Tuesday 28 January 2014

Jambatan Kukup-Karimun mampu jana ekonomi

Melaka Dumai Bridge and Tunnel.
KUALA LUMPUR - Cadangan projek jambatan dan terowong dasar laut bagi menghubungkan Kukup, Pontian, Johor dan Pulau Karimun, Riau di Indonesia yang dijangka menelan kos RM15 bilion mampu menjana ekonomi kepada Malaysia dan Indonesia.

Ketua Kluster Kejuruteraan dan Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Datuk Dr. Ahmad Darus berkata, pada asasnya kedua-dua negara menerima kesan positif, namun Malaysia memiliki kelebihan dari segi logistik, bahan mentah dan pakar.

Menurut beliau, sudah tentu penduduk di Pulau Karimun memerlukan kepakaran serta sumber dari negara ini untuk membangunkan ekonomi mereka terutamanya sektor pelancongan yang secara tidak langsung membuka peluang kepada pemain-pemain industri di Malaysia untuk turut serta.

"Memang tidak dinafikan Pulau Karimun mampu menawarkan industri pelancongan, namun mereka memerlukan kepakaran serta sumber negara ini untuk membina pertumbuhan ekonomi di wilayah berkenaan ekoran jarak Malaysia yang dekat dengan pulau itu.

"Secara tidak langsung, ia membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk melakukan pelaburan di sana yang sudah tentu memberi pulangan menguntungkan," katanya ketika dihubungi di sini semalam. (Kosmo)

Thursday 16 January 2014

Wang Kertas Disusun Sepanjang 2 Meter Diagihkan Di Kampung..


AFP: BEBERAPA penduduk berdiri dekat timbunan wang kertas di kampung Jianshe, Sichuan kelmarin. 

SICHUAN, China - Sejumlah mata wang kertas disusun sepanjang dua meter telah dibina di kampung Jianshe di sini kelmarin. Wang tersebut akan diagih-agihkan kan kepada penduduk kampung yang merupakan pemegang saham sebuah koperasi.

Ia merupakan bonus untuk pemegang saham tersebut. Koperasi itu melabur dalam beberapa buah syarikat dan memiliki syarikat perladangan. Lebih 13 juta yuan (RM7.07 juta) diagih-agihkan kepada 340 buah keluarga dari kampung tersebut yang merupakan pemegang saham koperasi itu. - AFP

Monday 13 January 2014

Tanam Stevia Ganti Ketum -KDN



Jitra: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan penanaman pokok stevia dilaksanakan secara komersial di utara tanah air bagi menggantikan pokok ketum yang dikesan disalahgunakan sesetengah pihak bagi mengaut keuntungan mudah.

Difahamkan, penanaman pokok ketum yang berleluasa di kawasan utara itu perlu diganti dengan penanaman pokok stevia kerana ia dilihat mampu memberi pulangan lumayan.

Timbalan Menterinya Datuk Dr Wan Junaidi Tunku Jaafar berkata, langkah itu dibuat bertujuan mengurangkan penyalahgunaan air ketum dalam kalangan generasi muda selain membanteras penjualan daun ketum ke negara jiran selain diproses menjadi air yang berleluasa.

“Sebelum ini, pemilik ladang ketum tidak mengakui tanah itu milik mereka jika ditangkap pihak berkuasa, sebaliknya terus menjalankan kegiatan itu kerana hanya memikirkan keuntungan,” katanya.


Sementara itu, menurut Blog MARDI Stevia (Stevia rebaudiana) yang berasal dari Paraguay, Amerika Selatan, bersifat saka jangka pendek dan boleh hidup selama tiga hingga lima tahun. Ia boleh dibiakkan melalui biji benih secara keratin ataupun kultur tisu. Di negara beriklim sederhana, stevia ditanam menggunakan biji benih.

"Di Malaysia pula, kaedah menanam di Malaysia secara keratin lebih sesuai kerana pokoknya lebih seragam. Tambahan lagi, iklim tropika akan menyebabkan pengeluaran biji benih stevia kurang memuaskan.
Anak stevia diletakkan di tapak semaian selama sebulan hingga satu setengah bulan, sebelum dipindah ke ladang pada kepadatan 167,000 pokok sehektar. Petak penyelidikan MARDI di Serdang menempatkan tanaman stevia yang berumur 10 bulan dan masih membesar.

