Thursday 31 January 2019

Pakej Murah Sebab Utama Berlaku Penipuan Haji/Umrah

Pakej murah sebab utama berlaku penipuan haji dan umrah
Menurut Jeffri, penipuan selalunya berlaku di tanah air kita sendiri. Penipuan tidak akan berlaku semasa di Arab Saudi. - AP

ALOR SETAR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya diminta menilai dan menyiasat kembali pakej harga haji dan umrah yang ditawarkan ketika ini.

Ini kerana harga murah yang ditawarkan agensi-agensi yang tidak berdaftar dikenal pasti menjadi penyebab utama penipuan pakej umrah dan haji berlaku di negara ini.

Pendedahan itu disuarakan Setiusaha Kehormat Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH), Datuk Jeffri Sulaiman.

Menurutnya, harga lantai yang ditetapkan kementerian bagi pakej berkenaan adalah RM4,900, maka sebarang harga yang ditawarkan di bawah harga tersebut dipelopori agensi penipuan pakej umrah dan haji.

Seterusnya bakal jemaah mudah tertarik dengan tawaran di bawah paras lantai yang ditetapkan tersebut.

"Penipuan ini berlaku kerana ada penerima dan pemberi. Kalau penerima tak terima, tentu takkan berlaku. Masalahnya sekarang benda ini ia berlaku atas jemaah itu sendiri. Harga tu yang penting," ujar Jeffri.

Tambah beliau, ekoran itu ia menjadi cabaran untuk PAPUH untuk menambah baik sistem pengurusan serta perkhidmatan persatuan tersebut.

Itu termasuk menyediakan kemudahan seperti pemeriksaan visa atas talian serta lesen muassasah dan kebajikan para jemaah di Tanah Suci.

Justeru, bagi menyelamatkan bakal jemaah daripada menjadi mangsa sindiket ini PAPUH segera melancarkan e-PAPUH yang mana akan membantu menangani masalah penipuan keatas bakal jemaah.

"Pertengahan bulan Februari ini kita akan lancarkan e-PAPUH dan juga call center 24 jam. Maka, kalau jemaah yang membeli pakej e-PAPUH boleh dapat akses talian 24 jam sekiranya punyai masalah setibanya di Mekah.

"Ingin saya tegaskan juga, penipuan selalunya berlaku di tanah air kita sendiri. Penipuan tidak akan berlaku semasa di Arab Saudi," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika hadir dalam program Taklimat dan Pameran Agensi Haji dan Umrah yang bertempat di City Hotel, Alor Setar, pada Rabu.

Turut hadir, Pengarah Asiafiq Corporate Sdn Bhd, Mohd Firdaus Johari yang mewakili pihak agen insurans pelancongan haji dan umrah. (AA)

Wednesday 30 January 2019

'Peluang Kerja dan Jadi Usahawan' Dari E-PPB.

barber
Gambar hiasan.

Pertanyaan:

APABILA keluar pengumuman seperti sebelum ini, ramai yang bertanya,

"Apa maksud pihak E-PPB (E-Persatuan Pengusaha Barbershop) seolah-olah menawarkan peluang pekerjaan dan pemantauan ke arah jadi usahawan gunting rambut?"

Pengumuman: Peluang Kerja dan Jadi Usahawan Gunting Rambut.
Peluang Kerja dan Jadi Usahawan Gunting Rambut.
Tel Terus.. ABBU 011 33111321 (KL) 
E-Persatuan Pengusaha Barbershop (E-PPB) 
Bermatlamat: Lahirkan Usahawan Gunting Rambut. 
Beri Kursus, Bimbingan dan Kerja.

Jawapan:

1. Memang pihak kami ada menawarkan peluang kerja..
  • Tukang gunting rambut lelaki sementara.
  • Gaji tetap RM1,500 sebulan.
  • Waktu dan hari cuti ditetapkan.
  • Tempat kerja Cheras KL.
  • Pengalaman: Mahir gunting rambut, pernah kerja di kedai gunting dan lulus ujian gunting.
2. Pemantauan ke arah jadi usahawan gunting rambut.. Termasuk beri kursus gunting rambut secara segera kira-kira sebulan siap boleh bergunting, bimbingan wujudkan kedai dan lain-lain. Namun masih dalam perbincangan..

Bersambung...

Hasil carian imej untuk gunting rambut

Thursday 24 January 2019

Syarikat mi segera mohon maaf

IKLAN mi segera keluaran syarikat Nissin yang memaparkan bintang
IKLAN mi segera keluaran syarikat Nissin yang memaparkan bintang tenis, Naomi Osaka berkulit cerah mengundang kemarahan warganet. -AGENSI

TOKYO 24 Jan. - Syarikat pengeluar mi segera, Nissin hari ini memohon maaf susulan iklan anime yang memaparkan bintang tenis, Naomi Osaka berkulit cerah.
Nissin yang merupakan penaja Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) wanita telah memaparkan karakter berkulit cerah yang mirip bintang berusia 21 tahun itu dalam iklan terbaharunya.
Jurucakap Nissin Foods, Daisuke Okabayashi berkata, iklan yang menjadi kontroversi di kalangan warganet yang melabelkannya sebagai ‘whitewashing’ telah ditarik semula.
“Kami tisak mempunyai niat untuk melakukan apa yang dipanggil ‘whitewashing’ bagaimanapun perkara ini telah menjadi isu. Kami akan memberi lebih perhatian untuk menghormati kepelbagaian dalam aktiviti perhubungan awam kami,” katanya, -AFP

Friday 18 January 2019

Sekeluarga 7 rakyat Malaysia tiada permit kerja ditangkap.


Rakyat Malaysia yang ditangkap pihak berkuasa Australia kerana disyaki bekerja secara haram.


PERTH, 11 Jamadilawal 1440H, Khamis – Sekeluarga tujuh rakyat Malaysia, termasuk remaja bawah umur, ditangkap pihak berkuasa Australia dalam operasi mencegah eksploitasi pekerja asing, di sebuah rumah sewa di panggir bandar ini, semalam.
Empat lelaki, tiga wanita bersama budak lelaki berusia 13 tahun dari satu keluarga, ditangkap di sebuah rumah di Anketell di selatan bandar ini semalam, kata Pasukan Sempadan Australia (ABF) dalam satu kenyataan, hari ini.
Seorang daripada lelaki itu yang berusia 28 tahun didapati tinggal di Australia secara haram sejak Julai 2017, disyaki terbabit dalam mengeksploitasi pekerja asing di sektor pertanian, dan bertindak sebagai ejen pendatang tidak berdaftar.
Dua lagi lelaki yang ditangkap ialah adik beradiknya berusia 23 dan 24 tahun serta bapa mereka berusia 54 tahun.
 Remaja lelaki berusia 13 tahun rakyat Malaysia antara yang ditahan.
Ibunya berusia 47 tahun dan adik ipar perempuan berusia 24 tahun, turut ditangkap, kata ABF.
Mereka didapati tinggal di Australia secara haram, kata ABF yang percaya lelaki 23 dan 24 tahun itu bekerja secara haram.
Keluarga itu kini ditahan di pusat tahanan dan dijangka dihantar pulang ke Malaysia tidak lama lagi.
Pegawai Penguat Kuasa ABF Timur Australia, Clint Sims berkata, pekerja haram yang dieksploitasi biasanya jarang dibayar gaji dan dilayan dengan teruk.
“Mereka yang tidak bertanggungjawab yang mengeksploitasi pekerja haram membuat untung besar. Perbuatan itu merugikan perniagaan tempatan yang mengambil pekerja mengikut saluran ditetapkan, serta membayar gaji,” katanya. – Agensi

