Pengarah Urusannya, Su Chin Hock berkata, pihaknya mendapati China mempunyai pasaran begitu luas untuk produk keluaran syarikat berkenaan yang berpangkalan di Kawasan Perindustrian Alor Gajah, Melaka apabila terdapat 33 wilayah dengan kepadatan penduduk berjumlah 4.3 bilion.
Menurutnya, pada masa ini, pihaknya berusaha menembusi pasaran baru di wilayah utara China membabitkan 17 wilayah termasuk Beijing, Shanghai dan Hangzhou kerana mendapati peluang sedia ada begitu besar untuk memberi pilihan kepada penduduk negara terbabit.
“Kita menyasarkan jualan berjumlah antara RM16 juta hingga RM20 juta setahun dengan prospek peningkatan pasaran sehingga 10 kali ganda dalam tempoh tiga tahun akan datang kerana maklum balas diterima ketika ini begitu baik.
“Sebelum ini, penduduk wilayah selatan negara berkenaan lebih menggemari biskut mentega, namun pasaran di utara mendapati mereka lebih menggemari produk biskut mentega kacang ketika melakukan promosi kerana mempunyai perisa berbeza.
"Serentak dengan itu, kita juga mempunyai keyakinan mampu menembusi pasaran China dan Taiwan jika terus menerima sambutan menggalakkan dan akan berusaha lebih gigih untuk mencapai sasaran itu,” katanya ketika ditemui di kilang berkenaan, semalam.
No comments:
Post a Comment