Saturday 31 March 2018

Starbucks Diarahkan Letak Amaran Bahaya Barah


WASPADA… Bimbang risiko kesihatan jutaan pengguna, seorang hakim di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) mengarahkan syarikat kopi termasuk Starbucks meletakkan label amaran barah.

Ia wajib dipamerkan pada setiap produk kopi masing-masing yang dijual di wilayah California. Ini memandangkan bahan kimia Acrylamide dilaporkan boleh terhasil semasa biji-biji kopi tersebut dipanggang sebelum dikisar halus.
Tuntutan kes mahkamah itu sebenarnya sudah lama difailkan pada 2010 lalu oleh pihak Majlis bagi Pendidikan dan Penyelidikan Toksik (CERT). Material beracun Acrylamide boleh menyebabkan penyakit barah dalam tisu hidup.
Syarikat-syarikat kopi yang terlibat bagaimanapun berhujah di mahkamah bahawa pendedahan para pengguna terhadap bahan toksik berbahaya itu sepanjang hayat mereka adalah berada dalam tahap yang boleh diterima.
Namun, hakim berkenaan menjelaskan bahawa syarikat-syarikat kopi sebagai gagal untuk membuktikan tentang adanya “tahap yang dapat diterima” itu dan memberi masa sehingga 10 April ini untuk mengemukakan rayuan.
Hakim Mahkamah Agung California, Elihu Berle turut mengarahkan Persatuan Kopi Kebangsaan yang mewakili kepentingan 90 defendan dalam kes itu mengenai penalti berat jika terus ingkar. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Monday 26 March 2018

Tempe Bakal Jadi Status Warisan UNESCO Pada 2021

Tempe Bakal Jadi Status Warisan UNESCO Pada 2021


JAKARTA – Tempe telah dicadangkan untuk diangkat status sebagai warisan budaya Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menjelang tahun 2021 kelak.

Berita gembira tersebut diumumkan Ketua Forum Indonesia, Membuat Astawan sambil menjelaskan bahawa tempe memang wajar diiktiraf sejajar sebagai warisan budaya kebangsaan di negara terbesar rantau Asia tenggara itu.
“Kami sangat bersyukur apabila tempe telah diiktiraf Kerajaan Indonesia sebagai warisan budaya kebangsaan pada Oktober tahun lalu. Ia secara tidak langsung telah meyakinkan kami untuk mencadangkannya kepada UNESCO.
“Ini bagi mendapatkan pengiktirafan peringkat antarabangsa diperakui badan yang berpangkalan di Paris, Perancis itu pada 2021 depan,” jelas Astawan ketika ditemuramah majalah berpengaruh tempatan Tempo baru-baru ini.
Beliau malahan berasa yakin melalui pengiktirafan status tersebut setentunya akan menarik lebih ramai golongan muda untuk bereksperimen dan mula berfikiran lebih inovatif dalam mempelbagaikan masakan berasaskan tempe.
“Ini dapat disaksikan sejak batik diiktiraf oleh pihak UNESCO pada tahun 2009 lepas, apabila semakin ramai generasi muda seluruh dunia berminat untuk menggayakan fesyen tekstil ini dalam pelbagai acara,” jelas Astawan.
Beliau berharap agar semakin ramai generasi muda berminat menikmati hidangan tempe yang turut dihidangkan di hotel terkemuka, kapal terbang waima turut diterima di negara asing seperti Jepun, Britain dan Amerika Syarikat.
“Pihak kami malahan telah menyediakan bukti kukuh untuk menyokong pencalonan produk makanan tersebut seperti kisah tempe yang turut popular diceritakan dalam Hikayat Centhini pada abad ke-16 lalu,” jelas beliau lagi.
Astawan menjelaskan bahawa warga Indonesia memang berupaya untuk menghasilkan tempe yang berkualiti tinggi setanding dengan piawaian bertaraf antarabangsa bahkan produk kering itu turut dieksport ke pelbagai negara.
“Langkah pembuatan memang ringkas namun agak rumit memenuhi piawaian ditetapkan. Kami berusaha perbaiki kaedah seperti pemakaian sarung tangan dan kuali tahan karat demi memastikan tahap kebersihan,” jelasnya.
Pensyarah di Universiti Katolik Widya Mandala, Agustinus Ngadiman menjelaskan bahawa tempe memang berhak mendapat pengiktirafan bagi warisan budaya berikutan daripada sejarah kewujudannya yang telah lama diperakui.
“Tempe sering digunakan sebagai satu simbol tradisi. Di Yogyakarta dan Sleman, tempe sering disajikan bersama nasi tumpeng yang merupakan hidangan istimewa nasi kuning berbentuk tiga segi ketika acara khas,” jelasnya.
Ngadiman juga berharap pihak pemerintah Indonesia terus aktif untuk mendukung pengeluaran tempe sebagai contoh dengan meningkatkan produksi kacang soya tempatan sekali gus mengurangkan kadar pengimportan.
Kini, hanya 30 peratus daripada kacang soya adalah hasil usaha petani tempatan. Tempe merupakan makanan asal masyarakat Jawa dan rekod sejarah mendedahkan ia mula dibuat sejak abad ke-16. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Thursday 15 March 2018

