HARGA minyak mentah dunia jatuh begitu ketara. Harga
WTI telah jatuh kebawah USD55 dan Brent telah jatuh sehingga USD60
semalam. Setiap negara dan kerajaan telah mengambil tindakan yang pantas
dan setiap negara telah mengumumkan cara dan kaedah tindakan mereka
dalam menghadapi masalah yang terbesar yang dihadapi dunia dalam isu
ini.
Australia
telah membuat ‘adjustments’ terhadap angka-angka belanjawannya mengikut
situasi sekarang ini. Begitu juga Britain dan banyak negara lain yang
juga bertindak pantas menghadapi masalah ekonomi yang begitu mendesak
bagi dunia hari ini. Pendeknya banyak negara mengambil initiatif yang
agresif untuk mengekang masalah yang mungkin dihadapi oleh negara
masing-masing.
Menteri Kewangan masing-masing bersama dengan
Gabenor Bank Pusat mereka telah mengumumkan berbagai-bagai initiatif
untuk menghadapi ‘consequence’ buruk yang mempengaruhi ekonomi negara
mereka.
Malaysia tidak terlepas daripada menghadapi masalah ini
dan yang jelas kita mempunyai masalah yang ‘compounding’ dengan
kejatuhan nilai ringgit berbanding dengan matawang negara asing termasuk
dengan dollar Singapura dan Brunei. Beberapa hari yang lepas dalam
pasaran wang antarabangsa harga ‘spot prices’ ringgit telah jatuh ke
tahap melepasi 3.50 dollar bagi setiap ringgit kita.
Ringgit
jatuh begitu mendadak berbanding dengan dollar Singapura dan ini amat
menjejaskan ekonomi negara lebih-lebih lagi dalam perdagangan. Sebagai
sebuah ‘trading nation’ Malaysia bakal menghadapi atau telah pun
menghadapi masalah besar jika keadaan sebegini berterusan dalam beberapa
bulan lagi.
Tetapi apa yang agak membimbangkan kita belum lagi
mendengar atau diberitahu apakah perancangan kerajaan bagi menghadapi
masalah yang begitu ‘imminent’ yang akan kita hadapi itu. Sama ada
daripada Tan Sri Zetti, Gabenor Bank Negara mahu pun daripada Perdana
Menteri yang juga Menteri Kewangan, tiada apa-apa yang telah diumumkan
kaedah menghadapi masalah besar negara kini.
Kita mahu mendengar
apakah tindakan secara ‘organic’ dan ‘real’ serta praktikal dalam
menghadapi masalah ekonomi sekarang ini. Ini merupakan cabaran kepada PM
Najib yang selama ini begitu mengambil mudah dalam menguruskan kewangan
dan ekonomi negara. “Najib is going through the mills now” kata seorang
ahli akademik dari universiti tempatan dan beberapa pandangan daripada
pemimpin ekonomi dunia yang kita baca akhir-akhir ini.
Yang kita
dengar sekarang ini adalah kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Ahmad
Maslan yang tidak dihiraukan oleh orang ramai. Kenyataannya bukan
kenyataan yang menyenangkan melainkan kenyataan yang berunsurkan politik
semata-mata. Kita tahu Ahmad Maslan bukan ahlinya untuk bercakap
tentang isu ekonomi kerana beliau hanyalah dianggap ramai sebagai
‘conduit’ kepada pemimpin politik yang berkuasa sahaja.
PM Najib
sepatutnya jangan membiarkan Ahmad Maslan bercakap tentang isu ekonomi
kerana ia akan hanya membuatkan rakyat ramai bertambah berkurang
keyakinan mereka terhadap kerajaan yang sudah tersedia dengan krisis
keyakinan yang amat ketara itu.
Kita tunggu dan tunggu apakah perancangan yang sedang hendak dilakukan oleh pemimpin kita. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment