di Asia.

Banyak yang mengatakan bahwa fokus AS di Asia adalah untuk menandingi pengaruh China. Apakah Anda melihat akan ada perang dingin antara AS dan China?
Tidak. Karena menurut saya kepentingan kedua negara saat ini adalah menghindari perlombaan senjata. Kita lihat sejarah, perlombaan senjata hanya merugikan secara sosial. Namun tidak bisa dipungkiri adanya sifat manusia yang kompetitif.

Selain itu, nasionalisme juga menyumbang kesengsaraan dan kerusakan selama ratusan tahun. Nasionalisme memang memiliki keuntungan, tapi sejujurnya, nasionalisme merusak masyarakat. Akan lebih baik bagi dunia jika sentimen nasionalisme dikurangi. Karena sentimen ini adalah salah satu
pemicu konflik kepentingan antar negara. Ujungnya, mereka akan saling serang.

Banyak pemimpin negara yang berlomba-lomba memuji kemajuan di Asia. Anda setuju?
Hal ini sudah diprediksi. Beberapa tahun lalu banyak yang mengatakan bahwa abad 21 akan menjadi abadnya Asia. Saya kira ini benar. Tapi ada resiko besar di Asia, yang pertama adalah China.

Negara ini berkembang dengan sangat pesat dan stabil dalam 30 tahun. Tapi kita harus bersiap akan adanya gangguan pada kemajuan ekonomi China. Karena menurut sejarah, tidak ada kemajuan yang tanpa gangguan. Masalah akan timbul di China, ekonomi akan menurun dan stabilitas politik akan terguncang.

Kekhawatiran juga timbul dari India yang tengah berkembang. Kedua negara ini (India dan China) memiliki populasi yang tinggi. Mereka memiliki tantangan dalam menghasilkan pekerja yang produktif di tengah harapan masyarakat yang semakin tinggi.

Harapan yang tinggi ini timbul akibat perkembangan ekonomi dan perubahan tingkat masyarakat dari miskin ke kelas menengah dengan pendidikan yang tinggi dan melek informasi. Jika harapan ini tidak terpenuhi, maka stabilitas ekonomi dan sosial akan terganggu. Masalah lainnya, dunia saat ini berbeda dengan dulu. Dunia saat ini penuh, hampir tidak ada ruang kosong. Populasi meningkat dari 7 miliar menjadi 8-9 miliar, ditambah masalah perubahan iklim dan yang lainnya.

Saya kira abad ini adalah abad yang kacau dengan berbagai negara yang berusaha bertahan. Setiap negara pada akhirnya akan mementingkan kepentingannya sendiri dan kehidupan akan semakin sulit bagi semua orang.

Populasi di Asia sendiri tidak berkembang dengan cepat. Angka kesuburan di China telah berkurang di bawah tingkat penggantian (replacement level). Tingkat kesuburan ini dihitung berdasarkan angka kelahiran dibandingkan dengan jumlah rata-rata wanita. Tingkat penggantian idealnya adalah 2,1. Jika setiap wanita memiliki 2,1 anak, maka populasinya stabil.

Ada perdebatan di China yang mengatakan one child policy harus dihentikan karena hanya menciptakan populasi tua yang meningkat dan kekurangan masyarakat usia muda. Sebaliknya, India mengatakan memiliki populasi muda yang akan membuat negara itu maju, lebih baik dari China.

Padahal dua negara ini salah. India tidak memiliki kemerataan jumlah penduduk, ini adalah bom waktu bagi negara tersebut. Sementara China tidak ada masalah peningkatan populasi tua. Mereka tidak perlu lagi tambahan penduduk yang saat ini mencapai 1,3 miliar. Ini jumlah ideal, China akan lebih kuat di segala bidang dengan jumlah ini. Bagaimana mempertahankan jumlah ini, yaitu dengan tetap memberlakukan one child policy.

Indonesia pernah punya program keluarga berencana yang baik, tapi saya kecewa program ini tidak lagi dilanjutkan. Jika saja dilanjutkan, maka efeknya akan seperti 20 tahun lalu, populasi Indonesia saat ini akan lebih sedikit 25 juta orang. Jika demikian, maka pendapatan per kapita Indonesia akan 10 persen lebih tinggi. Akan lebih sedikit pengangguran, dan lebih sedikit yang hidup di bawah garis kemiskinan.

Apakah Indonesia akan menjadi resiko juga di Asia, seperti China dan India?
Saya kira Indonesia lebih parah. Karena Indonesia adalah salah satu negara di dunia yang mengalami resource curse (Tidak adanya kemajuan di tengah melimpahnya sumber daya alam). Indonesia tidak menangani sumber daya alamnya dengan efektif, negara ini justru menghancurkan alam dengan over-eksploitasi, dan tidak menangani sumber daya alam untuk kepentingan rakyat keseluruhan.

Indonesia saat ini, menurut saya, tidak dapat menyelaraskan diri ke dunia yang lebih rumit. Karena penyelerasan berarti perlu adanya perubahan demi kepentingan orang banyak. Jika tidak, maka bersiaplah menjadi the big loser di abad ini.

Indonesia akan menjadi masalah baru bagi Asia. Lihatlah masalah pekerja di negara ini. Jumlah sarjana di Indonesia, menurut status Bank Dunia, lebih banyak dari pada jumlah pekerjaan yang diciptakan. Bagaimana Indonesia mau maju. Tapi saya kira ini adalah masalah yang menjadi tantangan bagi seluruh negara di dunia. Kita memiliki masalah global mengatasi pengangguran muda di perkotaan.

