Tuesday 27 April 2010

Kaya kerana buku, filem Harry Potter

JUTAWAN...Grint (kiri) Radclife dan Emma.
JUTAWAN...Grint (kiri) Radclife dan Emma.

JK ROWLING...bilionair.
JK ROWLING...bilionair.

LONDON: Kuasa magis Harry Potter membolehkan pengarang buku dan pelakon filemnya meraih lebih 600 juta paun (RM3 bilion) secara keseluruhannya. Novelis, JK Rowling dilaporkan meraih kekayaan peribadi mencecah 519 juta paun (RM2.5 bilion) menerusi siri buku itu, menjadikannya pengarang paling kaya di dunia ketika ini, menurut Senarai Orang Paling Kaya Britain yang dikeluarkan akhbar Sunday Times.

Daniel Radcliffe, 20, yang membintangi filem adaptasi daripada buku JK, disenaraikan sebagai warga muda Britain kelima paling kaya dengan jumlah harta sebanyak 42 juta paun (RM207 juta).

Ia meletakkan dirinya di tangga lebih atas berbanding Putera William dan Harry yang menduduki tempat ke tujuh dengan harta peribadi masing-masing berjumlah 28 juta paun (RM137 juta) dalam kategori 30 tahun dan ke bawah senarai itu.

Emma Watson, 20, yang memegang watak Hermione Granger dalam filem Harry Potter, disenaraikan ditangga ke sepuluh dengan harta berjumlah 22 juta paun (RM108 juta).

Rakannya dalam filem berkenaan, Rupert Grint, 21, yang memegang watak Ronald Weasley pula menduduki tangga ke-12 dengan jumlah harta sebanyak 20 juta paun (RM98 juta).

Sementara itu, Robert Pattinson, 23, yang memainkan peranan sebagai Cedric Dighisgory dalam filem Harry Potter and the Goblet of Fire yang diterbitkan pada 2005, berada di tangga ke-14 dengan harta berjumlah 13 juta paun (RM64 juta).

Semua bintang Harry Potter itu mengalahkan penyanyi, Leona Lewis, Charlotte Church dan Cheryl Cole yang masing-masing berkongsi tangga ke-16 dan 20 dalam senarai Warga Muda Britain Paling Kaya.

Senarai utama yang dikeluarkan akhbar itu juga menunjukkan pencapaian golongan kaya United Kingdom sepanjang 12 bulan lalu walaupun Britain bergelut menghadapi pemulihan ekonomi yang rapuh.

Dalam tempoh setahun sahaja, kekayaan keseluruhan 1,000 orang paling kaya negara itu meningkat sebanyak 30 peratus dan kekayaan mereka meningkat lebih 77 bilion paun (RM379 bilion) kepada 333.5 bilion paun (RM1.64 trilion), peningkatan tahunan terbesar dalam sejarah 22 tahun senarai itu.

Jumlah bilionair juga meningkat seramai 10 orang kepada 53 dengan hartawan keluli, Lakshmi Mittal terus berada di tangga teratas selama enam tahun berturut-turut dengan hartanya dianggar berjumlah 22,450 bilion paun (RM110 bilion). - Agensi

Monday 26 April 2010

Taikun India Paling Kaya Di Britain.



LONDON - Aset kelompok individu terkaya Britain melonjak 30 peratus tahun ini ketika kebanyakan penduduk negara berkenaan masih bergelut untuk pulih daripada pada kemelesetan ekonomi, lapor sebuah akhbar semalam.

Taikun besi kelahiran India, Lakshmi Mittal dan keluarganya kekal sebagai orang terkaya Britain dengan aset £22.45 bilion (RM110.24 bilion) meningkat lebih dua kali ganda berbanding anggaran tahun lalu.

Tempat kedua kekal milik bilionair Rusia yang memiliki kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich dengan kekayaan mencecah £7.4 bilion (RM36.33 bilion) meningkat £400 juta (RM1.96 bilion) berbanding tahun lalu.

Senarai Terkaya 2010 yang dikeluarkan oleh akhbar Sunday Times itu menyatakan, peningkatan kekayaan individu terkaya di Britain kali ini adalah yang tertinggi sejak senarai itu mula disiarkan 21 tahun lalu.

Tempat ketiga diduduki oleh Duke of Westminster dengan kekayaan £6.75 bilion (RM33.14 bilion).

Dua bersaudara, Ernesto dan Kirsty Bertarelli yang terlibat dalam perniagaan farmasi berada di tempat keempat dengan kekayaan £5.95 bilion (RM)29.21 bilion).

Taikun hartanah dan Internet, David dan Simon Reuben menduduki tempat kelima dengan kekayaan £5.53 bilion (RM27.15 bilion).

Tempat keenam diduduki oleh pemilik bersama kelab bola sepak Arsenal, Alisher Usmanov dengan kekayaan £4.7 bilion (RM23 bilion).

Peningkatan kekayaan itu dipacu akibat pemulihan pasaran saham dunia dan peningkatan harga hartanah selepas krisis ekonomi global tahun lalu.

Sejak 12 bulan lalu, sebanyak 10 lagi individu berjaya bergelar bilionair sekali gus menjadikan jumlah mereka di Britain kini 53 orang.

Dalam senarai itu, terdapat 10 jutawan muda di Britain yang berumur 30 tahun ke bawah.

Antara jutawan muda itu ialah pelakon filem Harry Potter, Daniel Radcliffe dengan kekayaan £42 juta (RM206.24 juta).

Pelakon filem terkenal wanita dari Britain yang pernah membintangi filem Pirates of the Carribbean, Kiera Knightley turut disenaraikan dengan kekayaan sebanyak £28 juta (RM137.49 juta).

Aktres yang membintangi filem Harry Potter, Emma Watson turut disenaraikan dengan kekayaannya ialah £22 juta (RM106 juta) termasuk kekayaan keluarganya.

- Agensi

Thursday 22 April 2010

Tony Fernandes Terima Anugerah Penghormatan Kerajaan Perancis

Datuk Seri Tony Fernandes semasa satu sidang akhbar pada tahun lalu. - Foto THE STAR oleh S.S.KANESAN

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Datuk Seri Dr Tony Fernandes dianugerahkan gelaran "Officier of the Legion d' Honneur" oleh kerajaan Perancis di atas sumbangan beliau kepada industri penerbangan.

Gelaran itu dianugerahkan oleh Setiausaha Negara bagi Pengangkutan Perancis, Dominique Bussereau, dalam satu majlis di Paris hari ini, kata syarikat penerbangan tambang murah itu dalam satu kenyataan.

Gelaran itu merupakan penghormatan tertinggi yang boleh diberikan oleh kerajaan Perancis kepada bukan warganegara.

Bintang Bollywood, Shahrukh Khan bersama Tony Fernandes dan aktres Manisha Lamba (kanan) serta Anjana Sukhani (kiri) semasa menghadiri Petronas Malaysian F1 Grand Prix 2010, baru-baru ini.

AirAsia banyak menyumbang kepada ekonomi Perancis dan Eropah dengan menyokong Airbus, syarikat Pertahanan dan Angkasa Aeronautik Eropah (EADS), yang berpangkalan di Toulouse.

Syarikat penerbangan itu berkata ia telah membuat tempahan sebanyak 120 pesawat 210 Airbus.

AirAsia menggunakan pesawat itu dengan menyeluruh bagi penerbangannya.

Ia mempunyai semua pesawat Airbus bagi operasinya di Malaysia. - BERNAMA

Sunday 18 April 2010

Ubah Wang Judi Haram RM1.86 Bilion


LAS VEGAS - Seorang lelaki Australia, Daniel Tzvetkoff (gambar) diberkas pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) di sini kelmarin kerana dipercayai melakukan penipuan hasil perjudian sebanyak AS$584 juta (RM1.864 bilion).

Tzvetkoff, 27, yang mula terkenal dua tahun lalu kerana mengasaskan Intabill, sebuah syarikat perniagaan secara Internet, telah dihadapkan ke sebuah mahkamah persekutuan pada Jumaat, kata seorang peguam belanya, Mace Yampolsky.

Pejabat pendakwa raya AS berkata, suspek disyaki memulakan banyak urus niaga palsu kepada pihak bank di AS pada 2008 dengan mendakwa kononnya mewakili ramai kaki judi bagi 'membersihkan' wang pertaruhan perjudian yang diterima mereka.

Menurut kertas pendakwaan setebal 15 muka surat, Tzvetkoff melakukan konspirasi perjudian dan pemalsuan transaksi perbankan yang jika disabitkan kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga 75 tahun mengikut undang-undang AS.

