Friday 30 January 2015

Bank Khas Bagi Wanita. Perlukah Di M'sia?

Unik, Negara Ini Punya Belasan Bank Khusus Perempuan
Ini, ada bank khas untuk perempuan.


DENGAN budaya yang belum terlalu terbuka bagi kaum perempuan, perbankan di kawasan Timur Tengah perlu bijak menyiasat perilaku pasaran agar tetap berkibar. Tidak hairan, jika bank di kawasan Arab membina cabang yang khusus disediakan bagi kalangan kaum perempuan.

Klik..

Monday 26 January 2015

Lima pelajar IPT cabar diri buka bisnes aiskrim kelapa.

Lima pelajar IPT cabar diri buka bisnes aiskrim kelapa
Semua ini bermula apabila Imran Sheik membuat keputusan untuk merasai sendiri ais krim Sangkaya ini yang terletak di Jalan Alor, Bukit Bintang.  

SIAPA sangka tatkala ramai pelajar memilih masa terluang untuk bersantai setelah seharian mentelaah pelajaran, ada juga yang memilih menceburi bidang perniagaan ketika masih menuntut.

Lima pelajar perundangan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) memberanikan diri membuka cawangan perniagaan aiskrim diberi nama Sangkaya di SS15 di Subang Jaya walaupun perlu menghadiri kuliah secara sepenuh masa.

Ia bermula apabila Imran Sheik, 24, membuat keputusan untuk merasai sendiri aiskrim Sangkaya ini yang terletak di Jalan Alor, Bukit Bintang.

“Saya ke situ untuk cuba ais krim itu dan saya suka sangat rasa dan konsepnya. Kemudiannya saya berborak dengan John Isaac Ho dan Ivy Sangrida Kaya yang merupakan pengasas Sangkaya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai konsepnya,” kata Imran.

Imran kemudiannya mengajak sahabat-sahabatnya untuk merasai sendiri sehingga mereka membuat keputusan untuk membuka kedai mereka dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada John.

Akhirnya Imran bersama Nurin Hasanah Rahim Zain, 25, Ahmad Faris Jalil, 23, Nadiatul Liyana Zainuddin, 23, dan Mohd Hafiz Baharudin, 23, membuat keputusan untuk menjadi rakan kongsi Sangkaya SS15.

sangkaya
Sangkaya ialah pencuci mulut ais krim kelapa yang boleh dinikmati dengan kacang soya merah, nestum, sos cokelat dan pelbagai lagi - Astro AWANI / MARIAH AHMAD

Sangkaya
Zulhelmi Zulkepli antara pekerja Sangkaya SS15 yang sentiasa bersedia untuk memberi layanan terbaik kepada pelanggan mereka - Astro AWANI / MARIAH AHMAD

Ditanya jika perniagaan Sangkaya ini mengganggu masa belajar mereka, Imran ada jawapannya: “Biasanya apa yang saya perhatikan pelajar mempunyai tiga masa - masa belajar, masa pelajar membuat sesuatu yang berguna dan masa main. Masa main macam tengok YouTube, tengok cerita atau sesuatu yang menghiburkan.

“Pada pendapat saya kalau nak bahagikan masa untuk perkara seperti ini, kena kurangkan masa untuk bermain itu. Maksudnya kurangkan aktiviti yang tidak berfaedah, jadi seseorang pelajar itu akan perasan dia ada banyak masa sebenarnya.

"Tidak bermaksud yang kami tidak sibuk kerana kami juga pelajar. Kadang-kala kami mengulang kaji di kedai ini terutama apabila musim peperiksaan menjelang,” tambah Imran.
Imran juga berkata memandangkan mereka masih belia, cabaran terbesar ialah pengalaman.

“Belia ada tenaga yang banyak, tapi kurang berpengalaman. Jadi bila buat bisnes, ia bukan seperti membuat assignment dalam kuliah.

“Sebab kalau assignment lambat, tidak mengapa, namun jika bisnes lambat, kita rugi duit. Jadi cabarannya, kami perlu timba banyak pengalaman contohnya dengan berhubung dengan golongan lebih dewasa,” tambah Imran.


Kelazatan ais krim Sangkaya ini bukan satu-satunya faktor yang mendorong lima sahabat ini untuk membuka cawangan Sangkaya, malah realiti keadaan ekonomi semasa membuatkan mereka mahu terus bekerja keras.

“Kami bukannya pelajar yang asalnya mewah. Bila tengok ekonomi sekarang dan juga pendapatan, untuk berhibur itu semua ada, tapi bila kami dah berjaya nanti. Maksudnya lebih baik kumpul duit sekarang dan bila dewasa sikit kita boleh berbelanja. Jadi konsepnya usaha dulu sekarang,” kata Imran.

Bagi pelanggan yang hadir hari ini, mereka kebanyakannya terdiri daripada rakan-rakan sekuliah daripada Fakulti Undang-Undang UiTM, Shah Alam.

Antaranya ialah Mustabshira Fahmi, 23, pelajar tahun akhir bersama suaminya Aker Nadjmi, 23.

“Mereka daripada awal lagi menjemput kami datang, namun kami tidak berkelapangan. Bila tengok ramai upload gambar Sangkaya, kami pun datang untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan kami yang membuka cawangan bisnes ini,” kata Mustabshira.
SANGKAYA
Mustabshira Fahmi  pelajar tahun akhir perundangan UiTM Shah Alam, bersama suaminya Aker Nadjmi, hadir upacara perasmian Sangkaya SS15 untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan kuliahnya.

Turut hadir memberi sokongan ketika upacara perasmian pembukaan cawangan ini ialah ahli keluarga mereka sendiri.

Antaranya kakak kepada Nurinhasanah Ida Mariam, 37 , yang kini berkerja sebagai penasihat undang-undang.

“Mereka melakukan bisnes ini dengan perkongsian bersama-sama, saya tidak berapa risau kerana mereka boleh membantu sesama mereka. Lagipun, bisnes mereka ini tidak nampak seperti skala besar jadi mereka seperti mampu menguruskannya bersama-sama.” (.astroawani.com)

Friday 23 January 2015

Doktor Wanita Ditipu Sindiket Love Scam.


Asmadi (tengah) menunjukkan gambar-gambar suspek dan barang rampasan pada sidang akhbar di Balai Polis Daerah Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Gara-gara terjerat dengan cinta lelaki yang menyamar sebagai warga Eropah menerusi Facebook, seorang doktor wanita kerugian RM65,000 selepas wang simpanannya diserahkan kepada ke­kasih alam mayanya itu.

Wanita berusia 45 tahun itu menyedari dirinya tertipu oleh sindiket penipuan internet Love Scam selepas dia gagal menghubungi kekasihnya selepas menyerahkan wang RM65,000 bagi tujuan pelaburan di Thailand.

Mangsa yang ‘bercinta’ selama dua tahun dengan kekasih hatinya yang sebenarnya seorang lelaki Nigeria membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju di sini pada Oktober tahun lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan A. Asmadi Abd. Aziz berkata, bertindak atas laporan itu dan beberapa aduan lagi, polis membuat serbuan di sebuah kondominium di Jalan Genting Klang, Setapak dan menahan empat warga asing malam kelmarin. (Kosmo!)

Monday 19 January 2015

4 Sebab Kenapa Harga Minyak Mentah Jatuh? -The Washington Post

Kenapa harga minyak mentah dunia jatuh?
HARGA minyak mentah dunia jatuh sehingga di bawah AS$70 setong - kejatuhan harga yang cukup dramatik sejak ia berada pada paras lebih AS$100 setong pada Jun. Apakah faktor penyebab kejatuhan harga yang begitu mendadak ini?

Akhbar The Washington Post dalam satu analisisnya menyifatkan kejatuhan harga minyak mentah ini sebagai "berita ekonomi penting pada 2014". Ia kemudian menyenaraikan sebab-sebab berikut yang mempengaruhi pergerakan harga komoditi berkenaan:

1. OPEC tidak buat apa-apa

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dalam mesyuaratnya pada Khamis memutuskan untuk tidak mengurangkan pengeluaran minyak. Mesyuarat itu menjadi perhatian kerana ia adalah pertemuan yang dibuat ketika dunia mahu tahu langkah yang akan diambil oleh OPEC untuk menghentikan kejatuhan harga itu.

"Ia (OPEC) tidak berbuat apa-apa -- dan harga minyak mentah menjunam serta-merta," kata akhbar itu.

Ia kemudian menyenaraikan tiga faktor lain kenapa trend kejatuhan itu berterusan.


2. Pengeluaran minyak Amerika Syarikat dan dunia meningkat.

Biarpun OPEC mengawal pengeluaran minyaknya, pengeluaran oleh negara-negara lain meningkat. Amerika Syarikat sendiri menyaksikan peningkatan pengeluaran minyaknya. Data yang dikeluarkan oleh Pentabdiran Maklumat Tenaga menunjukkan peningkatan hampir dua kali ganda tong minyak mentah dalam masa sehari dikeluarkan di Amerika Syarikat berbanding pada 2005.

The Washington Post juga mencatatkan bahawa Kanada turut meningkatkan pengeluaran minyaknya daripada hanya lebih kurang 3,300 tong sehari pada 2009 kepada lebih 4,000 pada tahun lalu. Rusia juga meningkatkan pengeluarannya daripada 9,900 tong sehari pada 2009 kepada 10,500 tong dalam tempoh yang sama.

Sementara itu, Libya kembali mengeluarkan minyak selepas operasi terhenti pada 2011 kerana krisis perang saudara.

"Ringkasnya, ada lebih banyak minyak di luar sana untuk dibeli, yang memberikan kesan boleh jangka kepada harga iaitu menurun," kata analisis akhbar itu.

3. Permintaan yang menurun di Jepun dan Eropah

Menurut The Washington lagi, biarpun Amerika Syarikat sudah mulai pulih daripada kemerosotan ekonomi yang dialaminya beberapa tahun lalu, banyak negara lain belum berjaya keluar daripada krisis yang sama.

"Mereka sedang bergelut dan itu mengurangkan permintaan terhadap minyak," kata akhbar itu.

Ia menyebut bagaimana di Eropah, purata penggunaan petroleum sehari pada 2010 dan 2011 ialah lebih daripada 14,000 tong.

Jumlah itu menurun kepada 13,000 setong sehari pada suku pertama tahun ini dan hampir sama pada suku kedua. Pentadbiran Maklumat Tenaga juga mengatakan permintaan di Jepun juga sedang menurun.

4. Kecenderungan mengeluarkan kenderaan cekap tenaga

Ini satu lagi faktor yang dikemukakan oleh The Washington Post - kenderaan cekap tenaga yang mengurangkan penggunaan minyak. Purata kecekapan minyak sebuah kenderaan ringan yang baharu di Amerika Syarikat pada 2013 ialah 58 kilometer bagi setiap gelen. Pada tahun 1980-an, jumlah yang sama hanya boleh digunakan untuk perjalanan sejauh hampir 40 kilometer.

"Jadi kesimpulannya, trend harga minyak ini pada dasarnya disebabkan oleh faktor ekonomi yang paling asas: penawaran dan permintaan," kata The Washington Post. (IH)

Saturday 17 January 2015

Skim Cepat Kaya Guna Emas.

Skim cepat kaya bertopengkan emas
Bank Negara Malaysia di laman webnya turut menyenaraikan 197 syarikat pelaburan yang tidak diiktiraf dalam senarai berjaga-jaga

KL: Ahmad (bukan nama sebenar) mula berkenalan dengan seorang ejen pelaburan emas yang kebetulan adalah salah seorang pelanggan perniagaan barangan elektronik miliknya.

Kemewahan hidup ejen berkenaan menarik minat Ahmad untuk menceburi skim pelaburan emas yang semakin popular sejak kebelakangan ini.

"Saya melihat ejen itu setiap bulan membeli barangan elektrik melalui keuntungan jual beli emas beli.