Tuesday 15 January 2019

Bela ikan keli atas bukit




MINAT membela ikan hiasan menyebabkan Suwardi Idris mengusahakan 41 kolam ternakan ikan keli baka tempatan dan Afrika bagi pasaran sekitar Pulau Pinang.
Kolam terletak di atas bukit dekat Lengkok Kelicap, Bayan Lepas itu diusahakan Suwardi, 46, sejak hampir 20 tahun lalu.
Suwardi berkata, membela ikan hiasan menjadi hobinya sejak di bangku sekolah dan dia pernah mengusahakan jualan ikan hiasan secara sambilan ketika bekerja sebagai operator di kilang elektronik di Bayan Lepas.
Katanya, dia kemudian mengambil keputusan berhenti kerja dan mengusahakan ternakan ikan hiasan dengan menyewa tanah di atas bukit terbabit yang dimiliki kenalannya.
“Bagaimanapun, pada 2000, ikan hiasan dipelihara dalam beberapa kolam mati semuanya dipercayai diracun menyebabkan kerugian sehingga ratusan ringgit, malah saya ibarat hilang arah mengenangkan nasib hilang mata pencarian sekelip mata.
“Mungkin ada hikmah kejadian itu, kolam ini saya bangunkan semula pada 2004 dengan memelihara ikan keli pula, malah permintaannya dalam pasaran amat tinggi,” katanya ketika ditemui, hari ini.
Berbekalkan wang simpanan RM50,000, Suwardi membina beberapa kolam bagi mengasingkan anak ikan yang dijadikan benih serta induk dan berikutan ia mudah dipelihara, ikan keli tidak memerlukan kos penjagaan tinggi.
Selain kedudukannya di atas bukit, istimewanya ikan keli itu dipelihara menggunakan air semulajadi yang dialirkan dari atas bukit terbabit menjadikan ia tidak berbau hanyir dan segar.
“Saya tiada pekerja dan hanya dibantu isteri (Wahyuti Markaban, 46) manakala sebahagian wang hasil jualan yang disimpan digunakan bagi membuat kolam baharu.
“Ikan keli ini dijual pada harga RM4.50 sekilogram manakala RM7 bagi yang sudah siap dibersihkan.
“Kira-kira lapan tan ikan perlu disediakan setiap bulan bagi memenuhi permintaan pelanggan dan pasaran,” kata bapa kepada dua anak itu.
Suwardi berhasrat bagi menjadikan kolam peliharaan berkenaan sebagai pusat pembiakan ikan keli dan latihan kepada usahawan baharu.
Katanya, sehingga kini Suwardi sudah mempunyai hampir 100 anak didik dari sekitar Pantai Timur dan Utara, termasuk pelajar jurusan berkaitan yang melakukan latihan industri di kolam berkenaan.
“Saya mengajar mereka secara percuma termasuk menyediakan makan dan tempat tinggal berikutan minat mereka mahu mendalami bidang ini dan tujuan utama saya adalah bagi membentuk pelapis dan usahawan baharu.
“Jika ada peluang, saya mahu jadikan kawasan ini sebagai eko-pelancongan berikutan ia menawarkan pemandangan indah berlatarkan sebahagian negeri ini, malah pengunjung boleh menikmati hidangan ikan keli segar,” katanya.
Suwardi sering dijemput menyertai beberapa persidangan peringkat kebangsaan bagi berkongsi kepakaran dan pengalamannya dalam bidang terbabit, malah beliau turut dipilih sebagai Tokoh Usahawan sempena Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan pada 2006, 2007 dan 2013. (HMetro)

‘Anak dara’ hanya tidur 4 jam sehari

Siti Hajjar Ahmad melayan pelanggan yang beratur panjang untuk
Siti Hajjar Ahmad melayan pelanggan yang beratur panjang untuk membeli nasi lemak yang dijualnya di Seksyen 7 Shah Alam, Selangor, semalam. utusan/Siti Hajjar Ahmad

