Saturday 31 March 2012

Demontrasi Bantah Pelan Jimat Di Sepanyol.


ORANG ramai berkumpul di bandar Valencia kelmarin kerana membantah pelan penjimatan oleh kerajaan Sepanyol.

MADRID 31 Mac 11: Puluhan ribu pekerja menyertai demonstrasi besar-besaran di sini dan beberapa bandar raya lain di Sepanyol kelmarin. Tunjuk perasaan seluruh negara itu yang bertukar ganas, diadakan bagi membantah pelan penjimatan oleh kerajaan.

Perkembangan itu berlaku ketika kerajaan mengumumkan penjimatan perbelanjaan sebanyak 27 bilion euro (RM110.5 bilion) dalam draf bajet 2012 dengan memotong perbelanjaan agensi kerajaan dan menaikkan cukai selain membekukan kenaikan gaji kakitangan awam.

Timbalan Perdana Menteri, Soraya Saenz de Santamaria berkata, bajet itu perlu walaupun ia pahit buat rakyat Sepanyol. Menurutnya, Sepanyol tidak mahu muflis dan terpaksa memohon pelan penyelamatan ekonomi seperti yang berlaku kepada Greece.

Dalam pada itu, demonstrasi bertukar ganas di bandar kedua terbesar Sepanyol, Barcelona, apabila para penunjuk perasaan yang menutup muka memecahkan tingkap bank dan kedai dengan menggunakan tukul serta batu.

Di pinggir bandar raya Valencia pula, lalu lintas hampir lumpuh apabila apabila penunjuk perasaan membakar sejumlah tilam di sebuah lebuh raya berdekatan. Kumpulan penunjuk perasaan turut melemparkan sebutir bom petrol ke atas sebuah kereta polis di bandar Murcia, Timur Sepanyol.

Setakat ini, polis menahan sebanyak 176 penunjuk perasaan di seluruh Sepanyol. Menurut pihak berkuasa, sejumlah 104 orang cedera dalam pergelutan yang berlaku termasuk 58 anggota polis. Bagaimanapun, tiada laporan mengenai kemalangan jiwa dalam krisis rusuhan di negara Eropah itu. - AGENSI

Monday 26 March 2012

Pelaburan Felda (FGVH) Luar Negara Rugi -Dr Rosli



Dr Rosli Yaakob dari kanan, YB Salahuddiin dan Dr Zulkifli.

KL, 26 Mac 12: PAS hari ini mengemukakan bukti berhubung dakwaan bahawa pelaburan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di luar negara mengalami kerugian. Bukti tersebut diperoleh daripada laporan audit FGVNA sehingga 31 Disember 2010.

Pakar ekonomi PAS, Dr Rosli Yaakop berkata, syarikat pegangan pelaburan, Felda Global Ventures North America Sdn. Bhd. (FGVNA) mencatat kerugian sebanyak RM27,576,023 pada 31 Disember 2010 berbanding keuntungan sebanyak RM44,832,558 pada 31 Disember 2010.

Katanya, kerugian itu akibat anak-anak syarikat miliknya di Amerika Utara gagal membayar balik pinjaman yang diberikan sebanyak RM48,173,488.

"Felda telah melabur dana melebihi RM1,000,000,000 di dalam Twin Rivers Technologies Holdings Inc dan anak-anak syarikatnya di Amerika dan Kanada sejak Oktober 2007.

"Berdasarkan dua pengukur prestasi iaitu syarikat rugi dan pinjaman yang diberikan kepada anak-anak syarikat gagal dibayar balik mengikut terma yang dipersetujui dan ini membayangkan prestasi syarikat bermasalah," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Rosli juga mempersoal tujuan FGVNA membeli saham TRTH pada harga RM1,567.50 se saham.

"Kenapa Felda memilih untuk membeli 97 peratus milikan dalam TRTH walhal ia adalah pemain baru dalam bidang oleochemicals yang ditubuhkan pada 1994 dan TRTH bukannya market leader dalam bidang ini?" soalnya yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Selain itu katanya, pelaburan yang dibuat FGVNA di Amerika Utara iaitu Amerika syarikat dan Kanada amat besar iaitu berjumlah RM1,255,263,942.