"Di Malaysia, stevia hanya tumbuh setinggi 30 sentimeter cm sebelum mula berbunga sebulan selepas ditanam (dalam iklim sederhana, stevia tumbuh setinggi 60 cm hingga 1 meter m sebelum mula berbunga). Stevia merupakan tumbuhan jangka siang pendek, menyebabkannya cepat berbunga sekiranya jangka siang tidak melebihi13 jam (jangka siang di Malaysia hanya 12 jam)."  Demikian dari Blog MARDI. (IH)
Ini gambar pokok Ketum..

IKLAN   
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.

100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.  

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 
HMH STEVIA HERBA. 
Wakil Penjual:

Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis) Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)

Saturday 11 January 2014

10 Muslimah Kerajaan Kaya..


Princess Fathima Kulsum Zohar Godabari, salah satu muslimah terkaya di dunia. 
Princess Fathima Kulsum Zohar Godabari, salah satu muslimah terkaya di dunia. (Dailybhaskar)

CANTIK memang anugerah Tuhan . Bagaimana dengan kaya ? Sebahagian besar orang mengatakan wanita yang cantik dan kaya raya adalah orang yang paling beruntung hidup di dunia ini . Seperti dikutip VIVAnews dari laman Dailybhaskar , Jumaat 10 Januari 2014 , beberapa putri dan ratu ini menjadi wanita muslimah terkaya di dunia . Sebahagian daripada mereka telah menggunakan hijab .
Majoriti muslimah ini memang dilahirkan dari keluarga kaya raya , namun bukan bermakna mereka tidak berkiprah di bidang kerjaya . Beberapa di antaranya , menjalankan syarikat keluarga dengan aset bernilai berbilion-bilion . Ada yang mengendalikan bank miliknya sendiri dan ada yang bekerja pada syarikat besar . Berikut adalah senarai muslimah terkaya di dunia :
1 . Princess Ameerah Al Taweel , Arab Saudi
Dia adalah putri dari bangsawan Arab Saudi yang lahir pada 6 November 1983 . Suaminya , Prince Al Waleed bin Talal , juga anak seorang bangsawan di Arab Saudi .
Al Waleed adalah pengusaha berusia 58 tahun dan masuk dalam senarai orang terkaya ke - 26 yang dilaporkan oleh majalah ekonomi terkemuka , Forbes dengan jumlah kekayaan berkisar US $ 20 bilion - US $ 25 bilion .
Al Waleed menjadi salah satu orang yang paling berpengaruh di Arab . Dia adalah pengasas Kingdom Holding Company .
2 . Queen Rania , JordanQueen Rania Al Abdullah lahir pada 31 Ogos 1970 . Dia berkahwin dengan Abdullah II bin Al - Hussein , raja Hashmite , kerajaan Jordan yang naik takhta pada 1999 .
Raja yang berusia 51 tahun itu tidak pernah mau mendedahkan berapa jumlah kekayaan yang ia miliki ke awam . Tetapi , jumlah kekayaannya boleh dibayangkan saat dia membina Star Trek Theme Park di rumahnya yang menghabiskan dana lebih dari US $ 1 bilion .
Sebuah majalah Harpers and Queen menobatkan Queen Rania sebagai permaisuri paling cantik di dunia pada 2011 .
3 . Princess Hajah Hafizah Sururul Bolkiah , Brunei
Dia adalah anak dari Sultan Hassanal Bolkiah asal Brunei yang lahir pada 12 Mac 1980 . Ayahnya pernah dinobatkan menjadi orang terkaya di dunia pada 1997 oleh majalah ekonomi Forbes .
Sultan Hassanal Bolkiah mempunyai kereta Rolls - Royce yang bersalut emas 24 karat dan 7,000 kereta . Dia juga mempunyai istana terbesar di dunia dengan 1,700 bilik .
Saat menikahkan putrinya dengan YAM Pengiran Anak Haji Mohammad Ruzaini , Sultan Hassanal Bolkiah menghabiskan US $ 20 juta .
4 . Princess Lalla Salma , MaghribiPrincess Lalla Salma lahir pada 10 Mei 1978 dan berkahwin dengan Raja Mohammed VI yang berusia 50 tahun .
Princess Lalla Salma menjadi guru pada sebuah sekolah dan telah mempunyai dua anak . Jumlah kekayaan bersih milik suaminya yang dilaporkan sebanyak US $ 2.5 bilion .
Majalah ekonomi Forbes pernah melangsir Raja Mohammed VI menganggarkan operasi sehari - hari Maghribi sebanyak US $ 960,000 .
5 . Sheikha Maitha binti Mohammed bin Rashid Al Maktoum , DubaiSheikha Maitha lahir pada 5 Mac 1980 dan bekerja sebagai atlet karate dan taekwondo . Ayahnya , Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum adalah Perdana Menteri United Arab Emirates ( UAE ) dan Timbalan Presiden raja berperlembagaan Dubai .
Jumlah kekayaan ayahnya dijangka mencapai US $ 40 bilion . Sheikha Maitha , mewakili UAE , pada 2006 pernah meraih pingat perak di Asain Games .
6 . Sheikha Hanadi bint Nasser Al Thani , QatarSheikha Hanadi adalah salah satu pengusaha paling berjaya dalam ekonomi Qatar . Dia menjadi bank , pelabur , dan usahawan hartanah .
Selain menjadi penasihat khas di Standard Chartered Bank , dia menjadi CEO Al Waab City Real Estate , syarikat yang bergerak di bidang hartanah .
Dia juga menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Nasser bin Khaled Al Thani & Sons Group . Jumlah kekayaan Sheikha Hanadi belum pernah didedahkan kepada awam , tetapi jumlah kekayaan keluarganya dianggarkan lebih daripada US $ 15 bilion .
7 . Princess Fathima Kulsum Zohar Godabari , Arab Saudi
Princess Fathima Kulsum saat ini telah rasmi menjadi Queen Arab Saudi , salah satu kerajaan terkaya di dunia . Dia berkahwin dengan Sheikh Avdi Al Muhammad .
8 . Sultanah Nur Zahirah , Terengganu ( Malaysia )Dia adalah isteri Raja Al - Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin . Dia lahir pada 7 Disember 1973 dan menjadi permaisuri ke - 13 Malaysia pada 2006-2011 .
Dia dan suaminya tidak pernah bersedia mendedahkan jumlah kekayaan yang dimilikinya . Namun , melalui pelbagai sumber , jumlah kekayaan mereka dianggarkan lebih daripada US $ 15 bilion .
9 . Princess Hajah Majeedah Muurul Bulqiah , Brunei
Dia adalah anak ke - empat dari Sultan Hassanal Bolkiah yang lahir pada 16 Mac 1976 . Ibu satu anak ini telah berkahwin dengan Khairul Khalil yang bekerja sebagai Pembantu Eksekutif di Pejabat Perdana Menteri pada Jun 2007 .
Ayahnya , pernah dinobatkan menjadi orang terkaya di dunia oleh majalah ekonomi terkemuka Forbes pada 1997 dan sangat menyukai logam mulia emas .
10 . Sheikha Mozah binti Nasser Al Missned , QatarSheikha Mozah adalah isteri kedua dari Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani , bekas Emir negara Qatar . Ia lahir pada 1959 .
Jumlah kekayaan suamianya dianggarkan lebih dari 7 bilion euro . Qatar terkenal sebagai negara dengan jumlah rizab minyak dan gas yang besar dan masuk dalam negara - negara dengan pendapatan per kapita tertinggi di dunia . ( ihe / asp )
 