SHAH ALAM 12 Okt. – Gadis penjual ‘nasi lemak anak dara’, Siti Hajjar Ahmad, 24, hanya tidur empat jam sehari sejak memulakan perniagaannya Ogos lalu.
Anak ketiga daripada lima ber­adik itu perlu bersengkang mata untuk menyediakan nasi lemak pada awal pagi bagi memastikan jualannya tidak cepat basi sekali gus memberi peluang kepada pe­langgannya menikmati hidangan itu semasa masih panas.
Menurutnya, ramai yang me­nyang­ka berniaga nasi lemak satu kerja mudah, tetapi sebenarnya memerlukan pengorbanan dan kekuatan fizikal serta mental.
“Walaupun saya hanya menjual nasi lemak bermula pukul 7 pagi hingga 9.30 pagi, tetapi saya mengambil masa sepanjang hari untuk menyiapkan hidangan itu kerana saya melakukannya sendiri.
“Pada waktu pagi sebaik sahaja selesai berniaga, saya akan membeli bahan-bahan untuk jualan esok dan rehat kira-kira sejam pada waktu tengah hari sebelum mula membuat sambal pada waktu petang.
“Pada waktu malam saya mula menyediakan bahan untuk memasak lauk seperti ayam dan telur sebelum mula memasak nasi pada pukul 11 malam dan hanya tidur kira-kira pukul 2 pagi sebelum ba­ngun semula pada pukul 5 pagi,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Mengulas lanjut, anak kelahiran Sungai Petani, Kedah itu berkata, meskipun letih tetapi dia tetap meneruskannya perniagaannya itu kerana minat dan tidak suka menyusahkan orang tuanya.
“Alhamdulillah kini rezeki semakin lapang dan dalam sehari saya boleh menjual sehingga 150 ke 200 bungkus nasi lemak.
“Keluarga yang pada mulanya kurang bersetuju dengan tindakan saya semakin menerima keputusan untuk berniaga walaupun ibu tetap mahu saya mempunyai kerja tetap satu hari nanti,” ujarnya. (Utusan)

Wednesday 9 January 2019

Polis tahan Datuk Seri, tipu jual syiling emas potret Sultan Pahang.

Polis tahan Datuk Seri, tipu jual syiling emas potret Sultan Pahang
Penerangan mengenai syiling emas yang dirampas polis seperti yang terdapat di dalam buku katalog. Foto PDRM

KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki bergelar Datuk Seri dipercayai terlibat dalam penjualan syiling emas menggunakan potret Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan jata Sultan Pahang tanpa kebenaran.

Suspek berumur 31 tahun dan berasal dari Petaling Jaya, ditahan dalam satu serbuan di sebuah restoran di Sri Gombak, Selangor, pada jam 7.15 malam tadi.

"Kita tahan suspek selepas menerima laporan polis daripada Pegawai Penyelaras Keselamatan Tengku Abdullah, selepas mendapat titah Tengku Abdullah untuk membuat laporan berkenaan pada 28 Disember lalu," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof.

Menurutnya, hasil serbuan itu, polis turut merampas satu syiling emas tertera potret Sultan Ahmad Shah, satu syiling emas Tengku Abdullah tertera jata negeri Pahang, serta buku katalog.

Katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini, siasatan mendapati suspek membuat dua syiling emas dengan tujuan diserahkan kepada orang tengah supaya mendapat perkenan untuk berjumpa Tengku Abdullah.

Syiling emas yang ditemui polis ketika melakukan serbuan. - Foto PDRM
Syiling emas yang ditemui polis ketika melakukan serbuan. - Foto PDRM
Perjumpaan itu dipercayai dirancang bagi memperoleh kebenaran menjalankan perniagaan menjual syiling emas itu.

"Kos pembuatan syiling emas dianggarkan RM8,000 setiap satu. Ia dipercayai untuk dijual pada harga RM18,888.


Syiling emas yang ditemui polis ketika melakukan serbuan. - Foto PDRM
Syiling emas yang ditemui polis ketika melakukan serbuan. - Foto PDRM

"Kita masih lagi mengesan seorang lagi suspek bergelar Datuk, dipercayai rakan suspek, bagi membantu siasatan berhubung kegiatan membuat syiling emas itu.

"Siasatan juga mendapati suspek dipercayai cuba melakukan penipuan melalui pembuatan syiling emas ini sebelum dijual kepada orang ramai," kata Mohd Wazir. (AA)

Sunday 6 January 2019

INI MOONCAKE / KUIH BULAN..


Assalamualaikum wbt Sahabat....

Mooncake ni dah banyak kali buat baru nak post gambar dan resepi.... sebenarnya saya malas nak mengarang ayat kat blog sebab tak tau nak mula dari mana... kalau di ikutkan.. Proses pembuatan mooncake ni mudah je.. tapi nak tunjuk cara-cara membuatnya kat blog secara lisan ni susah pulak... Sebab nampak mcm banyak stepnya.. tapi kalau dah buat.. tak la banyak mana.. senang je...

Inti mooncake saya gunakan Red Bean Paste dan Pandan Lotus je.. nak dapat filling kat kedai jual bahan bakery agak payah sebab bukan musim kan.. dapat 2 ni je..  Tapi anak2 lebih suka makan yang red bean.. ada juga saya letakkan filling egg yolk.. tapi anak2 tak layan..  Saya pun tak berapa suka sangat..

Untuk kulit mooncake.. saya tak suka nipis sangat.. rasa macam makan inti je kan.. kalau dapat pure lotus sedap juga.. di sebabkan kitaorang tak suka sangat makan pandan lotus tu.. jadi saya pelbagaikan.. campurkan sedikit kuaci panggang.. terpulang kat uolls nak letak filling apa pun..
Mooncake yang telah di simpan di dalam kedap udara selama 3 hari... Nak buat mooncake ni dah siap bukan boleh makan terus. seeloknya simpan dalam bekas. sebab makin lama di simpan mooncake akan kelihatan berminyak.. lembut dan berkilat.
Perkara pertama yang ulos perlu buat adalah menyediakan sugar syrup.  Sugar Syrup atau Golden Syrup antara bahan utama dalam pembuatan Mooncake...Malas nak buat uolls beli je golden syrup kat kedai... Tu saya buat banyak.. sampai sekarang tak habis lagi.... 
Maltose pula adalah bahan sampingan yang di gunakan dalam pembuatan sugar syrup.. yang ni saya beli dari kedai bahan bakery.. Tapi masa nak guna tu saya jadi was-was.. belek punya belek... tak ada tanda Halal langsung.. Halal china pun tak ada.. dah sudah.... Nak rasa memang saya tak berani.. bila pegang mcm golden syrup tapi lebih pekat dari golden syrup.. Ala2 gula tarik gitu....
Akhirnya saya tukarkan Maltose tu kepada ibu gula.. kah,,kah,,kah,, pandai2 je kan bagi nama Ibu Gula..sedap sikit dari Bapak Gula.. ha ko.... padahal sugar syrup je pon.. tapi lagi gelap dan pekat...
(tapi kalau tak ada maltose ni pun tak pe..korang abaikan je. mooncake uolls tetap jadi..)

step pertama: 
RESEPI HOMEMADE MALTOSE / IBU GULA
Bahan-bahan:
1/2 cawan gula pasir
3 sudu makan air
hirisan lemon

Cara Membuatnya:
- Cairkan gula sehingga perang. masukkan air dan hirisan lemon. 
- Biarkan seketika di dalam periuk. 
Step kedua:
RESEPI SUGAR SYRUP /GOLDEN SYRUP
Bahan-bahan:
500g Gula Kastor / Pasir
300g Air
1/2 biji hirisan lemon
1/2 tsp garam

