Friday 31 March 2017

RM10 Juta, Jual Dara. Satu Bisnes Baik. Anda Ingin Serta?

kefren

REMAJA ini, Aleexandra Kefren sebelum ini telah mengiklankan diri untuk menjual daranya dan kini hajatnya itu tercapai apabila dia mendapat bidaan tertinggi pada harga 2.3 juta euro atau kira-kira RM10 juta daripada seorang ahli perniagaan dari Hong Kong.

Proses membida itu dikendalikan oleh sebuah agensi Cinderella Escorts dari Jerman. Bagi tujuan berkenaan, sebuah bilik hotel telah ditempah dan Kefren, 18, juga telah berbual dengan pembelinya itu melalui telefon.
Mereka bagaimanapun masih belum bertemu.
“Saya memang mahu menjual dara saya dengan Cinderella Escorts berbanding memberikannya kepada rakan saya yang mungkin akan meninggalkan saya,” katanya.
Keputusan Kefren ini bagaimanapun telah mendapat tentangan daripada keluarganya dan mereka mengancam untuk membuangnya jika dia tetap dengan keputusan berkenaan.
Ini kerana apa yang dilakukan oleh Kefren ini tiada bezanya dengan pelacur, yang menjual kehormatan kepada lelaki yang sedia memberikan bayaran.
Selepas mendapat bidaan berkenaan, Cinderella Escorts telah menerima tawaran daripada kira-kira 300 anak dara yang berhajat mahu menjual dara mereka dari seluruh dunia.
Ia termasuk dari Australia, Eropah, Afrika, Amerika Utara dan Selatan serta Asia. 
Demikian Lapor MYNEWSHUB.CC
Komen Weblog Ibnu Hasyim: RM10 juta, hasil dari jual dara. Ini suatu kejayaan bagi Aleexandra Kefren, bisnes yang dikendalikan oleh sebuah agensi Cinderella Escorts dari Jerman. 
Selepas mendapat bidaan berkenaan, Cinderella Escorts telah menerima tawaran daripada kira-kira 300 anak dara yang berhajat mahu menjual dara mereka dari seluruh dunia. Hebat bisnes ini sesiapa pun bisa menyertainya.
Kecuali penganut-penganut beragama Islam, dia terikat dengan peraturan 'halal-haram' dalam kehidupan dan bidang bisnesnya. Kita sedar kebanyakan negara-negara di dunia mentarbiahkan rakyatnya supaya maju dalam bisnes tanpa peduli halal-haram lagi, walaupun menurut agama masing-masing.
Termasuk di negara umat Islam Malaysia, kerajaan sendiri main judi, memberi laluan kepada sektor-sektor perniagaan haram seperti bisnes judi, arak, lacur, konsert hiburan lagha dan lain-lain maksiat lagi. Jasteru, bagaimana mengatasinya?
Salah satu cara mudahnya, ialah dengan semua rakyat perlu mengundi parti berdasarkan agama yang globalisasi. Contohnya ialah parti Islam. Islam agama kesejagatan, agama mendunia. Bukan BN parti sekular, bukan DAP cauvanis sekular, PKR dan lain-lain. Semuanya sama parti sekular, non Islamik, cuma pelaku-pelakunya saja berpelbagaian, tetapi dasarnya sama.
Bersiaplah keluar mengundi PRU 14 ini. Tentukan pendirian anda!

Thursday 30 March 2017

3 lagi didakwa ubah wang haram.


RAMLI (kanan), Mohamed Thamimul (tengah) dan Muhammad Razik (kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen semalam selepas didakwa atas 899 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM1.7 bilion.


JOHOR BAHRU – Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 899 pertuduhan melakukan pengubahan wang haram berjumlah RM1.7 bilion sejak 2012 hingga tahun lepas.
Ketiga-tiga tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan masing-masing dibacakan di dua kamar mahkamah di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun dan Hakim Mohamad Khalid Ab. Rahim.
Mohamed Thamimul Ansari, 41, menghadapi 351 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM791.5 juta; Ramli Mohd. Hassan, 59, sebanyak 196 pertuduhan melibatkan RM149.1 juta manakala Muhammad Razik Mohamed Riyaludin, 36, sebanyak 352 pertuduhan melibatkan RM791.5 juta. (Kosmo!)

Wednesday 29 March 2017

Ubah wang haram RM1.4 bilion



Sebahagian daripada 14 individu diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Sesyen Johor Bahru semalam selepas didakwa atas 646 pertuduhan melakukan pengubahan wang haram berjumlah RM1.4 bilion.


JOHOR BAHRU – Seramai 14 individu termasuk dua wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 646 pertuduhan melakukan pengubahan wang haram berjumlah RM1.4 bilion sejak tahun 2012.
Kesemua tertuduh ialah Ahmad Shah Mhd. Shafie, 36; Arus Md. Salleh, 28; Luwi Poh Li, 38; Tay Kim Kee, 58; Wong Shu Haw, 39; Muhammad Azuwan Ismail, 22; dan Muhammad Faizul Mohd Haniffa, 23,
Turut didakwa ialah Jihad Dudden Shaikh Ali Khan, 26; Mohd. Ali Jinnah, 54; Naina Mohammad Abd. Kadar, 41; Noor Suhaily Harun, 27; Sutanto Sanarja, 49; dan Tajuddeen Abdul Rahim, 69 dan Ter Leong Jenn, 40.
Kesemua mereka ma­sing-masing merupakan pemilik tunggal syarikat, pengarah syarikat dan rakan kongsi.
Bagaimanapun, ke­semua tertuduh tidak mengaku salah selepas semua pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab. Karim. (Kosmo!)

