Wednesday 27 May 2015

Saham FGV merosot, PAS hantar memorandum aduan ke Bursa KL

Pengarah ANAK, Mazlan Aliman (kiri) dan Ketua Khidmat Pelanggan Bursa Malaysia Saidi Ahmad sebelum penyerahan memorandum di Bursa Malaysia, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 26 Mei, 2015.
Pengarah ANAK, Mazlan Aliman (kiri) dan Ketua Khidmat Pelanggan Bursa Malaysia Saidi Ahmad sebelum penyerahan memorandum di Bursa Malaysia, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 26 Mei, 2015. 
Spekulasi Felda Global Venture (FGV) bakal digugurkan daripada Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) ekoran prestasi sahamnya yang semakin jatuh merudum membimbangkan peneroka, kata Dr Rosli Yaakop.
Penasihat ekonomi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) itu berkata, FGV perlu disiasat bagi memastikan syarikat itu tidak melanggar mana-mana peraturan dan undang-undang pasaran saham dalam proses penyenaraiannya dan dalam urus niaga di Bursa Malaysia.
Katanya, ini berdasarkan saham FGV menurun RM2.02 seunit, jatuh 54% di bawah harga tawaran asal (IPO) RM4.45 sesaham, memberi petunjuk masa depan FGV yang kelam.
Kebimbangan itu disuarakan melalui memorandum kepada Bursa Malaysia Kuala Lumpur, memastikan agar FGV bebas dari sebarang cubaan memanipulasi harga pembelian 51% kepentingan Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) dalam Felda Holdings Berhad.

"Jika didapati ada pelanggaran peraturan dan undang-undang pasaran saham, manipulasi, pengkhianatan dan penipuan, tindakan yang sewajarnya perlu diambil ke atas pihak yang terbabit," kata Rosli dalam memorandum yang diserahkan kepada Bursa Malaysia hari ini.
Ia diterima Ketua Bahagian Perhubungan Pelanggan Bursa Malaysia, Saidi Ahmad. – 26 Mei, 2015. (TMI)
-

Monday 25 May 2015

Jualan Kereta Proton Merudum 52.8% Kerana..

jualan,proton
PETALING JAYA: Penjualan kereta nasional keluaran Proton mencatatkan penurunan ketara sepanjang empat bulan pertama 2015.
Menurut data yang diperolehi daripada Persatuan Automotif Malaysia (MAA), sepanjang bulan lalu, ia hanya menjual 4,972 buah kereta.
Ia menunjukkan penurunan sebanyak 52.8 peratus berbanding bulan Mac di mana jualannya mencecah 10,528 unit.
Meskipun menganggap kejatuhan jualan itu yang dikaitkan dengan sikap pengguna yang membuat pembelian awal sebelum Cukai Barang dan Jualan (GST) berkuatkuasa pada 1 April, jualan Proton berada dalam keadaan membimbangkan kerana ia mencatatkan penurunan sebanyak 23.8 peratus lebih rendah jika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lalu.
Secara keseluruhan, jumlah penjualan kenderaan baru di Malaysia jatuh sebanyak 32.9 peratus.
Setakat ini, kereta keluaran Perodua menguasai pasaran jualan kereta tempatan dengan jumlah 17,584 unit diikuti Honda 6,562 unit, Proton , 4.972 unit, Toyota, 4,200 unit dan Nissan 2,722 unit.
Menurut sumber yang dipetik daripada www.carlist.my sambutan terhadap model City, Jazz, CR-V, Accord dan juga HR-V telah membantu melonjak jualan Honda sebanyak 27.3 peratus. (FMT)

Saturday 23 May 2015

Sindiket gores menang tumpas




Mior FARIDALATHRASH (tengah) menunjukkan sebahagian daripada invois bayaran dan kupon gores dan menang yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Timur Laut, George Town semalam.

GEORGE TOWN – Kegiatan sindiket penipuan gores dan menang yang me­ngaut keuntungan lebih RM700,000 sejak tiga bulan lalu akhirnya tumpas selepas pejabat mereka di Jalan Slim, Jelutong di sini diserbu sepasukan anggota polis Rabu lalu.
Ahli sindiket terdiri daripada 10 lelaki dan empat wanita, masing-masing berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun itu ditahan pada pukul 2.50 petang.
Operasi tersebut dijalankan pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.
Kosmo! difahamkan, suspek menyasarkan golongan warga emas dan pesara sebagai mangsa.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, modus operandi sindiket tersebut adalah dengan menawarkan baucer kepada mangsa di kawasan tertentu seperti di pusat beli-belah dan bank.
“Mangsa akan menjadi tertarik selepas membuka baucer berkenaan ke­rana dimaklumkan mereka bakal memenangi cabutan bertuah berupa barangan elektrik, perabot dan rumah sebelum dipujuk ke pejabat suspek untuk membuat bayaran. (Kosmo!)

Thursday 14 May 2015

Beli IPhone On Line, Dapat Biskut. Pihak Berwajib Mana, Perlu Tindak Segera?

Biskut diterima Nor yang diletakkan dalam kotak iPhone 6. — Sinar Harian Online

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita yang membeli Iphone 6 terpakai melalui perniagaan atas talian terpaksa berputih mata apabila mendapat beberapa kepingan biskut di dalam bungkusan yang diterimanya.

Mangsa yang dikenali sebagai Nor, turut menanggung kerugian RM890.

Menurutnya, urusniaga itu dijalankan pada pertengahan April lalu apabila mahu membeli telefon bimbit berkenaan untuk dihadiahkan kepada anaknya.

Memetik Sinar Harian hari ini, Nor memberitahu peniaga itu dikenali sebagai Hafriz dan berasal daripada Terengganu.

"Pada awalnya si penjual meletakkan harga RM2,050 kemudian dia sendiri secara sukarela beri diskaun dengan harga RM1,890," katanya.

Apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan harga berkenaan, Nor memasukkan RM300 seperti yang diarahkan sebagai bayaran pendahuluan dan baki perlu dilunaskan apabila barang diterima.

"Semasa barang saya hendak dihantar, si penjual sekali lagi menghantar gambar bungkusan kononnya barang sudah dipos dan meminta saya memasukkan lagi RM590," ujarnya.

Selepas enam hari menunggu, Nor terkejut apabila bungkusan yang disangkanya Iphone 6 itu hanyalah beberapa keping biskut yang diletakkan di dalam kotak Iphone 6 itu.

"Hanya Allah SWT yang tahu perasaan saya bila melihat kepingan biskut di dalam kotak tersebut," kata Nor lagi.

Nor lantas bertanyakan hal itu kepada si penjual, namun sehingga kini tidak mendapat sebarang balasan meskipun laman web dan akaun Instagram yang diguna Hafriz masih aktif. - Siakapkeli.my

Pihak mana yang perlu bertindak segera? (IH)

Lihat sebelum ini..
Al-Kisah, BELUT..

Saturday 9 May 2015

McDonald’s Terancam Bangkrap. Dianggap Bodoh, Makan Di Restoran Itu.


PERNIAGAAN restoran segera McDonald's merancang menutup 350 restoran mereka. Langkah itu diambil selepas perniagaan mereka mengalami penurunan jualan yang sangat drastik. Dipetik dari laman Metro.co.uk, Jumaat (24/4), McDonald 's mengalami penurunan jualan secara global mulai 0.6 peratus hingga 8.6 peratus.

"Sebagai restoran terkemuka dunia, kami sedang berubah menjadi lebih responsif kepada pelanggan masa kini," kata Ketua Pegawai Eksekutif McDonald, Steve Easterbrook.

Daripada 350 gerai yang akan ditutup tersebut, 220 di antaranya berada di China. Sementara 130 outlet lain berada di Jepun.

"Kami tengah mengembangkan sebuah rancangan pemulihan (putar haluan) untuk meningkatkan prestasi dan keupayaan membawa, pertumbuhan yang menguntungkan," ujar Easterbrook.

Sementara, laman Mirror.co.uk menulis jualan global McDonald 's menurun 2.3 peratus sepanjang suku pertama tahun ini, termasuk penurunan 2.6 peratus di Amerika Syarikat. Di Eropah, mereka mengalami penurunan jualan 0.6 peratus.

Bagi banyak pemerhati dalam bidang kulineri, fenomena penurunan pelanggan restoran terkemuka dunia ini sesungguhnya disebabkan trend pengguna yang mula beralih daripada mengambil makanan sampah (junkfood atau fastfood) menuju makanan sihat dan organik. Kesedaran masyarakat mula berkembang seiring dengan banyaknya aduan kesihatan berkaitan makanan-makanan sampah tersebut. 

Hanya di negara-negara miskin, makanan di gerai makanan segera dijadikan trend gaya hidup seolah-olah habit, padahal di Amerika Syarikat dan negara-negara maju, restoran-restoran itu sudah mulai ditinggalkan dan dianggap bodoh jika anda masih mahu makan di sana.

