Friday 18 May 2012

Bongkar Penipuan Dalam Internet (7)

By mAYANGmAYA
(Sambungan Bongkar Penipuan Dalam Internet (6)

KEENAM: PROGRAM PELABURAN PULANGAN TINGGI (HYIP High Yield Online Investment Program)

Program pelaburan pulangan tinggi. Ha.. Ini yang menarik, kerana ramai yang terlingkup. Pelaburan melalui skim ini menarik amat ramai peserta dari seluruh dunia. Ianya juga meliputi skim Paid-To-Surf atau “Pendapatan Dari Melayari Internet”.Kerana Program Pelaburan Pulangan Tinggi Internet (HYIP) menjanjikan pulangan pelaburan pada kadar yang sangat tinggi kepada pelabur.

Ianya berdasarkan jumlah pelaburan dan jadual pulangan semula pelaburan. Pulangan Pelaburan adalah diantara 1% ke 700% atau lebih. Pembayaran semula pelaburan atau pulangan juga berbeza daripada setiap
hari, mingguan, bulanan atau tahunan. Pembayaran biasanya dibuat melalui Digital Currency seperti E-Gold, GoldMoney, E-Bullion dan Pecunix. Setengah Syarikat juga menggunakan khidmat Pay-Pal atau Stormpay.

Lazimnya Syarikat atau individu yang menawarkan program HYIP ini mendakwa mereka menjalankan perniagaan yang melibatkan pelaburan hartanah, Over-The-Counter Stocks, tukaran matawang asing (Foreign Exchange Market) samada secara sendirian atau secara dana terkumpul dan sebagainya. Bagi perniagaan hartanah biasanya mereka mendakwa pelaburan hartanah di dunia ketiga dan di beberapa wilayah di Russia yang baru mencapai kemerdekaan.

Mereka juga mendakwa membeli “Prime Bank” - Bank Securities seperti Bank Guarrantees, Notes dan Debentures yang akan membawa pulangan pelaburan yang amat tinggi.

Pelbagai bukti dikemukakan dan juga jaminan yang sistem ini adalah selamat. Marilah kita melihat sebahagian daripada rasional fakta yang diberikan oleh mereka.
  1. “Bank Guarrantee” atau Jaminan Bank yang didakwa dibeli pada harga discount dan kemudian dijual pada premium yang tinggi.
  2. “Prime Bank Letter of Credit” yang mana mereka mendakwa antara bank terjadinya penjualan “Letter of Credit” sesama bank pada kadar USD100 Million.
  3. Sebagai “orang dalam” mereka mendapat discount pada kadar 77%.
  4. Mendakwa mereka mengumpulkan pelaburann dan mampu membeli kemudahan “Prime Bank” untuk diniagakan.
  5. Mereka menunjukkan bukti daripada “Prime Bank” di antaranya: ChaseManhattan, Barclay, Deutshe bank dan sebagainya.
 Di atas hanyalah sebahagian daripada senarai pembuktian yang mereka paparkan di laman web masing-masing.

Kalau kamu layari laman web yang menjanjikan pulangan tinggi, kamu kena jaga-jaga, bila lihat perkataan di bawah ini..
  • roll program
  • bank secured trading program
  • high-yield investment program
  • leveraged pool
  • bank debenture trading program
  • currency trading program
  • off balance sheet program
  • money center instrument purchase and resale program.
  • world bank paper
  • Federal Reserve notes
  • blocked fund letters
  • IMF issued bonds
  • standby letters of credit
  • prime bank notes, guarantees or debentures
  • bankers acceptances
  • Bills of Exchange or Bills of Equity
  • commercial bank credit lines
  • irrevocable letters of credit
  • "zero interest" credit instruments or letters of credit
  • the arbitrage of senior bank instruments
  • Medium Term Notes (MTN)
  • currencies, commodities, gold and other financial instruments.
  • freely negotiable, unconditional, irrevocable, clear SWIFT wire transfers
  • callable conditional sight drafts
  • international banking days
  • ICC (International Chamber of Commerce) 400/500
  • UCC (Uniform Commercial Code) form references
  • fresh-cut or seasoned paper
  • collateral houses, sources or suppliers
  • validation of the MCC (Master Collateral Commitment)
  • irrevocable, non-retractable commitment of funds to purchase instruments.
Tetapi hakikat sebenarnya semua itu adalah penipuan dan janji-janji kosong atau apa yang mereka mahu pelabur fikirkan. Tiada HYIP yang layak atau dibenarkan oleh bank untuk menjalankan bentuk pelaburan ini. Sebenarnya mereka ini menjalankan “PONZI SCHEME”. Ponzi scheme adalah sistem di mana Pemilik Skim menggunakan pelaburan pelabur baru untuk membayar pelabur lama. Sistem ini runtuh apabila hutang kepada pelabur lama lebih tinggi daripada jumlah pelaburan baru yang diterima.