Tuesday 7 January 2014

Pulau Pinang pantau perusahaan burung walit


 

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan meneruskan pemantauan pemutihan dan penguatkuasaan aktiviti perusahaan burung walit yang dijalankan di premis sekitar Tapak Warisan George Town.
  
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Negeri Chow Kon Yeow berkata tugas pemantauan adalah penting dalam usaha mengekal nilai seni warisan di tapak tersebut seperti yang ditetapkan  Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).
  
"Kita telah menamatkan usaha yang telah dimulakan sejak tiga tahun lepas dalam usaha mematuhi arahan Unesco. Walaupun sudah ada tindakan yang diambil, aktiviti pemantauan perlu diteruskan untuk menjaga kedudukan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia.
  
"Sekiranya tidak ada tindakan yang diambil, ia akan menjejaskan kawasan warisan. Usaha ini juga bertujuan untuk mengekalkan pengiktirafan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia yang mempunyai keunikan budaya dan seni bina," katanya kepada pemberita di  sini hari ini.
  
Chow berkata berkata proses pemutihan dan penguatkuasaan aktiviti perusahaan burung walit di premis sekitar Tapak Warisan George Town telah dimulakan sejak 1 Jan 2011 hingga  31 Dis 2013.

Terdapat 128 premis burung walit dalam senarai MPPP.
  
Premis berkenaan terdapat di kawasan seperti Lorong Chulia, Lebuh Carnarvon, Lebuh Acheh, Lebuh Klang, Lebuh Pantai dan Lebuh Victoria.
  
