Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kira-kira pukul 9.30 pagi semalam, mangsa berusia 41 tahun menerima panggilan daripada nombor +4774122 yang mendakwa sebagai pegawai polis dari Ibu pejabat Polis Kontijen (IPK) Kedah dan memaklumkannya terlibat penggubahan wang haram.
“Mangsa menafikan dan disambungkan pula kepada ‘Assisten Superintenden Ali’ untuk siasatan sehingga dia memberi maklumat perbankan termasuk kata laluan serta nombor pin.
“Sejam kemudian pihak bank menghantar mesej kepada pengadu memaklumkan berlaku transaksi kepada pihak ketiga berjumlah RM38,000,” katanya di sini hari ini.
Tambahnya, mangsa segera membuat laporan polis kerana menyedari ditipu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE