Friday 18 January 2019

Sekeluarga 7 rakyat Malaysia tiada permit kerja ditangkap.


Rakyat Malaysia yang ditangkap pihak berkuasa Australia kerana disyaki bekerja secara haram.


PERTH, 11 Jamadilawal 1440H, Khamis – Sekeluarga tujuh rakyat Malaysia, termasuk remaja bawah umur, ditangkap pihak berkuasa Australia dalam operasi mencegah eksploitasi pekerja asing, di sebuah rumah sewa di panggir bandar ini, semalam.
Empat lelaki, tiga wanita bersama budak lelaki berusia 13 tahun dari satu keluarga, ditangkap di sebuah rumah di Anketell di selatan bandar ini semalam, kata Pasukan Sempadan Australia (ABF) dalam satu kenyataan, hari ini.
Seorang daripada lelaki itu yang berusia 28 tahun didapati tinggal di Australia secara haram sejak Julai 2017, disyaki terbabit dalam mengeksploitasi pekerja asing di sektor pertanian, dan bertindak sebagai ejen pendatang tidak berdaftar.
Dua lagi lelaki yang ditangkap ialah adik beradiknya berusia 23 dan 24 tahun serta bapa mereka berusia 54 tahun.
 Remaja lelaki berusia 13 tahun rakyat Malaysia antara yang ditahan.
Ibunya berusia 47 tahun dan adik ipar perempuan berusia 24 tahun, turut ditangkap, kata ABF.
Mereka didapati tinggal di Australia secara haram, kata ABF yang percaya lelaki 23 dan 24 tahun itu bekerja secara haram.
Keluarga itu kini ditahan di pusat tahanan dan dijangka dihantar pulang ke Malaysia tidak lama lagi.
Pegawai Penguat Kuasa ABF Timur Australia, Clint Sims berkata, pekerja haram yang dieksploitasi biasanya jarang dibayar gaji dan dilayan dengan teruk.
“Mereka yang tidak bertanggungjawab yang mengeksploitasi pekerja haram membuat untung besar. Perbuatan itu merugikan perniagaan tempatan yang mengambil pekerja mengikut saluran ditetapkan, serta membayar gaji,” katanya. – Agensi

No comments:

Post a Comment