*sumber eramuslim.com

Thursday 7 May 2015

Tips Menternak Belut Cara Mudah. Boleh Cuba... (2)


BELUT, nama saintifiknya ialah ordo Anguilliformes.. Juga disebut 'unagi' atau 'Synbranchus' merupakan jenis ikan konsumsi air tawar dengan bentuk tubuh bulat memanjang yang hanya memiliki sirip punggung dan tubuhnya licin. 

Ciri khas belut yang lain adalah tidak bersisik (atau hanya sedikit), dapat bernafas dari udara, bukaan insang sempit, tidak memiliki tabung renang dan tulang rusuk. Pada umumnya hidup di sawah-sawah, di rawa-rawa/lumpur dan di sungai-sungai kecil. Di alamnya, belut memakan anak-anak ikan yang masih kecil. 


Di Malaysia masih belum kita dengar adanya pusat penternakan belut. Di Indonesia terdapat di daerah Yogyakarta dan di daerah Jawa Barat. Klasifikasi belut adalah sebagai berikut:

Kelas: Pisces
Subkelas: Teleostei
Ordo: Synbranchoidae
Famili: Synbranchidae
Genus: Synbranchus

Jenis Dan Manfaat

Secara umumnya, ada 3 macam, iaitu belut rawa, belut sawah dan belut sungai/laut. Namun, jenis belut yang sering dijumpai adalah jenis belut sawah. Pemanfaatan belut secara umum adalah..
  • Sebagai penyediaan sumber protein hewani. 
  • Sebagai keperluan harian.
  • Sebagai ubat penambah darah.


Lokasi Penternakan  

Sebelum kita memulai lebih lanjut mengenai bagaimana menternak atau budidaya belut, ada baiknya kita persiapkan lokasi budidaya belut terlebih dahulu, iaitu:
  1. Secara klimatologis ikan belut tidak memerlukan keadaan iklim dan geografi yang tertentu. Ketinggian tempat penanaman ikan belut boleh berada di dataran rendah hingga dataran tinggi. Begitu pula dengan kelembapan dan curah hujan tidak ada batasan yang tertentu. 
  2. Kualiti air untuk pemeliharaan belut harus bersih, tidak terlalu keruh dan tidak tercemar bahan-bahan kimia beracun, dan minyak / sisa kilang. Keadaan tanah dasar kolam tidak beracun. 
  3. Suhu udara / suhu optimum untukpertumbuhan belut iaitu berkisar antara 25-31 darjah C. 
  4. Pada dasarnya keadaan perairan adalah air yang harus bersih dan kaya akan oksigen terutama untuk bibit / benih yang masih kecil iaitu saiz 1-2 cm. Sedangkan untuk perkembangan selanjutnya belut dewasa tidak memilih kualiti air dan dapat hidup di air yang keruh.
Saranan Dan Peralatan 
Yang perlu disediakan ialah: 
1. Kolam penternakan belut perlu dibezakan menjadi: 
  • kolam induk / kolam pemijahan, 
  • kolam pendederan (untuk benih belut berukuran 1-2 cm), 
  • kolam belut remaja (untuk belut saiz 3-5 cm) dan 
  • kolam pemeliharaan belut pengambilan (terbahagi menjadi 2 tahapan yang masing-masing diperlukan masa 2 bulan) 
  • iaitu untuk pemeliharaan belut saiz 5-8 cm hingga menjadi ukuran 15-20 cm dan untuk pemeliharaan belut dengan saiz 15-20 cm hingga menjadi ukuran 30-40 cm.

2. Bangunan jenis-jenis kolam belut secara umum relatif sama hanya dibezakan oleh saiz, kapasiti dan daya tampung belut itu sendiri.


3. Saiz kolam induk kapasitinya 6 ekor / m2.  
  • Untuk kolam pendederan (saiz belut 1-2 cm) daya tampungnya 500 ekor / m.  
  • Untuk kolam belut remaja (saiz 2-5 cm) daya tampungnya 250 ekor / m2. 
  • Dan untuk kolam belut pengambilan peringkat pertama (saiz 5-8 cm) daya tampungnya 100 ekor / m.  
  • Serta kolam belut pengambilan peringkat kedua (ukuran 15-20cm) daya tampungnya 50 ekor / m, hingga panjang belut penuaian kelak berukuran 3-50 cm.

4. Pada penternakan belut, pembuatan kolam belut dengan bahan bak dinding tembok / disimen dan dasar tab tidak perlu ditampal.


5. Perlengkapan lain berupa media dasar kolam, sumber air yang sentiasa ada, alat penangkapan yang diperlukan, ember plastik dan peralatan-peralatan lain.