Suspek dikatakan memperdaya ramai penjudi kaya menerusi sistem dikenali sebagai Rumah Pembersihan Automasi yang kononnya mampu mengurus jutaan dolar sehari wang perjudian antara AS dengan firma pesisir di British Virgin Island.

Namun, pihak pendakwa raya AS berkata, Tzvetkoff menghentikan semua urus niaga pemprosesan wang perjudian pada Mac 2009 selepas sebuah laman web pertaruhan di Nevada mengesan aktiviti penipuannya yang berjumlah AS$100 juta (RM319 juta).

Kes itu yang dipantau Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menunjukkan, Tzvetkoff pernah menggaji 120 orang petugas dan disenaraikan antara manusia terkaya oleh akhbar Britain pada 2008 dengan aset AS$82 juta (RM262 juta). - Agensi

Thursday 15 April 2010

Iceland Syurga Kebebasan Bersuara Pertama Dunia?

Avatar  Louise Dunne
Islandia: Surga Kebebasan Bicara Pertama Dunia?
Diterbitkan : 14 April 2010 - 3:29pm | Oleh Louise Dunne (foto: flickr)
Diarsip dalam:

Laporan Islandia yang banyak dinanti, ‘Truth Report’ tentang penyebab krisis finansial 2008, menyoroti tidak hanya ‘kelalaian ekstrim’ para politikus senior dan tokoh keuangan, tapi juga kurangnya keterbukaan dan transparansi tentang apa yang sedang dikerjakan sektor perbankan negara itu.

Inisiatif baru parlemen memastikan rakyat Islandia tidak akan dibiarkan dalam ketidaktahuan lagi. Laporan Louise Dunne.

Ketika ekonomi Islandia runtuh tahun 2008, penduduk negara kecil itu terhenyak. Kebanyakan orang Islandia sama sekali tidak tahu negara mereka ditelanjangi habis-habisan secara finansial. Dokumen-dokumen pemerintahan yang bocor ke publik menunjukkan banyak orang di posisi tinggi yang sebenarnya tahu apa yang sedang terjadi. Laporan kemarin juga mengkonfirmasi bahwa kepala bank sentral Islandia, bersama dengan sang perdana menteri, menahan informasi soal keadaan ekonomi sesungguhnya negara itu.

Pelapor pelanggaran
Buntut dari krisis finansial, keterbukaan menjadi semboyan di Islandia. Selain kepercayaan bahwa semua orang bukan cuma berhak, tapi juga berkewajiban mengetahui apa yang dikerjakan pemerintah atas nama mereka. Salah satu reaksi berbentuk Icelandic Modern Media Initiative (Immi); sebuah proposal yang didukung semua partai, bertujuan membuat Islandia surga bagi para wartawan penyelidik dan para pelapor pelanggaran di seluruh dunia.

Situs web resmi Immi menyatakan ‘Karena adanya kejatuhan di sektor perbankan, terbentuk sebuah rasa kebersamaan bahwa dibutuhkan sebuah perubahan mendasar untuk mencegah hal itu terjadi kembali’. Proposal menuntut pemerintah mengadopsi hukum yang menawarkan perlindungan kuat untuk sumber-sumber dan kebebasan bicara dan informasi, baik di Islandia maupun di luar negeri. Seperti sejumlah negara dikenal sebagai surga pajak karena kerahasiaannya, Immi ingin Islandia jadi sebaliknya, surga jurnalisme yang terkenal karena keterbukaannya.

Praktis dan Idealis
Selain punya sisi praktis, proposal juga mempunyai sisi idealis, yaitu mengusulkan untuk menggaet media dan penerbit internasional yang berbasis internet untuk dipupuk jadi industri berkembang di Islandia. Hal ini diamini Danny O'Brien dari Committee to Protect Journalists:

Saya rasa, penting bagi banyak negara untuk mencoba dan menemukan industri atau layanan yang cuma bisa disediakan mereka sendiri. Islandia belakangan tertarik jadi negara terbaik yang mendukung kebebasan berpendapat, terutama di internet. Sebuah tempat dimana orang bisa menaruh konten web tanpa harus khawatir soal ancaman atau tuntutan hukum dari pemerintah negara mereka.”

Wikileaks
Dukungan yang diterima cukup besar, seperti misalnya dari organisasi Transparency International dan Reporters Without Borders. Pendiri situs Wikileaks, Julian Assange, sudah membaca proposal dan persiapan peluncuran video Wikileaks yang mempertontonkan serangan helikopter militer Amerika di Irak minggu lalu, dilakukan di Islandia.