Toys 'R' Us tutup, jual kedai di AS


TOYS R Us menutup semua kedai di Amerika Syarikat. - Foto Reuters


NEW YORK: Firma pengeluar permainan kanak-kanak terkemuka, Toys 'R' Us, bercadang menjual atau menutup semua kedainya di Amerika Syarikat, berpotensi menjejaskan 33,000 pekerja, lapor media semalam.
Peruncit dibebani hutang itu, yang memfailkan notis perlindungan muflis September lalu, memberitahu pekerja ia merancang memfailkan kertas penyelesaian menjelang sesi pendengaran mahkamah hari ini, menurut laporan The Wall Street Journal dan Washington Post.
"Kami menaikkan tanda jualan ke atas semua," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, David Brandon, pada sesi persidangan dengan kakitangan syarikat itu.
Bermula pada 1948 di tengah kerancakan ekonomi AS selepas perang, Toys 'R' Us memiliki 881 kedai di AS dan hampir 65,000 pekerja di seluruh dunia, menurut sidang akhbar terkini firma berkenaan bulan lalu.
Syarikat beribu pejabat di New Jersey itu dibebani hutang susulan pembelian ambil alih pada 2005 oleh konsortium termasuk Kumpulan KKR dan Bain Capital.
Seperti juga kebanyakan peruncit lain, Toys 'R' Us juga terkesan dengan persaingan daripada Amazon dan peruncit atas talian lain.
Pengarah Urusan GlobalData Retail, Neil Saunders, menyalahkan kepemimpinan teruk sebagai sebab kepada masalah syarikat berkenaan. - AFP

Wednesday 14 March 2018

Google, Facebook Patut Kena Bayar Cukai Di Malaysia.




PUTRAJAYA – Cadangan untuk mengenakan cukai iklan terhadap pentadbir enjin carian Google dan laman sosial popular Facebook akan diserahkan kepada pihak jemaah Kabinet pada Rabu.

Jaminan itu disuarakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri ketika menjawab saranan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Star, Datuk Seri Wong Chun Wai.
“Saya akan membawa perkara ini kepada Kabinet untuk perbincangan esok (14 Mac),” katanya pada sesi dialog Majlis Makan Tengah bersama Ketua-Ketua Pengarang dan Pemegang Permit Penerbitan di sini pada Selasa.
Cadangan tersebut dibangkitkan oleh Chun Wai yang juga Pengarah Urusan syarikat media tersebut sambil menegaskan bahawa kerajaan Vietnam mengenakan cukai ke atas iklan yang diposkan di Facebook dan Google.
“Saya berharap dapat dibawa kepada pihak Kementerian Kewangan, sila laksanakan cukai terhadap mereka ini kerana kedua-duanya tidak pernah bayar cukai pun tetapi rakyat Malaysia pula dikenakan cukai,” jelas beliau.
Berdasarkan laporan sebelum ini, Google dan Facebook mengawal hampir 70 peratus daripada perbelanjaan iklan digital di Malaysia. Mereka mengaut keuntungan tanpa perlu membayar cukai seperti syarikat media tempatan.
Ahmad Zahid dalam pada itu berkata pihak media dan kerajaan perlu bekerjasama untuk menyelesaikan pelbagai cabaran yang dihadapi operator media cetak dan elektronik berikutan kewujudan media alternatif cukup berleluasa.
Tahun lepas, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan satu surat peringatan tegas, dua amaran, 14 peringatan, 44 nasihat dan empat surat tunjuk sebab bagi pelanggaran di bawah Akta Pencetakan dan Penerbitan 1984.
Beliau juga menimbulkan isu pengawalan diri dalam industri media, dengan mengatakan salah satu cara ialah menerusi penubuhan majlis media atau melantik penasihat awam. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Saturday 10 March 2018

Penganalisis: Manifesto 'mansuh GST' HARAPAN tidak jelas.



Ahli Ekonomi dan penganalisis tidak selesa dengan rancangan Pakatan Harapan untuk memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), salah satu janji dalam manifesto yang dilancarkan pada malam Khamis.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IDEAS, Ali Salman berkata, cadangan itu boleh menimbulkan persoalan kerana GST menjana pendapatan yang besar kepada kerajaan.

