Friday 1 May 2015

Pemaju Terpantas Didunia, Bina Bangunan 57 Tingkat 19 Hari

CHANGSHA, China – Sebuah syarikat pembinaan di sini mendakwa menjadi pemaju paling pantas di dunia selepas berjaya menyiapkan bangunan pencakar la­ngit setinggi 57 tingkat dalam masa 19 hari be­kerja.

Syarikat tersebut, Broad Sustai­nable Buil­ding Co. itu membina ba­ngunan yang dinamakan Mini Sky City di Changsha, ibu kota wilayah Hunan pada kadar tiga tingkat sehari dengan menggunakan kaedah mo­dular.

Timbalan Presiden sya­rikat itu, Xiao Changgeng berkata, pihaknya bercadang untuk membina ba­ngunan pencakar la­ngit tertinggi di dunia se­tinggi 220 tingkat dalam hanya tiga bulan selepas berjaya menyiapkan bangunan Mini Sky City tersebut.

Rakaman video kepantasan bangunan itu dibina menjadi popular di laman perkongsian video China selepas dimuat naik ke laman YouTube.

Menurut Xiao, bangunan Mini Sky City yang mempu­nyai 19 atrium, 800 apartmen dan ruang pejabat untuk 4,000 pekerja itu akan mula dijual pada bulan ini.

Beliau memberi jaminan struktur pembinaan bangunan itu selamat dan mampu menahan daripada gempa bumi.-AP

No comments:

Post a Comment