"Apakah pulangan tahun yang diharapkan daripada pelaburan ini? Apakah manfaat kepada peneroka -peneroka Felda daripada pelaburan ini?" soalnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub terus meminta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan memberi penjelasan berhubung kemerosotan tunai Felda daripada 4.5 bilion pada 2001 kepada 1.2 bilion pada 2005.

"Felda telah ada ibu pejabat tapi beli lagi pejabat di KLCC berharga RM600 juta lebih.

"RM235 bilion dibayar sebelum pembinaanya. Adakah ia dirujuk kepada ahli lembaga pengarah Felda dan adakah pejabat ini yang diperlukan peneroka?

"Datuk Ahmad Maslan kata semuanya untung, tak ada rugi," katanya. (Hrkh)

Saturday 24 March 2012

Wanita-Wanita Ini, Rogol Lelaki, Boleh Jadi Kaya?


DUA beradik, Sophie Nhokwara, (kiri) dan Netsai (kanan) serta Rosemary (dua dari kanan) yang berdepan dakwaan menyerang (merogol) 17 pengembara lelaki, berjalan di luar sebuah mahkamah di Harare, Zimbabwe pada 29 November tahun lalu.


MASHAVA, Zimbabwe - Susan Dhliwayo tergamam ketika dia memberhentikan keretanya kerana ikhlas mahu menumpangkan sekumpulan pengembara lelaki baru-baru ini tetapi mereka menolak pelawaannya.

Puncanya adalah kerana lelaki itu bimbang akan dirogol.

Zimbabwe kini digemparkan dengan laporan sensasi bahawa terdapat geng wanita cantik merogol beberapa pengembara lelaki dan meletakkan sperma mereka di dalam kondom bagi tujuan ilmu hitam.

"Sekarang ini, lelaki takut kepada wanita," kata Dhliwayo yang berusia 19 tahun.

Menurutnya, para pengembara tidak akan menaiki kereta yang dipandu wanita kerana mereka tidak mempercayai lagi kaum Hawa itu.

Media Zimbabwe sebelum ini melaporkan beberapa lelaki yang ditemui di lebuh raya telah diberi ubat tidur, diugut dengan menggunakan pistol atau pisau dan diberikan ubat perangsang seks sebelum mereka dirogol berulang kali dan ditinggalkan di tepi jalan.

Berita tentang kumpulan perogol itu yang digelar 'pemburu sperma', pertama kali disiarkan di dada akhbar tempatan pada tahun 2009.

Namun, sehingga kini, polis hanya berjaya menangkap tiga wanita yang ditahan bersama satu beg plastik berisi 31 kondom terpakai. Mereka didakwa kerana memperkosa 17 lelaki.

Tiga orang yang ditangkap itu terdiri daripada Sophie Nhokwara, 26 dan adiknya, Netsai, 24, serta Rosemary Chakwizira, 28.

"Kami tidak tahu jumlah sebenar kes rogol seperti ini," kata jurucakap polis, Wayne Bvudzijena.

"Kebanyakan kes ini berlaku apabila mangsa menumpang kenderaan persendirian. Kami menggalakkan orang ramai agar menggunakan kenderaan awam."

Menurutnya, tujuan sperma itu diambil si mangsa masih tidak jelas tetapi ia dipercayai digunakan dalam amalan sihir yang dikenali sebagai 'juju' atau upacara membawa tuah termasuk bagi tujuaan mendatangkan kekayaan, melariskan perniagaan dan mengelak penjenayah daripada dikesan.

"Isu ini sukar untuk difahami," kata pakar sosiologi Universiti Zimbabwe, Watch Ruparanganda.

"Apa yang jelas sperma ini digunakan dalam upacara ilmu hitam," tambahnya.

Ruparanganda berkata, beliau hairan apabila mendapati sperma menjadi barangan komoditi ketika dia sedang melakukan kajian sosial di Harare tujuh tahun lalu.