Hampir seluruh negara punya peraturan yang menerapkan sejumlah pengawasan atau batasan dalam kebebasan berpendapat dan media – misalnya hukum pencemaran nama baik – tapi , menurut O’Brien, hal ini tidak selalu cocok untuk internet. Bahkan negara-negara yang memandang diri mereka benteng kebebasan berpendapat juga sudah memperkenalkan sejumlah peraturan baru untuk jaman digital, yang bisa disalahgunakan.

‘Di Amerika, mungkin saja mencabut sebuah materi tanpa proses hukum, dengan dasar apa yang disebut Digital Millennium Copyright Act. Seperti namanya, Hukum Hak Cipta Era Digital ini dirancang untuk membatasi pelanggaran hak cipta, tapi efek buruknya, ini memudahkan para kritikus membuang konten yang mereka benci dari internet.’

Belum lama ini Uni Eropa setuju menerapkan peraturan serupa sebagai bagian dari pedoman hak ciptanya. Salah satu poin penting proposal Immi adalah memastikan hukum Islandia tidak punya pembatasan ini, karena hampir semua materi yang diterbitkan situs pelapor pelanggaran seperti Wikileaks, pada akhirnya merupakan milik seseorang, jadi merupakan subyek hak cipta.

Sejumlah pemerintahan barat tidak menyetujui hukum Islandia itu, karena menurut mereka ini merupakan cara licik memasuki wilayah hukum negara lain tanpa ijin. Immi memang janji akan mempertimbangkan ‘ lingkungan hukum negara lain’ ketika mulai merancang legislasi, tapi pada akhirnya keinginan Islandia untuk meraih keterbukaan, seringkali mengalahkan pertimbangan-pertimbangan serupa.

Salah satu alasan utama proposal ini dipertimbangkan adalah dokumen bocor yang diterbitkan di internet, yang mengungkapkan detail soal krisis finansial yang disembunyikan baik oleh Islandia maupun pemerintahan lain. Jadi ya bisa saja, jelas O’Brien,” Bahwa penduduk Islandia jauh lebih simpatik kepada para pengusung kebebasan bicara ketimbang kepada pemerintahan negara lain.” (RNW/AK)

Friday 9 April 2010

Bank Islam Tawar Khidmat 'Ceti' Syariah


Zukri Samat menyaksikan pertukaran dokumen antara Wan Ismail Wan Yusoh (kiri) dan Aziz Nawi selepas majlis MoU antara Bank Islam dan FCSB di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 8 April - Bank Islam (M) Bhd. (Bank Islam) akan menawarkan pemberian pinjaman ala ceti atau 'ah long' tetapi berlandaskan syariah berikutan pembelian 80 peratus dalam Farihan Corporation Sdn. Bhd. (Farihan).

Menurut Bank Islam, pinjaman itu ditawarkan melalui Farihan yang bergiat dalam operasi penawaran pembiayaan secara pajakan gadai atau Ar-Rahn.

Kemudahan itu membolehkan usahawan kecil mendapat kemudahan tunai dengan segera secara halal dan lebih berperikemanusiaan berbanding ceti atau Ah Long.

Farihan adalah pengasas konsep pajakan gadai berlandaskan Syariah pertama di Malaysia, yang berpusat di Pasir Puteh, Kelantan.

Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat berkata, pemilikan saham itu membabitkan pelaburan sebanyak RM2.4 juta melalui langganan saham sedia ada, sekali gus menjadikan FCSB sebagai anak syarikatnya.

Beliau berkata, pembelian itu dijangka selesai dalam tempoh terdekat dengan perkhidmatan Ar-Rahn akan dikenali sebagai Ar-Rahn Bank Islam.

Katanya, pembelian itu memberi peluang Bank Islam meneroka peluang perniagaan besar dalam pajakan gadai yang kini menjadi pilihan di kalangan usahawan kecil.

Katanya, perkhidmatan pajakan gadai itu telah diperkenalkan oleh YaPeim pada 1993 dengan lebih 4.3 juta penduduk di Malaysia telah mendapat manfaat daripada skim Ar-Rahn yang mana jumlah pinjaman terkumpul mencecah RM5.4 bilion.

Zukri yakin perkhidmatan terbaru itu mampu berkembang antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun lagi dengan kaedah pemasaran dan promosi yang betul.