"Sebulan dia boleh beli TV, bulan depan dia beli laptop. Jadi saya rasa ketika itu, keuntungannya adalah berbaloi kalau saya masuk dan dapat imbuhan setiap bulan," kata Ahmad ketika dihubungi Astro AWANI.

Sejak daripada itu, dia telah melabur wang simpanannya untuk nilai 2 kilogram emas. Malangnya, keuntungan yang dinikmati hanya seketika apabila dia cuma menerima imbuhan pelaburan untuk dua bulan pertama.

"Sejak Disember tahun lalu, syarikat pengelola telah berhenti memberi imbuhan atas alasan syarikat bertukar konsep.

"Salah satu ingin mengemas kini syarikat kepada Sdn Bhd agar lebih kukuh. Jadi semua pemberian imbuhan perlu ditangguh dahulu," keluh Ahmad.

Sejak itu, Ahmad telah berjumpa dengan ejen berkenaan serta syarikat pengelola, namun masih tidak membuahkan sebarang hasil. Kos kerugian yang terpaksa ditanggung kini mencecah RM200,000.

Kisah Ahmad adalah antara 5,000 pengguna seluruh Malaysia yang dipercayai terbabit dalam skim pelaburan emas dengan jumlah kerugian dianggar mencecah RM500 juta. Di sebalik keghairahan mengejar kemewahan, orang ramai dinasihati agar berhati-hati supaya tidak terjebak dengan penipuan skim pelaburan emas yang semakin berleluasa kebelakangan ini.

Bank Negara Malaysia di laman webnya turut menyenaraikan 197 syarikat pelaburan yang tidak diiktiraf dalam senarai berjaga-jaga. Modus operandi skim pelaburan emas ialah pihak penganjur atau pengelola akan melantik wakil atau ejen untuk melaksanakan proses jual beli dengan pelanggan.

Selain itu, jual emas secara "Estimate Time Arrival" (ETA) yang mengenakan syarat pelanggan perlu membuat bayaran dahulu sebelum menerima emas dalam tempoh tertentu. Dilaporkan pelanggan melabur dalam bentuk wang beli 100g emas pada harga pasaran atau lebih rendah daripada itu, tetapi dijanjikan fizikal emas tersebut dapat dalam tempoh 7 hari, 14 hari dan 30 hari.

Malangnya apabila tiba masa emas perlu diberikan keapda mereka, mereka tidak menerima emas tersebut. Kebanyakan syarikat pengelola juga didapati berselindung di sebalik ejen yang menjadi orang tengah, sekali gus mendedahkan mereka kepada risiko bila imbuhan dan barangan tidak diterima pelanggan.

Mengakui tidak membuat semakan latar belakang terhadap syarikat pengelola skim pelaburan emas, Ahmad kini belajar daripada kekhilafannya, satu pengajaran yang dikira cukup mahal agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang janji skim pelaburan.

"Saya nasihatkan sekiranya ada apa-apa skim pelaburan, ia harus dibuat secara terus dan bukan melalui ejen dan ia perlu berkonsepkan pertukaran barangan dengan tunai secara serentak untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku penipuan." (IH)

Tuesday 13 January 2015

Sama-sama Bogel. Terapi Kecantikn Konsep Baru?

Terapis cantik obati pasien sambil bugil
Sarah White. ©2015

SARAH White mendakwa dirinya sebagai Naked Therapist. Wanita dari New York itu menggunakan terapi rangsangan sebagai usaha untuk membantu pelanggan keluar dari masalah.

Sarah, 28, berkata kepada news.com.au, dia telah membantu lebih daripada 1,000 lelaki dengan terapi uniknya. Selama sesi terapi, selama satu jam, dia akan meminta pelanggan menanggalkan seluruh pakaian mereka. Begitu juga dengan dirinya.

Selama sesi terapi berlangsung, dia dan anak guamnya akan bogel. Namun, Sarah menafikan adanya simulasi seks di antara mereka.

"Mereka dibenarkan untuk menyentuh diri mereka sendiri dengan cara apa pun yang mereka inginkan, dan mereka juga yang menentukan akhirnya," jelas Sarah.

