Friday 23 January 2015

Doktor Wanita Ditipu Sindiket Love Scam.


Asmadi (tengah) menunjukkan gambar-gambar suspek dan barang rampasan pada sidang akhbar di Balai Polis Daerah Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Gara-gara terjerat dengan cinta lelaki yang menyamar sebagai warga Eropah menerusi Facebook, seorang doktor wanita kerugian RM65,000 selepas wang simpanannya diserahkan kepada ke­kasih alam mayanya itu.

Wanita berusia 45 tahun itu menyedari dirinya tertipu oleh sindiket penipuan internet Love Scam selepas dia gagal menghubungi kekasihnya selepas menyerahkan wang RM65,000 bagi tujuan pelaburan di Thailand.

Mangsa yang ‘bercinta’ selama dua tahun dengan kekasih hatinya yang sebenarnya seorang lelaki Nigeria membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju di sini pada Oktober tahun lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan A. Asmadi Abd. Aziz berkata, bertindak atas laporan itu dan beberapa aduan lagi, polis membuat serbuan di sebuah kondominium di Jalan Genting Klang, Setapak dan menahan empat warga asing malam kelmarin. (Kosmo!)

No comments:

Post a Comment