Jitra: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan penanaman pokok stevia dilaksanakan secara komersial di utara tanah air bagi menggantikan pokok ketum yang dikesan disalahgunakan sesetengah pihak bagi mengaut keuntungan mudah.
Difahamkan, penanaman pokok ketum yang berleluasa di kawasan utara itu perlu diganti dengan penanaman pokok stevia kerana ia dilihat mampu memberi pulangan lumayan.
Timbalan Menterinya Datuk Dr Wan Junaidi Tunku Jaafar berkata, langkah itu dibuat bertujuan mengurangkan penyalahgunaan air ketum dalam kalangan generasi muda selain membanteras penjualan daun ketum ke negara jiran selain diproses menjadi air yang berleluasa.
Menurutnya, pada masa sama kerajaan akan membantu mewujudkan
industri memproses daun stevia di lokasi sesuai dengan keadaan cuaca dan
tanah terutama di negeri ini.
Sementara itu, menurut Blog MARDI Stevia (Stevia rebaudiana) yang berasal dari Paraguay, Amerika Selatan, bersifat saka jangka pendek dan boleh hidup selama tiga hingga lima tahun. Ia boleh dibiakkan melalui biji benih secara keratin ataupun kultur tisu. Di negara beriklim sederhana, stevia ditanam menggunakan biji benih.
"Di Malaysia pula, kaedah menanam di Malaysia secara keratin lebih sesuai kerana pokoknya lebih seragam. Tambahan lagi, iklim tropika akan menyebabkan pengeluaran biji benih stevia kurang memuaskan.
Anak stevia diletakkan di tapak semaian selama sebulan hingga satu setengah bulan, sebelum dipindah ke ladang pada kepadatan 167,000 pokok sehektar. Petak penyelidikan MARDI di Serdang menempatkan tanaman stevia yang berumur 10 bulan dan masih membesar.
"Di Malaysia, stevia hanya tumbuh setinggi 30 sentimeter cm sebelum mula berbunga sebulan selepas ditanam (dalam iklim sederhana, stevia tumbuh setinggi 60 cm hingga 1 meter m sebelum mula berbunga). Stevia merupakan tumbuhan jangka siang pendek, menyebabkannya cepat berbunga sekiranya jangka siang tidak melebihi13 jam (jangka siang di Malaysia hanya 12 jam)." Demikian dari Blog MARDI. (IH)
Ini gambar pokok Ketum..
Antara penerangan semasa yang berkaitan Stevia..
IKLAN
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
Wakil Penjual:
Wakil Penjual:
No comments:
Post a Comment