Chow berkata hanya 71 daripada 128 premis yang telah mempunyai aktiviti baharu manakala 57 premis lagi belum mempunyainya. - Bernama

Monday 6 January 2014

Forum Usahawan 2: Dropship, Niaga Tanpa Modal



CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

DROPSHIP atau niaga 'turun kapal' boleh merujuk kepada:
  • Dropship, amalan peruncitan menghantar barangan dari pengilang secara langsung kepada pelanggan
  • Dropship (fiksyen sains) kapal pendaratan tentera dalam fiksyen sains
  • Dropship: United Peace Forse, permainan video untuk PlayStation 2
  • Dropship (perisian)satu program untuk menyalin fail dari Dropbox akaun menggunakan Hash mereka
Tetapi kini, difahamkan DROPSHIP adalah suatu saranan dengan konsep perniagaan tidak perlu mengeluarkan sebarang modal wang dan tidak perlu simpan stok. Konsep perniagaan ini adalah antara salah satu teknik jana wang tanpa modal.
 
Drop penghantaran adalah pengurusan rantaian bekalan teknik di mana peruncit tidak menyimpan barangan dalam stok. Tetapi sebaliknya memindahkan pesanan dan butiran penghantaran sama ada pengeluar atau pemborong, terus kepada pelanggan.  

Seperti dalam perniagaan peruncit, majoriti peruncit membuat keuntungan mereka kepada perbezaan di antara harga borong dan runcit. Tetapi sesetengah peruncit mendapat peratusan jualan dalam bentuk komisen, dibayar oleh pemborong kepada peruncit.

Itu, lebih kurang makna cara niaga 'turun kapal' atau dropship.

Bagaiman kalau kita nak mula berniaga cara ini?

Seperti yang dijelaskan dalam 'Forum Usahawan 1: Tambah Pendapatan; Mula Niaga Dari 0.. Begini Caranya! '

Mudah saja! Secara sambilan pun boleh buat. Cari kawan-kawan  yang perlukan minuman kesihatan ini, buat pesanan melalui pos hingga ke tempat anda! 
Klik gambar ini  (Bagaimana Anda Ingin Jadi Wakil Jualan Kami?..)... 
 Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.  


Apa prosedur?

Ada peruncit dropship  menyimpan barang jualan sebagai paparan. Dipamerkan di kedai-kedai, supaya pelanggan boleh tenguk dan beli. Ada yang hanya tunjuk katalog, laman web atau facebook dan lain-lain sebagai produk jualan mereka. Atau juga dengan modal kepercayaan pembeli kepadanya.

Berbalik kepada kepada iklan dari HMH Stevia Herba atau HMH RESOURCES (resourceshmh@gmail.com), selepas tulisan Forum Usahawan 1 beberapa hari lalu, ada beberapa pemintaan ingin menjadi agen jualan. 

Menurut pengurusnya Saudara Abu Syaifan, 

"Kami sentiasa mengalu-alukan pemintaan tuan-tuan. Kita boleh berkerjasama dari berbagai sudut.. Kita tukar-tukar ide dan kita cuba lakukan yang terbaik memberi servis kepada pelanggan.

"Kita bukakan pintu percambahan ide, berforum, kerjasama bagaimana yang perlu kita laksanakan. Kita sama-sama berusaha memajukan usaha kita semaksima mungkin dan cuba atasi masalah-masalah dan halangan. Kalau tuan juga pengeluar barangan dan perlukan pengedar, boleh kita rundingkan. Insya Allah!" Katanya.

 Sejak tahun 2006 [1] banyak syarikat dropship muncul di China. Kebanyakan menawarkan borong dan dropship samada individu dan syarikat.[2]  Sebahagian besarnya disebabkan kemudahan yang semakin meningkat. E-pemerolehan, internet dan e-dagang.  


Pembekal dropship yang berpangkalan di China semakin dapat bersaing dengan pengedar sama-negara kerana logistik yang diperbaiki untuk paket kecil dan pelonggaran halangan perdagangan. [3] 

Ada 2 faedah dropship sekurang-kurangnya..
  • Penurunan penghantaran adalah penghapusan inventori pendahuluan dan positif kitaran modal tunai. Ertinya kerana penurunan tersebut, boleh jadi niaga tanpa wang.
  • Menghapuskan beberapa pertindihan usaha, kerana hanya satu gudang akan memilih, bungkusan dan produk. Pendekatan ini boleh mengurangkan jumlah pengurusan inventori dan penghantaran kos. Ini pengurangan kos kemudiannya boleh mengurangkan harga kepada pengguna. [4]
Seperti dalam mana-mana perniagaan, ada risiko yang terlibat dalam dropship.[5] 

Ya, jangan lepas peluang, mari kita terus niaga.

Rujukan: 

Catatan Santai Ibnu Hasyim  
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com     
 
27 Disember 2013
KL