Tuesday 31 May 2011

Sultan Brunei Antara 15 Raja Terkaya Di Dunia?

Sultan Brunai adalah tergolong diantara Raja-raja terkaya di dunia. Dimanakah kedudukan baginda? Ikuti paparan ini

Swaziland’s King Mswati III, worth $100 million

The Netherland’s Queen Beatrix, worth $200 million

Kuwait’s Sheikh Nasser Al-Mohammad Al-Ahmad Al Jaber Al-Sabah, worth $350 million

Britain’s Queen Elizabeth, worth $450 million

Oman’s Sultan Qaboos bin Said, worth $700 million

His Highness the Aga Khan, worth $800 million

Prince Albert II of Monaco, worth $1 billion

Qatar’s Sheikh Hamad bin Khalifa al-Thani, worth $2.4 billion

Morocco’s King Mohammed VI, worth $2.5 billion


Liechtenstein’s Prince Hans-Adam II, worth $3.5 billion

Dubai ruler Sheikh Mohammed bin Rashid al-Maktoum, worth $4.5 billion

UAE’s President Sheikh Khalifa bin Zayed al-Nahayan, $15 billion

Saudi Arabia’s King Abdullah bin Abdulaziz Al Saud, worth $18 billion


Brunei’s Sultan Haji Hassanal Bolkiah, kekayaan $20 billion


Thailand’s King Bhumibol Adulyadej, kekayaan $30 billion

(IH)

Saturday 21 May 2011

Peniaga Cicak Tokek, Dituntut Tebusan RM558,000

Anggota-anggota bersenjata Abu Sayyaf dilihat di sebuah pulau di Filipina, 6 Februari, 2009. — Foto Reuters
ZAMBOANGA , 21 Mei 11: Anggota militan selatan Filipina yang menculik seorang ahli perniagaan Malaysia, seorang peniaga cicak tokek, Mohammad Nazaruddin Saidin, dilapor menuntut wang tebusan lapan juta peso (RM558,000).

Nazarudin, 38, bapa kepada enam anak diculik sekumpulan 10 lelaki bersenjata ketika berada di selatan Filipina, 8 Mei lalu bagi menguruskan perniagaan berkaitan cicak tokek di negara tersebut. Tambah laporan itu, nasib rakyat Malaysia yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor itu juga masih belum diketahui.

Laporan media sebelum ini menyebut kumpulan penculik meminta wang tebusan pendahuluan lima juta Peso (RM348,317). Ketua polis wilayah, Felicisimo Khu dipetik AFP berkata, kumpulan Abu Sayyaf meminta wang tebusan daripada seorang pegawai konsul Malaysia di Filipina.

Ahli perniagaan cicak tokek itu diculik sekumpulan 10 lelaki bersenjata berhampiran bandar Indanan di Pulau Jolo. Khu berkata, perkara itu dimaklumkan pegawai konsul Malaysia tersebut kepada polis Indanan semalam. Tebusan itu kini ditempatkan di sebuah kampung berhampiran yang tidak dinyatakan lokasinya, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Randolph Cabangbang sebelum ini berkata, Mohammad Nazaruddin diculik selepas berada di pulau itu selama sebulan. Ditubuhkan pada 1990-an dengan wang pembiayaan dari jaringan al-Qaeda pimpinan Osama bin Laden, Abu Sayyaf mengaku bertanggungjawab di atas serangan-serangan keganasan Filipina termasuk pengeboman feri 2004 yang mengorbankan lebih 100 nyawa.

Kumpulan militan itu juga dituduh bertanggungjawab ke atas beberapa kes penculikan melibatkan rakyat asing, ahli perniagaan tempatan dan mubaligh bagi mendapatkan wang tebusan. (IH)

Mengenai cicak tokek..

Friday 20 May 2011

Wikileaks dedah 19 ‘aktor pengaruh’ dalam kitar politik Najib



KUALA LUMPUR, 19 Mei — Kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), yang terbocor dan disiarkan oleh Malaysia Today hari ini menyenaraikan 19 pemimpin bisnes utama sebagai “aktor-aktor berpengaruh” dalam kitar politik Datuk Seri Najib Razak — dua tahun selepas menjadi perdana menteri.