Dia diberitahu oleh remaja jalanan bahawa ahli-ahli perniagaan akan membawa mereka ke hotel bagi tujuan seks.

Seorang pemuda berusia 24 tahun, Tende Marahu turut mengesahkan perkara tersebut.

Menurutnya, beberapa lelaki dan wanita datang untuk mengambil lelaki di kawasan kejiranannya bagi mendapatkan sperma yang dikumpulkan dalam kondom selepas mereka melakukan hubungan seks.

"Perkara ini telah lama berlaku," katanya.

Amalan songsang tersebut turut dikecam Persatuan Pengamal Perubatan Tradisonal Zimbabwe.

"Kami percaya amalan ini adalah sihir dan kami mengecamnya," kata jurucakap persatuan berkenaan, George Kandiyero.

Menurutnya, pemburu sperma tidak akan mengambil sperma kekasih atau suami mereka untuk upacara juju kerana ia boleh memudaratkan lelaki itu. - AFP

Wednesday 21 March 2012

Mengapa Bintang Pop Kecil Ini Dibelasah?

BIEBER dengan wajah penuh lebam dan darah tersembur dari mulutnya selepas ditumbuk di rahangnya.
BIEBER dengan wajah penuh lebam dan darah tersembur dari mulutnya selepas ditumbuk di rahangnya.

BIEBER dibantu oleh wanita di gelanggang tinju.
BIEBER dibantu oleh wanita di gelanggang tinju.

LOS ANGELES: Dia adalah bintang pop remaja kecil yang dikenali dengan wajah keanak-anakan dan lirik polos yang membuatkan namanya cukup masyhur.

Bagaimanapun, dalam sesi fotografi terbaru, tidak dinafikan Justin Bieber akan mengejutkan peminat dengan penampilan lelaki sasa berlumuran darah yang dibelasah teruk. Penyanyi lagu Baby berusia 18 tahun itu dilihat bermandi darah ketika mukanya ditumbuk oleh peninju yang tegap. Imej itu adalah satu daripada banyak gambar yang diambil oleh jurugambar fesyen terkenal dunia Tony Kelly untuk sesi fotografi majalah Complex.

Dengan berpakaian kemeja putih dan tali leher hitam di gelanggang, Bieber dilihat dipukul dengan kuat di rahangnya sebelum meludahkan darah daripada mulutnya. Kemejanya koyak dan wajahnya penuh lebam dan berdarah, sebelum dia ditenangkan wanita berbikini di gelanggang ketika dia bersedia untuk bertarung semula.

Dalam gambar lain Bieber menyarung jaket tuxedo hitam dan turut bertarung beberapa pusingan dengan bola belon peninju. Imej mengejutkan itu diambil Tony Kelly, jurugambar yang dilahirkan di Dublin yang telah mengambil pelbagai gambar fesyen jenama mewah untuk majalah seperti GQ, Tatler dan Vanity Fair.

Selepas merakam gambar konflik di negara dilanda peperangan, termasuk Rwanda dan Afghanistan, Kelly menjadi seorang daripada jurugambar paling dikehendaki selepas menceburi industri fesyen, selepas bekerja dalam industri itu selama lapan tahun.

Kelly juga telah bekerja untuk kempen iklan terbesar untuk American Apparel dan Mini Cooper, serta majalah lelaki Playboy. - TS (myMetro)

Sunday 18 March 2012

Pengasas Red Bull meninggal dunia


Chaleo YoovidhyA


BANGKOK - Bilionair Chaleo Yoovidhya yang merupakan pengasas bersama minuman tenaga Red Bull meninggal dunia pada usia 89 tahun semalam akibat sakit tua, kata seorang jurucakap syarikat berkenaan.

Menurut majalah Forbes, Chaleo ialah lelaki kedua terkaya di Thailand dengan nilai aset AS$5 bilion (RM15.2 bilion) pada tahun lalu.

Dilahirkan dalam keluarga miskin berketurunan China-Thai, keluarga Chaleo menyara kehidupan dengan menternak itik dan menjual buah-buahan di wilayah Phicit, utara Thailand.

Beliau kemudian berpindah ke ibu kota Thailand untuk bekerja di kedai ubat saudara lelakinya sebelum menjadi seorang jurujual.

Chaleo seterusnya membina kilang farmaseutikalnya sendiri di sini.

Kilangnya, TC Pharmaceuticals menghasilkan minuman tonik dinamakan Krating Daeng yang mendapat sambutan hebat dalam kalangan pekerja kilang dan pemandu lori.

Populariti tonik tersebut kemudian dijadikan inspirasi oleh Chaleo untuk menghasilkan Red Bull.

Pada tahun 1984, beliau mengasaskan minuman Red Bull bersama pakar pemasaran Austria, Dietrich Mateschitz.

Mateschitz menyedari potensi minuman tonik tersebut semasa melawat rantau Asia.

Mereka mula menjual Red Bull di Austria pada tahun 1987.

Rakan niaga itu masing-masing memiliki 49 peratus kepentingan dalam Red Bull manakala baki dua peratus saham dipegang oleh anak lelaki Chaleo, Chalerm.

Red Bull yang dihasilkan di kilang milik Chaleo kini dijual di lebih 70 negara di seluruh dunia.

Bilionair itu berkahwin sebanyak dua kali dan dikurniakan 11 orang anak, lima oleh isteri pertamanya dan enam hasil perkahwinan keduanya.

Selain perniagaan minuman tenaga, Red Bull turut memiliki dua pasukan bola sepak, Red Bull Salzburg di Austria dan New York Red Bulls di Amerika Syarikat.

Red Bull juga merupakan pemilik pasukan Formula Satu dengan nama yang sama.

Keluarga Chaleo bersiap sedia untuk mengadakan upacara agama Buddha selama seminggu di sebuah tokong di sini ekoran kematian ketua keluarga tersebut. - AFP

Saturday 17 March 2012

A.Hadi: Boleh kerjasama, berniaga dengan Yahudi, bukan Zionis


Shsh Alam 17 Mac 12: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kerjasama dengan bangsa Yahudi, terutama dalam bidang perniagaan adalah dibenarkan tetapi ia adalah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis.

"Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis ," katanya dalam sesi-soal jawab di majlis makan malam bersama Pemimpin PAS anjuran Dewan Muslimat PAS Malaysia di Shah Alam malam tadi.

Turut hadir Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga menteri besar Kelantan.

Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pimpinan PAS yang mengajukan soalan berhubung proses perhubungan antara kerajaan PAS ataupun pakatan pembangkang untuk memisahkan hubungan perniagaan dengan bangsa Yahudi sekiranya menguasai kerajaan persekutuan suatu hari nanti.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi berkata PAS akan menukar minda orang Melayu supaya memperkasakan diri mereka dengan ajaran Islam.

"Melayu sahaja tanpa Islam akan menjadi bangsa hina," katanya.

Abdul Hadi berkata parti itu bersedia meletakkan calon yang terdiri daripada seniman ataupun artis pada pilihan raya umum akan datang, sekiranya ada permintaan sedemikian daripada mana-mana cawangan ataupun kawasannya.

Terdahulu, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud dalam ucapannya pada majlis itu berkata Dewan Muslimat telahpun mengemukakan senarai nama calon untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) kepada PAS Pusat.

Beliau berkata, lebih 30 muslimat dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak telah dicalonkan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

- Bernama

Orang Kaya Di Inggeris Makin Berhemat

Orang kaya di Inggris kini semakin berhemat dengan pengeluarannya

Para miliarder atau orang-orang terkaya di Inggris semakin irit (berhemat) dalam pengeluaran mereka. Para hartawan ini kini memilih menabungkan uangnya daripada membeli merek-merek terkenal. Mereka juga mulai mengurangi konsumsi bahan bakar.

