Friday 18 May 2012

Bongkar Penipuan Dalam Internet (7)

By mAYANGmAYA
(Sambungan Bongkar Penipuan Dalam Internet (6)

KEENAM: PROGRAM PELABURAN PULANGAN TINGGI (HYIP High Yield Online Investment Program)

Program pelaburan pulangan tinggi. Ha.. Ini yang menarik, kerana ramai yang terlingkup. Pelaburan melalui skim ini menarik amat ramai peserta dari seluruh dunia. Ianya juga meliputi skim Paid-To-Surf atau “Pendapatan Dari Melayari Internet”.Kerana Program Pelaburan Pulangan Tinggi Internet (HYIP) menjanjikan pulangan pelaburan pada kadar yang sangat tinggi kepada pelabur.

Ianya berdasarkan jumlah pelaburan dan jadual pulangan semula pelaburan. Pulangan Pelaburan adalah diantara 1% ke 700% atau lebih. Pembayaran semula pelaburan atau pulangan juga berbeza daripada setiap
hari, mingguan, bulanan atau tahunan. Pembayaran biasanya dibuat melalui Digital Currency seperti E-Gold, GoldMoney, E-Bullion dan Pecunix. Setengah Syarikat juga menggunakan khidmat Pay-Pal atau Stormpay.

Lazimnya Syarikat atau individu yang menawarkan program HYIP ini mendakwa mereka menjalankan perniagaan yang melibatkan pelaburan hartanah, Over-The-Counter Stocks, tukaran matawang asing (Foreign Exchange Market) samada secara sendirian atau secara dana terkumpul dan sebagainya. Bagi perniagaan hartanah biasanya mereka mendakwa pelaburan hartanah di dunia ketiga dan di beberapa wilayah di Russia yang baru mencapai kemerdekaan.

Mereka juga mendakwa membeli “Prime Bank” - Bank Securities seperti Bank Guarrantees, Notes dan Debentures yang akan membawa pulangan pelaburan yang amat tinggi.

Pelbagai bukti dikemukakan dan juga jaminan yang sistem ini adalah selamat. Marilah kita melihat sebahagian daripada rasional fakta yang diberikan oleh mereka.
  1. “Bank Guarrantee” atau Jaminan Bank yang didakwa dibeli pada harga discount dan kemudian dijual pada premium yang tinggi.
  2. “Prime Bank Letter of Credit” yang mana mereka mendakwa antara bank terjadinya penjualan “Letter of Credit” sesama bank pada kadar USD100 Million.
  3. Sebagai “orang dalam” mereka mendapat discount pada kadar 77%.
  4. Mendakwa mereka mengumpulkan pelaburann dan mampu membeli kemudahan “Prime Bank” untuk diniagakan.
  5. Mereka menunjukkan bukti daripada “Prime Bank” di antaranya: ChaseManhattan, Barclay, Deutshe bank dan sebagainya.
 Di atas hanyalah sebahagian daripada senarai pembuktian yang mereka paparkan di laman web masing-masing.

Kalau kamu layari laman web yang menjanjikan pulangan tinggi, kamu kena jaga-jaga, bila lihat perkataan di bawah ini..
  • roll program
  • bank secured trading program
  • high-yield investment program
  • leveraged pool
  • bank debenture trading program
  • currency trading program
  • off balance sheet program
  • money center instrument purchase and resale program.
  • world bank paper
  • Federal Reserve notes
  • blocked fund letters
  • IMF issued bonds
  • standby letters of credit
  • prime bank notes, guarantees or debentures
  • bankers acceptances
  • Bills of Exchange or Bills of Equity
  • commercial bank credit lines
  • irrevocable letters of credit
  • "zero interest" credit instruments or letters of credit
  • the arbitrage of senior bank instruments
  • Medium Term Notes (MTN)
  • currencies, commodities, gold and other financial instruments.
  • freely negotiable, unconditional, irrevocable, clear SWIFT wire transfers
  • callable conditional sight drafts
  • international banking days
  • ICC (International Chamber of Commerce) 400/500
  • UCC (Uniform Commercial Code) form references
  • fresh-cut or seasoned paper
  • collateral houses, sources or suppliers
  • validation of the MCC (Master Collateral Commitment)
  • irrevocable, non-retractable commitment of funds to purchase instruments.
Tetapi hakikat sebenarnya semua itu adalah penipuan dan janji-janji kosong atau apa yang mereka mahu pelabur fikirkan. Tiada HYIP yang layak atau dibenarkan oleh bank untuk menjalankan bentuk pelaburan ini. Sebenarnya mereka ini menjalankan “PONZI SCHEME”. Ponzi scheme adalah sistem di mana Pemilik Skim menggunakan pelaburan pelabur baru untuk membayar pelabur lama. Sistem ini runtuh apabila hutang kepada pelabur lama lebih tinggi daripada jumlah pelaburan baru yang diterima.

Nama Ponzi Scheme adalah diambil sempena nama pengasas sistem ini Carlo Charles Ponzi sekitar tahun 1919. Seperti skim lain, setelah lebih lapan puluh tahun Ponzi Scheme melalui evolusi yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan prasarana teknologi disamping kekreatifan individu mengolah sistem ini mengikut kehendak masing-masing.

Biasanya pelabur yang melabur dari awal akan mendapat pulangan pelaburan dan juga referral komisen. Pelabur kemudian sememangnya rugi besar. Pelabur lama juga akan rugi besar jika dia tidak sempat mengeluarkan “pegangannya” sebanyak mungkin sebelum penutupan program secara mendadak berlaku.

Bermula dengan pelaburan serendah USD5.00 atau USD10.00 kamu diberi peluang untuk menjana pendapatan berulang dan sekiranya kamu melabur dengan lebih banyak pulangan lebih tinggi dijanjikan.
Sejak enam hingga tujuh tahun lalu, amat banyak program HYIP yang beroperasi kerana “mempunyai peminat” ramai. Ianya muncul lebih pesat dari cendawan tumbuh selepas hujan.

Seperti telah diterangkan, ciri terpenting adalah tiap satunya menawarkan pulangan pendapatan yang amat tinggi di antara 1% sehari sehingga 700% sebulan atau lebih. Tawaran ini juga kadang-kala ditambahkan lagi dengan pulangan referral commission ahli baru pada kadar nilai 1% atau lebih daripada apa-apa nilai yang ahli baru laburkan.

Bagaimanapun, ada juga program cuba menambat hati pelabur yang lebih berhati-hati dengan menyedia jadual pulangan menyeluruh lebih rendah untuk jangka terdekat, tetapi amat menguntungkan pada jangka
panjang. Kerana jadual pulangan begitu “menggiurkan” inilah, maka ramai yang asalnya hanya melawati laman web berkenaan kerana ingin tahu tetapi sudah mula terpengaruh. Sudah jatuh hati dan yakin dengan pulangan yang bakal dikecapi.

Inilah “Kuasa Pemukauan Melalui Perkataan” yang kena tepat pada tempatnya (Hypnotic Writing Working At Its Best). Ditambah pula oleh sifat tamak dan perasaan “masih ada masa” sebelum skim ini hancur yang menjadi pegangan pelabur program ini. Akibatnya apa-apa pendapatan yang telah didapati dilaburkan semula supaya beroleh pulangan yang lebih berlipat-kali ganda.

Menyedari bahawa jeratnya telah mengena, iaitu kebanyakkan peserta yang baru dibayar “dividen” masing-masing melabur kembali ke semua pegangan mereka, ketika inilah Pemilik Skim mula bertindak menutup laman web dan menghilangkan diri.

Sebenarnya, pada ketika ini juga selalunya, Pemilik Skim sudah tidak mampu membayar kembali pulangan bagi kesemua pegangan jika dituntut, disebabkan programnya telah menghampiri “tahap tepu” (Saturation Point). Saturation point di sini bermaksud jumlah rekrut atau penyertaan ahli baru yang membawa Fresh Investment telah susut.

Jalan keluar bagi Pemilik Skim hanyalah menutup laman web dan menghilangkan diri bersama puluhan malah ratusan ribu dollar milik ratusan dan kadang-kadang ribu ahli yang masih terpinga-pinga.

Kesimpulan
Sangat-sangat diharap, semoga tiada lagi di kalangan kita yang akan terpengaruh dan terjebak dengan
permainan HIGH YIELD INVESTMENT PROGRAMS ini.

 Insya Allah, saya akan bongkar pendapatan dari melayari internet (Paid To Surf) dan laman web Auto Surf yang menjana kerisauan penipuan.


Sunday 13 May 2012

Bongkar Penipuan Dalam Internet (6)

By mAYANGmAYA



 (Sambungan Bongkar Penipuan Dalam Internet (5)

KELIMA: PROGRAM ONLINE MLM (Online Multi-Level-Marketing)

Online MLM menggunakan model yang mirip kepada sistem Multi Level Marketing atau Network Marketing yang beroperasi di dunia nyata. Pada peringkat awalnya banyak dari syarikat MLM terkemuka juga cuba menggunakan medium internet untuk sistem "recruitment" mereka.

Bagaimanapun, disebabkan berbagai faktor banyak yang menghentikan sistem "recruitment online" mereka kemudiannya. Kebanyakan laman web syarikat berkenaan sekarang hanyalah lebih bersifat informatif dan e-commerce. Majoriti Multi-level yang ada di dunia internet adalah yang seratus peratus syarikat Online MLM yang tidak mempunyai sistem "recruitment" di dunia nyata.

Produk yang dipasarkan kebanyakannya adalah produk kesihatan atau informasi di dalam bentuk digital download. Bagaimanapun banyak juga yang tidak mempunyai produk jelas dan mirip kepada "Ponzi Skim".

Secara dasarnya, Sekiranya kamu menyertai program MLM ini kamu perlu,
  • Membayar keahlian bulanan, tahunan seumur hidup atau.
  • Berterusan mencari ahli bawahan anda melalui sistem atau kit keahlian syarikat.
Syarikat MLM akan membuat pembayaran di dalam bentuk "referral komisen" dan bonus hasil daripada pendapatan starikat kepada ahli melalui pembelian produk, pembelian sistem atau kit pemasaran, dan pembayaran yuran keahlian.

Senaria Biasa Online MLM.


Syarikat MLM menghebahkan pre-launch program mereka secara besar-besaran dan semua di jemput menyertai program ini untuk menjadi perintis atau kumpulan atasan. Peserta yang baru ini mula mempromosikan program ini kepada masyarakat ramai untuk menjana downline atau bawahan mereka. Maka berduyun-duyunlah pelayar internet yang sememangnya sedang mencari peluang untuk mendapat pendapatan lebih mendaftar menjadi ahli.

Semua menganggap inilah peluang terbaik mereka kerana hari pelancaran rasmi program MLM syarikat berkenaan masih belum tiba sedang mereka telahpun "secure" tempat mereka di dalam syarikat yang nampaknya akan "meletup" dengan penuh kejayaan.

Pada hari pelancaran, Syarikat berkenaan (yang telah menjanjikan akan membuat pengumuman gembira bagi semua) mengumumkan bahawa semua ahli perlu "Upgrade" keahlian masing-masing bagi membolehkan mereka dibayar komisen yang tinggi oleh syarikat bergantung kepada tahap upgrade keahlian mereka samada "Silver", "Gold" atau "Platinum".

Mereka yang "Upgrade" awal dijanjikan downline yang ramai dari yang "upgrade" kemudian. Mereka yang mencari sebanyak mungkin ahli pada peringkat "prelaunch" tetapi tidak mahu "upgrade" keahlian mereka akan kehilangan downline mereka. Mahu tidak mahu ramai di antara mereka yang terpaksa "upgrade" keahlian mereka juga setelah penat-lelah mencari downline bagi pihak syarikat.

Tetapi bagi kebanyakan yang lain perkara ini sungguh menghampakan. Berita gembira yang dijanjikan oleh syarikat itu sebenarnya adalah berita yang sungguh mengecewakan. Bagi mereka yang telah "upgrade" keahliannya, mereka perlu terus membayar atau menjadi "paying member" setiap bulan bagi peluang mendapat komisen dari ahli baru yang bakal mendaftar.

Disebabkan "Compensation Plan” atau Plan Pembayaran yang tidak jelas dan sememangnya terlalu komplikated, selepas beberapa bulan ramai yang masih tentanya-tanya kenapakah “referral komisen downline mereka masih tidak cukup untuk membebaskan mereka dari masalah kewangan atau "Financial Freedom" seperti yang dijanjikan oleh syarikat.

Selepas beberapa bulan pembayaran referral commission oleh syarikat kepada ahli menjadi lembab kononnya disebabkan masalah teknikal, sistem atau server syarikat. Secara realitinya juga kebanyakan dari syarikat Online MLM juga tutup secara mendadak atau menghilangkan diri selepas beberapa bulan beroperasi tanpa membuat pembayaran yang tertunggak untuk beberapa bulan milik ahli. Begitulah kesudahan bagi kebanyakan orang yang telah "mencuba" nasib dengan Online MLM.



Nota:

Tidak semua program Online MLM berakhir dengan penutupan program. Oleh itu jaga-jaglah! Di bawah ini disenaraikan sebahagian dari pelbagai masalah yang dihadapi di dalam program Online MLM. Di antaranya ialah:
  1. Kebanyakan syarikat tidak menjual produk atau service berkualiti yang ahli boleh mempromosi dengan penuh yakin atau tidak berdaya saing. Kebanyakan produk telah ada di dalam pasaran.
  2. Sekiranya produk dijual, ianya adalah pada harga yang tinggi berbanding dengan produk yang dijual di kedai atau pasaran terbuka.
  3. Terlalu banyak syarikat MLM, yang mendakwa merekalah yang terbaik dan menjanjikan pulangan dan pendapatan yang baik. Prospek menjadi keliru dan ramai yang menyertai lebih daripada satu program MLM. Akibatnya mereka tidak fokus atau memberi tumpuan penuh dan tidak mampu mempromosikan satu-satu program MLM dengan bersungguhsungguh.
  4. Masalah saingan. Samada disedari atau tidak, setiap ahli sebenarnya bersaing sesama sendiri dalam mempromosi produk syarikat kerana mereka menggunakan landasan medium dan sistem atau "Kit Promosi" yang sama yang diperolehi daripada sesebuah program MLM. Ini sememangnya menyusahkan peserta untuk memasarkan, di sebalik janji manis syarikat MLM tersebut.
  5. MLM telah mendapat publisiti yang buruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan juga disebabkan oleh lambakan program. Pelayar internet tidak lagi tertarik dengan sistem MLM ini. Kebanyakan pelayar internet tidak akan melayan email, atau maklumat berkenaan MLM lagi di dunia internet.
  6. Sebagaimana biasa, peserta yang awallah yang akan menerima keuntungan, peserta bawahan atau terkemudian biasanya hanya akan menghabiskan pelaburan atau yuran keahlian mereka, di samping masa yang terbuang.
Insya Allah, saya akan bongkar perkara KEENAM pula, mengenai PROGRAM PELABURAN PULANGAN TINGGI (HYIP High Yield Online Investment Program)

Thursday 10 May 2012

Bongkar Penipuan Dalam Internet (5)

By mAYANGmAYA
 (Sambungan Bongkar Penipuan Dalam Internet (4)


KEEMPAT: SISTEM KEAHLIAN KELAB ATAU PERSATUAN (CLUB MEMBERSHIP PROGRAM)

Sejauh ini kamu mungkin telah dapat menangkap cara atau teknik pengaruh atau pemukauan yang individu atau syarikat tertantu gunakan untuk mengambil duit kamu. Model mereka yang mengambil duit dan mungkin memulangkan sedikit kembali sebagai imbuhan atau keuntungan kepada kamu, sebenarnya adalah duit ahli yang mendaftar kemudian.

Kaedah ini meliputi Sistem Piramid, Penipuan Terus dan juga Penipuan Rakan-Niaga. Mereka menggunakan fakta semasa, potensi pulangan yang tinggi dan juga “janji manis” untuk meyakin dan seterusnya engambil duit kamu.Sistem keahlian yang mereka manipulasikan ini pada dasarnya diambil daripada sistem yang agak berjaya dahulu iaitu “Tupperware Parties”.

Kamu mungkin pernah melihat ibu kamu menjemput jiran kamu ketika kecil untuk menghadiri majlis ini yang mana agen atau ibu kamu akan memperkenalkan Tupperware dan menjual kepada jiran tetangga. Sistem keahlian ini juga “memukau” masyarakat ramai dengan meyakinan kamu melalui ahli mereka yang ramai serta syarikat atau program ini adalah milik kamu sendiri.

Di antara “terma-terma yang memukau” digunakan adalah  "The Friendship Investment Club", "Freedom Club", "A Gift Network", "Season of Sharing", "The Spirit of Giving", "Northwest Family Reunion" dan "Creating a New Paradigm".

