Friday 25 January 2013

Penjual kad kredit tipu 10 bank dicekup


Bangkok: Polis menahan seorang bekas jurujual kad kredit, semalam atas dakwaan menipu 10 institusi kewangan menggunakan 16 kad kredit palsu yang diperoleh atas nama orang lain.
Teerasat Nokampol, 57, mempunyai waran tangkap tertangguh di wilayah Samut Prakan dan Nakhon Pathom kerana mencuri identiti, memalsukan kad kredit dan menggunakan memalsukan palsu.

Dia didakwa menipu pelanggan mengatakan dia pegawai pinjaman yang bekerja di pelbagai bank. Dia memperoleh maklumat peribadi mangsa melalui borang permohonan yang diisi mereka. Dia menggunakan maklumat dan tanda tangan mereka untuk memohon kad kredit yang kemudian digunakan untuk mengeluarkan wang tunai, membeli emas dan produk lain.
Bank Ayutthaya memaklumkan polis bahawa seorang penjenayan mendakwa menjadi jurujual kad kredit untuk bank itu yang seterusnya membawa kepada penangkapan suspek.

Bank terbabit ditipu sebanyak tiga juta baht (RM300,000) menerusi penggunaan 16 kad kredit.

Terdapat 10 institusi kewangan yang menjadi mangsa penipuan suspek.
Nokampol mengakui telah melakukan jenayah terbabit sejak 2009. - Bangkok Post

Wednesday 23 January 2013

Ananda orang terkaya di Malaysia





KUALA LUMPUR – Bilionair telekomunikasi, T. Ananda Krishnan kini bergelar orang terkaya di Malaysia apabila memintas ‘Raja Gula’, Tan Sri Robert Kuok dengan mengumpul kekayaan bernilai RM30.56 bilion.
Menurut kaji selidik akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau, Ananda mendapat lonjakan baharu dari segi kekayaan apabila saham Astro Malaysia Holdings Bhd. disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun lepas.
Menurut kaji selidik itu, Kuok yang memiliki pelaburan dalam sektor perhotelan dan resort, perladangan serta syarikat perkapalan tercicir daripada kedudukan orang terkaya di Malaysia dengan nilai harta berjumlah RM29.4 bilion.
Kuok dinobatkan sebagai orang terkaya di Malaysia pada tahun lalu berdasarkan ranking majalah Malaysian Business dengan harta bernilai RM45.7 bilion tetapi kekayaan itu susut sebanyak RM16.3 bilion pada tahun ini.
Tempat ketiga pula dikuasai tokoh perbankan dari Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow dengan nilai aset berjumlah RM15.1 bilion, meningkat sebanyak RM2.36 bilion berbanding RM12.64 bilion pada tahun lalu. (Kosmo)

Tuesday 15 January 2013

Azrul Azwar: Bank Islam rugi, bank lain untung


KUALA LUMPUR: Kehilangan Ketua Ekonomi Azrul Azwar Ahmad Tajudin di Bank Islam mempunyai potensi untuk menjejaskan nama bank itu sebagai institusi kewangan negara.
Ini kerana ia kelihatan sebagai permainan politik oleh Bank Islam.

Lantas, badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) berpendapat kehilangan Azrul Azwar sebagai Ketua Ekonomi Bank Islam merupakan suatu kerugian kepada bank itu dan keuntungan kepada mana-mana institusi kewangan lain yang mungkin mengambil beliau.

Berikut kenyataan KPRU berhubung isu berkenaan.

Badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) berpendapat bahawa tindakan Bank Islam menggantung tugas Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, hanya menunjukkan Bank Islam mementingkan kepentingan politiknya berbanding melindungi hak kebebasan bersuara kakitangannya.

Justeru, KPRU menyarankan Bank Islam menyemak semula keputusan menggantung tugas Azrul Azwar dan mengembalikan jawatan dan tugas Azrul Azwar kepadanya.

Azrul Azwar mempunyai pengalaman selama melebihi sepuluh tahun dalam bidang ekonomi. Beliau telah bertugas sebagai penganalisa di Meridian Asset Management Sdn Bhd, RHB Bank, Malaysia Industrial Development Finance Bhd (MIDF) dan Islamic Financial Services Board (IFSB).

Hanya kerana memajukan pendapatnya mengenai peluang kemenangan Barisan Nasional, beliau telah digantung daripada tugasnya dan menghadapi risiko untuk kehilangan jawatan beliau sebagai Ketua Ekonomi di Bank Islam.