Cadangan alternatif pula, katanya, adalah untuk kembali kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), yang secara tersirat, tambahnya, bermaksud HARAPAN masih mengenakan cukai tetapi di bawah nama yang berbeza.

Bercakap kepada Malaysiakini semalam, Ali menyifatkan manifesto HARAPAN Sebagai "contoh niat yang baik dengan preskripsi sebaliknya".

Tambahnya, Malaysia menyertai 160 negara yang mengenakan GST dan itupun pada kadar yang rendah sebanyak enam peratus dengan pengecualian perlu.
Penyelidik di Pusat Kajian Dasar Awam (CPPS), Lau Zheng Zhou juga menegaskan bahawa memansuhkan GST tidak akan membawa kepada penurunan semula jadi harga terutama apabila ia akan digantikan dengan SST.

"SST adalah sesuatu yang anda kenakan ke atas pengeluar. Apabila anda kenakan kos dalam menjalankan perniagaan, maka kos tersebut akan disalurkan kepada pengguna," tegasnya.

Oleh itu, katanya, pemansuhan GST tidak akan secara automatik membawa kepada harga yang lebih rendah.

Mempengaruhi harga barangan dan perkhidmatan lebih banyak berkaitan dengan persaingan yang sihat, jelasnya, kerana harga akan cuba diturunkan dalam pasaran kompetitif.

Daripada memansuhkan GST, profesor ekonomi Universiti Tun Abdul Razak, Prof Barjoyai Bardai mencadangkan HARAPAN mereka-bentuk semula sistem percukaian supaya ia mensasarkan golongan berpendapatan tinggi dan pelancong.

"Jika kita kenakan GST ke atas pelancong, maka kita boleh mengeksport beban cukai dan ia tidak akan begitu sangat menjejaskan rakyat kita sendiri di Malaysia," katanya.

HARAPAN telah menyatakan hasrat mereka untuk menghapuskan GST sekiranya mereka menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
Ini walaupun statistik menunjukkan bahawa kerajaan BN mengumpul lebih RM42 bilion daripada GST tahun lepas.

Perlu lebih justifikasi

Pemimpin HARAPAN bertegas bahawa menampung kehilangan hasil daripada pemansuhan GST dengan membasmi rasuah dan menangani ketirisan dalam pentadbiran awam.

Bagaimanapun, Lau berkata gabungan pembangkang perlu menjelaskan dengan lebih baik bagaimana mereka merancang untuk membiayai pelbagai dasar kebajikan yang mereka mahu laksanakan.

"Mereka pelu beri lebih banyak justifikasi dan bukan hanya sekadar mengatakan kami akan membiayainya dengan membasmi rasuah.
"Ia tidak begitu jelas kepada saya. Anda perlu perincikan kategori perbelanjaan dan pendapatan," katanya.

Manakala Barjoyai juga prihatin mengenai bagaimana dasar-dasar ini akan dibiayai.

"Ia bunyi seperti bajet sebuah negara sosialis yang [...] pada saya, ia adalah satu manifesto yang baik yang akan membawa kita kepada ekonomi yang lebih berasaskan kepada kebajikan, yang akan membantu, terutamanya, golongan miskin dan yang berpendapatan rendah.
"Tetapi cabaran dalam melaksanakan semua ini adalah sumber pendapatan untuk kerajaan," katanya.

Menurutnya, perancangan dan pelaksanaan yang betul dapat membantu seperti melancarkan polisi seumpama itu, satu persatu, dalam satu set jangka waktu tertentu.

Satu lagi cara untuk membolehkan kerajaan mampu melaksanakan inisiatif ini ialah dengan mempelbagaikan sumber pendapatannya, katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan, jika hasil kerajaan tidak mencukupi, maka ia mungkin membawa kepada peningkatan hutang negara.

"Kerajaan mungkin perlu meminjam dan apabila mereka mula meminjam, maka kita akan kembali kepada isu hutang negara," katanya.

Lau juga berkongsi sentimen yang sama bahawa dia hanya nampak tiga cara kerajaan boleh membiayai dasar-dasar tersebut.

Ia boleh sama ada meningkatkan pendapatan melalui cukai, memindahkan perbelanjaan dengan memotong peruntukan di tempat lain atau meningkatkan pinjaman, katanya.

