Monday 28 December 2015

Peluang Niaga: Orang Terkaya Indonesia, Jajaki Bisnis Online..

Jakarta:  Bisnis berbasis teknologi diyakini menjadi ladang perang para orang kaya Indonesia meraup keuntungan di masa mendatang. Sebab, generasi muda Indonesia saat ini disebut hampir seluruhnya melek teknologi.

Dilansir dari Tech In Asia, bisnis berbasis teknologi memiliki resiko kecil sementara potensi keuntungan besar. Maka dari itu, jika para keluarga terkaya Indonesia ini tidak segera menancapkan kukunya di bisnis ini, diyakini dalam 10 tahun dirinya akan terlempar keluar dari daftar.

Sebagai contoh, keluarga konglomerat sawit Indonesia mulai melakukan investasi sebesar USD 100.000 di bisnis online atau daring. Angka ini tentu lebih kecil dibandingkan jika membuka lahan baru di Kalimantan.

Sementara, taipan properti mulai menaruh investasi USD 300.000 pada aplikasi kencan daring dibanding membangun mall baru di Jakarta Barat. (IH/Merdeka.com)

Wednesday 23 December 2015

Beberapa perkara Umno boleh laksana tanpa Pas


SHAH ALAM – Umno sebagai pemangkin pentadbiran dan pengurusan kerajaan harus melaksanakan beberapa perkara sebagai langkah pertama memperbaiki nama Islam dan negara, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut Tuan Ibrahim, imej Islam ini bukan perlu dibaiki pada gaya pakaian atau negara sebaliknya melibatkan penghayatan ajaran Islam dalam pelbagai bidang.

“Saya cadangkan kerajaan hapuskan GST. Cukai ini bertentangan dengan Islam kerana orang fakir miskin turut dipaksa bayar cukai. Kerajaan juga perlu mengurangkan pembaziran dan salahguna dana kerajaan dengan mengambil tindakan tegas berdasarkan laporan audit terbaru.

“Kerajaan serta kementerian perlu kurangkan perbelanjaan dan hidup berjimat seperti yang terpaksa dilakukan rakyat dalam menghadapi kemelut kejatuhan harga minyak dan juga kenaikan kos hidup yang semakin meruncing,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menggesa Pas berfikir lebih daripada pertimbangan politik dalam mewujudkan kerjasama dengan Umno sekiranya mahu memartabatkan Islam.

Menurut Hishammuddin, perpaduan antara dua parti berkenaan disambut baik tetapi menolak dakwaan parti Melayu itu terlalu inginkan kerjasama tersebut, sebaliknya usaha berkenaan untuk kebaikan umat Islam di negara ini.

Tuan Ibrahim bagaimanapun menggariskan beberapa perkara yang boleh dilakukan Umno secara sendirian tanpa Pas jika parti itu ada kesungguhan selain daripada isu GST.

- Meminta Presiden Umno bercuti sehingga siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan Ketua Audit Negara melengkapkan siasatan dan laporan terhadap 1MDB.
- Mengurangkan pembaziran dan salahguna dana kerajaan dengan mengambil tindakan tegas berdasarkan laporan audit terbaru.
- Menyiasat Yapiem dengan telus dan terbuka dan memastikan mereka yang didapati menyeleweng dana Yapiem dibawa ke muka keadilan.
- Berhenti menganiaya Kelantan dan memulangkan royalti minyak dengan kadar segera.

“Semua perkara ini boleh dilakukan Umno tanpa Pas sebagai langkah Umno menunjukkan kepada rakyat, terutamanya mereka yang beragama Islam, kesungguhannya untuk mendaulatkan Islam.
“Pas pula akan meneruskan kerja dakwahnya agar rakyat dapat turut bersama memperjuangkan Islam sebagai Ad-deen dalam pentadbiran negara dan kehidupan rakyat,” katanya lagi. (SH)

Monday 14 December 2015

Indonesia: Songsong Sambut Pelancongan Pasaran Bebas ASEAN Tahun Depan..

Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif (Kemenparekraf) menyusun strategi pembangunan Sumber Daya Manusia (SDM) kepariwisataan di dalam negeri. Hal ini dilakukan untuk menyongsong pasar bebas ASEAN yang mulai diberlakukan awal tahun depan.

Deputi Bidang Pengembangan Kelembagaan Kepariwisataan Kemenparekraf, Muhammad Ahmansyah mengatakan, pihaknya telah melakukan pembangunan SDM di sektor pariwisata melalui dua jalur, yaitu lewat pendidikan formal dan pendidikan non-formal.

Pembangunan SDM melalui pendidikan formal dengan menyediakan empat lembaga pendidikan tinggi kepariwisataan, yaitu Sekolah Tinggi Pariwisata (STP) Bandung, STP Nusa Dua Bali, Politeknik Pariwisata Negeri Makassar, dan Akademi Pariwisata Medan.

Sedangkan pada tahun depan, Kemenparekraf akan menambah dua perguruan tinggi kepariwisataan di Palembang dan Lombok, sehingga secara total akan ada enam perguruan tinggi kepariwisataan.

"Tahun depan kita mau tambah dua perguruan tinggi, yaitu Politeknik Pariwisata Negeri Palembang dan Politeknik Pariwisata Negeri Lombok. Tahun depan Akademi Pariwisata Medan juga akan menjadi Politeknik Pariwisata Negeri Medan," ujarnya dalam siaran pers, Jakarta, Senin (14/12).

Sedangkan dari sisi pendidikan non-formal, Kemenparekraf telah menjalin kerja sama dengan instansi terkait dalam program sertifikasi SDM pariwisata yang berstandar ASEAN. Hingga saat ini, sekitar 150.000 SDM telah tersertifikasi dan ditargetkan pada 2019 ada 550.000 SDM yang tersertifikasi standar ASEAN.

"Kita punya program sertifikasi berstandar ASEAN. Pada tahun ini target 17.500 SDM tersertifikasi sudah tercapai. Pada tahun depan kita punya target 35.000 SDM atau naik dua kali lipat. Dan hingga 2019 akan terus meningkat sebanyak 35.000 SDM tiap tahun," jelas dia.

Dalam pemberian sertifikasi ini, pihaknya bekerja sama dengan Lembaga Sertifikasi Profesi. Kemenparekraf juga memfasilitasi dari sisi pembiayaan dan pelatihan asesornya.

Kemenparekraf juga menyediakan program pelatihan dasar SDM kepariwisataan, yang pada tahun ini dilakukan di beberapa provinsi dengan potensi pariwisata dan jumlah kunjungan wisatawan mancanegara yang besar.

"Program pelatihan dasar kepariwisataan adalah sosialisasi pengetahuan kepariwisataan. Tujuannya menyebarluaskan pengetahuan kepariwisataan," ungkapnya.

Selain itu, Kemenparekraf juga mengadakan program kerja sama dengan sekitar 105 perguruan tinggi baik negeri maupun swasta yang telah berkomitmen mendukung dan turut aktif dalam pembangunan pariwisata nasional.

"Mereka sepakat menerapkan kurikulum berbasis kompetensi dan mendirikan lembaga sertifikasi di tempatnya masing-masing. Selain itu, mereka juga siap mensertifikasi lulusannya yang berstandar ASEAN. Itu ada 100.000 lulusan. Jadi kalau 50 persen saja yang tersertifikasi maka akan sangat besar kontribusinya terhadap pembangunan pariwisata di Indonesia," tutup Ahmansyah. (IH/Merdeka.com)

Saturday 12 December 2015

IS Bisnes Minyak Mentah Untung AS$500 Juta –Reuter


Agensi - GAMBAR menunjukkan sebuah kilang kecil memproses minyak milik IS di bandar Al Mansura, timur Raqqa di Syria.

LONDON – Kumpulan militan Islamic State (IS) meraih keuntungan lebih AS$500 juta (RM2.16 bilion) melalui perdagangan minyak mentah dengan sebahagian besarnya dijual kepada rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad dan sebahagian pula disalurkan ke Turki, kata seorang pegawai kanan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) kelmarin.
AS, Perancis, Britain dan Rusia berikrar akan menewaskan IS yang menggunakan Islam sebagai alasan untuk melakukan serangan dan keganasan di kawasan yang dikuasainya di Syria dan Iraq.
Sebuah pakatan diketuai AS melancarkan kempen mengebom IS, begitu juga Rusia dalam usaha membunuh pemimpin-pemimpin kumpulan militan itu dan melumpuhkan sejumlah telaga minyak yang digunakan mereka untuk membiayai pentadbiran kumpulan militan tersebut dan serangan ke luar negara.
Pegawai Jabatan Perbendaharaan AS, Adam Szubin berkata, IS menjual sebanyak AS$40 juta (RM172 juta) minyak sebulan dari beberapa pusat penyimpanan minyaknya. Produk itu dibawa menggunakan sejumlah trak untuk diedarkan di Syria dan kawasan lebih jauh.
“IS menjual sejumlah besar minyak kepada rejim Bashar. Kedua-duanya cuba membunuh satu sama lain namun, hakikatnya, mereka juga terlibat dalam jual beli minyak bernilai jutaan dolar,” kata Szubin.
Menurutnya, selain rejim Bashar, minyak IS turut digunakan oleh kumpulan militan tersebut di kawasan-kawasan di bawah penguasaannya. Sebahagian lagi minyak tersebut turut dihantar ke wilayah Kurdish dan beberapa kawasan di Turki.
“Minyak mentah IS itu di­seludup merentasi sempadan ke Turki,” katanya.
Selepas Ankara menembak jatuh sebuah jet pejuang Moscow pada bulan lalu, Presiden Rusia, Vladimir Putin membuat dakwaan bahawa sejumlah besar minyak IS telah dibawa masuk ke Turki.
Anak lelaki Presiden Turki, Tayyip Erdogan menafikan tuduhan Rusia bahawa beliau dan keluarganya meraih keuntungan daripada penyeludupan minyak dari wilayah yang dikuasai IS. –Reuter