6. Media dasar kolam terdiri daripada bahan-bahan organik seperti pupuk atau baja kandang, sekam padi dan jerami padi.  
Caranya:
  • Kolam yang masih kosong untuk lapisan pertama diberi sekam padi setebal 10 cm, diatasnya ditimbun dengan pupuk kandang setebal 10 cm, lalu diatasnya lagi ditimbun dengan ikatan-ikatan merang atau jerami kering.  
  • Selepas tumpukan-tumpukan bahan organik selesai dibuat (tebal seluruhnya sekitar 30 cm), barulah air dialirkan kedalam kolam secara perlahan-lahan hingga setinggi 50 cm (bahan organik + air).  
  • Dengan demikian media dasar kolam sudah selesai, tinggal media tersebut dibiarkan beberapa ketika agar sampai menjadi lumpur sawah. Selepas itu belut-belut dilancarkan ke dalam kolam. 
Bersambung.. (IH)

Tuesday 5 May 2015

Belut @ Ordo Anguilliformes. Khasiatnya.. (1)


NAMA saintifik belut ialah ordo Anguilliformes..

Belut termasuk dalam kategori haiwan hermafrodit.. Belut adalah sejenis hidupan air tawar yang bertubuh bulat memanjang (seperti ular) yang hanya mempunyai sirip di ekornya dan; berkulit licin dan; liat..

Belut mempunyai satu tulang belakang yang berbentuk Y.. Belut terbahagi kepada 4 jenis, 19 keluarga dan; 400 jenis spesis..

Belut mampu memanjang sehingga 3 meter.. Belut aktif pada waktu malam atau gelap, segala pemakanan dan; pembiakan selalunya pada waktu malam.. Adalah penting untuk menyediakan suasana yang selesa untuk belut iaitu dengan menjauhkannya dari cahaya.. 

Jantina belut berumur 6 bulan kebawah adalah betina dan; 6 bulan keatas adalah jantan.. Jantina belut mengikut saiz dan; umur belut itu sendiri.. Ada juga fakta yang mengatakan belut yang mencapai ukuran panjang 20-50 cm, belut akan kekal betina dan; belut yang mencapai ukuran 55 cm ke atas biasanya jantan..

Khasiat-khasiat belut:

Belut dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi setanding dengan ikan tenggiri dan selar kerana ikan belut ini mengandungi pelbagai protein yang begitu banyak manfaatnya antaranya :
  • Bagi yang selalu memakannya akan mampu untuk menguatkan daya ketahanan badan seseorang 
  • Berupaya menstabilkan tekanan darah 
  • Mampu menghaluskan kulit wajah 
  • Menguatkan daya ingatan seseorang 
  • Membantu mencegah penyakit hepatitis
Bukan itu sahaja malahan belut juga dikatakan begitu kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, vitamin D dan juga mengandungi zat besi.

Jadi, tidak hairanlah sekiranya ramai yang menyakini ikan belut sebenarya membantu mereka mengubati pesakit yang menghidap penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka kesan dari pembedahan.

Sekian bersambung. (IH)

Friday 1 May 2015

Pemaju Terpantas Didunia, Bina Bangunan 57 Tingkat 19 Hari

CHANGSHA, China – Sebuah syarikat pembinaan di sini mendakwa menjadi pemaju paling pantas di dunia selepas berjaya menyiapkan bangunan pencakar la­ngit setinggi 57 tingkat dalam masa 19 hari be­kerja.

Syarikat tersebut, Broad Sustai­nable Buil­ding Co. itu membina ba­ngunan yang dinamakan Mini Sky City di Changsha, ibu kota wilayah Hunan pada kadar tiga tingkat sehari dengan menggunakan kaedah mo­dular.

Timbalan Presiden sya­rikat itu, Xiao Changgeng berkata, pihaknya bercadang untuk membina ba­ngunan pencakar la­ngit tertinggi di dunia se­tinggi 220 tingkat dalam hanya tiga bulan selepas berjaya menyiapkan bangunan Mini Sky City tersebut.

Rakaman video kepantasan bangunan itu dibina menjadi popular di laman perkongsian video China selepas dimuat naik ke laman YouTube.

Menurut Xiao, bangunan Mini Sky City yang mempu­nyai 19 atrium, 800 apartmen dan ruang pejabat untuk 4,000 pekerja itu akan mula dijual pada bulan ini.

Beliau memberi jaminan struktur pembinaan bangunan itu selamat dan mampu menahan daripada gempa bumi.-AP