Thursday 23 March 2017

Aktiviti Umrah/Ziarah, Dipenjara 6 Bulan Atau Denda RM15,000..



ABDUL HALIM (kiri) diiringi anggota polis ketika keluar dari Mahkamah Kuala Lumpur semalam selepas syarikat pelancongan miliknya didenda RM15,000 atas kesalahan mengendalikan aktiviti umrah dan ziarah tanpa lesen.


KUALA LUMPUR – Agensi pelancongan Al Safwah Orchid (Asia) Sdn. Bhd. didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas kesalahan menjalan dan mengendalikan aktiviti umrah dan ziarah tanpa lesen yang sah, tahun lalu.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Harmi Thamri Mohamad @ Shaharuddin selepas orang kena saman (OKS) iaitu pengarah syarikat tersebut, Datuk Dr. Abdul Halim Navaghani, 39, membuat pengakuan bersalah.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Abdul Halim membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, Abdul Halim didakwa menjalan dan mengendalikan aktiviti perniagaan pengendalian pelancongan ke luar ne­geri yang berkaitan umrah dan ziarah tanpa mendapatkan lesen yang sah daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. (IH)

No comments:

Post a Comment