Najib kini berada di AS sempena lawatan kerja.

Maklumat kabel itu, yang ditulis oleh kaunselor politik Mark D. Clark untuk membantu Jabatan Negara AS meneliti pentadbiran dan keputusan-keputusan dasar Najib (gambar), adalah yang pertama diterbitkan menerusi Malaysia Today, kendalian Raja Petra Kamarudin, selepas ia menandatangani memorandum persefahaman dengan Wikileaks, Isnin lalu.

Pengerusi Ethos Capital Rohana Mahmood mengetuai senarai personaliti korporat.

Maklumat yang diterbitkan menunjukkan Rohana ada hubungan dengan kebanyakan syarikat yang berhubung kait dengan Najib, yang sebelum ini merupakan menteri pertahanan.

Pada 2008 Najib dilantik sebagai menteri kewangan, portfolio yang disandang sehingga kini.

Antara 19 pemimpin bisnes yang disenaraikan, Rohana sangat berkait rapat dengan kepentingan-kepentingan komersial keluarga Najib.

Rohana bersama pembantu rapat Najib, Abdul Razak Baginda, yang dibebaskan daripada kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu, menubuhkan Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia — badan pemikir yang menasihati beliau masa-masa lalu.

Pihak pembangkang seringkali mendakwa Altantuya, yang membantu dalam urusan pemerolehan kapal selam Scorpene bernilai RM3 bilion (AS$1 bilion), dibunuh disebabkan hubungannya dengan Najib, dakwaan yang dinafikan oleh perdana menteri.

Turut disertakan dalam senarai itu ialah pemilik MMC Corp Bhd, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp Bhd dan Pengerusi Hong Leong Group Quek Leng Chan.

“Syed Mokhtar Albukharry... mempunyai operasi bisnes yang signifikan dalam konstituensi Najib dan sektor pertahanan,” kata kabel itu.

The Malaysian Insider difahamkan Syed Mokhtar muncul sebagai penyumbang utama dana kepada Umno selepas ahli-ahli perniagaan Cina tempatan keberatan ekoran kekurangan kontrak di bawah pentadbiran Najib.

Syed Mokhtar memperluaskan empayar bisnesnya dengan memperoleh Pos Malaysia dan projek MRT Lembah Klang baru-baru ini.

Turut disenaraikan ialah:

• Pengarah urusan Khazanah Nasional Azman Mokhtar;

• Pengarah Khazanah Mohamed Azman Yahya, pengasas dan ketua eksekutif Symphony House Bhd;

• Pengerusi dan ketua eksekutif Johan Holdings Bhd Tan Kay Hock, yang juga anggota Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA);

• Shahril Shamsuddin dari Kumpulan Sapura;

• Pengerusi jawatankuasa eksekutif Khazanah dan bekas pengarah urusan MAS Nor Yusof;

• Pengerusi dan pengarah urusan Konsortium Transnational Bhd Mohd Nadzmi Mohd Salleh;

• Pengarah eksekutif CIMB Group dan bekas konsultan Unit Perancang Ekonomi Dr Gan Wee Beng;

• Pengasas bersama Ethos Capital Omar Mustapha Ong, bekas pegawai khas Najib;

• Pengarah urusan dan ketua eksekutif Paramount Corporation Bhd Teo Chiang Quan;

• Pengarah urusan TH Group Bhd Lei Lin Thai;

• Ketua eksekutif Mamee Double Decker Bhd Pang Tee Chew;

• Ketua eksekutif Multi Vest Resources Bhd (MVest) Kenneth Eswaran, yang menurut kabel rapat dengan isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor;

• Ketua eksekutif Felda Holdings Bhd Bakke Salleh; dan

• Ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera Lodin Wok Kamarudin.