Cara Membuatnya:
- Dalam periuk yang sama (IBU GULA), masukkan gula kastor dan bahan-bahan lain.
- Masak sehingga adunan gula kelihatan memekat..
- Cara nak tau adunan tu dah boleh dah memekat ialah...
- Ambil semangkuk kecil air paip. tuang setitik atau beberapa titik yang uols nak ke dalam air tersebut. Bila adunan tidak merebak.. maka selesai la penantian uols. biarkan air gula sejuk sebelum di gunakan..
Step ketiga:
RESEPI MOONCAKE
Bahan-bahan:
200g Sugar Syrup / Golden syrup
70g Minyak Kacang
8g Alkaline Water / Air Abu
250g Tepung kek / Low Protein Flour

FILLING:
- salted egg yolks (kuning telur masin) - ambil kuning dan di kukus
- Lotus seed paste
- Red bean

Cara Membuatnya:
- Masukkan Sugar Syrup ke dalam mangkuk adunan.
- Kemudian masukkan minyak kacang.
- Masukkan pula air abu / alkaline water.
- Kacau sebati.. Akhir sekali masukkan tepung dan garam. 
- Kacau adunan menggunakan senduk kayu. Adunan akan kelihatan lembik sedikit.
- Bila adunan dah sebati. bungkus adunan menggunakan wraping plastic dan rehatkan selama 1 jam..
Dah rehatkan.. boleh bahagi adunan kepada beberapa bahagian.. adunan perlu di timbang ye..
- Timbang Inti / filling seberat 45gm. Terpulang uols nak guna inti apa.
- Saya campurkan inti dengan kuaci panggang.
- Untuk kulit pula timbang seberat 35gm.
**
Bab ni uols kena tengok acuan uols.. kalau acuan uols besar.. atau uols suka mooncake yang tebal.. uols lebihkan je berat filling dan kulit tu.. terpulang.. 
Kulit MoonCake - 35g
Inti Mooncake - 45g
kalau uols nak balut kuning telur menggunakan filling. pastikan seberat 45g...
** Kukus kuning telur maasin terlebih dahulu ye. nak rebus pon boleh..
- Mula membentuk mooncake. SEDIAKAN  TEPUNG UNTUK DI SAPU PADA ACUAN.
- meja saya alas dengan plastik. senang bila nak leperkan adunan kulit mooncake.
- Ambil adunan kulit yang telah di timbang tadi. letak di atas plastik. kemudian tutup dengan plastik dan leperkan.
- buka plastik. masukkan filling dan bungkus atau balutkan doh bentuk membulat.letak di atas meja.
- Ambil acuan mooncake. taburkan dengan sedikit tepung. Tekan perlahan sehingga corak kelihatan pada mooncake.
- Angkat dan susun di atas dulang pembakar.
Budak ni yang bertanggungjawab membentuk mooncake.. lepas tu berebut-rebut dengan adik dia nak buat. padahal acuan ada sebijik je... last2...  i halau semua keluar dapur... "keluar pi tengok tv"!!.....
hasil kerja bila ko tengah buat lepas tu kakak ko pi berebut nak tekan sama....
Dah siap semuanya susun atas dulang pembakar...  Bakar mooncake pada suhu 180'c selama lebihkurang 10-15 minit atau sehingga sedikit perang.

Bab ni ada yang sembur dengan air sebelum bakar untuk mengelakkanmooncake daripada merekah. Tapi.. saya tak buat.. sebab adunan yang saya buat sedikit lembik.. jadi tak perlu sembur.. dan memang tak merekah langsung... TAPI... kalau uols was-was... Sila.. sembur dengan air ye.. Sembur guna botol spray...
Rehatkan seketika (lebihkurang 5 minit) sebelum permukaan mooncake di sapu menggunakan egg wash.
Sapu permukaan mooncake menggunakan kuning telur.
(sebiji kuning telur + 1sk susu)
Selepas itu bakar semula pada suhu 180'c selama 15 - 20 minit mengikut oven masing2.
Sejukkan dan rehatkan mooncake di dalam bekas kedap udara selama lebihkurang 2 - 3 hari sebelum di hidang...
sekian...
(http://belogninamahdar.blogspot.com)