Lawatan P/P'cis Tingkat Dagang 2 Hala YdA S/Muhammad V


Lawatan Presiden Perancis Buka Peluang Perdagangan 2 Hala

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berharap lawatan negara Presiden Perancis, Francois Hollande ke Malaysia dapat meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan di antara kedua-dua negara.

Seri Paduka yakin Malaysia dan Perancis mampu meneroka lebih banyak peluang termasuk bidang ekonomi, pertahanan, kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan udara.
“Beta ingin juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Republik Perancis kerana membuka ruang dan peluang kepada syarikat-syarikat negara beta dalam memperkasakan sinergi ekonomi di Perancis.
“Peluang dalam bidang ini sudah tentunya akan menambah baik pendapatan negara dan menjana peluang pekerjaan kepada rakyat kedua-dua negara,” titah Seri Paduka pada majlis santapan negara bagi meraikan Hollande dan delegasinya di Istana Negara di sini, malam ini.
Majlis itu, yang berlangsung di Dewan Santapan Utama, merupakan sebahagian daripada aturcara Hollande yang dalam rangka lawatan negara dua hari ke Malaysia bermula semalam.
Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, menteri-menteri Kabinet serta para tetamu kenamaan.
Sultan Muhammad V turut berharap hubungan kerjasama dan persahabatan rapat yang terjalin sekian lama di antara Malaysia dan Perancis akan terus kekal.
“Walaupun lawatan ini singkat, namun Beta berharap ia membawa seribu satu makna kepada kedua-dua negara dan juga ia akan menjadi legasi kepada hubungan dua hala antara Malaysia dengan Republik Perancis.
“Kehadiran beliau menguatkan lagi hubungan yang sangat baik dan mesra yang sudah lama dinikmati rakyat kedua-dua negara. Dengan perkongsian sejarah dan warisan, ia dapat mengeratkan lagi hubungan dan persefahaman,” titah Seri Paduka.
Sementara itu, Hollande dalam ucapannya berkata beliau mahu melawat Kuala Lumpur pada tahun ini sempena meraikan 60 tahun hubungan diplomatik yang terjalin di antara kedua-dua negara.
“Perancis adalah satu daripada negara awal yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan Persekutuan Tanah Melayu menjelang kemerdekaannya pada 1957 dan saya yakin sokongan Perancis untuk negara muda itu tidak pernah dilupakan,” kata beliau. – BERNAMA


Tuesday 28 March 2017

Hebatnya Indonesia, Tidak Lagi Import Beras Thai..


Thailand 'Pelik' Indonesia Tidak Lagi Import Beras

JAKARTA – Besarnya permintaan beras di Indonesia berbanding penawaran menyebabkan republik itu pernah melakukan import dari negara tetangga untuk memenuhi bekalan sejak tiga dekad lalu.

Menteri Pertanian, Andi Amran Sulaiman malah menyatakan, pemerintah Indonesia terpaksa ‘malu’ mengimport untuk memenuhi permintaan beras amat tinggi dalam kalangan kira-kira 264 juta rakyatnya sendiri selama ini.
Namun, baru-baru ini beliau menerima laporan bahawa negara jiran tidak lagi mengeksport beras ke Indonesia mulai tahun lalu dan sepanjang tahun ini ekoran lambakan besar bekalan domestik lebih daripada mencukupi.
“Delegasi Thailand kata mereka berasa agak pelik kerana sudah tidak lagi mengeksport beras ke Indonesia, walhal Indonesia adalah pasaran eksport terbesar beras dari Thailand selama 32 tahun,” ujar Andi Amran di sini semalam.
Selain itu, pemerintah Indonesia turut menerima penghargaan daripada wakil Vietnam yang disampaikan delegasi negara tersebut kepada Naib Presiden, Jusuf Kalla ketika melakukan pertemuan rasmi beberapa waktu lalu.
“Pihak berkuasa Vietnam juga menyampaikan rasa kagum kerana Indonesia tidak pernah lagi melakukan import beras dari luar negara pada 2016 dan 2017,” jelas Andi Amran yang dipetik oleh akhbar berpengaruh KOMPAS.
Beliau berharap pemerintah Indonesia dapat menahan import beras sehingga 2019 sambil menegaskan: “Kalau kita mampu, pasti hingga selepas 2019 pun kita tidak import. Persoalannya sama ada kita mahu atau tidak mahu.”
Data Kementerian Pertanian Indonesia yang bekerjasama dengan Tentera Nasional Indonesia merekodkan dari awal Januari sehingga Mac lalu, negara itu berjaya menampung kira-kira 754,330 tan beras yang sepatutnya diimport.
Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 420 peratus berbanding tempoh sama tahun 2016. Manakala antara Mac hingga Ogos, Indonesia diunjur mampu mengeluarkan 33.6 juta tan beras untuk keperluan seluruh penduduknya.
Republik tersebut dilaporkan mampu menghasilkan lebih 70 juta tan beras setahun melibatkan kira-kira 10 juta hektar sawah yang membekalkan komoditi bijirin ruji domestik berkenaan untuk kegunaan ratusan juta rakyatnya.
Ini meletakkan ia sebagai pengeluar beras ketiga terbesar di dunia selepas China dan India, waima rakyat Indonesia merupakan pengguna perkapita tertinggi di peringkat antarabangsa iaitu purata seorang 140 kilogram setahun.
Secara teknikal, Indonesia tidak lagi mengimport beras bermula 2015 apabila sekitar 800,000 tan yang lazimnya dibawa masuk dari luar negara sudah pun dapat diisi oleh pengeluaran tempatan. – Agensi.


Monday 27 March 2017

Keropok Lekor, Martabak Dalam Penerbangan AirAsia


PASIR MAS – Makanan ringan popular tempatan seperti martabak diraja, keropok lekor dan kerepek pisang bakal dikembangkan menjadi antara hidangan ketika dalam penerbangan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya sudah berunding dengan syarikat penerbangan tambang murah terkenal, AirAsia bagi pelaksanaan tujuan berkenaan.
“Kita mempunyai banyak produk makanan tempatan yang boleh disajikan dalam pesawat seperti martabak diraja, keropok lekor dan kerepek pisang yang sekali gus mempelbagaikan lagi hidangan cita rasa tempatan.
“Untuk perkara itu, rundingan sudah pun dibuat dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes sendiri mengenai usahasama pemasaran produk warisan masyarakat ini dalam masa terdekat.
“Secara dasarnya kita mencapai persetujuan, namun AirAsia mahu meneliti beberapa kriteria terutama aspek pembungkusan, rasa dan kualiti kebersihan sama ada sesuai dihidangkan untuk pelanggan penerbangan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Negaraku Prihatin anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kubang Bunut, di sini, hari ini.
Acara kenegaraan tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi KADA, Datuk Md Alwi Che Ahmad dan Ahli Lembaga Pengarah KADA, Datuk Hanafi Mamat.
Ahmad Shabery berkata, menerusi perlaksanaan tersebut nanti, ia diharap akan memberi pendapatan tambahan kepada ramai usahawan industri kecil dan sederhana yang berkaitan.
Terdahulu, beliau turut menyampaikan bantuan mesin dan peralatan yang bernilai keseluruhan RM129,268 kepada 29 usahawan industri makanan KADA. – Agensi

Sunday 26 March 2017

Ini, Anak Malaysia Cipta Jenama Gincu Di London


Anak Malaysia, Jameson Cipta Jenama Gincu Di London

KUALA LUMPUR – Menembusi produk hingga ke pasaran global bukanlah semudah yang disangka, bagaimanapun anak kelahiran Tuaran, Jameson Juwily berjaya merealisasikannya dengan mencipta jenama kosmetiknya sendiri iaitu MYJ Beauty di Kota London.

Anak Sabah berusia 37 tahun ini percaya kerja keras, kesabaran dan sentiasa positif sejak awal perjalanan telah menjadikan impiannya realiti.
Berminat menjadikan wanita sentiasa kelihatan terbaik, Jameson mula membuat penyelidikan dan pembangunan ke atas gincu sebaik menamatkan pengajian di London College of Fashion pada 2011.
“Saya ingin belajar mengenai solekan dan juga tekniknya. Saya bekerja dengan Stila (jenama alat solek) dan menyambung pengajian dalam bidang komunikasi pemasaran untuk belajar mengenai jenama dan mencipta produk sendiri,” kata siswazah Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi Pengiklanan dan Pemasaran, Universiti Greenwich, United Kingdom ini.
Idea untuk mencipta jenamanya sendiri bermula daripada kajiannya dan pengalaman kerja bersama beberapa syarikat jenama terkenal termasuk Smashbox, katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif di sini.
Jameson berkata nasihat daripada tiga kakaknya yang pernah menyertai pertandingan ratu cantik Sabah beberapa tahun lalu dan ibunya mengenai kepentingan gincu, telah mendorong beliau untuk muncul dengan produk kecantikan.
“Saya melalui banyak prosedur dan proses menurut piawaian Eropah bagi mendapatkan kelulusan daripada makmal United Kingdom. Ia memang bukan mudah,” katanya sambil menambah pada 2013, beliau mula memasarkan produknya secara dalam talian dan di sebuah farmasi di London.
Lahir daripada keluarga besar dan mempunyai enam adik-beradik, dengan bapa seorang sahaja yang bekerja,ibu suri rumah sepenuh masa yang kadangkala mengusahakan sawah padi, Jameson sedar beliau perlu bekerja keras untuk menyara dirinya.
Beliau kemudian ke London pada 2003 untuk mencari peluang terbaik dan selepas sedekad berlalu, beliau akhirnya berjaya mencipta MYJ Beauty.
Beliau berkata gincunya direka khas untuk kulit kedua orang Eropah dan Asia dan mempunyai 16 warna iaitu lapan daripadanya warna gincu dan lapan lagi warna untuk pengilat bibir.
Sebagai penghargaannya kepada Kota London yang membantu menjadikan impiannya kenyataan, Jameson menamakan setiap gincu dan pengilat bibirnya sempena nama jalan dan jambatan popular di London seperti Albert Bridge, London Bridge, Regent Street dan Carnaby Street.
Produk itu kini boleh didapati di Malaysia bermula Disember tahun lalu di Parkson dan tiga kompleks beli-belah iaitu Pusat Beli-belah Mytown, Sunway Velocity Mall dan IOI City Mall.
Produk ini dilancarkan hari ini di Nu Sentral Mall dan di Gurney Plaza pada minggu hadapan.
“Rakyat Malaysia meminati jenama barat dan respons yang diberikan sangat positif. Ramai mengatakan ia juga bagus. Sehingga kini kami telah bawa lebih 5,000 gincu dan pengilat bibir ke Malaysia sejak hujung tahun lalu dan berharap akan mempunyai 50 stokis menjelang hujung tahun ini,” katanya.
Jameson berkata gincunya ini yang juga menyamai kualiti jenama import dijual dengan harga RM45 satu dan mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia.
“Keistimewaan produk ini ialah kandungan mineral yang digunakan…kami menggunakan vitamin E dan titanium dioksid bagi mengelak bibir daripada kering dan menyebabkan pigmentasi,” katanya.
Berkongsi kepayahannya, usahawan ini berkata, mencipta jenama memang mudah sebaliknya proses dan kewangannya memerlukan banyak masa dan usaha keras.
“Wang amat penting…sementara proses itu berlangsung, kadangkala anda akan terlepas pandang belanjawan untuk sesetengah perkara. Di situlah nanti anda mungkin tersekat dan tidak dapat teruskan.
“Jika anda mempunyai simpanan berlebihan dan anggota keluarga boleh membantu, tidak mengapa atau jika tidak, usaha anda akan terhenti di tengah jalan,” katanya.
Sepanjang pengalamannya untuk menjadikan MYJ kenyataan, Jameson berkata beliau pernah ditipu 3,000 pound oleh syarikat China di UK untuk proses makmal.
“Setiap pagi, saya bangun tidur dan periksa jika ada apa-apa dalam akaun saya, tetapi tak ada. Saya sangat trauma kerana wang itu memang sukar untuk didapatkan.
“Saya cuba bertenang, saya tidak beritahu anggota keluarga saya kerana tidak mahu mereka risau,” kata Jameson dengan linangan air mata. – BERNAMA

Thursday 23 March 2017

Aktiviti Umrah/Ziarah, Dipenjara 6 Bulan Atau Denda RM15,000..



ABDUL HALIM (kiri) diiringi anggota polis ketika keluar dari Mahkamah Kuala Lumpur semalam selepas syarikat pelancongan miliknya didenda RM15,000 atas kesalahan mengendalikan aktiviti umrah dan ziarah tanpa lesen.


KUALA LUMPUR – Agensi pelancongan Al Safwah Orchid (Asia) Sdn. Bhd. didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas kesalahan menjalan dan mengendalikan aktiviti umrah dan ziarah tanpa lesen yang sah, tahun lalu.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Harmi Thamri Mohamad @ Shaharuddin selepas orang kena saman (OKS) iaitu pengarah syarikat tersebut, Datuk Dr. Abdul Halim Navaghani, 39, membuat pengakuan bersalah.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Abdul Halim membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, Abdul Halim didakwa menjalan dan mengendalikan aktiviti perniagaan pengendalian pelancongan ke luar ne­geri yang berkaitan umrah dan ziarah tanpa mendapatkan lesen yang sah daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. (IH)

Wednesday 22 March 2017

Bill Gates &Individu Terkaya Di Dunia, Bandingkan Dg Hartawan Islam...


BILL Gates kekal sebagai individu terkaya di dunia untuk empat tahun berturut-turut. - Foto fail AFP 

Bill Gates kekal individu terkaya di dunia  

NEW YORK: Bill Gates kekal sebagai individu terkaya di dunia untuk empat tahun berturut-turut. Berdasarkan senarai bilionair Forbes 2017, Gates mempunyai kekayaan AS$86 bilion (RM380.68 bilion), meningkat berbanding AS$75 bilion (RM331.99 bilion) tahun lalu. 

Ketua Berkshire Hathaway, Warren Buffett, menduduki tempat kedua dengan kekayaan bernilai AS$75.6 bilion (RM334.64 bilion), meningkat berbanding AS$60.8 bilion (RM269.13 bilion) pada 2016. 

Individu ketiga terkaya di dunia dipegang pengasas e-dagang Amazon, Jeff Bezos, dengan nilai kekayaannya meningkat daripada AS$27.6 bilion (RM122.17 bilion) kepada AS$72.8 bilion (RM322.25 bilion). Beliau tersenarai buat pertama kali sebagai individu terkaya ketiga di dunia dalam senarai Forbes itu. 

Pengasas jenama runcit pakaian Zara, Amancio Ortega jatuh ke tempat keempat meskipun kekayaan beliau meningkat kepada AS$71.3 bilion (RM315.61 bilion). 

Tempat kelima individu terkaya di dunia dipegang Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, dengan kekayaan bernilai AS$56 bilion (RM247.88 bilion). Di peringkat rantau Asia Pasifik, terdapat seramai 720 orang billionair. 

Malaysia.

Sementara itu, dalam kalangan bilionair Malaysia yang tersenarai ialah 

  • Robert Kuok, yang menduduki tempat ke-115 dengan kekayaan bernilai AS$11.4 bilion (RM50.46 bilion); 
  • Quek Leng Chan (tempat ke-202 dengan kekayaan bernilai AS$6.8 bilion (RM30.1 bilion). 
  • Ananda Krishnan (tempat ke-219 dengan kekayaan bernilai AS$6.5 bilion (RM28.77 bilion) dan 
  • Lee Shin Cheng (tempat ke-348 dengan kekayaan bernilai AS$4.7 bilion, RM20.8 bilion). 
Dalam senarai bilionair Forbes 2017, jumlah bilionair di dunia meningkat 13 peratus kepada 2,043, sekali gus menjadikan ia tahun rekod bagi jumlah bilionair tertinggi dengan nilai kekayaan meningkat 18 peratus kepada AS$7.67 trilion (RM33.95 trilion). 

Malah, perubahan dalam jumlah bilionair iaitu meningkat 233 sejak senarai 2016 adalah peningkatan terbesar dalam tempoh 31 tahun.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di dalam Islam ada juga sejarah jutawan dan hartawannya, seperti Abdur Rahman bin Auf, Abu Bakar As-Siddiq, Uthman Affan, dan lain-lain. Tetapi anda boleh bandingkan gaya kehidupan mereka yang dapat bimbingan Nabi Mumhammad SAW, dengan jutawan-jutawan masakini. Rasulullah SAW wafat, meninggalkan banyak mana harta warisannya?



PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.



klik di sini....

Monday 20 March 2017

Lebih banyak bank Islam perlu menawarkan penyelesaian teknologi kewangan


Imej yang berkaitan
KUALA LUMPUR, 21 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Lebih banyak bank Islam perlu tampil untuk menawarkan penyelesaian teknologi kewangan (FinTech) bagi membezakan Malaysia daripada negara lain di seluruh dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif AmInvestment Bank, Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz berkata, Malaysia berada pada laluan yang betul untuk menuju matlamat ini, diketuai oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
“Apabila Gabenor sekarang ini Datuk Ibrahim Muhammad mengambil alih jawatan, ucapan umum pertamanya pada Forum Kewangan Islam Global 5.0 pada Mei tahun lepas, menyebut mengenai perbankan digital.
“Beliau mengatakan bahawa FinTech mencabar status quo dalam industri kewangan, dan model perniagaan baharu akan muncul.
“Beliau juga berkata saluran penyampaian akan mencabar kebiasaan sedia ada, dan kos transaksi akan dikurangkan, dan bukan sekadar melihat FinTech sebagai sesuatu revolusi yang tidak disenangi. Sebaliknya institusi kewangan harus menerimanya sebagai satu peluang,” katanya.
Raja Teh Maimunah berkata demikian dalam program sembang 30 minit bertajuk, Gabungan Unik di Malaysia: Syarikat Permulaan, Bank-bank Kewangan Islam, pada  Persidangan Finnovasia selama dua hari bermula hari ini.
Beliau juga memberi penekanan bahawa Muhammad, dalam ucapan beliau turut menyebut bahawa antara 10 peratus dan 40 peratus daripada perolehan keseluruhan perbankan akan berdepan risiko menjelang 2025 disebabkan teknologi kewangan atau inovasi fintech.
Maybank, RHB dan CIMB adalah tiga bank di Malaysia yang melaksanakan FinTech dengan pantas, dan buat masa ini ia bekerjasama dengan syarikat berkaitan bagi meningkatkan penyelesaian digital untuk pelanggan mereka.
Raja Teh Maimunah berkata, walaupun arah alirannya menggalakkan, terdapat beberapa Bank Islam lebih kecil yang tidak menyedari bahawa penyelesaian digital merupakan satu-satunya cara untuk mereka berkembang.
Memandangkan bank-bank itu kecil dan muncul lewat dalam industri ini, bank tersebut tidak boleh maju secepat bank konvensional dari segi rangkaian cawangan dan sebagainya.
“FinTech adalah penyelesaian untuk ini. Malangnya dalam banyak contoh, Bank Islam di Malaysia bukannya bank-bank kendiri, tetapi merupakan anak-anak syarikat daripada bank konvensional dan kebanyakannya diterajui oleh bank konvensional,” katanya.
Bagi perkembangan industri tersebut dalam kalangan syarikat pesat membangun, beliau berkata usaha penggabungan bank-bank dan pembelian bank akan membolehkan bank-bank tersebut berkembang.
“Berdasarkan penyelidikan yang telah saya baca, kebanyakannya tidak bertahan melebihi 20 bulan, malah terdapat syarikat yang ditutup akibat kekurangan dana, walaupun mempunyai idea yang pintar,” kata Raja Teh Maimunah.
Beliau menyebut iflix, sebagai contoh, adalah syarikat perkhidmatan langganan video atas permintaan yang berpangkalan di Malaysia, memasuki ke pasaran sebanyak tiga kali untuk mengutip dana. – Bernama

Madinah Zaman Nabi adalah Negara Maju.


Madinah Zaman Nabi adalah Negara Maju
Hidayatullah.com–Negara Madinah yang dibangun oleh Nabi Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassallam tahun 622 M, adalah sebuah negara maju; dalam arti negara itu merupakan negara ideal dalam perspektif peradaban Islam.  Hal itu disampaikan oleh Dr. Adian Husaini dalam acara Kajian Bulanan di Masjid Darut Tauhid Bandung, Ahad (19/03/2017).
Merujuk kepada QS 7:96, Adian menjelaskan bahwa negara ideal (negara maju) adalah “negara taqwa”, yakni negara yang masyarakatnya beriman dan bertaqwa. Negara seperti itulah yang akan mendapatkan kucuran berkah Allah dari langit dan bumi. “Jadi, konsep kemajuan suatu masyarakat atau suatu negara jangan hanya diukur dari aspek materi saja, seperti aspek pendapatan per kapita,” kata Adian di hadapan ratusan jamaah Darut Tauhid.
Merujuk kepada konsep kemajuan manusia yang digagas oleh Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas, Adian menguraikan konsep kemajuan jiwa manusia. Secara hakiki, manusia yang maju, adalah manusia yang jiwanya mengalami proses pembersihan (tazkiyatun nafs). Jiwanya bersih dari berbagai penyakit jiwa, seperti sombong, dengki, malas, penakut, lemah, riya’, dan sebagainya.
“Lihatlah bagaimana al-Quran menjelaskan para orang tua yang bijak, seperti Nabi Ibrahim, Nabi Ya’qub, Luqman al-Hakim, dan sebagainya dalam mendidik anaknya agar mereka menjadi manusia yang maju, dalam arti menjadi manusia yang beriman dan bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wata’ala,” kata Doktor Peradaban Islam dari ISTAC-IIUM tersebut.
Dalam kaitan konsep kemajuan itulah, menurut Adian, negara Madinah yang dipimpin oleh Nabi Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassallam dan para Khulafa al-Rasyidun adalah negara maju, yang bisa dijadikan sebagai negara model yang ideal.  Karena itu, Adian menyesalkan, mengapa dalam pelajaran di sekolah-sekolah pada umumnya, para pelajar muslim tidak dikenalkan dengan konsep ideal “negara Madinah”.
“Ahli manuskrip kuno, Prof. Hamidullah, menulis bahwa Piagam Madinah adalah the first written constitution in the world,” jelas Adian.
Bahkan, masyarakat Madinah ketika itu adalah masyarakat yang cinta ilmu, cinta pengorbanan, dan saling mengasihi satu sama lain. Karena itu tidak heran, dalam waktu singkat, Madinah menjelma menjadi pusat peradaban di dunia. Tahun 636 M, umat Islam sudah mampu merebut Kota Jerusalem dan membangun peradaban baru yang penuh toleransi.  Merujuk pada buku “Jerusalem” karya Karen Armstrong, Adian menyebut, Umar bin Khathab adalah pemimpin pertama yang memberikan toleransi beragama di Kota Jerusalem.  Pada tahun 711 M, umat Islam mulai membangun peradaban maju dan besar di Andalusia yang berlangsung sekitar 800 tahun.
Dalam Kajian yang berlangsung sekitar 2,5 jam itu, Adian mengimbau perlunya orang tua memiliki kepedulian terhadap pendidikan sejarah bagi anak-anaknya. “Orang-orang Barat saja sampai sekarang tetap membanggakan warisan intelektual Yunani dan para intelektual masa lalu mereka. Jangan sampai anak-anak muslim tidak paham sejarah, akhirnya mereka tidak bangga dengan khazanah sejarah mereka sendiri,” jelasnya.
Pada kesempatan itu Adian menekankan pentingnya menjadikan keluarga sebagai institusi pendidikan yang utama dalam membangun peradaban Islam di masa depan. Ironisnya,  mulai TK sampai Perguruan Tinggi, para pelajar tidak diberikan pendidikan bagaimana menjadi orang tua yang baik. Pemerintah pun tidak punya kementerian pemberdayaan keluarga.
“Yang ada sekarang kementerian pemberdayaan perempuan. Padahal,  sekarang makin banyak laki-laki yang tidak berdaya, yang juga perlu diberdayakan,” kata Adian, sambil ketawa, diiringi tawa jamaah.
Secara panjang lebar, Ketua Program Doktor Pendidikan Islam Universitas Ibn Khaldun Bogor itu kemudian menjelaskan bagaimana tanggung jawab dan kiat orang tua dalam mendidik anak-anak mereka. Ia mengimbau para pemuda yang belum menikah, agar memiliki ilmu bagaimana mendidik anak, sebelum menikah. “Orang tua wajib mendidik anak-anaknya, agar anak-anaknya bisa mendidik anak-anak mereka menjadi manusia yang lebih baik lagi. Dengan itu akan tercipta generasi Muslim yang makin tangguh dari masa ke masa,” paparnya. 

Sunday 19 March 2017

Rumah Segera, Dibina Dalam 24 Jam. Lihat Ini..


MOSCOW, 20 Jamadilakhir 1438H, Ahad – Apis Cor, sebuah firma yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), berjaya membina sebuah rumah seluas 400 kaki persegi dalam tempoh 24 jam.
Menurut laporan portal berita Metro, ia merupakan syarikat pertama yang berjaya membangunkan mesin pencetak 3D mudah alih, sekali gus membolehkan ia mencetak sebuah bangunan di lokasi yang dikehendaki.
Menurut syarikat itu, bahan-bahan yang digunakan boleh bertahan sekurang-kurangnya 175 tahun, dan hanya menelan kos sebanyak AS$10,134 (kira-kira RM44,969) – termasuk kos segala kelengkapan asas.
Rumah pertama Apis Cor berbentuk ibarat igloo masyarakat Eskimo di kawasan pedalaman Kutub Utara itu dibina di kota Rusia, Moscow.
Apis Cor menyatakan ini adalah kali pertama dalam amalan pembinaan di Rusia, cetakan dibuat sebagai sebuah rumah berbanding panel-panel yang dicetak terlebih dahulu sebelum dipasang kemudian.
Rumah itu menempatkan satu ruang terbuka, tandas, rumah tamu dan dapur yang kecil tetapi berfungsi penuh cekap.
Syarikat itu menyatakan, pihaknya yakin ini adalah langkah pertama untuk ke pasaran pembinaan masa depan, yang akan tertumpu kepada teknologi cetakan 3D. – Agensi
PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

 

Friday 17 March 2017

Kelantan bantu usahawan berdikari


MINGGU Gerakan Usahawan Kelantan 2017 dianjurkan kerajaan negeri bagi memberi peluang usahawan-usahawan tempatan memasarkan produk mereka.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan, Zulkifli Mamat berkata, usahawan tempatan berpeluang memasarkan produk pada program berkenaan.
Katanya mereka juga dapat meningkatkan daya saing dalam menghadapi cabaran persekitaran perniagaan.
"Gerakan Usahawan Kelantan dianjurkan bagi menyedia peluang dengan program lebih konfrenhensif kepada usahawan tempatan dapat bersaing dengan usahawan luar.
“Minggu gerakan usahawan dianjurkan sebagai satu platform bagi membolehkan peniaga mempromosi produk mereka,” katanya pada sidang media di Kota Bharu hari ini.
Sebanyak 400 lot disediakan pada minggu usahawan tersebut yang mewakili pelbagai sektor.
Minggu Gerakan Usahawan Kelantan 2017 bermula 23 Mac sehingga 1 April 2017 bertempat di Pasar Seni Bazar Tok Guru, perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV dan Kelantan Trade Centre, Kota Bharu.
Pelbagai aktiviti akan diadakan sempena program berkenaan termasuk pasar seni, ekspo makanan halal Kelantan, karnival 'online' anak muda, laman sejahtera, jahitan kreatif dan seminar.
Orang ramai juga boleh mengikuti kelas memasak, pertunjukan magis, pertandingan PC Games, mini konsert Anak Muda Kelate, KB Buskers, cabaran chef cilik dan pertandingan mewarna kanak-kanak.
Perasmiannya akan disempurnakan Menteri Besar Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob  pada 23 Mac jam 11 pagi di Kelantan Trade Centre. – HARAKAHDAILY 16/3/2017

Thursday 16 March 2017

H5N1: Pengusaha itik telur rugi RM200,000

 Dua kakitangan JPV melakukan operasi memusnahkan unggas di kawasan Kampung Kedondong yang disyaki terkena jangkitan H5N1 semalam.


PASIR MAS – Seorang pengusaha itik telur di Kampung Kedondong di sini kerugian lebih RM200,000 apabila ternakannya terpaksa dimusnahkan selepas disyaki terkena jangkitan selesema burung H5N1.
Pemilik ternakan tersebut, Mohd. Hakimi Azrol Mohd. Zaki, 20, berkata, apa yang berlaku adalah di luar jangkaan kerana dia baru sahaja mengusahakan ternakan tersebut sejak dua minggu lalu.
Katanya, dia menternak kira-kira 7,000 ekor itik telur termasuk 2,000 yang baru dibeli daripada pembekal tempatan.
“Bagaimanapun, saya diberi pampasan RM10 untuk setiap ekor itik yang dimusnahkan atau dianggarkan kira-kira RM70,000.
“Sedikit sebanyak ini dapat meringankan beban sekali gus dapat digunakan selepas ini untuk merancang langkah seterusnya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam. (Kosmo)

Wednesday 15 March 2017

Tukar Padang Pasir Jadi Ladang Gandum. Kisah Anak M'sia Di Sudan.


TUMPANG bangga kami membaca kisah inspirasi mengenai seorang anak Malaysia yang berjaya di Sudan ini.

Kehebatan jurutera yang merupakan bekas mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini membuktikan graduan keluaran universiti tempatan tidak kurang hebatnya.
Kisah lelaki bernama Tuan Haji Zuraimi Isa ini diceritakan oleh Masnira Ramli melalui laman Facebooknya.
“Dari padang pasir yang tandus bertukar ke ladang gandum yang subur!”
Ini adalah projek wakaf Al Rajhi Group di Sudan. Kendalian jurutera Malaysia.
Anak Malaysia Tukar Padang Pasir Jadi Ladang Gandum
Siapa sangka projek WAKAF yang bakal menyumbangkan 80% hasil keuntungannya kepada negara-negara miskin di seluruh dunia ini mempercayai seorang jurutera Malaysia, Tuan Haji Zuraimi Isa sebagai Ketua Jabatan – Perkhidmatan Pengurusan Air yang terlibat dalam pembinaan rumah pam, pam pengairan, pembinaan terusan dan pivots.
Beliau ternyata sangat hebat mashaALLAH di dalam bidang kejuruteraan mekanikal apabila kepakarannya sudah dipercayai oleh 7 buah negara sepanjang 19 tahun beliau bertugas.
Namun projek ini lebih memberikan kepuasan lahiriah dan juga rohani apabila khabarnya ia merupakan projek wakaf, kepuasannya berbeza daripada projek mega lain yang pernah beliau terlibat.
Anak Malaysia Tukar Padang Pasir Jadi Ladang Gandum
Anak Malaysia Tukar Padang Pasir Jadi Ladang Gandum
Apa yang berjaya membuatkan saya terlalu kagum adalah projek ini berjaya menukar sebuah padang pasir yang tandus di negara panas Sudan menjadi sebuah ladang gandum yang sangat subur dengan kepakaran teknologi kejuruteraan yang digunakan. Hebat mashaALLAH!
Bercerita tentang cabaran. Menurut beliau cabaran terbesar yang terpaksa di lalui adalah dalam mendapatkan alat ganti.
Kebanyakan projek wakaf ini berada di pedalaman padang pasir. Jarak terdekat dengan bandar utama adalah 400km.
Jadi beliau banyak melakukan modifikasi untuk menyiapkan sesuatu projek berdasarkan apa material yang terdapat di tapak projek.
Anak Malaysia Tukar Padang Pasir Jadi Ladang Gandum
Anak Malaysia Tukar Padang Pasir Jadi Ladang Gandum
Semoga projek ini akan terus berkembang dan melibatkan banyak negara lain khususnya kepada negara-negara miskin di benua Afrika. Amin.
Jurutera hebat. Anak kelahiran negeri Kelantan, Tuan Haji Zuraimi Isa adalah keluaran universiti tempatan. Universiti Teknologi MARA. Syabas Tuan. Semoga terus memberikan insprasi kepada anak-anak muda yang meminati bidang kejuruteraan mekanikal.
Nasihat Tuan Hj. Zuraimi Isa untuk generasi akan datang.
Prinsip utama adalah kejujuran dan ikhlas. Jujur dalam bekerja, jujur dalam berkawan dan juga jujur dalam kehidupan. Bila kita jujur dalam bekerja, tidak menipu walaupun kadang-kadang kita di pihak yang sedikit, ALLAH swt akan bukakan jalan untuk kita.
Sepanjang dalam kerjaya saya, saya tidak pernah meminta untuk dinaikkan pangkat atau dinaikkan gaji.
Tetapi dengan kejujuran dan keikhlasan dalam melaksanakan kerja, kenaikan pangkat dan gaji itu datang sendiri.
Saya tidak pandai membodek, dan saya terkenal di kalangan rakan sekerja sebagai seorang yang tegas dan garang. Tetapi itulah resepi saya dalam menyiapkan setiap tugasan yang diberikan.
Kadang-kadang saya juga meragui kemampuan saya sendiri, tetapi saya tidak pernah berundur. Saya sahut cabaran itu dan buktikan saya mampu lakukan!
Bukan senang untuk membina keyakinan orang asing terhadap kita sebagai orang Asia. Tetapi, Alhamdulillah kebanyakan warga asing sama ada dari Eropah atau benua lain amat menghormati saya. – MYNEWSHUB.CC


Tuesday 14 March 2017

April 24 kafe bawah tanah












 
IDZANY menunjukkan menu signatur yang terdapat di kafe April 24, Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi, Selangor baru-baru ini.

MALAYSIA merupakan sebuah negara unik kerana dikurniakan kepelbagaian budaya, etnik dan agama. Selain itu, negara yang cukup bertuah ini, kaya dengan pelbagai jenis makanan tempatan dan Barat.
Justeru, tidak hairanlah jika pelancong menyifatkan Malaysia sebagai syurga makanan.
Kepada mereka yang gemar makan dan tidak tahu di mana lokasi menarik untuk mengisi perut boleh mengunjungi kafe April 24.
Terletak di Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi, Selangor, kafe itu menampilkan hidangan berkonsepkan gabungan makanan (fusion) Asia dan Barat. Ia bagi memberi lebih banyak pilihan dan memenuhi cita rasa masyarakat tempatan.
Pemiliknya, Idzany Nasser, 31, atau lebih mesra disapa Nini berkata, April 24 mula beroperasi sejak Oktober 2015. Uniknya kafe itu beroperasi di ruangan bawah tanah, tidak sama seperti premis perniagaan yang beroperasi berdekatan dengannya.
“Kafe ini agak berbeza kerana lokasinya di ruangan bawah tanah. Selepas diubah suai menjadi sebuah kafe, ruangan makanan, penyediaan minuman, dapur, kaunter pembayaran dan tandas telah ditempatkan di dalam kafe ini,” kongsinya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.
Tambahnya, para pelanggan boleh membuat pesanan menu ala carte di kafe itu kerana terdapat hampir 90 jenis hidangan makanan dan 53 pilihan minuman disediakan.
“Antara menu makanan yang menjadi pilihan di sini ialah nasi putih ayam masak mentega bersama susu, nasi goreng ketam kulit lembut, mi raja ayam pandan dan gegelang bawang goreng (onion ring).

GEGELANG bawang goreng atau onion ring ini antara juadah pembuka selera di kafe April 24.

Tempahan awal
“Bagi mereka yang gemarkan pasta, antara menu yang harus dicuba ialah pasta ala marinara dengan ayam, spageti bolognese dan pasta olive garlic seafood,” ujarnya.
Jelas anak jati Kuala Lumpur itu, kafe itu boleh memuatkan kira-kira 100 orang pada satu-satu masa dan menyediakan tempat yang selesa untuk pelanggan menikmati juadah serta bersantai bersama rakan mahupun keluarga tercinta.
“Begitupun, saya menyarankan kepada pelanggan untuk membuat tempahan meja awal terutamanya pada hujung minggu bagi kemudahan kedua-dua belah pihak,” ujarnya.
Mengulas lanjut mengenai harga makanan, Idzany memberitahu, harga hidangan makanan yang ditawarkan adalah serendah RM8. Manakala, menu makanan paling mahal iaitu supreme grill (ayam panggang bersama kentang putar, ayam Turki, kambing panggang, kepak ayam dan sosej berbeku) pula berharga RM70.
Di samping itu, kafe April 24 turut menghidangkan minuman yang mampu menghilangkan dahaga seperti mango lassi, chocolate milkshake dan honey melon.
Tidak ketinggalan makanan pembuka selera iaitu sup cendawan dan kentang goreng keju.
Sebagai pelengkap hidangan, turut disediakan aneka pilihan menu pencuci mulut seperti kek keju Nutella, kek red velvet dan pavlova.
“Biarpun agak jauh dari ibu kota, saya optimis, apa yang ditawarkan di sini dapat menarik hati pelanggan untuk bertamu di kafe kami,” tuturnya. (Kosmo!)