Mesej kabel itu terdedah ini, yang ditulis sebelum Najib disahkan sebagai perdana menteri keenam pada April 2009, menyusul penerbitan siri pertukaran sulit antara Washington dan Kedutaan AS di Kuala Lumpur dalam Asia Sentinel membutirkan keprihatinan AS berhubung perbicaraan dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya. (The Malaysian Insider)

Saturday 7 May 2011

Pengasas Facebook beli rumah pertama


RUMAH baru yang dibeli oleh Mark Zuckerberg di Palo Alto, California.

PALO ALTO - Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg, 28, membuat keputusan membeli rumah pertamanya berharga AS$7 juta (RM21.02 juta) di sini setelah tiga tahun menjadi bilionair termuda di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Rumah barunya yang mempunyai lima bilik itu terletak di kawasan kejiranan Crescent Park dan hanya 10 minit perjalanan ke pejabat barunya di Menlo Park.

Dengan kekayaan yang dianggarkan sebanyak AS$13.5 bilion (RM40.54 bilion), dia sebelum ini hanya menyewa sebuah rumah dua tingkat di kawasan Palo Alto, California.

Dia tinggal di rumah tersebut bersama kekasihnya, Priscilla Chan dan mereka dijangka bertunang dalam tempoh terdekat. - Agensi

Tuesday 3 May 2011

Rakyat terbeban, harga barang terus naik


KL Mei 3,11:
Kedudukan ringgit yang semakin kukuh dan pelaburan asing yang meningkat seperti yang didakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memberi manfaat kepada masyarakat umum jika Bank Negara tidak memberikan tanda aras kesan kenaikan ringgit kepada kehidupan seharian rakyat, kata Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Dr Jacob George.

jacob george cassa 240408 01Katanya, rakyat tidak merasakan sebarang penurunan pada harga barangan sebaliknya merasakan beban tanggungan semakin meningkat.

“Bila kita nak terjemahkan kenaikan harga atau kekuatan harga kita, Bank Negara dan agensi-agensi kerajaan perlulah mengadakan satu penanda aras di mana mereka boleh menukarkan kenaikan itu kepada belanja kehidupan sehari-harian kita. Baru ia membawa manfaat kepada pengguna dan tidak bebankan pengguna, lagi" katanya dalam wawancara dengan TV Selangor.

Menurut Dr Jacob, Malaysia merupakan sebuah negara 'unik' yang sering menaikkan harga barangan tertentu apabila pasaran dunia menaikkanya, namun apabila harga diturunkan, negara tidak berhasrat untuk menurunkannya.

Oleh itu katanya, peningkatan nilai ringgit di negara ini tidak memberi kesan kepada rakyat kerana ia tidak meliputi harga barangan di negara ini.

ringgit money exchange rate 230507 ringgit dollar“Kita hendak kerajaan pusat memberitahu apa guna kenaikan ringgit jika tidak membawa apa-apa faedah kepada pengguna.Jadi ini satu cerita yang susah kita nak jawab sekarang. Ini satu soalan yang pakar-pakar boleh jawab,"katanya.

Dr Jacob juga turut mendesak kerajaan mengambil langkah-langkah perlu bagi membendung harga barangan yang terus membebankan pengguna.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggesa Najib menjelaskan bagaimana kos sara hidup rakyat semakin melonjak sedangkan perdana menteri dengan bangga mendakwa bahawa inflasi negara stabil pada tahap 2.3 peratus dalam tempoh tiga bulan lalu.

azlanMalah Najib juga mendakwa ringgit juga semakin kukuh berikutan asas ekonomi yang semakin baik.

Namun kata Lim timbul persoalan apabila rakyat tidak menerima sebarang penurun dalam harga barangan import dan perkhidmatan.

Sunday 1 May 2011

M'sia Perlu Belajar Ekonomi Korea, -Guan Eng


KL 1 Mei: Malaysia harus belajar daripada pengalaman Korea Selatan yang Keluaran Kasar Negara (GDP) hanya satu pertiga berbanding Malaysia sebelum 1970 tetapi kini tiga kali ganda jika dibandingkan dengan negara ini, kata Lim Guan Eng sempena sambutan Hari Pekerja hari ini.

Setiausaha Agung DAP berkata, GDP per capita sekarang pun lebih dua kali ganda Malaysia kerana penduduknya 49 juta jauh melebihi 27 juta rakyat negara ini.