Oleh itu, beliau menegaskan bahawa gabungan pembangkang harus menjustifikasikan perbelanjaan mereka dengan "lebih banyak pengiraan dan analisis". (IH)

Friday 9 March 2018

Senarai 50 Individu Terkaya Malaysia 2018


Hasil carian imej untuk Robert Kuok Robert Kuok Hock Nien merupakan ahli perniagaan Cina Malaysia. Merujuk kepada Forbes nilai kekayaannya dianggarkan di sekitar $12.5 bilion pada tahun 2011, menjadikan beliau orang terkaya di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara pada tahun tersebut. Wikipedia
Berikut adalah senarai terkini 50orang paling kaya di Malaysiamenurut laporan majalah Forbes. Ranking disusun berdasarkan nilai bersih (net worth) mereka pada awal bulan Mac 2018.
"Sugar King" Tan Sri Robert Kuok masih kekal sebagai orang terkaya Malaysia untuk tahun 2018. Beliau berada di kedudukan sebagai individu paling kaya di Malaysia sejak 13 tahun lalu.
Hartawan ini juga merupakan individu ke-96 paling kaya di dunia dengan kekayaan bernilai AS$14.8 bilion (RM57.7 bilion) yang sebahagian besarnya datang dari sektor minyak sawit, perkapalan dan hartanah.
50 Individu Paling Kaya di Malaysia 2018
RankNamaNilai Bersih (USD)UmurPunca Kekayaan
1Robert Kuok$14.8 B94minyak sawit, perkapalan, hartanah
2Quek Leng Chan$7.2 B76perbankan, hartanah
3Ananda Krishnan$7.1 B79telekom, media, oil-services
4Teh Hong Piow$6 B87perbankan
5Lee Shin Cheng$5.6 B79minyak sawit, hartanah
6Lim Kok Thay$4.7 B66kasino
7Chen Lip Keong$3.3 B70kasino, hartanah, tenaga
8Koon Poh Keong & Poh Ming$3 B-aluminum
9Lau Cho Kun$2.6 B82minyak sawit, hartanah
10Kuan Kam Hon$2.5 B70sarung tangan sintetik
11Francis Yeoh & siblings$2.4 B63pembinaan, power, hartanah
12Syed Mokhtar AlBukhary$1.9 B66kejuruteraan, tenaga, pembinaan
13Jeffrey Cheah$1.3 B72hartanah
14Lim Wee Chai$1.2 B60sarung tangan getah
15Lim Peng Cheong & Lim Peng Jin$1.19 B-pembuatan
16Tiong Hiew King$1.1 B82balak, media
17Lee Oi Hian & Lee Hau Hian$1.05 B-minyak sawit/kimia/hartanah
18Surin Upatkoon$1 B68telekom, loteri, insurans
19Danny Tan Chee Sing$990 M62hartanah
20Yaw Teck Seng & Yaw Chee Ming$980 M-perhutanan, minyak sawit, hartanah
21G. Gnanalingam$950 M73ports
22David Kong$920 M63perkhidmatan pengebumian
23Desmond Lim Siew Choon$910 M57hartanah
24Goh Peng Ooi$900 M63perisian
25Vincent Tan$820 M66runcit, perjudian, hartanah
26Ngau Boon Keat$810 M69minyak & gas
27Lim Kang Hoo$800 M62hartanah
28Ninian Mogan Lourdenadin$770 M64hartanah, runcit, perkhidmatan kewangan
29Wong Thean Soon$755 M46perkhidmatan elektronik
30Tony Fernandes$745 M53syarikat penerbangan
31Kamarudin Meranun$735 M56syarikat penerbangan
32Ibrahim Syed Azman$700 M57pengangkutan/kenderaan bermotor
33Ahmayuddin bin Ahmad$580 M61pelabuhan
34Azman Hashim$520 M78perbankan
35Kong Chong Soon$510 M77hartanah
36Leong Kok Wah$480 M64hartanah
37Patrick Grove$440 M42e-commerce/media
38Cheah Cheng Hye$435 M63pelaburan
39Yong Pang Chaun$430 M67runcit
40Teong Teck Lean$425 M57perkhidmatan penghantaran
41Lim Han Weng$420 M65minyak & gas
42Freddy Lim Nyuk Sang$380 M65minyak sawit
43Mokhzani Mahathir$370 M57minyak & gas
44Ong Leong Huat$365 M73hartanah, pembinaan, perkhidmatan kewangan
45Tan Chin Nam$355 M91hartanah
46Wong Teek Son$320 M55pembuatan sarung tangan
47Leong Hoy Kum$315 M60hartanah
48Mohd Abdul Karim Abdullah$310 M52minyak & gas
49Norraesah Mohamad$305 M69pelaburan
50Anthony Tan$300 M36pengangkutan on-demand, perisian mudah alih