Saturday 30 July 2011

Kilang pengetinan keli selesai masalah ternakan Keli-K



JITRA – Projek Keli-K di Sungai Pau, Sik yang menghadapi masalah pada peringkat awal bakal berjaya diatasi apabila kilang pemprosesan ikan keli mula dilaksanakan dan akan disiapkan dalam masa terdekat.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, terdapat beberapa masalah teknikal di awal projek ini dijalankan, iaitu sumber makanan ikan yang mahal serta tiada kilang sendiri untuk memproses ikan keli tersebut.

Kini, kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah telah membina kilang pemprosesan ikan keli di Sungai Petani.

“Kita ada masalah teknikal, iaitu makanan yang mahal dan tak ada kilang nak proses ikan ini.

“Akhirnya setelah kita restructure, kilang ada di Sungai Petani, untuk proses buah-buahan dan industri asas tani serta untuk proses ikan keli untuk jadi sardin,” jelas beliau.

Terbinanya kilang ini, dapat menangkis tohmahan pembangkang yang mengatakan kerajaan negeri tidak melakukan apa-apa bagi membantu rakyat, malahan belum ada lagi negeri di Malaysia ini yang ada kilang seumpama ini.

“Di Malaysia masih tak ada kilang macam ni, apabila dah siap, kita kena labur sikit untuk tambah sangkar dan meluaskan pasaran,” ujar beliau.

No comments:

Post a Comment