Beliau berkata demikian pada majlis memeterai perjanjian persefahaman antara Farihan dan Bank Islam di sini hari ini.

Majlis menandatangani perjanjian antara kedua-dua pihak itu diwakili oleh Pengurus Besar Hubungan Strategik Bank Islam, Datuk Wan Ismail Wan Yusoh dan Pengarah FCSB, Aziz Nawi.

Ketika menjelas lebih lanjut, Zukri berkata, di bawah konsep Ar-Rahn, Bank Islam tidak akan mengenakan sebarang kadar faedah terhadap gadaian yang dibuat, hanya upah simpan pada kadar yang nominal.

Pelanggan akan ditawarkan 60 peratus daripada nilai emas serta tempoh simpanan yang fleksibel antara enam hingga sembilan bulan.

Jika pelanggan gagal membuat pembayaran semula pinjaman, emas yang disimpan akan dilelong dan jika ada lebihan, wang itu akan dikembalikan semula kepada pemiliknya.

Mengulas tentang pemilihan Farihan sebagai pelaburan Bank Islam, Zukri berkata, syarikat itu menunjukkan keupayaan yang menggalakkan kerana mampu mencatatkan perolehan sebanyak RM6 juta setahun serta hutang tertunggaknya sifar, hanya melalui operasi tunggal.

Katanya pakatan antara Bank Islam dengan Farihan dijangka mampu meningkatkan perolehannya dua kali ganda kepada RM12 juta pada tahun pertama.

Zukri berkata, Bank Islam juga akan menyediakan pinjaman kepada Farihan untuk meluaskan cawangan kepada lima buah pada tahun ini di Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perlis dengan pelaburan sebanyak RM25 juta.

''Kita menjangkakan dua buah cawangan lagi akan dibuka dalam pada separuh pertama tahun ini,'' kata beliau.

Thursday 8 April 2010

Biskut Julie's Tembusi Utara China

PROMOSI...Su (kanan) menunjukkan produk biskut Julie’s di  kilangnya.

PROMOSI...Su (kanan) menunjukkan produk biskut Julie’s di kilangnya. Sebelum itu, syarikat itu mula memasarkan produk di wilayah selatan negara terbabit termasuk di Guangzhou, Fujian dan Pulau Hainan sejak 20 tahun lalu dan menerima sambutan baik oleh penduduk berdasarkan kelainan perisa berbanding biskut lain di pasaran.

APRIL 08, 10: PENGELUAR biskut terkemuka, Perfect Food Manufacturing (M) Sdn Bhd, menyasar mencatat jualan RM200 juta dalam tempoh tiga tahun akan datang menerusi biskut jenama Julie’s keluarannya selepas menembusi pasaran wilayah utara China sejak Ogos tahun lalu.

Pengarah Urusannya, Su Chin Hock berkata, pihaknya mendapati China mempunyai pasaran begitu luas untuk produk keluaran syarikat berkenaan yang berpangkalan di Kawasan Perindustrian Alor Gajah, Melaka apabila terdapat 33 wilayah dengan kepadatan penduduk berjumlah 4.3 bilion.

Menurutnya, pada masa ini, pihaknya berusaha menembusi pasaran baru di wilayah utara China membabitkan 17 wilayah termasuk Beijing, Shanghai dan Hangzhou kerana mendapati peluang sedia ada begitu besar untuk memberi pilihan kepada penduduk negara terbabit.

“Kita menyasarkan jualan berjumlah antara RM16 juta hingga RM20 juta setahun dengan prospek peningkatan pasaran sehingga 10 kali ganda dalam tempoh tiga tahun akan datang kerana maklum balas diterima ketika ini begitu baik.

“Sebelum ini, penduduk wilayah selatan negara berkenaan lebih menggemari biskut mentega, namun pasaran di utara mendapati mereka lebih menggemari produk biskut mentega kacang ketika melakukan promosi kerana mempunyai perisa berbeza.

"Serentak dengan itu, kita juga mempunyai keyakinan mampu menembusi pasaran China dan Taiwan jika terus menerima sambutan menggalakkan dan akan berusaha lebih gigih untuk mencapai sasaran itu,” katanya ketika ditemui di kilang berkenaan, semalam.