KPRU menyarankan individu seperti Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar yang berpengalaman tinggi, dalam bidang ekonomi diangkat penggantungannya dan dilayani sebagai aset dan bukannya musuh politik. Memandangkan Bank Islam telah menjauhi daripada pendapat Ketua Ekonomi Bank Islam Azrul Azwar maka, tindakan menggantung tugas merupakan suatu tindakan ekstrem dan tidak mencerminkan sikap profesionalisme Bank Islam dalam menangani pendapat politik berbeza-beza.

Kehilangan Ketua Ekonomi Azrul Azwar di Bank Islam mempunyai potensi untuk menjejaskan nama Bank Islam sebagai antara institusi kewangan negara kerana ianya kelihatan sebagai permainan politik yang dimainkan oleh Bank Islam. Lantas, kehilangan Azrul Azwar sebagai Ketua Ekonomi Bank Islam merupakan suatu kerugian Bank Islam dan suatu keuntungan mana-mana institusi kewangan lain yang mungkin menggaji beliau.

Sebagai rakyat Malaysia, Azrul Azwar mempunyai hak kebebasan untuk menyuarakan pendapatnya. Sebagai sebuah institusi kewangan negara ini, Bank Islam seharusnya bersikap neutral terhadap para pekerjanya terutamanya dalam mengendalikan pendapat politik yang berbeza. Kegagalan Bank Islam untuk bersikap neutral hanya merugikan Bank tersebut dan menampakkan Bank Islam sebagai suatu alat politik kerajaan Barisan Nasional. (Hrkh)

Friday 4 January 2013

2012: Ini Skandal, Palsu & Curi Wang Badan Dunia..


Kantor JP Morgan
CATATAN SANTAI IBNU HASYIM  

KRISIS kewangan telah melanda dunia sejak 2008, namun perilaku buruk kalangan perbankan masih saja terjadi pada tahun 2012 lalu. ini. Skandal ini memang tidak sebesar empat tahun lalu, namun nilainya mencapai milion dolar AS.

Jika pada 2008 perusahaan-perusahaan besar seperti Lehman Brothers dan Goldman Sach tidak sanggup bertahan, maka pada 2012 itu skandal melanda lembaga kewangan sekelas JP Morgan, dan beberapa dari mereka tersangkut kes yang sama. 

Berikut 10 skandal lembaga kewangan terbesar sepanjang 2012 yang dilaporkan Forbes: ...

Lanjut...  2012: Ini Skandal, Palsu & Curi Wang Badan Dunia.....


....

Thursday 3 January 2013

Koperasi Kutip Barang Terbuang Tukar Dg Makanan



AFP: BEBERAPA kanak-kanak mengumpulkan botol dan tin sebelum menukarkannya dengan pelbagai jenis barang di kedai milik Peerathorn di Bangkok pada 23 Disember tahun lalu. 

BANGKOK - Sebuah koperasi barang kitar semula ditubuhkan oleh bekas pengutip barang-barang terbuang, Peerathorn Seniwong dan isterinya, Buarin di sini. Skim itu melibatkan 800 ahli bagi membolehkan barang-barang terbuang yang dikutip penduduk miskin akan ditukar dengan pelbagai jenis barang termasuk makanan.

Keuntungan koperasi itu dibayar dalam bentuk dividen kepada ahli-ahli dan kemudahan lain seperti insurans nyawa dan membantu membayar yuran perubatan. Peerathorn yang merupakan bekas pengawal keselamatan dan pemandu teksi motosikal mendapat idea untuk menubuhkan koperasi itu selepas enam tahun dia tinggal di bawah jejambat di sini.

Barang-barang terbuang yang dihantar ke kedai koperasi itu antaranya ialah tin, botol dan surat khabar.
Menurut Buarin, sos ikan, beras, telur, mi segera, ubat gigi dan bahan pencuci merupakan antara barang yang paling menjadi pilihan ahli-ahli koperasi untuk ditukar dengan barang-barang terbuang.


AFP PEERATHORN menyusun barang-barang terbuang di kedai koperasi miliknya. 

Dia berkata, kira-kira 20 hingga 30 orang mengunjungi kedainya pada setiap hari. Menurut perangkaan Institut Pembungkusan dan Pengurusan Kitar Semula Untuk Mempertahankan Alam Sekitar, terdapat ratusan ribu pengutip barang-barang terbuang dengan pendapatan mereka antara AS$6.50 (RM19.73) hingga AS$10 (RM30.35) sehari. - AFP