Sarah juga akan melakukan perkara yang sama. Dia akan menyentuh dirinya dengan caranya sendiri. Hal itu dilakukannya untuk menunjukkan kepada anak guamnya yang dia juga menikmati dirinya sendiri dan merasa santai.

 
Sarah juga mengklasifikasikan pelanggannya dalam empat kategori...

Ketika diminta untuk menjelaskan falsafah di balik terapi uniknya, Sarah menjelaskan bahawa ghairah seksual menjadi pusat kognisi manusia yang tetap terbuka dan diterima dalam konteks terapi, jika dia ingin pelanggannya benar-benar sampai ke dasar perasaan mereka.

"Meminta seorang lelaki untuk berkongsi perasaannya dalam suatu persekitaran di mana ghairah seksual dilarang adalah seperti cuba mengajarnya berenang di darat," tambahnya.

Sarah juga mengklasifikasikan pelanggannya dalam empat kategori; lelaki yang ingin tahu / penakut; lelaki yang tidak percaya diri / pemalu; lelaki yang tidak bermotivasi / kemurungan; lelaki yang taksub seksual / kecewa.

Dia berkata konsep unik yang digalasnya berjaya membuat "perbezaan besar" pada kedalaman perbualan yang dilakukannya dengan pelanggan. Sarah pun mengaku telah mempunyai dialog intim dengan sejumlah lelaki yang tidak terhitung jumlahnya, di mana mereka telah bercakap kepadanya tentang hal-hal yang tidak pernah mereka katakan kepada siapa pun dalam hidup mereka.

Selain itu, Sarah juga mengatakan, dia sering membantu pelanggannya yang mengalami ketagihan seks dan pornografi.

Sarah, yang mempunyai ijazah Bachelor of Science di jurusan Biologi, mengatakan lelaki juga memerlukan terapi. Sebab menurutnya, lelaki juga mempunyai banyak masalah, seperti ketagihan, bunuh diri, pembunuhan, dll.

Namun mereka tidak mungkin pergi ke terapi, kecuali isteri atau hakim memaksa mereka untuk melakukannya. Berdasarkan fakta itu, Sarah pun terdorong untuk membantu lelaki menggunakan pengalaman intim itu bagi tujuan terapeutik yang berharga. (IH)

Sunday 11 January 2015

Ringgit Jatuh Teruk, Terburuk Sejak Krisis Kewangan Asia 1997


 Imej di atas menunjukkan bagaimana kejatuhan nilai Ringgit Malaysia berbanding Dolar AS dilaporkan oleh media-media di Malaysia.

Perkataan 'Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar AS' digunakan.. dengan membaca tajuknya sepintas lalu ramai yang tak berminat nak ambil tahu..

Biarpun apa yang dilaporkan itu adalah satu perkara yang harus dipandang serius oleh kebanyakkan rakyat Malaysia namun cara ianya dilaporkan mengurangkan minat rakyat Malaysia untuk ambil peduli..

Laporan penuhnya bacalah kat bawah ni..

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS dalam awal dagangan hari ini kerana dolar mendapat sokongan pelabur berikutan penurunan harga minyak, kata peniaga. 
Hingga jam 9.22 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 3.4415/4415 berbanding 3.4225/4255 pada penutupan semalam. 
Ringgit juga lebih rendah berbanding mata wang utama lain, kecuali yen. 
Ia rendah berbanding dolar Singapura pada 2.6233/6250 daripada 2.6190/6215 pada penutupan semalam, jatuh berbanding euro kepada 4.2623/2662 daripada 4.2576/262, dan jatuh berbanding pound British kepada 5.3829/3877 daripada 5.3822/3876. 
Ringgit bagaimanapun naik sedikit berbanding yen kepada 2.8806/8835 daripada 2.8809/8839 semalam. - BERNAMA

Manakala berikut pula adalah bagaimana kejatuhan Ringgit Malaysia dilaoprkan oleh media-media di negara jiran kita..

Ini adalah laporan dari media Singapura..


SINGAPURA, 1 Dis - Ringgit Malaysia jatuh ke paras paling rendah dalam tempoh 10 bulan berbanding dolar Singapura ekoran kebimbangan bahawa kejatuhan berpanjangan harga minyak mentah akan menjejaskan ekonomi negara pengeksport minyak itu.

Peniaga berkata ringgit terjejas akibat kejatuhan harga minyak kerana Malaysia selaku negara pengeksport komoditi tersebut akan mencatat penurunan pendapatan daripada sektor berkenaan.

Pada jam 4 petang ini (1 Dis) , kadar tukaran ringgit Malaysia bagi satu dolar Singapura ialah RM2.63 susut 2.3 peratus.

Ringgit juga jatuh sebanyak 2.5 peratus berbanding dolas AS dalam masa dua hari, iaitu kejatuhan terburuk sejak jun 1990 menurut laporan akhbar Straits Times Singapura hari ini.

Para penganalisis berkata, Malaysia berkemungkinan menjadi negara Asia yang paling teruk terjejas oleh jangkaan kejatuhan berterusan harga minyak dunia.

Industri minyak menyumbang sebanyak satu pertiga kepada hasil Malaysia.

Sementara itu, pasaran saham Malaysia susut 3 peratus selepas Petronas mengumumkan pada Jumaat lalu rancangannya untuk memotong perbelanjaan modal antara 15 hingga 20 peratus tahun depan.

Agensi berita Reuters memetik Johathan Cavenagh, Strategis Kanan tukaran asing di Westpac Singapura sebagai berkata, pengumuman tersebut menambahkan lagi berita negativedan beliau menjangka sehingga harga minyak kembali stabil, ringgit berisiko akan terus mengalami kejatuhan. - Agensi

Itu dari Singapura.. berikut pula adalah dari Brunei..


Tapi.. kata macai.. "Mana ada teruknya... 7 Januari 1998 dulu lagi teruk.. masa tu USD1 sama dengan RM4.88, sekarang baru USD1 sama dengan RM3.42...jauh lagi tu.."

Ya lah tu... tak teruk.. walaupun kini kuasa membeli rakyat Malaysia semakin menguncup..

Eh?.. Siapa Menteri Kewangan Negara kita ni agaknya?. siapa penasihat dia agaknya?.. sedang buat apa?.. nak tunggu USD1 sama dengna RM5.00 ke? (

Thursday 8 January 2015

Ringgit Jatuh Paras Terendah Untuk Tempoh 5 Tahun

 
Setakat 5 petang Selasa, 
unit tempatan diniagakan 3.5555 
berbanding dolar daripada 3.5320 pada Isnin.
 
KUALA LUMPUR: Nilai matawang ringgit meneruskan momentum penurunan terbesar berbanding dolar Amerika Syarikat di kalangan matawang di rantau Asia dipengaruhi kejatuhan harga minyak mentah global serta pengukuhan nilai dolar AS.

Sehingga jam 12.30 tengahari Rabu, ringgit mencatatkan kejatuhan 0.2 peratus kepada 3.5647 selepas merundum sehingga 0.8 peratus kepada 3.5862, menjadikannya paras terendah untuk tempoh 5 tahun.

Setakat 5 petang Selasa, unit tempatan diniagakan 3.5555 berbanding dolar daripada 3.5320 pada Isnin.

"Di kalangan pengeksport komoditi Asia, Malaysia dilihat paling terjejas dengan kejatuhan berterusan harga minyak dan komoditi," kata peniaga.

Katanya lagi,  ringgit akan terus menerima tekanan memandangkan pelabur bimbang akan kesan terhadap ekonomi negara.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia menyusut berbanding euro kepada 4.2467 daripada 4.2225 pada Isnin dan rendah berbanding pound kepada 5.4193  daripada 5.4050.

Unit tempatan itu jatuh berbanding dolar Singapura kepada 2.6678 daripada 2.6479 pada Isnin dan merosot berbanding yen kepada 2.9903 daripada 2.9343 , sebelum ini. (astroawani.)