Saturday 26 June 2010

Krisis Ekonomi: S/California Henti Tenaga Kerja, Termasuk Polis.


Sebuah Kota Di Kalifornia Berhentikan Semua Pekerja, Termasuk Polisi

Jumat, 25/06/2010: Sebuah kota di Southern California yang terperangkap dalam anggaran yang mencekik telah memberhentikan seluruh tenaga kerjanya, termasuk polisi.

Dewan kota di Maywood memilih untuk melakukan outsourcing pekerjaan di kota itu, sehingga akan ada perlindungan polisi.

"Kami akan menjadi 100 persen kota yang dikontrak," kata Angela Spaccia, manajer interim kota Maywood, kepada Los Angeles Times. Dengan melihat kenyataan itu, Spaccia juga sadar bahwa ia tidak akan lama lagi mempunyai pekerjaan.

Mulai tanggal 1 Juli, stasiun East Los Angeles akan menyediakan patroli keamanan untuk 29.000 penduduk kota, dan kota Bell, kota tetangganya, akan menyediakan layanan lainnya, seperti taman dan rekreasi.

Menurut para pejabat setempat kepada surat kabar, dengan melakukan outsourcing, Maywood akan menghemat sekitar $ 164.375.

Anggaran seluruh negeri Amerika memang dilanda krisis, namun strategi Maywood dalam menangani resesi sangat tidak biasa, dan tidak semua penduduk kota ini senang akan kebijakan itu itu.

"Kalian punya kekuatan untuk mengubahnya namun tidak melakukannya," Lizeth Sandoval, bendahara kota saat ini, mengatakan kepada dewan kota. "Kalian sendiri yang menghancurkan kota."

Tetapi dewan kota, yang sepakat terhadap rencana tersebut, tidak bertanggung jawab atas kesulitan keuangan Maywood yang parah.

"Kami terbatas pada pilihan dan terbatas pada apa yang bisa kami lakukan," kata anggota DPR, Felipe Aguirre kepada penduduk.

Tuesday 22 June 2010

RI gugat AS soal kretek

Kretek

Rokok kretek dilarang masuk ke AS, rokok bermenthol tidak

INDONESIA secara resmi, hari Selasa (22/6), akan meminta WTO agar menyidangkan sengketa rokok kretek dengan Amerika Serikat lewat panel.

Sengketa itu bermula ketika AS, pertengahan 2009, mengeluarkan peraturan yang melarang impor rokok kretek dari Indonesia.

Duta besar Indonesia untuk Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) di Jenewa, Erwidodo, mengatakan kepada BBC dia akan menyampaikan pernyataan resmi di depan Dispute Settlement Body (Badan Penyelesaian Sengketa) agar segera membentuk panel yang akan menyidangkan gugatan Indonesia.

Ketika ditanyakan seberapa besar peluang Indonesia untuk memenangkan gugatan itu, Erwidodo menyatakan keyakinannya bahwa pihak Indonesia memiliki posisi yang sangat kuat.

Dubes Indonesia untuk WTO itu menambahkan, dia yakin bisa menang karena AS melakukan diskriminasi terhadap rokok kretek Indonesia.

"Mereka membolehkan impor rokok yang beraroma termasuk menthol, tetapi melarang rokok kretek. Bukankah rokok kretek digolongkan sebagai rokok yang beraroma," Erwidodo.

Menurut Dubes, prosedur penyelesaian lewat panel itu mirip dengan proses di pengadilan biasa. "Ada tiga hakim dan ada pengacara. Indonesia sendiri akan menghadirkan pengacara yang memahami isu ini dan memang sudah disiapkan," katanya menambahkan.

Dubes Erwidodo mengatakan lagi, salah satu perusahaan rokok kretek besar di Indonesia yang terkena dampak larangan impor kretek itu juga akan menyediakan pengacara selama sidang gugatan di WTO itu berlangsung. (BBC Indonesia)

Wednesday 16 June 2010

Ekonomi Tumbuh 6% Tidak Menasabah -Dr Dzulkefly


KL, 16 Jun, 10: Peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I disindir di Dewan Rakyat kerana menjangkakan ekonomi negara akan tumbuh sebanyak 6 peratus sebagaimana yang dibentangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, jangkaan Najib itu adalah tidak munasabah sekiranya dilihat pada senario pertumbuhan ekonomi negara pada RMK9 dan RMK8 yang lalu.

Sehubungan itu, beliau seakan menyifatkan Najib memacu ekonomi negara sebagaimana memandu kereta dengan kelajuan 10 kilometer sejam dengan menggunakan gear dua.

