Tuesday 23 December 2014

Penganjur skim cepat kaya diburu. Duit anda Terlibat?



LONDON – Pihak berkuasa Britain kini memburu seorang penganjur skim cepat kaya yang menghilangkan diri bersama wang tunai milik beberapa pelabur berjumlah £130 juta (RM709.17 juta).

Lelaki tersebut, Joe Lewis (gambar), 59, dipercayai memperdayakan ramai golongan profesional termasuk dari luar negara untuk menyertai skim cepat kaya itu.

Lewis menghilangkan diri selepas menghantar e-mel kepada para pelabur bagi meminta maaf kerana syarikatnya, JL Trading yang berpangkalan di Istanbul, Turki sebenarnya sudah tidak beroperasi sejak lima tahun lalu.

Seorang mangsa, Don Wall, 77, berkata, dia bertemu dengan Lewis ketika bermain golf pada tahun lalu dan lelaki itu memujuknya untuk menyertai satu skim pelaburan dengan bayaran minima £16,000 (RM87,306).

“Lewis kelihatan sangat kaya dan dia berjaya meyakinkan saya selepas menjanjikan bayaran keuntungan bulanan sekitar tiga peratus.
“Saya menggunakan wang simpanan saya berjumlah £100,000 (RM545,666) untuk melabur dalam skim tersebut tetapi selepas beberapa bulan saya gagal menghubungi Lewis,” katanya.

Seorang jurutera minyak, Neil Rodrigues memberitahu, dia melabur £26,000 (RM141,855) pada tahun lalu dan beberapa rakannya termasuk di luar negara turut melabur dalam skim berkenaan.

“Sehingga kini, kami masih belum mendapat wang kami semula,” ujarnya.

Satu sumber berkata, pihak polis sedang memburu Lewis dan satu tindakan untuk membekukan semua akaun serta aset milik lelaki itu telah diambil.

Bagaimanapun, Lewis yang telah mengosongkan akaun bank miliknya dipercayai melarikan diri ke negara Timur Jauh bersama sejumlah wang tunai. – Agensi

Thursday 18 December 2014

Nilai ringgit dan minyak jatuh: Apa Najib nak buat?



HARGA minyak mentah dunia jatuh begitu ketara. Harga WTI telah jatuh kebawah USD55 dan Brent telah jatuh sehingga USD60 semalam. Setiap negara dan kerajaan telah mengambil tindakan yang pantas dan setiap negara telah mengumumkan cara dan kaedah tindakan mereka dalam menghadapi masalah yang terbesar yang dihadapi dunia dalam isu ini.

Australia telah membuat ‘adjustments’ terhadap angka-angka belanjawannya mengikut situasi sekarang ini. Begitu juga Britain dan banyak negara lain yang juga bertindak pantas menghadapi masalah ekonomi yang begitu mendesak bagi dunia hari ini. Pendeknya banyak negara mengambil initiatif yang agresif untuk mengekang masalah yang mungkin dihadapi oleh negara masing-masing.

Menteri Kewangan masing-masing bersama dengan Gabenor Bank Pusat mereka telah mengumumkan berbagai-bagai initiatif untuk menghadapi ‘consequence’ buruk yang mempengaruhi ekonomi negara  mereka.

Malaysia tidak terlepas daripada menghadapi masalah ini dan yang jelas kita mempunyai masalah yang ‘compounding’ dengan kejatuhan nilai ringgit berbanding dengan matawang negara asing termasuk dengan dollar Singapura dan Brunei. Beberapa hari yang lepas dalam pasaran wang antarabangsa harga ‘spot prices’ ringgit telah jatuh ke tahap melepasi 3.50 dollar bagi setiap ringgit kita.

Ringgit jatuh begitu mendadak berbanding dengan dollar Singapura dan ini amat menjejaskan ekonomi negara lebih-lebih lagi dalam perdagangan. Sebagai sebuah ‘trading nation’ Malaysia bakal menghadapi atau telah pun menghadapi masalah besar jika keadaan sebegini berterusan dalam beberapa bulan lagi.

