Friday 21 September 2018

4 Tips Beli Rumah Bawah Harga Pasaran



Ramai yang mencari rumah di bawah harga pasaran. Ini di mana anda akan medapat keuntungan sebaik sahaja anda mula membeli, tanpa perlu menunggu harga rumah untuk naik. Namun, peluang ini tidak semua orang boleh dapat, tapi kalau kena gayanya – dapat juga merasa beli rumah pada harga diskaun.

Berikut adalah 4 tips yang dapat digunakan bagi mendapatkan rumah di bawah harga pasaran untuk anda beli.

1. Berkawan Dengan Ejen Hartanah

Ejen hartanah adalah orang pertama yang akan tahu senarai rumah pada kedudukan harga yang murah dan juga di bawah harga pasaran. Oleh sebab itu, lebih mudah untuk mendapatkan info lanjut berkenaan rumah dan harganya daripada ejen hartanah ini sebelum mereka membuat iklan kepada orang ramai.
Sekiranya iklan telah dibuat, anda terpaksa berhadapan persaingan yang sengit bersama dengan mereka yang juga berhajat untuk membeli rumah.

2. Bertanya Dengan Jiran

Anda juga perlu menjadi seorang yang ‘’mesra alam’’ dengan meringankan mulut bertanya kepada jiran sebelah rumah. Mana tahu ada yang ingin menjual rumah mereka dengan harga yang rendah. Maklumlah, dengan jiran ni mudah sikit nak deal.

Jika jiran ada tidak mempunyai rumah untuk dijual sekalipun, mungkin mereka boleh memperkenalkan anda dengan kawan-kawan mereka yang berhasrat menjual rumah. Yang penting, topik perbualan rumah sudah dimulakan, dan mereka tahu yang anda sedang giat mencari rumah untuk dibeli.

3. Tengok Iklan Setiap Hari

Rajinkan diri ada untuk melihat iklan pada setiap hari walaupun anda akan merasa penat dan jemu. Anda berpeluang lebih besar untuk mendapatkan rumah di bawah harga pasaran apabila hari-hari belek portal online dan suratkhabar.
Lihat iklan-iklan rumah ini pada waktu pagi bagi membolehkan anda menjadi antara orang yang terawal melihat iklan-iklan tersebut. Kebiasaanya, rumah murah dan dicari oleh ramai orang, iklannya tidak akan bertahan lama disebabkan permintaan yang begitu tinggi.

4. Pandai Berunding Dan Pujuk

Jika masih tidak jumpa rumah dengan harga bawah pasaran, jangan cepat berputus asa. Anda masih boleh membuat rundingan dengan tuan rumah atau ejen. Gunakan alasan-alasan yang bernas dan boleh diterima.
Sebagai contoh, anda nak beli rumah ini sebagai rumah pertama untuk memulakan hidup bersama pasangan. Bawa isteri dan anak kecil bersama-sama, lebih mudah untuk tuan rumah atau ejen ‘cair’ dengan alasan tersebut dan bersetuju untuk menjualnya di bawah harga pasaran.
(majalahlabur.com)

Wednesday 19 September 2018

Misteri jarum dalam buah di Australia


Misteri jarum dalam buah di Australia
SYDNEY - AUSTRALIA. Kerajaan Australia memaklumkan ia akan memperkenalkan penalti jenayah lebih tegas sebagai respons terhadap skandal buah-buahan dicemari objek logam di negara itu.
Perdana Menteri, Scott Morrison berkata, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara 15 tahun.
"Ia adalah setanding dengan jenayah lain seperti pornografi kanak-kanak dan membiayai keganasan. Ini menunjukkan kerajaan sangat serius dengan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut," tegasnya.
Ketika ini, hukuman maksimum ke atas mereka yang mencemari makanan adalah penjara 10 tahun.
Pihak berkuasa sedang menyiasat lebih 100 aduan dibuat orang ramai yang menemui jarum dalam strawberi dan buah-buahan lain sejak minggu lalu.
Sehingga kini, polis masih gagal mengesan individu yang melakukan perbuatan itu yang dipercayai sebagai tindakan sabotaj.
Difahamkan, seorang individu telah ditangkap selepas dia mengaku meletakkan jarum dalam buah kononnya sebagai gurauan.
Tiga negeri turut menawarkan ganjaran A$100,000 (RM300,635) kepada individu yang memberi maklumat tentang perbuatan sabotaj itu.  - Agensi

Saturday 8 September 2018

Cara Buat Duit Online Dengan Menjual Produk Orang Lain.


Cara Buat Duit Online Dengan Menjual Produk Orang Lain.
Apa yang anda perlu buat ialah dengan cari produk yang sesuai dan tolong jualkan. Yang ni kita namakan sebagai program dropship dimana anda sebagai dropshipper hanya lakukan promosi dan dapat komisen dengan cara 'mark up' harga. 

Ada pelbagai jenis dropship yang boleh anda sertai untuk buat duit tanpa perlu mengeluarkan duit sendiri. Contoh, katakan harga satu produk ialah RM100. Tapi anda promosikan produk tersebut dengan harga RM130, yang mana anda ambil untung sebanyak RM30. 

Bayangkan kalau produk yang dipromosikan tu mendapat jualan sebanyak 10 produk, dengan mudah je anda dah dapat komisen sebanyak RM300. Masyuk kan?