Tuesday 6 April 2010

Usahawan Melayu: MEB Gagal Tawar Elemen Baru

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 6 April — Model Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan minggu lalu kelihatan tidak mendapat tempat di kalangan usahawan Melayu dan Bumiputera yang melahirkan “kekecewaan dan terkejut” kerana pendekatan-pendekatan baru yang diumumkan tidak menjanjikan “kelebihan” kepada orang Melayu dan Bumiputera.

“Apabila Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengadakan pertemuan dengan sayap peringkat negeri dan badan-badan bukan kerajaan (NGO), tidak seorang pun yang berkata mereka gembira, hampir semua tidak gembira, terkejut dan kecewa,” kata Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang Rizal Faris Mohideen malam tadi.

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia pusat telah mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli cawangan peringkat negeri dan hampir 40 NGO usahawan minggu lalu untuk mendapatkan pandangan selepas laporan pertama MEB diumumkan, 30 Mac.

Rata-rata semua yang hadir, menurut Rizal, yang pertengahan bulan lalu mengekalkan kedudukannya untuk penggal kedua menerajui DPMM Pulau Pinang berkata, orang Melayu dan Bumiputera sebenarnya telah mengharapkan sesuatu yang lebih baik selepas “beberapa kepentingan” mereka tergugur sejak kepimpinan baru mengambil alih kepimpinan kerajaan.

“Sekurang-kurangnya kami telah mengharapkan agar apa yang hilang sebelum ini dikembalikan tetapi tidak berlaku dan soal agenda Melayu pula tidak jelas dalam MEB,” kata beliau kepada The Malaysian Insider selepas mengambil bahagian dalam wacana MEB anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di sini.

NGO Melayu seperti Perkasa dan Majlis Perundingan Melayu juga melahirkan pandangan dan pendirian hampir sama dalam isu ini.

Kepentingan Melayu yang tergugur yang dimaksudkan ialah keputusan kerajaan memperkenalkan langkah tambahan pikat pelaburan asing jana ekonomi negara dengan membuka pasaran 27 sektor kecil perkhidmatan tanpa sebarang syarat pegangan ekuiti tempatan dalam usaha menarik pelaburan asing, teknologi dan menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi.

Ia meliputi perkhidmatan dalam bidang komputer dan yang berkaitan; pelancongan; kesihatan dan sosial; pengangkutan; sukan dan rekreasi; perniagaan; sewaan/pajakan tanpa operator serta pengangkutan sokongan dan bantuan.

“Kemudian kita kehilangan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, satu kementerian yang penting... dalamnya ada banyak agensi, tidak silap saya tujuh hingga 11 agensi, yang sebelum ini terlibat dalam membantu usahawan Melayu dan Bumiputera, antaranya latihan,” katanya.

“Jadi kami sebenarnya meletakkan harapan bahawa ia akan membawa harapan baru dengan mengembalikan apa yang kami sudah kehilangan tetapi pengumuman Model Ekonomi Baru ini membawa kejutan kepada kami,” katanya lagi.

Kementerian itu dimansuhkan dalam penyusunan semula barisan Kabinet ketika Datuk Seri Najib Razak menerajui kerajaan sebagai perdana menteri sejak April 2009.

Rizal berkata, selepas hampir

50 tahun tidak memperlihatkan kejayaan yang diharapkan termasuk di bawah sembilan rancangan pembangunan dan Dasar Ekonomi Baru, pihaknya telah menjangkakan satu panduan baru.

“Apa panduan baru daripada kerajaan? Apakah kedudukan orang Melayu sekarang ini akan berterusan?” soal beliau.

Kata beliau, kekecewaan itu lebih terasa apabila tiada penglibatan bersama usahawan-usahawan Melayu dalam merangka dasar ekonomi yang terbaru ini.

“Tidak dinafikan kerajaan mengadakan perbincangan dalam isu-isu tertentu sebelum ini tetapi tiada penyertaan besar dalam pembentukan model ekonomi ini,” kata beliau.

Sehubungan itu Rizal yang mengakui wujudnya elemen ketirisan dalam pelaksanaan program kepada orang Melayu dan Bumiputera, mengesyorkan agar kerajaan menerima peranan NGO.

“Kerajaan perlu meletakkan peranan pihak ketiga ini (NGO) dalam kerja-kerja pelaksanaan... kita perlu melakukan perubahan secara drastik.

“NGO yang terlibat dalam bidang ekonomi boleh menjadi pihak yang penting, kerana NGO akan melakukan dengan bersungguh-sungguh, penyertaan yang lebih menyeluruh,” katanya.