Tetapi apa yang agak membimbangkan kita belum lagi mendengar atau diberitahu apakah perancangan kerajaan bagi menghadapi masalah yang begitu ‘imminent’ yang akan kita hadapi itu. Sama ada daripada Tan Sri Zetti, Gabenor Bank Negara mahu pun daripada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, tiada apa-apa yang telah diumumkan kaedah menghadapi masalah besar negara kini.

Kita mahu mendengar apakah tindakan secara ‘organic’ dan ‘real’ serta praktikal dalam menghadapi masalah ekonomi sekarang ini. Ini merupakan cabaran kepada PM Najib yang selama ini begitu mengambil mudah dalam menguruskan kewangan dan ekonomi negara. “Najib is going through the mills now” kata seorang ahli akademik dari universiti tempatan dan beberapa pandangan daripada pemimpin ekonomi dunia yang kita baca akhir-akhir ini.

Yang kita dengar sekarang ini adalah kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan yang tidak dihiraukan oleh orang ramai. Kenyataannya bukan kenyataan yang menyenangkan melainkan kenyataan yang berunsurkan politik semata-mata. Kita tahu Ahmad Maslan bukan ahlinya untuk bercakap tentang isu ekonomi kerana beliau hanyalah dianggap ramai sebagai ‘conduit’ kepada pemimpin politik yang berkuasa sahaja.

PM Najib sepatutnya jangan membiarkan Ahmad Maslan bercakap tentang isu ekonomi kerana ia akan hanya membuatkan rakyat ramai bertambah berkurang keyakinan mereka terhadap kerajaan yang sudah tersedia dengan krisis keyakinan yang amat ketara itu.

Kita tunggu dan tunggu apakah perancangan yang sedang hendak dilakukan oleh pemimpin kita. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Tuesday 16 December 2014

K'jaan Mesti 'mengempiskan perut' -Dr Rosli Yaakop.



MELAKA: Penasihat Ekonomi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Dr Rosli Yaakop berkata kerajaan mesti 'mengempiskan perut' dan 'mengikat tali pinggang bagi mengurangkan perbelanjaan yang boros dan membazir yang mengakibatkan hutang negara meningkat sehingga mencecah lebih RM500 bilion sekarang.

"Jika mereka tidak mengempiskan perut dan mengikat tali pinggang, hutang Malaysia dijangka meningkat menjadi RM1.3 trilion pada tahun 2020.
"Sikap boros, membazir, rasuah serta membiarkan ketirisan menjadi penyebab kepada hutang negara yang semakin meningkat," ujar Dr Rosli.

Beliau berkata bahawa sehingga kini sudah 16 tahun berturut-turut bajet Malaysia mengalami defisit, iaitu pendapatan kurang daripada perbelanjaan.

"Contohnya dalam sebuah rumah, katakan pendapatan RM2000, tetapi perbelanjaan RM2,500 jadi tiap-tiap bulan mereka berhutang RM500 untuk menampung perbelajaan. Sama juga dengan negara kita, pendapatan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan akibat boros dan membazir.
"Apabila pendapatan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan, kerajaan mula memikirkan untuk menambah hasil pendapatan negara dengan mengenakan cukai GST yang menekan rakyat." ujar beliau yang juga Pengarah Urusan Harakah.

Dr Rosli menyatakan bahawa GST dikenakan kepada semua lapisan rakyat tidak kira orang kaya, peminta sedekah dan fakir miskin.

"Sesiapa juga yang membeli barang keperluan dan perkhidmatan yang dikenakan GST sudah tentu terpaksa membayar GST.
"Memang GST tidak dikenakan kepada beras dan sebagainya tetapi jika kita makan di restoran atau kedai mamak, sudah tentu kita akan kena bayar GST," tambah beliau.