Oleh itu kata beliau, Malaysia tidak boleh bergantung pada alasan mudah kegagalan menandingi Korea Selatan adalah kerana penduduk Malaysia jauh lebih kecil.

"Salah satu punca utama kebangkitan ekonomi Korea Selatan adalah penekanan dan tumpuan kepada bakat-bakat dan pembangunan sumber manusia.

"Inilah perkara yang cuba ditutup bahawa kegagalan dasar ekonomi adalah kegagalan satu dasar pelaksanaan dasar sumber manusia yang mementingkan pekerja dan produktiviti," kata beliau dalam ucapan sambutan Hari Pekerja di sini hari ini.

Dalam teks ucapan yang diedarkan kepada media, Lim berkata, pergantungan terhadap pekerja asing dengan kadar gaji yang murah mencacatkan kenaikan gaji selaras dengan peningkatan produktiviti dan penyelidikan dalam teknologi tinggi.

"Lagipun latihan semula diberikan bukan kepada pekerja tempatan tetapi pekerja asing yang merugikan negara," katanya lagi.

Kesannya, beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, para pekerja sama ada kolar biru atau kolar putih terpaksa menanggung beban kesan negatif ekonomi seperti kenaikan harga barang dan perkhidmatan, kedudukan gaji tidak berganjak serta masalah-masalah sosial yang berlaku akibat keadaan semasa.

Lim juga berkata, laporan terbaru Bank Dunia mengenai Malaysia mengesahkan aliran keluar negara cerdik pandai atau “brain drain” menunjukkan Malaysia kehilangan bakat dan pakar yang mampu meningkatkan kemajuan ekonomi, taraf hidup dan kemakmuran rakyat.

"Adalah dianggarkan dua juta rakyat Malaysia telah berhijrah ke negara lain sejak merdeka kerana tidak dapat peluang yang sama rata," katanya lagi.

Sehubungan itu kata Lim, DAP kecewa dengan reaksi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menolak laporan Bank Dunia dengan mendakwa “brain drain” bukan punca masalah ekonomi dan pelaburan negara, malah beliau dengan bangga mengatakan aliran masuk pelaburan telah meningkat enam kali ganda tahun lalu berbanding 2009.

Kelmarin, Najib yang juga Menteri Kewangan menafikan Laporan Bank Dunia yang mendakwa dasar yang memberi keutamaan kepada Bumiputera menyebabkan berlaku masalah "brain drain" dan kurang kemasukan pelaburan ke negara ini.

Perdana Menteri berkata, pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia sebaliknya meningkat kepada RM9 bilion tahun lalu daripada RM1.4 bilion pada 2009.

Lim menjelaskan, sungguhpun ketidakadilan social dan dasar-dasar diskriminasi membawa kerugian kepada negara, tidak ada sebarang tindakan diambil oleh pihak kerajaan BN.

"Lihatlah negeri Sabah dan Sarawak yang merupakan simpanan hayat BN yang paling miskin dan susah sekali. Sabah memiliki 42.9 peratus daripada kadar kemiskinan negara diikuti oleh Sarawak sebanyak 12 peratus.

Dengan kehilangan 20 peratus daripada golongan pintar, kata beliau, Malaysia mendapat lebih dua juta warga asing yang bekerja di negara ini, di mana 60 peratus hanya kelulusan sekolah rendah dan tentunya tidak mempunyai kemahiran tinggi.

"Dengan kata lain, tidak hairan mengapa Malaysia tidak dapat mengecapi kemajuan ekonomi yang cergas berbanding dengan negara jiran, bila Malaysia kehilangan dua juta rakyatnya berkemahiran tinggi yang digantikan dengan pekerja asing yang 60 peratus adalah berpendidikan rendah," kata Lim lagi.

Katanya, keadaan yang tidak seimbang ini memberi kesan negatif kepada rakyat Malaysia tetapi kerajaan BN lebih mahir bermain politik perkauman daripada menarik balik aliran bakat atau pintar. (The Malaysian Insider)