"Adakah kita (kerajaan) mahu memandu kereta 10 kilometer sejam dengan gear dua," sindir beliau ketika mencelah perbahasan RMK10 oleh Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Jayakumar.

Sebelum itu, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, kerajaan mensasarkan pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 7.5 peratus dari tahun 2001 hingga 2005 melalui RMK8.

Tetapi, menurut beliau, pertumbuhan ekonomi yang berlaku sebanyak 4.7 peratus sahaja.

Ujarnya lagi, kerajaan turut mensasarkan pertumbuhan ekonomi negara dari tahun 2006 hingga 2009 melalui RMK9 sebanyak 6 peratus.

Tetapi, katanya lagi, pertumbuhan ekonomi hanya 4.2 peratus setahun walaupun Najib sendiri telah membenamkan RM235.6 bilion wang Petronas demi mewajahkan senario stabil ekonomi negara sebelum ini.

Melihat pada pemacuan ekonomi negara yang kian kelam, beliau menuntut janji politik yang Najib sendiri mahsyurkan sebelum ini, iaitu ekonomi negara kian pulih dalam masa terdekat.

"Janji Perdana Menteri di Copenhagen, sasaran 7.5 peratus tetapi yang tercapai hanya 4.7 peratus (tetapi) RMK10 sasar 6 peratus,” ujarnya.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut mempersoal keberdayaan kerajaan dalam menangani kemelesetan ekonomi negara serta menyelesaikan masalah belanjawan negara yang kian defesit sejak 11 tahun yang lalu.

Sebelum pada itu, Dr. Jayakumar meminta Najib berhenti sikap menipu rakyat dengan memberikan angka sasaran pertumbuhan ekonomi yang tidak menunjukkan realiti sebenar ekonomi negara dan dunia.

Ujarnya lagi, sekiranya dunia boleh jujur menjelaskan senario sebenar kemelesetan ekonomi yang dijangka bersama, mengapa Malaysia masih mahu bersikap sebaliknya.

Thursday 10 June 2010

Intipati Rancangan Malaysia Ke-10


KL. JUN 10, 10: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang membentang Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK10) di Dewan Rakyat mulai jam 11.40 pagi tadi.

RMK10 memperuntukkan sejumlah RM290 bilion, yang dibahagikan mengikut nisbah 60/40 untuk pembangunan fizikal dan bukan fizikal.

Tema pembentangan hari ini ialah Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial.

RMK10 (2011-2015) amat kritikal bagi meneruskan kesinambungan prakarsa nasional ke arah merealisasikan Wawasan 2020 menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

Intipati RMK10:

* RMK9 (2006-2010): 4.2 peratus setahun perkembangan ekonomi; Pendapatan negara kasar per kapita RM26,420 (US$8,260) tahun 2010; Inflasi 3.6 peratus tahun 2010; Defisit fiskal kerajaan pusat mengecil kepada 5.3 peratus tahun 2010 berbanding 7 peratus kepada KDNK 2009.

* Kadar kemiskinan turun kepada 3.8 peratus tahun 2009 berbanding 5.7 peratus tahun 2005. Peratusan miskin tegar turun daripada 1.2 peratus kepada 0.7 peratus.

* Anggaran pertumbuhan ekonomi 6 peratus tahun 2010.

* RMK10 sasar pendapatan negara kasar per kapita meningkat kepada RM38,850 (US$12,140) pada tahun 2015; memerlukan KDNK 6 peratus setahun.

*Pertumbuhan diterajui sektor perkhidmatan dan pembuatan, menggiatkan semula sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi dan penyerapan kaedah ICT, bioteknologi serta pelantar teknologi yang berkaitan.

* Cabaran besar memangkin pelaburan swasta berkembang 12.8 peratus atau RM115 bilion setahun.

* Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal daripada 5.3 peratus KDNK dalam tahun 2010 kepada kurang daripada 3 peratus pada tahun 2015.

* RMK10: 10 PREMIS UTAMA

Pertama:- Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.

Kedua: Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa.

Ketiga: Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.

Keempat: Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi.

Kelima: Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.

Keenam: Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas.

Ketujuh: Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif.

Kelapan: Menyokong perkongsian pintar yang efektif.

Kesembilan: Menghargai khazanah alam sekitar.

Kesepuluh: Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.

*RMK10: 5 TERAS STRATEGIK

Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA.

Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.

Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.

Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.

Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.

* Peruntukan RMK10 bagi infrastruktur bukan fizikal meningkat kepada 40 peratus, berbanding 21.8 peratus dalam RMK9, tumpuan diberikan kepada program pembangunan kemahiran, aktiviti R&D dan modal teroka.

* Sebuah institusi perkhidmatan awam bertaraf dunia akan diwujudkan untuk meningkatkan kompetensi penjawat awam.

* Tumpuan kepada 12 bidang ekonomi utama negara (NKEA) akan diumumkan Oktober nanti:

(i) Minyak dan gas
(ii) Minyak sawit dan produk berkaitan
(iii) Perkhidmatan kewangan
(iv) Pemborongan dan peruncitan
(v) Pelancongan
(vi) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
(vii) Perkhidmatan Pendidikan
(viii) Elektrik dan elektronik
(ix) Perkhidmatan perniagaan
(x) Penjagaan kesihatan swasta
(xi) Pertanian
(xii) Greater Kuala Lumpur

* Satu unit khas, iaitu Unit Transformasi Ekonomi, akan ditubuhkan untuk merancang, menyelaras pelaksanaan dan pembangunan NKEA.

* Suruhanjaya Persaingan dan Tribunal Rayuan akan ditubuhkan untuk memastikan pelaksanaan undang-undang lebih teratur dan berkesan.

* Kerajaan terus berusaha untuk meletakkan Malaysia di lima tangga terbaik negara paling kompetitif di dunia.


*Dana berjumlah RM20 bilion akan disediakan melalui Dana Mudahcara atau “Facilitation Fund“ bagi memudahkan sektor swasta membiayai projek perkongsian awam-swasta.

*Melalui Dana Mudahcara, kerajaan anggar menarik pelaburan swasta sekurang-kurangnya RM200 bilion; Antara projek yang dipertimbangkan ialah penambakan tanah di Westport, Pelabuhan Klang, Pembangunan Malaysia Truly Asia Centre di Kuala Lumpur dan Taman Teknologi Tinggi Senai di Iskandar Malaysia, Johor.

*Sebuah unit khas ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi memandu dan mengarah keberkesanan sistem inovasi negara serta program pembangunan inovasi sedia ada.

*Pembiayaan kerajaan kepada syarikat modal teroka awam akan berbentuk ekuiti dan bukan pinjaman.

*Dana Inovasi Mudharabah (MIF) dengan peruntukan sebanyak RM500 juta akan diperkenal bagi menyediakan modal berisiko kepada syarikat modal teroka kerajaan.

*Dana Perkembangan Perniagaan dengan peruntukan permulaan sebanyak RM150 juta akan ditubuhkan bagi merapatkan jurang pembiayaan antara pengkomersilan peringkat awal dan pembiayaan modal teroka bagi produk berteknologi tinggi.

*Undang-undang kebankrapan akan dipermudah untuk menyokong budaya mengambil risiko terhitung, menghapuskan stigma kegagalan dan membenarkan usahawan berkaliber lagi wibawa yang gagal untuk kembali aktif.

*Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi akan meliputi bandar-bandar besar, kawasan pertumbuhan ekonomi utama dan kawasan industri, liputan jalur lebar ke kawasan pinggiran bandar dan luar bandar dan prasarana tanpa wayar dengan pakej mampu langgan bagi penduduk di luar bandar.

*Lebuhraya Pantai Timur dari Kuantan ke Kuala Terengganu akan disiapkan dalam tempoh RMK10 kos RM3.7 bilion dan akan dihubungkan ke Pelabuhan Kuantan yang akan dinaik taraf.

*Projek membina landasan elektrik berkembar dari Gemas ke Johor Baharu, dengan kos anggaran RM8 bilion akan dilaksanakan sebagai pelengkap kepada sistem landasan elektrik berkembar dari Padang Besar di utara ke Johor Baharu di selatan.

*Loji rawatan kumbahan yang menggunakan teknologi hijau di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, akan diperluaskan ke seluruh negara.

*Bekalan tenaga akan terus diperkukuh ke arah mewujudkan pasaran yang lebih kompetitif dan mengurangkan tanggungan subsidi tenaga secara berperingkat.

*Beberapa bandar raya akan dijadikan destinasi tarikan baru kepada pelabur dalam industri berteknologi tinggi serta tenaga kerja berbakat dan berpengetahuan.

*Kerajaan akan tambah RM3 bilion lagi menjadikan jumlah Skim Jaminan Modal Kerja kepada RM10 bilion bagi enterpris kecil dan sederhana (SME) mendapat akses kemudahan pembiayaan.