Nama Ponzi Scheme adalah diambil sempena nama pengasas sistem ini Carlo Charles Ponzi sekitar tahun 1919. Seperti skim lain, setelah lebih lapan puluh tahun Ponzi Scheme melalui evolusi yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan prasarana teknologi disamping kekreatifan individu mengolah sistem ini mengikut kehendak masing-masing.

Biasanya pelabur yang melabur dari awal akan mendapat pulangan pelaburan dan juga referral komisen. Pelabur kemudian sememangnya rugi besar. Pelabur lama juga akan rugi besar jika dia tidak sempat mengeluarkan “pegangannya” sebanyak mungkin sebelum penutupan program secara mendadak berlaku.

Bermula dengan pelaburan serendah USD5.00 atau USD10.00 kamu diberi peluang untuk menjana pendapatan berulang dan sekiranya kamu melabur dengan lebih banyak pulangan lebih tinggi dijanjikan.
Sejak enam hingga tujuh tahun lalu, amat banyak program HYIP yang beroperasi kerana “mempunyai peminat” ramai. Ianya muncul lebih pesat dari cendawan tumbuh selepas hujan.

Seperti telah diterangkan, ciri terpenting adalah tiap satunya menawarkan pulangan pendapatan yang amat tinggi di antara 1% sehari sehingga 700% sebulan atau lebih. Tawaran ini juga kadang-kala ditambahkan lagi dengan pulangan referral commission ahli baru pada kadar nilai 1% atau lebih daripada apa-apa nilai yang ahli baru laburkan.

Bagaimanapun, ada juga program cuba menambat hati pelabur yang lebih berhati-hati dengan menyedia jadual pulangan menyeluruh lebih rendah untuk jangka terdekat, tetapi amat menguntungkan pada jangka
panjang. Kerana jadual pulangan begitu “menggiurkan” inilah, maka ramai yang asalnya hanya melawati laman web berkenaan kerana ingin tahu tetapi sudah mula terpengaruh. Sudah jatuh hati dan yakin dengan pulangan yang bakal dikecapi.

Inilah “Kuasa Pemukauan Melalui Perkataan” yang kena tepat pada tempatnya (Hypnotic Writing Working At Its Best). Ditambah pula oleh sifat tamak dan perasaan “masih ada masa” sebelum skim ini hancur yang menjadi pegangan pelabur program ini. Akibatnya apa-apa pendapatan yang telah didapati dilaburkan semula supaya beroleh pulangan yang lebih berlipat-kali ganda.

Menyedari bahawa jeratnya telah mengena, iaitu kebanyakkan peserta yang baru dibayar “dividen” masing-masing melabur kembali ke semua pegangan mereka, ketika inilah Pemilik Skim mula bertindak menutup laman web dan menghilangkan diri.

Sebenarnya, pada ketika ini juga selalunya, Pemilik Skim sudah tidak mampu membayar kembali pulangan bagi kesemua pegangan jika dituntut, disebabkan programnya telah menghampiri “tahap tepu” (Saturation Point). Saturation point di sini bermaksud jumlah rekrut atau penyertaan ahli baru yang membawa Fresh Investment telah susut.

Jalan keluar bagi Pemilik Skim hanyalah menutup laman web dan menghilangkan diri bersama puluhan malah ratusan ribu dollar milik ratusan dan kadang-kadang ribu ahli yang masih terpinga-pinga.

Kesimpulan
Sangat-sangat diharap, semoga tiada lagi di kalangan kita yang akan terpengaruh dan terjebak dengan
permainan HIGH YIELD INVESTMENT PROGRAMS ini.

 Insya Allah, saya akan bongkar pendapatan dari melayari internet (Paid To Surf) dan laman web Auto Surf yang menjana kerisauan penipuan.


No comments:

Post a Comment