Dalam laporan kuartalan Big Money Index yang dikeluarkan perusahaan asuransi internasional, AXA, terungkap bahwa kalangan masyarakat sukses yang berusia antara 40-50, telah menikah, pendapatan di atas rata-rata dan memiliki rumah kedua, merasa perlu berjuang untuk memenuhi kebutuhannya.

Hampir 30 persen anggota dari kelompok yang disurvei AXA mengakui mereka akan bahkan telah beralih ke supermarket yang lebih murah untuk belanja makanan. Sementara seperlima peserta survei mengatakan mereka telah mengurangi penggunaan minyak, gas dan listrik pada tiga bulan terakhir.

Kecenderungan 'pengetatan ikat pinggang' juga meningkat di antara mereka yang memiliki gaya hidup eksklusif yaitu orang-orang yang berusia sekitar 50-60. Kalangan ini memiliki status telah menikah dengan mempunyai anak-anak yang telah dewasa, bebas hipotek, pendapatan bersih setelah pajak yang tinggi dan beberapa aset.

Nick Turner seperti dikutip VIVAnews dari laman the telegraph, Sabtu, 17 Maret 2012 mengatakan kondisi keuangan dalam beberapa bulan terakhir memang lebih ketat dari sebelumnya, bahkan di antara mereka yang berpendapatan lebih sekalipun.

"Dompet ketat yang jelas, dengan banyak membatasi pada hal-hal lebih bagus dalam hidup, tapi juga membuat perubahan pada belanja makanan dan konsumsi bahan bakar untuk sebuah gelar yang melukiskan gambaran menyedihkan," katanya.

AXA juga menemukan hanya 12 persen dari semua konsumen yang disurvei oleh YouGov manyatakan mampu membayar utangnya. Mereka ini adalah kalangan pensiunan dengan pendapatan rendah, tidak mempunyai tabungan dan tergantung pada negara. Sisanya, sama sekali tak lagi mampu membayar utang.

Sementara, lebih dari sepertiga atau 34 persen konsumen mengatakan tidak menyimpan dana pensiun karena terlalu fokus pada kebutuhan mendesak mereka di sektor keuangan. Delapan dari 10 orang mengatakan mereka tetap menutup mata pada keuangan pribadinya, dengan gambaran yang jelas tentang berapa banyak masuk dan berapa banyak yang keluar. (umi/VIVAnews)

Tuesday 13 March 2012

Eropah bakal hadapi kemelesetan ekonomi


FRANKFURT, Jerman - Seorang pegawai kanan Bank Pusat Eropah (ECB) menyatakan, 17 negara yang menggunakan mata wang euro akan dilanda 'kemelesetan ekonomi yang amat sederhana' pada tahun ini.

Benoit Coeure memberitahu akhbar Jepun, Nikkei bahawa pertumbuhan ekonomi terbantut akibat kekurangan pinjaman bank dan langkah penjimatan oleh beberapa kerajaan Eropah yang berdepan krisis hutang negara.

Selain itu, kata Coeure, harga minyak yang tinggi dan kenaikan cukai turut menyumbang kepada inflasi. Namun beliau percaya kesan tersebut cuma untuk jangka pendek.

Ekonomi zon mata wang euro menyusut 0.3 peratus dalam suku keempat kewangan.

Eksekutif ECB berkenaan meramalkan pertumbuhan ekonomi negatif antara 0.5 peratus dan pertumbuhan positif 0.3 peratus di Eropah pada tahun ini. - Agensi

Friday 9 March 2012

Pen Quran Elektronik Model Baru

Holy Quran New Model


Price : RM 350

More advantages than the previous as:

>Holy Qur'an in Utmanic font
>Reciter select feature
>Reciting feature for the touched Kalima(word)
>Reciting feature for the touched Ayah(verse)
>Reciting feature for the touched Surah(chapter)
>Reciting feature for the touched Fiqrah(paragaph)
>Recording voice for comparison quran sounds
>Repeat feature(3 times)
>MP3 feature with 4MB memory.
>stereo quanlity complete system.

can sms or contact if interested.. tq

Phone Affan: 0173100615