Saturday 30 July 2011

Kilang pengetinan keli selesai masalah ternakan Keli-K



JITRA – Projek Keli-K di Sungai Pau, Sik yang menghadapi masalah pada peringkat awal bakal berjaya diatasi apabila kilang pemprosesan ikan keli mula dilaksanakan dan akan disiapkan dalam masa terdekat.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, terdapat beberapa masalah teknikal di awal projek ini dijalankan, iaitu sumber makanan ikan yang mahal serta tiada kilang sendiri untuk memproses ikan keli tersebut.

Kini, kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah telah membina kilang pemprosesan ikan keli di Sungai Petani.

“Kita ada masalah teknikal, iaitu makanan yang mahal dan tak ada kilang nak proses ikan ini.

“Akhirnya setelah kita restructure, kilang ada di Sungai Petani, untuk proses buah-buahan dan industri asas tani serta untuk proses ikan keli untuk jadi sardin,” jelas beliau.

Terbinanya kilang ini, dapat menangkis tohmahan pembangkang yang mengatakan kerajaan negeri tidak melakukan apa-apa bagi membantu rakyat, malahan belum ada lagi negeri di Malaysia ini yang ada kilang seumpama ini.

“Di Malaysia masih tak ada kilang macam ni, apabila dah siap, kita kena labur sikit untuk tambah sangkar dan meluaskan pasaran,” ujar beliau.

Tuesday 26 July 2011

Takaful Ikhlas Terima Anugerah Kepimpinan Global 2011


KUALA LUMPUR: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Sdn Bhd Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman menerima Anugerah Kepimpinan Global 2011 daripada The Leaders Magazine, yang disokong oleh Persatuan Kepimpinan Amerika.

Majlis penyampaian anugerah itu berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan pada Isnin Syed Moheeb berkata anugerah itu merupakan perakuan yang sangat bermakna baginya.

"Perakuan ini wajar dikongsi bersama para pelanggan, ejen dan petugas Takaful Ikhlas yang banyak memberi sokongan kepada saya.

"Kejayaan ini memperkukuh semangat saya untuk lebih berdedikasi dan bekerja keras bagi meningkatkan status Takaful Ikhlas sebagai perkhidmatan perlindungan kewangan pilihan berlandaskan nilai dan prinsip Syariah," katanya.

Syed Moheeb sudah membabitkan diri dalam industri insurans dan takaful selama 36 tahun dan sudah mengetuai pelbagai syarikat insurans langsung dan insurans semula di peringkat tempatan dan multinasional.- BERNAMA

Saturday 23 July 2011

Dapat AS$100 juta kerana jual laman web


GAMBAR menunjukkan Catherine Cook berdiri di dalam pejabat MyYearbook di salah sebuah pejabatnya di Amerika Syarikat.

NEW JERSEY, Amerika Syarikat (AS) - Seorang gadis, Catherine Cook dan dua saudara lelakinya, David serta Geoff bergelar jutawan selepas laman web ciptaan mereka, MyYearbook dibeli pada harga AS$100 juta (RM296.6 juta) oleh pihak laman jaringan sosial Latin, Quepasa, lapor sebuah akhbar semalam.

David mendapat idea untuk menghasilkan laman web berkenaan semasa dia dan kakaknya menyelak buku tahunan sekolah mereka pada 2005.

Ketika itu, dia berusia 15 tahun, manakala Catherine setahun lebih tua.

Buku tahunan sekolah di AS menyimpan gambar dan nama para pelajar senior selain maklumat mengenai pelbagai pertubuhan serta aktiviti sesebuah sekolah yang dicetak pada setiap tahun.

David dan Catherine kemudian berusaha untuk mencipta buku tahunan digital di Internet dan menamakan laman web tersebut, MyYearbook.

Dalam tempoh enam tahun MyYearbook beroperasi, adik-beradik Cook memperoleh pendapatan AS$17 juta (RM50.5 juta) dengan laman web mereka berjaya menarik minat 70 juta pengguna dan ia dilihat sebanyak 1.2 bilion kali sebulan.

Pada Rabu lepas, Quepasa mengumumkan pengambilalihan MyYearbook berjumlah AS$100 juta dengan AS$82 juta (RM244 juta) melibatkan pemberian saham Quepasa, manakala baki AS$18 juta (RM53.5 juta) lagi dibayar secara tunai. - Agensi

Tuesday 19 July 2011

Teknik pembenihan EM Palet ikan

Umpama berada di sekolah. Itulah yang dirasakan penulis ketika melawat tapak penternakan ikan keli milik sebuah syarikat penternakan ikan air tawar, JMI Resources Sdn Bhd.

Mana tidaknya, di sana, penulis berpeluang belajar langkah demi langkah serta mencuba sendiri teknik penternakan, penjagaan, pembenihan serta cara-cara membuat makanan ikan keli.

Tapak tersebut terletak di Kampung Setia, Kuang, Sungai Buloh, diuruskan oleh Muhammad Zahied Muhammad Ariff dengan dibantu lima pekerjanya.

Dengan keluasan 0.2 hektar, terdapat lapan kolam kanvas bersaiz 15 meter(m) x 8m untuk ikan yang berusia tiga hingga empat bulan, 10 kolam kanvas pembenihan (4m x 15m) dan enam kanvas bagi rega (aruhan awal).

Muhammad Zahied berkata, kawasannya itu memang sering kali dianggap sebagai ‘sekolah’ terutama pesertanya yang mengambil kursus penternakan ikan keli melalui syarikatnya itu.

“JMI Resoucers Sdn Bhd menawarkan kursus penternakan ikan keli yang dijalankan sebulan sekali dengan bayaran sebanyak RM265.

“Kursus ini meliputi teknik pembenihan, penggredan, penjagaan, cara-cara membuat makanan ikan, timbangan ikan dan sebagainya,” katanya ketika ditemui InfoAgro di lokasi ternakan ikan kelinya, di Kampung Setia, Kuang, Sungai Buloh, baru-baru ini.

Beliau berkata, dalam setiap kursus yang diajar, peserta digalakkan untuk mencuba sendiri bagi mengetahui dan memahami selok-belok ‘pelajaran’ tersebut dengan lebih tepat.

“Harapan kami pada setiap peserta yang menghadiri kursus ini agar tidak berputus asa bak kata pepatah ‘Di mana ada kemahuan di situ ada jalan’,” katanya.


Teknik pembenihan


Dalam pada itu, sepanjang berada di sekolah, antara ‘silibus pelajaran’ paling menarik perhatian penulis adalah teknik pembenihan.

Muhammad Zahied berkata, permintaan terhadap benih ikan keli meningkat berkali-kali ganda namun pada masa ini, tahap pengeluarannya tidak dapat menampung permintaan yang begitu tinggi.

“Anak benih keli yang bermutu tinggi sentiasa mendapat permintaan di luar jangkaan. Bayangkan, harga bagi seekor anak benih keli bersaiz tiga inci boleh mencecah 16 sen mengikut harga pasaran,” katanya.

Selain itu, katanya, pihaknya menghasilkan benih ikan keli menggunakan teknik aruhan.

“Teknik aruhan merujuk kepada suntikan hormon kepada induk keli di mana telur yang diperah daripada induk betina dan sperma yang dibedah dari induk jantan akan disenyawakan untuk mendapatkan benih maksimum dan persenyawaan menjadi lebih sekata,” katanya.

Menurutnya, setiap kali pembenihan dijalankan, tiga ekor ikan keli jantan dan seekor ikan keli betina diperlukan ditambah dengan suntikan dos hormon sebanyak 0.07 mililiter (ml).

“Selepas suntikan hormon, ikan keli tersebut akan ‘dibiarkan’ selama 10 jam bagi memastikan hormon terbabit sebati dan dapat menghasilkan telur dan sperma yang berkualiti.

“Perlu diingatkan, semasa teknik aruhan dijalankan, suasana sekeliling perlu berada dalam keadaan tertutup dan tidak berangin agar sperma yang dihasilkan tidak kering,” katanya.

Katanya, selepas mengeluarkan telur dan sperma, keduanya perlu dicampur dan dikacau secara sekata dengan menggunakan bulu ayam.

“Kami menggunakan bulu ayam kerana sifat bulu tersebut yang halus dan ini tidak akan merosakkan telur-telur tersebut,” katanya.

Menurutnya, oleh sebab permintaan tinggi, pihaknya mempunyai lebih 300 kolam kanvas bersaiz 4m x 6 m yang dijadikan sebagai kolam pembenihan terletak di Segambut. (Sinar Harian)

Wednesday 13 July 2011

Tokoh Korporat Tony Fernandes Jadi Hos "The Apprentice Asia"

SINGAPURA: Tokoh penerbangan, Tan Sri Tony Fernandes, akan menjadi hos edisi Asia siri televisyen yang digemari ramai, "The Apprentice". Perkara ini diumumkan oleh pengeluar program realiti Asia, RGM, iaitu satu syarikat filem dan televisyen yang berpangkalan di Singapura.

"The Apprentice", yang direka dan dikeluarkan oleh Mark Burnett Productions, telah mencatatkan kejayaan selepas kemunculan sulung pada 2004 di Amerika Syarikat dengan jutawan Donald Trump sebagai hos dan pengeluar eksekutif bersama.

Program itu telah difrancaiskan pada peringkat antarabangsa, termasuk di United Kingdom, yang dihoskan ole Lord Sugar.

"Kami gembira dengan Tony. Beliau seorang ahli perniagaan yang berjaya dan berkarismatik dan tokoh Asia yang boleh dikaitkan dengan kejayaan di seluruh dunia," kata Ketua Pegawai Eksekutif RGM Devesh Chetty semasa mengumumkan program itu.

Semasa mengulas mengenai perkara itu, Fernandes berkata: "Ia mengujakan untuk menjadi peneraju "The Apprentice Asia". Kita akan melihat sesetengah bakat perniagaan yang cemerlang di rantau ini bersaing dari jalanan ke bilik lembaga pengarah."

"The Apprentice Asia" akan menghimpunkan sejumlah eksekutif perniagaan dari pelbagai industri dan negara di rantau ini dengan melakukan penyingkiran sehingga seorang calon menjadi aparentis bergaji besar kepada Fernandes. - BERNAMA

Saturday 9 July 2011

8 Pemuda, Merubah Dunia & Kayaraya...

1. Larry Page dan Sergey Brin

Menemukan Google pada tahun 1998 ketika mereka baru berusia 24 tahun. Mulai di dalam garasi yang menjadi “kantor” pertama mereka, dua orang ini mengilhami ribuan anak muda untuk mencari uang online. Larry dan Sergey kemudian menciptakan perusahaan senilai satu multi milyar dollar yang mengguncangkan Internet.


2. Mark Zuckerberg
Mark Zuckerberg, mahasiswa universitas Harvard yang menemukan Facebook sebagai satu platform jaringan sosial bagi remaja di perguruan tinggi ketika dia baru berusia 19 tahun. Facebook kini merupakan situs web jaringan sosial terbesar kedua setelah MySpace. Facebook terus tumbuh hari demi hari, dengan jutaan pengguna baru yang terus mendaftar setiap bulan!

3. Steve Chen dan Chad Hurley
Para pencipta dari situs web “berbagi video online”, YouTube. Mereka mendirikan YouTube pada 2005 ketika Chad berusia 28 tahun dan Steve 27 tahun. YouTube kemudian diakuisisi oleh Google dengan nilai $1.65 milyar.

4. Jerry Yang dan David Filo
Di tahun 1995 kedua orang ini menemukan Yahoo!, mesin pencari yang merupakan saingan terdekat Google. Jerry berusia 26 tahun dan David Filo 28 tahun ketika mereka menciptakan Yahoo! Kedua orang ini sekarang mungkin lagi hangat-hangatnya dibicarakan orang-orang, setelah Microsoft meluncurkan tawaran senilai US$44.6 milyar untuk mengambil alih Yahoo!

5. Matt Mullenweg
Matt Mullenweg baru berusia 19 tahun ketika ia menciptakan platform blogging yang kini dipakai dimana-mana. Ia mendirikan platform blogging WordPress pada tahun 2005, dan sejak itu blogosphere pun mulai berevolusi. Orang-orang mulai berpindah dari MovableType dan platform lainnya ke WordPress, karena platform baru ini memang mudah dipakai dan selalu diperbaharui dan terus meningkat.

6. Tom Anderson
Menciptakan jaringan sosial #1 di dunia dengan lebih dari 100 juta pengguna, Tom Anderson mendirikan MySpace di tahun 2004 ketika ia baru berusia 23 tahun. Dia mungkin tidak sekaya Mark Zuckerberg, tapi ia tercatat sebagai pendiri dari jaringan sosial yang dipakai paling luas di Internet.

7. Blake Ross
Pada tahun 2003, Blake Ross mendirikan Mozilla ketika dia baru berusia 19 tahun. Sejak itu, Mozilla tumbuh sangat pesat, menggoda pengguna Internet untuk memakai penjelajah Firefox Mozilla mereka sendiri, yang terbukti memang lebih mudah dioperasikan dibandingkan kebanyakan aplikasi penjelajah web lainnya.

8. Pierre Omidyar
Pada tahun 1995 ketika ia baru berusia 28 tahun, Pierre Omidyar mendirikan eBay, lelangan online sedunia. Sejak itu, banyak orang-orang menghargai penemuannya, sehingga mendorong eBay menjadi platform dunia.
(IH/Viva)