Untuk buat duit secara online dengan menjual produk orang lain, anda perlu ada strategi yang tersendiri. Platform media memainkan peranan penting dalam hal ni. Pastikan anda mempunyai sekurang-kurangnya 2 akaun bagi platform media yang dinyatakan di bawah untuk melakukan promosi menjual produk orang lain. 

Blog - Sila daftar akaun blog untuk bina blog dan cari template yang sesuai untuk blog. Promosikan barang yang nak dijual dengan menulis review mengenai produk tersebut dan cara pembelian. Jika ada bajet lebih, boleh guna Google Adwords untuk promosikan produk anda dalam carian Google.

Facebook Page – Sila bina Facebook Page. Cantikkan banner dan header anda dengan gambar produk yang anda bakal promosi. Kalau ada lebih bajet, sila gunakan Facebook Ads untuk tingkatkan like page anda. Lebih banyak like maka lebih banyak peluang produk anda terjual. 


Instagram – Sila daftar dan buka akaun Instagram. Kalau anda masih tidak tahu cara berniaga di Instagram, segera dapatkan Panduan Bisnes Instagram sementara masih ada ini untuk belajar cara betul melariskan jualan anda.

Whatsapp – Sila buka akaun Whatsapp sekiranya masih belum ada. Ianya penting untuk dihubungi oleh pelanggan yang berminat dengan produk anda. Masukkan maklumat untuk dihubungi seperti nombor Whatsapp di blog, facebook page dan instagram.

Di bawah adalah contoh produk yang anda boleh ambil daripada website tersebut dan promosikan untuk buat duit melalui platform media yang dinyatakan diatas.
  • Kumoten – Website lubuk dropship terbesar di Malaysia. Ada banyak produk di sini
  • Tudung2u  – Gedung tudung terbesar di Malaysia. Kena hantar email untuk join
  • SweetMuslimah  – Boleh jual pelbagai jenis pakaian dan tudung muslimah 
  • KlikJer - Pelbagai jenis produk berbentuk e-book untuk dipromosi dan dapat komisen. 
  • Lazada/Shopee/Zalora/11Streets/Taobao - Website paling banyak barang untuk buat duit secara online dengan jadi dropshipper.

Sebenarnya, banyak lagi program dropship lain yang anda boleh join. Melalui contoh dropship diatas ni anda boleh jana income dengan jual produk orang lain secara online. Ramai yang dah nikmati income hasil jualan melalui dropship. Anda bila lagi?



Thursday 6 September 2018

Promosi Lavida Coin, SC Arah Hentikan Serta-Merta..

Hasil carian imej untuk 5 1 1 SC arah henti serta-merta aktiviti promosi Lavida Coin

PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada Rabu mengarahkan penganjur Lavida Coin untuk menghentikan serta-merta semua aktiviti promosi berkaitan urusniaga mata wang digital itu, sementara penelitian lanjut dilakukan ke atasnya.
Pada masa sama, SC turut menyenaraikan penganjur Lavida Coin (DSV Crypto Club, LUX Galaxies and VI Profit Galaxy) yang didapati mempromosi Lavida Coin dalam Senarai Berwaspada Kepada Pelabur (Investor Alert) SC diwww.sc.com.my.
Justeru, pelabur diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah- langkah wajar sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan, terutamanya skim pelaburan yang membabitkan mata wang kripto dan token digital.
Sebelum ini Datuk Seri Dr Hasmiza Othman selaku pengasas Lavida Coin telah mengadakan pertemuan dengan suruhanjaya itu di Kuala Lumpur pada petang Isnin lalu.
Pertemuan selama dua jam setengah itu bertujuan untuk memberikan kerjasama dalam penelitian SC terhadap Lavida Coin.
Pada 28 Ogos lalu, SC dalam satu kenyataan mengumumkan sedang memantau maklumat mengenai pelancaran mata wang kripto Lavida Coin bagi menentukan sama ada wujud sebarang perlanggaran undang-undang sekuriti.
SC berkata ini berikutan pihaknya menerima pertanyaan mengenai penerbitan kertas putih bagi penawaran Lavida Coin kepada orang ramai.
“Kertas putih tersebut mendakwa bahawa Lavida Coin ditawarkan sebagai satu inisiatif pembiayaan swasta untuk pengumpulan modal/dana bagi pembangunan tiga projek.
“Kertas putih tersebut juga mendakwa bahawa hanya melalui pembiayaan ramai sahaja yang dapat memenuhi keperluan pembiayaan itu,” kata SC.
Bank Negara Malaysia turut menyenaraikan pengendali terbitan mata wang kripto Lavida Coin, VI Profit Galaxy (DSV Cryptoclub & LUX Galaxies) dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan bank pusat itu.
Senarai Amaran Pengguna Kewangan itu merujuk kepada syarikat dan laman web yang tidak dibenar atau dilulus mengikut undang-undang serta peraturan berkaitan yang ditadbir BNM.
Sebelum ini, Datuk Seri Vida (DSV) dilaporkan memperkenalkan mata wang digital atau kripto dikenali Lavida Coin pada harga awal yang ditetapkan, iaitu 1 LVC bersamaan AS$0.66 (RM2.71). (mStar)