“Sekali lagi media internet digunakan sebaik mungkin untuk memudahkan lagi penyebaran maklumat, merekrut ahli baru, menyimpan dan mengurus data mengenai ahli dan menerima pembayaran berulang contohnya pembayaran bulanan secara automasi”.
 
Mari kita dalami sebahagian daripada kumpulan sasaran mereka dan cara penipuan mereka.

1. Persatuan atau Kelab Untuk Lelaki.

Antara yang masyhur "Pit Stop", "NASCAR", "Men's Club" dan "Money Exchange". Sebagaimana nama yang digunakan, mereka mensasarkan individu lelaki yang meminati sesuatu aktiviti atau kegemaran mereka. Seterusnya mereka menawarkan keahlian dengan pulangan kekayaan dan juga peluang menambahkan pendapatan dan membeli produk pada nilai yang murah.

2. Kelab Untuk Wanita. 

Sasaran mereka adalah wanita, yang mana "Circle of Friends", "Women Helping Women", "the Gifting Club", "Heart to Heart", "Gifts for Charity", "Renewal Celebration", "Women Empowering Women," "Women's Empowerment Network", "Women for Women," dan "Dinner Party”. Perkataan-perkataan ini “memukau” wanita dengan isu semasa, keperluan atau kegemaran mereka. Sasaran mereka adalah yuran keahlian dan juga pembelian lot keahlian.

3. Persatuan Amal.


Model ini pula menggunakan model “menderma dan kekayaan akan kembali kepada anda”. Mereka mengambil kesempatan dan juga ehsan kamu supaya berderma dan menjemput rakan lain untuk menderma dan berpeluang untuk melakukan kebaikan dan akhirnya mengecapi kebebasan kewangan.

(Financial Freedom)


Derma yang dipungut adalah seminima USD10.00 untuk bidang yang kamu gemari samada penjagaan alam sekitar, binatang peliharaan, menaja “anak angkat” kamu sendiri di dunia ketiga, seperti di negara-negara Afrika, Vietnam, Kampuchea dan sebagainya.

Tetapi agak menyedihkan kerana banyak dari organisasi-organisasi yang bergerak di atas tiket persatuan amal ini hanya memberikan sebahagian kecil sahaja dari pendapatan yang diperolehi hasil pemberian orang awam kepada golongan atau perkara yang ditaja. Ada yang hanya memperuntukkan serendah 0.5% sahaja kepada tujuan asas program kutipan amal ini. Sebahagian besar dari jumlah pendapatan yang terkumpul sebaliknya digunakan sebagai “belanja pengurusan”.

Insya Allah, saya akan bongkar perkara KELIMA pula, mengenai PROGRAM ONLINE MLM (Online Multi-Level-Marketing).

Friday 4 May 2012

Bongkar Penipuan Dalam Internet (4)

By mAYANGmAYA
 

(Sambungan Bongkar Penipuan Dalam Internet (3)

KETIGA: SAHAM SYARIKAT ATAU RAKAN PERNIAGAAN

Skim ini mempengaruhi kamu, dengan menjanjikan kamu peluang menyertai syarikat mereka melalui pelaburan yang sangat minima atau bergantung kepada kemahuan kamu. Pelaburan daripada sekecil USD10.00 hingga ke ribuan Dollar. Model mereka adalah berlainan sedikit, kerana ianya adalah seratus peratus pembohongan. Ini kerana Syarikat ini tidak berdaya saing atau berpotensi langsung untuk menjana keuntungan.

Antara contoh penipuan sistem ini adalah seperti berikut.

1. Pertanian.
Penipuan ini menggunakan sector pertanian sebagai landasan mereka menarik pelabur untuk melabur. Anda mungkin akan menjumpai laman web di hantar email berkenaan dengan industri pertanian di Amerika Syarikat ataupun sesebuah negara tertentu. Laman web ini akan mendakwa dan menerangkan tentang potensi komoditi mereka samada ternakan atau buah-buahan.

Kamu dijemput untuk memiliki “lot” tertentu samada di dalam bentuk binatang ternakan atau pohon buah-buahan. “Lot” ini menjadi milik kamu dan menjanjikan pulangan yang tinggi selepas binatang ternakan matang atau pohon buah-buahan berkenaan sampai waktu memetik. Kamu akan berterusan diberikan keuntungan daripada keuntungan ladang tersebut.

Tujuan mereka menjemput kamu melabur di dalam program ini adalah di atas alasan untuk menambahkan modal bagi meningkatkan pengeluaran hasil ladang berkenaan disebabkan permintaan yang semakin meningkat, ramalan kenaikan harga di samping kekurangan pengeluaran. Kamu telah dijanjikan pulangan yang tinggi.

Kebanyakkan laman web sebegini sebenarnya hanyalah menggunakan maklumat sektor perniagaan yang sedang mengalami pertumbuhan, tetapi sebenarnya mereka tidaklah menpunyai niat untuk menambahkan
pengeluaran. Mereka hanyalah menerima pelaburan kamu, untuk dilaburkan di tempat lain atau untuk dilesapkan.

Sebagai contoh, kamu diajak untuk menjadi rakan perniagaan memelihara burung Ostrich di Amerika Syarikat secara kumpulan. Mereka akan meyakinkan kamu dengan mengatakan bahawa program ini mempunyai insurans dan potensi berkembang yang amat besar. Tetapi di dalam kebanyakkan kes, ladang tersebut hanyalah mengembar-gemburkan potensi lading berkenaan atau jumlah pegangan mereka di dalam pasaran atau pengeluaran ternakan tersebut.

Mereka sebenarnya tidaklah memiliki apa-apa pegangan. Keuntungan yang dijanjikan juga adalah di antara 20% ke 300%. Ini adalah angka yang menakjubkan bagi sektor perladangan. Bayangkanlah ribuan Pelayar Internet tertipu dengan mudah daripada skim pembelian binatang ternakan, menternak susu culture di peti sejuk dan juga membuat keju. Tidak mustahil Pelayar Internet dapat di tipu dengan mudah. Mungkin kita akan bertemu dengan rakan kongsi yang mengajak memelihara Kucing atau Toek (cicak) di rumah dan menjualnya.

2. Teknologi Produk.


Terdapat juga ribuan syarikat atau individu yang mendakwa mereka telah mencipta teknologi atau produk baru di dalam sesuatu bidang tertentu. Mereka mendakwa mempunyai paten “hakcipta yang didaftarkan” dan boleh membuktikan bahawa teknologi atau produk mereka sedang dan akan meletup di pasaran di dalam masa terdekat.

Oleh itu, mereka memerlukan pelaburan kamu dan menjanjikan pulangan yang tinggi. Sebagai contoh, sebuah syarikat R&D berasaskan teknologi tumbuhan mengumumkan di laman web mereka tentang penemuan terbaru mereka, “Biosonic”. Ianya satu teknologi berasaskan “wave energy” untuk membantu tumbuhan membesar dengan cepat dan lebih optimal.

Syarikat ini mendakwa bahawa mereka telah mengikat “kontrak” dengan beberapa buah negara dan mula menjemput pelabur untuk melabur. Setelah banyak pelaburan yang diterima untuk projek ini, wang pelaburan telah dilesapkan atas nama R&D. Surahjaya Sekuriti Amerika Syarikat mendakwa syarikat terbabit kerana menggunakan nama dan kontrak yang tidak wujud dengan kerajaan Saudi dan Jepun dengan niat untuk menipu. Disebabkan beberapa akta di dalam Undang-Undang Syarikat Amerika Syarikat, syarikat ini dapat
melepaskan diri dan melesapkan jutaan wang pelabur.

Rumusan Model Rakan Niaga.

Penipuan yang menggunakan model ini hampir kesemuanya akan melesapkan pelaburan kamu. Mereka akan menggunakan maklumat atau data yang terkini dan juga ramalan pasaran semasa yang ternyata boleh meyakinkan, bahawa keuntungan adalah pasti. Tetapi sebenarnya mereka hanyalah menggunakan maklumat ini untuk penipuan semata-mata.

Kebanyakkan pelabur yang kerugian di dalam kes sebegini tidak membuat pendakwaan di mahkamah atas pelbagai alasan. Bagi yang membuat tuntutan di mahkamah, tuntutan mereka gagal disebabkan beberapa kelemahan undang-undang di samping penyataan dan ikat-janji yang telah diberitahu di dalam bentuk “fine print” yang berpihak kepada “operator program”. Di dalam banyak kes sebegini, “operator program” dapat melarikan diri daripada tindakan undang-undang.


Insya Allah, saya akan bongkar perkara KEEMPAT pula, mengenai sistem kehlian kelab atau persatuan