Seiring dengan perkhidmatan itu, kafe tersebut menyediakan sebuah perpustakaan mini sebagai platform kepada orang ramai yang mahu mencari ilmu perniagaan.
Selain itu, Unggul Business Cafe juga menawarkan bilik khas untuk mana-mana ahli perniagaan, syarikat, organisasi korporat atau jabatan kerajaan mengadakan mesyuarat dan seminar dalam ruang yang selesa.
Pemilik Unggul Business Cafe, Wan Fadzilah Ab. Wahid berkata, tujuan utama beliau mewujudkan kafe tersebut adalah untuk membantu orang ramai yang mahu memulakan perniagaan serta memudahkan perkongsian imu sesama sendiri.

PEMILIK kafe, Wan Fadzilah Ab Wahid (tengah) bersama suami Mahadi Ibrahim bergambar di hadapan kafePEMILIK kafe, Wan Fadzilah Ab Wahid (tengah) bersama suami Mahadi Ibrahim bergambar di hadapan kafe sempena pembukaan Unggul Business Cafe di Wakaf Che Yeh berdekatan pasar borong Wakaf Che Yeh di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/ PEMBERITA NURAIKHA SHARIPUL BAHAR
“Pelbagai ilmu perniagaan akan diajar seperti cara mengendalikan akaun dan apa langkah awal untuk memulakan perniagaan serta pengalaman jatuh bangun akan dikongsi bersama. Ia lebih kepada kem motivasi.
“Dalam masa sama, kita juga mengambil tempahan kek dan menyediakan ruang selesa kepada usahawan untuk mengadakan mesyuarat mahupun seminar dengan harga berpatutan serendah RM100 sehari,” katanya kepada pemberita selepas perasmian kafe itu, di sini hari ini.
Wan Fadzilah yang juga pengasas Sekolah Integrasi Islamik serta pemilik empat cawangan tadika Little Caliphs di negeri ini berkata, beliau bersedia berkongsi ilmu selama 15 tahun dalam perniagaan, kerana mahu membantu masyarakat khususnya orang Melayu berjaya dalam bidang itu.
“Saya harap usaha saya ini akan membantu mewujudkan lebih ramai usahawan yang berilmu dan berjaya di Kelantan,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE