Sunday 13 May 2012

Bongkar Penipuan Dalam Internet (6)

By mAYANGmAYA



 (Sambungan Bongkar Penipuan Dalam Internet (5)

KELIMA: PROGRAM ONLINE MLM (Online Multi-Level-Marketing)

Online MLM menggunakan model yang mirip kepada sistem Multi Level Marketing atau Network Marketing yang beroperasi di dunia nyata. Pada peringkat awalnya banyak dari syarikat MLM terkemuka juga cuba menggunakan medium internet untuk sistem "recruitment" mereka.

Bagaimanapun, disebabkan berbagai faktor banyak yang menghentikan sistem "recruitment online" mereka kemudiannya. Kebanyakan laman web syarikat berkenaan sekarang hanyalah lebih bersifat informatif dan e-commerce. Majoriti Multi-level yang ada di dunia internet adalah yang seratus peratus syarikat Online MLM yang tidak mempunyai sistem "recruitment" di dunia nyata.

Produk yang dipasarkan kebanyakannya adalah produk kesihatan atau informasi di dalam bentuk digital download. Bagaimanapun banyak juga yang tidak mempunyai produk jelas dan mirip kepada "Ponzi Skim".

Secara dasarnya, Sekiranya kamu menyertai program MLM ini kamu perlu,
  • Membayar keahlian bulanan, tahunan seumur hidup atau.
  • Berterusan mencari ahli bawahan anda melalui sistem atau kit keahlian syarikat.
Syarikat MLM akan membuat pembayaran di dalam bentuk "referral komisen" dan bonus hasil daripada pendapatan starikat kepada ahli melalui pembelian produk, pembelian sistem atau kit pemasaran, dan pembayaran yuran keahlian.

Senaria Biasa Online MLM.


Syarikat MLM menghebahkan pre-launch program mereka secara besar-besaran dan semua di jemput menyertai program ini untuk menjadi perintis atau kumpulan atasan. Peserta yang baru ini mula mempromosikan program ini kepada masyarakat ramai untuk menjana downline atau bawahan mereka. Maka berduyun-duyunlah pelayar internet yang sememangnya sedang mencari peluang untuk mendapat pendapatan lebih mendaftar menjadi ahli.

Semua menganggap inilah peluang terbaik mereka kerana hari pelancaran rasmi program MLM syarikat berkenaan masih belum tiba sedang mereka telahpun "secure" tempat mereka di dalam syarikat yang nampaknya akan "meletup" dengan penuh kejayaan.

Pada hari pelancaran, Syarikat berkenaan (yang telah menjanjikan akan membuat pengumuman gembira bagi semua) mengumumkan bahawa semua ahli perlu "Upgrade" keahlian masing-masing bagi membolehkan mereka dibayar komisen yang tinggi oleh syarikat bergantung kepada tahap upgrade keahlian mereka samada "Silver", "Gold" atau "Platinum".

Mereka yang "Upgrade" awal dijanjikan downline yang ramai dari yang "upgrade" kemudian. Mereka yang mencari sebanyak mungkin ahli pada peringkat "prelaunch" tetapi tidak mahu "upgrade" keahlian mereka akan kehilangan downline mereka. Mahu tidak mahu ramai di antara mereka yang terpaksa "upgrade" keahlian mereka juga setelah penat-lelah mencari downline bagi pihak syarikat.

Tetapi bagi kebanyakan yang lain perkara ini sungguh menghampakan. Berita gembira yang dijanjikan oleh syarikat itu sebenarnya adalah berita yang sungguh mengecewakan. Bagi mereka yang telah "upgrade" keahliannya, mereka perlu terus membayar atau menjadi "paying member" setiap bulan bagi peluang mendapat komisen dari ahli baru yang bakal mendaftar.

Disebabkan "Compensation Plan” atau Plan Pembayaran yang tidak jelas dan sememangnya terlalu komplikated, selepas beberapa bulan ramai yang masih tentanya-tanya kenapakah “referral komisen downline mereka masih tidak cukup untuk membebaskan mereka dari masalah kewangan atau "Financial Freedom" seperti yang dijanjikan oleh syarikat.

Selepas beberapa bulan pembayaran referral commission oleh syarikat kepada ahli menjadi lembab kononnya disebabkan masalah teknikal, sistem atau server syarikat. Secara realitinya juga kebanyakan dari syarikat Online MLM juga tutup secara mendadak atau menghilangkan diri selepas beberapa bulan beroperasi tanpa membuat pembayaran yang tertunggak untuk beberapa bulan milik ahli. Begitulah kesudahan bagi kebanyakan orang yang telah "mencuba" nasib dengan Online MLM.



Nota:

Tidak semua program Online MLM berakhir dengan penutupan program. Oleh itu jaga-jaglah! Di bawah ini disenaraikan sebahagian dari pelbagai masalah yang dihadapi di dalam program Online MLM. Di antaranya ialah:
  1. Kebanyakan syarikat tidak menjual produk atau service berkualiti yang ahli boleh mempromosi dengan penuh yakin atau tidak berdaya saing. Kebanyakan produk telah ada di dalam pasaran.
  2. Sekiranya produk dijual, ianya adalah pada harga yang tinggi berbanding dengan produk yang dijual di kedai atau pasaran terbuka.
  3. Terlalu banyak syarikat MLM, yang mendakwa merekalah yang terbaik dan menjanjikan pulangan dan pendapatan yang baik. Prospek menjadi keliru dan ramai yang menyertai lebih daripada satu program MLM. Akibatnya mereka tidak fokus atau memberi tumpuan penuh dan tidak mampu mempromosikan satu-satu program MLM dengan bersungguhsungguh.
  4. Masalah saingan. Samada disedari atau tidak, setiap ahli sebenarnya bersaing sesama sendiri dalam mempromosi produk syarikat kerana mereka menggunakan landasan medium dan sistem atau "Kit Promosi" yang sama yang diperolehi daripada sesebuah program MLM. Ini sememangnya menyusahkan peserta untuk memasarkan, di sebalik janji manis syarikat MLM tersebut.
  5. MLM telah mendapat publisiti yang buruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan juga disebabkan oleh lambakan program. Pelayar internet tidak lagi tertarik dengan sistem MLM ini. Kebanyakan pelayar internet tidak akan melayan email, atau maklumat berkenaan MLM lagi di dunia internet.
  6. Sebagaimana biasa, peserta yang awallah yang akan menerima keuntungan, peserta bawahan atau terkemudian biasanya hanya akan menghabiskan pelaburan atau yuran keahlian mereka, di samping masa yang terbuang.
Insya Allah, saya akan bongkar perkara KEENAM pula, mengenai PROGRAM PELABURAN PULANGAN TINGGI (HYIP High Yield Online Investment Program)

No comments:

Post a Comment