By mAYANGmAYA
(Sambungan Bongkar Penipuan Dalam Internet (3)
KETIGA: SAHAM SYARIKAT ATAU RAKAN PERNIAGAAN
Skim
ini mempengaruhi kamu, dengan menjanjikan kamu peluang menyertai
syarikat mereka melalui pelaburan yang sangat minima atau bergantung
kepada kemahuan kamu. Pelaburan daripada sekecil USD10.00 hingga ke
ribuan Dollar. Model mereka adalah berlainan sedikit, kerana ianya
adalah seratus peratus pembohongan. Ini kerana Syarikat ini tidak
berdaya saing atau berpotensi langsung untuk menjana keuntungan.
Antara contoh penipuan sistem ini adalah seperti berikut.
1. Pertanian.
Penipuan
ini menggunakan sector pertanian sebagai landasan mereka menarik
pelabur untuk melabur. Anda mungkin akan menjumpai laman web di hantar
email berkenaan dengan industri pertanian di Amerika Syarikat ataupun
sesebuah negara tertentu. Laman web ini akan mendakwa dan menerangkan
tentang potensi komoditi mereka samada ternakan atau buah-buahan.
Kamu dijemput untuk memiliki “lot”
tertentu samada di dalam bentuk binatang ternakan atau pohon
buah-buahan. “Lot” ini menjadi milik kamu dan menjanjikan pulangan yang
tinggi selepas binatang ternakan matang atau pohon buah-buahan
berkenaan sampai waktu memetik. Kamu akan berterusan diberikan
keuntungan daripada keuntungan ladang tersebut.
Tujuan
mereka menjemput kamu melabur di dalam program ini adalah di atas
alasan untuk menambahkan modal bagi meningkatkan pengeluaran hasil
ladang berkenaan disebabkan permintaan yang semakin meningkat, ramalan
kenaikan harga di samping kekurangan pengeluaran. Kamu telah dijanjikan
pulangan yang tinggi.
Kebanyakkan laman web sebegini
sebenarnya hanyalah menggunakan maklumat sektor perniagaan yang sedang
mengalami pertumbuhan, tetapi sebenarnya mereka tidaklah menpunyai niat
untuk menambahkan
pengeluaran. Mereka hanyalah menerima pelaburan kamu, untuk dilaburkan di tempat lain atau untuk dilesapkan.
Sebagai
contoh, kamu diajak untuk menjadi rakan perniagaan memelihara burung
Ostrich di Amerika Syarikat secara kumpulan. Mereka akan meyakinkan kamu
dengan mengatakan bahawa program ini mempunyai insurans dan potensi
berkembang yang amat besar. Tetapi di dalam kebanyakkan kes, ladang
tersebut hanyalah mengembar-gemburkan potensi lading berkenaan atau
jumlah pegangan mereka di dalam pasaran atau pengeluaran ternakan
tersebut.
Mereka sebenarnya tidaklah memiliki apa-apa
pegangan. Keuntungan yang dijanjikan juga adalah di antara 20% ke 300%.
Ini adalah angka yang menakjubkan bagi sektor perladangan. Bayangkanlah
ribuan Pelayar Internet tertipu dengan mudah daripada skim pembelian
binatang ternakan, menternak susu culture di peti sejuk dan juga membuat
keju. Tidak mustahil Pelayar Internet dapat di tipu dengan mudah.
Mungkin kita akan bertemu dengan rakan kongsi yang mengajak memelihara
Kucing atau Toek (cicak) di rumah dan menjualnya.
2. Teknologi Produk.
Terdapat
juga ribuan syarikat atau individu yang mendakwa mereka telah mencipta
teknologi atau produk baru di dalam sesuatu bidang tertentu. Mereka
mendakwa mempunyai paten “hakcipta yang didaftarkan” dan boleh
membuktikan bahawa teknologi atau produk mereka sedang dan akan meletup
di pasaran di dalam masa terdekat.
Oleh itu, mereka
memerlukan pelaburan kamu dan menjanjikan pulangan yang tinggi. Sebagai
contoh, sebuah syarikat R&D berasaskan teknologi tumbuhan
mengumumkan di laman web mereka tentang penemuan terbaru mereka,
“Biosonic”. Ianya satu teknologi berasaskan “wave energy” untuk membantu
tumbuhan membesar dengan cepat dan lebih optimal.
Syarikat
ini mendakwa bahawa mereka telah mengikat “kontrak” dengan beberapa
buah negara dan mula menjemput pelabur untuk melabur. Setelah banyak
pelaburan yang diterima untuk projek ini, wang pelaburan telah
dilesapkan atas nama R&D. Surahjaya Sekuriti Amerika Syarikat
mendakwa syarikat terbabit kerana menggunakan nama dan kontrak yang
tidak wujud dengan kerajaan Saudi dan Jepun dengan niat untuk menipu.
Disebabkan beberapa akta di dalam Undang-Undang Syarikat Amerika
Syarikat, syarikat ini dapat
melepaskan diri dan melesapkan jutaan wang pelabur.
Rumusan Model Rakan Niaga.
Penipuan
yang menggunakan model ini hampir kesemuanya akan melesapkan pelaburan
kamu. Mereka akan menggunakan maklumat atau data yang terkini dan juga
ramalan pasaran semasa yang ternyata boleh meyakinkan, bahawa
keuntungan adalah pasti. Tetapi sebenarnya mereka hanyalah menggunakan
maklumat ini untuk penipuan semata-mata.
Kebanyakkan
pelabur yang kerugian di dalam kes sebegini tidak membuat pendakwaan di
mahkamah atas pelbagai alasan. Bagi yang membuat tuntutan di mahkamah,
tuntutan mereka gagal disebabkan beberapa kelemahan undang-undang di
samping penyataan dan ikat-janji yang telah diberitahu di dalam bentuk
“fine print” yang berpihak kepada “operator program”. Di dalam banyak
kes sebegini, “operator program” dapat melarikan diri daripada tindakan
undang-undang.
Insya Allah, saya akan bongkar perkara KEEMPAT pula, mengenai sistem kehlian kelab atau persatuan
Ini M'sia, biadap terhadap Islam. Kurang ajar, letak jawatan!
-
Ini M'sia, biadap terhadap Islam. Kurang ajar, letak jawatan!
*(i) ‘Siapa kamu hendak sesatkan dan minta PAS bertaubat?’ December 30,
2024*
*(ii)‘Da...
3 days ago
No comments:
Post a Comment