Wednesday 7 March 2018

China Melabur RM15.9 Bilion Kepada Brunei




BANDAR SERI BEGAWAN – Pekerja China dilapor sedang giat menyiapkan kompleks penapisan dan petrokimia dekat sebuah jambatan yang menghubungkan ibu negara ini dengan Pulau Muara Besar di utara Brunei.

Hengyi Group merancang kompleks tersebut menjadi projek pelaburan asing terbesar di Brunei dan menjadi tempat bergantung minyak apabila fasa pertama kompleks bernilai AS$3.4 bilion (RM13.2 bilion) itu siap.
Lapor sebuah akhbar tempatan, Bank of China telah mengambil langkah membuka cawangan pertamanya di sini pada Disember 2016 selepas firma perbankan seperti HSBC dan Citibank berundur dari negara itu.
Ketika ini, jumlah pelaburan keseluruhan China di Brunei dianggarkan bernilai AS$4.1 bi­lion (RM15.9 bilion) ketika China meningkatkan inisiatif Satu Jalur, Satu Laluan (OBOR) negara itu.
Dasar itu dijangka menghubungkan China dengan Asia Tenggara, Afrika dan Eurasia menerusi rangkaian kompleks pelabuhan, jalan raya, kereta api dan taman perindustrian.
“Brunei merupakan sebuah negara penting sepanjang Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21,” kata Duta China ke Brunei, Yang Jian dalam satu kenyataan pada Februari tahun lalu.
Sementara itu, Hengyi Industries, syarikat tempatan yang membina pusat penapisan berkenaan yang dijangka siap penghujung tahun ini bagaimanapun tidak memberikan komen ketika ditanya mengenai isu berkenaan.
Fasa kedua kompleks itu bernilai AS$12 bilion (RM46.8 bi­lion) akan mengembangkan kapasiti penapisan pusat berkenaan kepada 281,150 tong sehari.
Penembahan itu turut menghasilkan sebanyak 1.5 juta tan setahun ethylene dan dua juta setahun paraxylene.
Sultan Hassanal Bolkiah dengan segera memperbaharui ekonomi negara dan mempelbagaikan sumber pendapatan sambil memerangi rasuah dan mengambil tindakan ke atas pembangkang ketika kadar pengangguran di kalangan belia meningkat.
Bagaimanapun, Projek Muara Besar yang pada mulanya dijanjikan untuk graduan baru negara itu tidak dipenuhi apabila ribuan pekerja China dihantar bagi membina kompleks itu mengakibatkan kemarahan dalam kalangan penduduk tempatan.
“Kami masih tiada kerja, jadi mengapa wujudkan peluang pekerjaan untuk warga China?” soal seorang peniaga di sini. – MYNEWSHUB.CC/MIZE
*Video sekadar hiasan…

No comments:

Post a Comment