*Kerajaan sedang mengkaji untuk mempertingkatkan lagi sumber kewangan SME dan Agro Bank.

*Sasaran untuk mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus pemilikan ekuiti korporat Bumiputera dan ekonomi di peringkat makro kekal.

*Lima inisiatif strategik memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera:

Pertama: Meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera melalui penginstitusian.

Kedua: Mempertingkatkan pemilikan hartanah Bumiputera.

Ketiga: Menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan Bumiputera.

Keempat: Membangunkan guna tenaga profesional Bumiputera secara lebih tuntas.

Kelima: Menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera.


* Fokus kepada meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup bagi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah di mana Bumiputera merupakan bilangan terbesar, iaitu 73 peratus daripada 2.4 juta isi rumah dalam kumpulan ini.

* Subsidi dirasionalkan secara berperingkat, golongan berpendapatan rendah dan mereka yang paling memerlukan akan terus diberi bantuan.

* Pelaksanaan pelbagai program ekonomi dan penyediaan kemudahan asas kepada golongan terpinggir yang tinggal di kawasan pedalaman, terutamanya yang mendiami rumah panjang di Sabah dan Sarawak, serta Orang Asli dan pekerja di estet di Semenanjung Malaysia.

* Peruntukan RM109 juta untuk sambungan bekalan air ke 182 estet yang mempunyai keluasan 1,000 ekar (400 hektar) atau kurang dan terletak tidak melebihi lima kilometer dari paip utama.

* Kemudahan pinjaman AIM dan TEKUN akan disediakan dalam usaha menangani kemiskinan bandar dan akan dipakej bersama dengan latihan keusahawanan.

* Dana RM100 juta untuk pinjaman mudah bagi 280,000 isirumah kampung baru Cina membayar premium tanah bagi perlanjutan tempoh pajakan melalui Bank Simpanan Nasional.


* Nisbah guru siswazah di sekolah rendah akan ditingkatkan daripada 28 peratus kepada 60 peratus untuk meningkatkan lagi kualiti pelajar.

* Prestasi pelajar dalam mata pelajaran kritikal, terutamanya bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, akan juga dipertingkatkan
dengan menambah bilangan guru berkualiti.

* Syarat kelayakan pelantikan guru prasekolah akan ditingkatkan kepada Diploma dan Sarjana Muda.

* Calon lulusan Unified Examination Certificate (UEC) dengan sijil SPM akan dipertimbangkan untuk mengikuti pengajian di institut pendidikan guru bagi program bahasa Cina bagi memenuhi keperluan guru bahasa Mandarin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina serta Sekolah Kebangsaan.

* Pertimbangan yang sama kepada calon lepasan Sijil Menengah Agama atau Sijil Tinggi Agama kelolaan Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri yang telah memiliki SPM untuk menjadi guru program pendidikan agama Islam dan J-Qaf.

* Bilangan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) akan ditambah kepada 100 buah pada akhir tahun 2012 terdiri daripada sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah harian dan sekolah berasrama penuh.

* Sekolah Amanah atau Trust Schools, akan diperkenalkan untuk memudah cara perkongsian awam swasta dalam pengurusan sekolah-sekolah kerajaan yang terpilih dan akan diberi autonomi.

* RM280 juta bantuan disalurkan kepada sekolah bantuan modal bagi tempoh 2011 dan 2012. Setiap satu kategori sekolah bantuan modal, iaitu sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangssan Tamil, sekolah agama dan sekolah mubaligh akan menerima peruntukan tambahan RM70 juta setiap satu dalam tempoh 2011 dan 2012.

* Kerajaan akan memberi bantuan berdasarkan bil elektrik dan air sebenar sehingga RM2,000 sebulan bagi setiap daripada hampir 1,900 sekolah bantuan modal.

* Penyertaan kanak-kanak berumur antara empat dan lima tahun di peringkat prasekolah akan dipertingkatkan daripada 67 peratus pada tahun 2010 kepada 87 peratus pada tahun 2012.

* Insentif RM10,000 akan diberi kepada sektor swasta yang menubuhkan institusi prasekolah swasta.

* Kerajaan sedang menimbang mengurangkan umur persekolahan formal daripada enam tahun kepada lima tahun pada akhir tempoh Rancangan tertakluk kepada kemampuan kerajaan.

* Komposisi pekerja berkemahiran tinggi perlu ditambah kepada sekurang-kurangnya 37 peratus menjelang tahun 2015 untuk menjadi sebuah negara maju.