Menurutnya, para pekedai dan peniaga boleh mendapat balik cukai GST yang dibayar dari kerajaan, tetapi rakyat terbanyak tidak dapat bayaran balik dan merekalah yang paling teraniaya.

"Sudah tentu Harga barangan akan naik dan rakyatlah yang terpaksa berbelanja lebih akibat kenaikan harga barang," ujar Dr Rosli.

Beliau mengingatkan rakyat Malaysia supaya membuat perubahan bagi menyelamatkan negara yang tercinta ini.

"Jika pemimpin negara dan kerajaan tidak ditukar, sudah pasti Malaysia akan bangkrap dan rakyat akan bertambah sengsara.

"Sekarang ini hutang negara sudah melebihi 55 peratus daripada jumlah pendapatan dan kadar ini membuktikan bahawa negara berada di ambang muflis seperti yang dialami oleh Greece," ujar beliau

Menurutnya hanya ada satu jalan sahaja untuk menyelamatkan negara daripada bangkrap iaitu dengan menukar kerajaan pada PRU14 nanti.

Beliau berkata demikian pada ceramah umum anjuran Jentera Pilihanraya Dun Ayer Molek dan PAS Kawasan Ayer Molek di Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil di Pekan Ayer Molek. Selain Dr Rosli Yaakob, turut berceramah bersamanya ialah Exco Kerajaan Negeri Selangor, Amiruddin Shari. – HARAKAHDAILY 15/12/2014

Friday 5 December 2014

Berjudi bukan cara kerajaan cari dana - Tun M



KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno (PAU) telah melabuhkan tirai seminggu lalu, namun bagi bekas Presiden Umno dan Perdana Menteri, Tun Mahathir masih banyak perkara yang tertinggal daripada dibahaskan.

“Saya kecewa kerana banyak lagi rintihan dan keluhan rakyat tidak berjaya mempengaruhi pendirian Umno dan Kerajaan,” tulisnya dalam blog beliau Chedet.

Antara yang mendapat perhatian beliau ialah berkenaan termasuklah TPPA yang dianggapnya merbahaya kepada masa depan negara.

“Tidak ada perubahan terhadap niat untuk menandatangani perjanjian bebas cukai Trans Pacific Partnership Agreement. Perjanjian 29 bab ini merbahaya walaupun pengecualian diberi kepada usaha memperbaiki kedudukan bumiputera. Perjanjian ini lebih tertumpu kepada sekatan terhadap Negara Cina dan campurtangan dalam hal ehwal ekonomi dalaman Negara,” tulisnya lagi.

Selain itu, Tun Mahathir turut menegur tentang 1MDB yang dianggapnya sebagai suatu tindakan yang merugikan kerajaan. Bagi beliau belian, bunga yang dikenakan terhadap kerajaan dan komisyen amat tinggi.

Tun Mahathir turut mempertikaikan kenapa pelaburan atau wang disimpan dibuat di Cayman Islands. Menurut beliau  Cayman Islands adalah pusat operasi Hedge Fund dan dagangan mata wang. Orang atau syarikat biasa gemar melabur dalam Hedge Fund dengan pulangan yang tinggi.

Namun Kerajaan biasanya tidak melabur dalam Hedge Fund kerana ia adalah satu jenis judi.

“Berjudi bukan cara Kerajaan mencari dana, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dahulu pun Kerajaan Malaysia biasa dilamar untuk melabur dalam Hedge Fund dengan garanti pulangan 30 peratus. Tetapi ia ditolak,” tulisnya lagi.

Sejak menarik balik sokongan terhadap kepimpnan Datuk Seri Najib, Tun Mahathir terus-terusan mengkritik kerana berpendapat banyak tindakan Najib yang merugikan negara dan rakyat.

Namun, segala kritikan itu, tidak pernah dibalas oleh Najib secara terbuka. – HARAKAHDAILY 5/12/2014