Friday 4 December 2015

Jumlah Hutang Kerajaan Kini RM623.3 bilion


KUALA LUMPUR: Timbalan menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani hari ini di dalam dewan rakyat telah mendedahkan bahawa jumlah hutang kerajaan Persekutuan setakat 30 September 2015, berjumlah RM623.3 bilion.

Beliau memberitahu perkara berkenaan di dewan parlimen selepas menjawab soalan Datuk Wira Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang mahu penjelasan daripada Menteri Kewangan mengenai jumlah hutang Kerajaan Persekutuan.

"Daripada jumlah berkenaan 96.4 peratus atau RM601.1 bilion adalah hutang domestik, sementara baki RM22.2 bilion atau 3.6 peratus adalah pinjaman luar pesisir dalam pelbagai denominasi mata wang," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini dipetik dari Bernama.

Tuesday 1 December 2015

Pendedahan Mengejutkan: Sejuta Kanak-Kanak Dipaksa Bekerja Di Bangladesh

 
SEORANG jurugambar Claudio Montesano Casillas yang sedang mengikuti rombongan 'Old Dhaka' telah mendedahkan penemuan mengejutkan mengenai sebuah kilang yang dipenuhi dengan pekerja kanak-kanak di Bangladesh.
Kanak-kanak ini dipaksa bekerja di kilang pembuat pakaian untuk pasaran Barat dengan hanya memperoleh £6.50 (RM 41.60 ) sebulan.
Disebabkan lambakan kerja, kanak-kanak ini makan, mandi dan tidur di dalam kilang dengan diberikan masa bercuti hanya sehari untuk seminggu.

Dianggarkan 7,000 kilang di Bangladesh tidak mempunyai sistem kawalan keselamatan.
Gambar yang dirakam  oleh Casillas menunjukkan kilang tersebut tidak mempunyai laluan kecemasan dan alat memadam kebakaran atau alat pemadam api.
Bangunan itu berdekatan dengan kilang Rana Plaza yang musnah terbakar pada 2013 dengan mengorbankan seramai 1,100 orang.
Gambar yang diambil ini menunjukkan kanak-kanak dipaksa bekerja dengan hanya menjahit label pakaian.
Kedai berdaftar mempunyai tahap keselamatan yang baik, namun sebaliknya bagi kilang yang tidak berdaftar.
Bukan hanya menghasilkan pakaian untuk pasaran tempatan dan di India, mereka juga membekalkan pakaian kepada jenama antarabangsa dan terkenal dunia melalui sub-kontrak yang mana sukar untuk syarikat menjejaki dari mana pakaian itu.
Casillas juga membongkar rutin harian kanak-kanak yang bekerja di sana.

Kanak-kanak ini tidak bersekolah dan ditugaskan untuk menjahit manik, mewarnakan fabrik dan juga membasuh mesin.
Kilang ini mempunyai sebuah bilik yang dilengkapi dengan 15 mesin jahit namun tidak ada laluan kecemasan.
"Pekerja-pekerja ini memulakan hari mereka dari pukul 6 pagi sehingga 6 petang dengan hanya gaji yang sedikit. Mereka juga tidur dalam kilang dan juga menyewa bilik di sebelah kilang tersebut.
"Mereka datang dari kampung ke bandar untuk mencari pekerjaan demi mencari kehidupan yang lebih baik," katanya.
Menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef), kira-kira sejuta kanak-kanak berumur dari 10 hingga 14 tahun bekerja sebagai buruh kanak-kanak di Bangladesh dan itu adalah angka yang tertinggi dicatatkan.
Bangladesh adalah pengeksport kedua terbesar dalam industri pakaian selepas China.
Buruh kanak-kanak dan dewasa ini memperoleh pendapatan £6.50 ( RM 41.60 ) sebulan dan mereka menjangkakan £16 ( RM 102.39).