Tapi data-data menunjukkan kemajuan PDB Indonesia mencapai 6 persen tahun lalu?
Adakah pengaruhnya terhadap harga komoditas? Indonesia memiliki masalah yang serius, yang paling jelas adalah masalah infrastruktur. Dibandingkan dengan Vietnam, Indonesia mulai tertinggal. Vietnam mulai melaju ke pasar ekonomi pada akhir 1980 saat mereka ditinggalkan oleh Rusia. Saat itu, mereka ketinggalan 20 tahun dari Indonesia.

Tapi melihat perkembangan ekonomi sekarang, saya kira ekonomi per kapita Vietnam lebih kuat dari pada Indonesia dalam 10 tahun. Vietman juga tidak terlepas dari resource curse. Tapi apa yang dilakukan Vietnam kemudian? mereka mengembangkan masyarakatnya.

Tujuan Indonesia terlalu berorientasi pada peningkatan PDB. Padahal ada masalah statistik yang serius dalam PDB. Contohnya, ketika Indonesia menjual miliaran dolar gas alam, memang akan menyumbang banyak untuk PDB. Namun, di saat yang sama, kekayaan alam Indonesia akan hilang selamanya. Nyatanya, PDB memang bertambah, tapi negara semakin miskin.

PDB tidak bisa meningkatkan kualitas hidup, ini masalah mendasar. Ada banyak bukti empiris dan studi yang menunjukkan bahwa kualitas hidup dan kebahagiaan rakyat tidak ada hubungannya dengan PDB dan kekayaan negara.

Mengapa Anda
sangat pesimistis dengan Indonesia, padahal berbagai lembaga pemeringkatan utang telah menaikkan tingkat Indonesia?

Anda percaya hal itu, setelah kesalahan yang mereka (S&P, Moody’s dan Finch Rating) lakukan terhadap Eropa? Tidak, lembaga pemeringkatan adalah bagian dari sistem yang besar.

Apa yang harus dilakukan pemerintah Indonesia?
Di atas segalanya adalah melindungi sumber daya alam. Sumber hutan dan perikanan Indonesia telah rusak, ini sangat tragis. Salah satu yang terparah adalah perkebunan kelapa sawit. Jika idenya adalah menggunduli hutan demi minyak sawit, maka ini adalah tragedi. Bukan hanya tragedi bagi Indonesia, tapi tragedi kemanusiaan.

Indonesia tidak melindungi sumber kekayaan laut mereka. Habitat ikan dan karang dirusak oleh penangkapan ikan dalam jumlah banyak. Saya kira tidak masuk akal pemerintah Indonesia menghabiskan jutaan dolar untuk membeli senjata, lebih baik beli perahu boat untuk menghentikan penangkapan ikan ilegal dan pembalakan liar di Indonesia. (eh)

Lex Rieffel adalah ahli masalah Asia Tenggara, restrukturisasi utang luar negeri dan institusi keuangan internasional. Dia adalah pengamat ekonomi badan keuangan AS dan anggota senior di Institute of International Finance. (Vivanews)

Saturday 4 February 2012

Bagaimana Selamatkan Negara Dari Bangkrap -M/Sabu


Tasik Gelugur 4 Feb 11: Bagamana menyelamatkan negara dari bangkrap? Undilah Pakatan Rakyat (PR), itulah penyelesaiannya.

Kerana PR tidak mahu mengambil alih Malaysia yang sudah bankrap tetapi bersedia ke Putrajaya sebelum itu, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Oleh itu, katanya rakyat yang cintakan Malaysia mesti menyelamatkan keadaan pada Pilihan raya Umum ke-13 dengan memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat.

"Tiada jalan lain untuk selamatkan Malaysia melainkan jatuhkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ini.

“Jika BN menang lagi pasti negara akan bankrap sebab sekarang ini pun sudah ke arah itu," tegasnya ketika berceramah sempena majlis makan malam kutipan dana pilihanraya PAS Negeri di Dewan Besar Sungai Dua, malam tadi.

Menurutnya lagi, slogan 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia' bermakna rakyat kena mempersiapkan diri dengan mental yang tinggi dengan memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat.

Katanya, kemenangan Pakatan Rakyat pastinya mengembalikan kestabilan politik negara yang hampir luntur ekoran terlalu banyak kepincangan yang dilakukan oleh BN. Jika ditakdirkan Malaysia bankap tahun 2019, beliau percaya BN menyerahkan pentadbiran negara secara percuma sahaja kerana mereka tidak dapat berbuat apa-apa lagi untuk menghalangnya.

"Jika waktu itu bagi percuma pun Pakatan Rakyat tak mahu kerana nak pulihkan ekonomi negara yang bankrap amat sukar. Jadi, sebelum terlambat buatlah perubahan," katanya.

Kata Mohamad lagi, anak muda yang cintakan keharmonian usah mendakap tubuh sebaliknya perlu mengatur strategi untuk ke Putrajaya bersama dengan parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat. Tambahnya, negara sudah pun menuju ke arah kebankrapan apabila wang rakyat digunakan untuk kepentingan kroni, membeli peralatan ketenteraan yang kurang sesuai dan sebagainya.

“Kepimpinan Umno dan BN buat tidak peduli pengaliran wang yang begitu deras ke kocek kroni kerana mereka sendiri ada habuannya.

"Semua nak makan komisyen. Itulah sebabnya negara boleh runtuh," terangnya.

Turut berucap ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa, Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man dan Ketua Pemuda DAP Pulau Pinang, Steven Sim. (Sumber: hrkh)