* RM500 juta akan disediakan di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran untuk latihan sekurang-kurangnya 38,000 pekerja.

* Tabung pembiayaan bersama kerajaan dan majikan akan ditubuhkan untuk membiayai pekerja melanjutkan pengajian di peringkat PhD dalam bidang yang berkaitan.

*Peruntukan kewangan kepada universiti bergantung kepada pencapaian KPI dan universiti diberi autonomi secara berperingkat bagi mengukuhkan peranan dan prestasi universiti.

* Kualiti staf akademik berkelulusan PhD sebanyak 75 peratus bagi universiti penyelidikan atau research university, dan 60 peratus bagi universiti awam lain.

* MyBrain15, iaitu program pembiayaan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran, akan digiatkan bagi meningkatkan jumlah pemegang PhD kepada 18,000 pada tahun 2015.

* Pakej penggajian akan dikaji semula untuk menarik minat pensyarah asing dan staf akademik yang telah bersara.

* Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diiktiraf sebagai universiti penyelidikan selepas Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Malaysia.


* Dasar penggajian pekerja asing akan diperkemas dengan kadar levi berbeza mengikut nisbah pekerja asing kepada jumlah pekerja dalam syarikat dan berbeza mengikut tahap kemahiran. Kadar yang lebih tinggi akan dikenakan bagi pekerja kurang mahir dan akan akan ditingkatkan setiap tahun.

* Talent Corporation akan ditubuhan oleh kerajaan bagi menarik dan mengekal modal insan berkemahiran yang diperlukan termasuk rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi.

* Talent Corporation akan menyediakan Rangka Tindakan Modal Insan Berkemahiran dengan kerjasama sektor awam dan swasta dan menjadi pusat sehenti bagi memudahkan urusan dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, termasuk urusan imigresen bagi kemasukan tenaga kerja mahir ke Malaysia.

* Perancangan strategik dan terurus bagi mewujudkan kawasan bandar mampat dan efisien dan suasana kehidupan yang menarik dan nyaman.

* Pembinaan sepanjang 6,300 kilometer jalan berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500 kilometer di Sabah dan 2,800 kilometer di Sarawak yang akan memberi faedah kepada 3.3 juta penduduk.

* Liputan bekalan air luar bandar yang lebih berkualiti dengan sasaran liputan sebanyak 99 peratus di Semenanjung Malaysia, 98 peratus di Sabah dan 95 peratus di Sarawak.

* Kemudahan elektrik di kawasan luar bandar akan diperluaskan untuk meliputi penyambungan bekalannya ke 6,000 buah rumah di Semenanjung Malaysia, 59,000 di Sabah dan 76,000 di Sarawak.

* Pelaksanaan projek mega Mass Rapid Transit berkapasiti tinggi di Greater Kuala Lumpur meliputi kawasan dalam lingkungan 20 km dari pusat bandar dan melibatkan pembinaan landasan lebih kurang 150 km yang membolehkan dua juta perjalanan penumpang sehari berbanding dengan 480,000 perjalanan penumpang sistem pengangkutan bandar masa kini.

* Meningkatkan peratus penggunaan pengangkutan awam dengan ketara di Greater Kuala Lumpur daripada 12 peratus pada tahun 2009 kepada 30 peratus pada tahun 2015.

* Sistem pengangkutan awam darat akan diperluaskan kepada bandar raya lain, iaitu sistem Bas Rapid Transit akan diperkenalkan di Wilayah Iskandar, Johor, dan jumlah bas awam akan ditambah sebanyak 200 buah di Pulau Pinang untuk menampung 26 laluan dengan penambahan kapasiti sebanyak 75,000 penumpang sehari.

* Pembinaan lapan hospital, termasuk hospital-hospital pakar, 197 buah klinik dan juga tambahan 50 klinik 1Malaysia akan disiapkan dalam tempoh separuh pertama RMK10.

* 78,000 buah rumah mampu milik akan dibina di bawah RMK10.

* Dana RM500 juta bagi membiayai kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan rumah mampu milik awam mahupun swasta berdasarkan perkongsian 50-50 kerajaan dengan pengurusan atau persatuan penduduk rumah berkenaan.

*Keselamatan dan ketenteraman awam akan dipertingkatkan, rondaan polis akan ditambah terutama di 50 "hot spots" yang telah dikenal pasti dan 496 CCTV sedang dipasang di seluruh negara bagi meningkatkan keupayaan pemantauan.

* Undang-undang dan peraturan berkaitan sedia ada akan disesuaikan bagi mendorong penyertaan lebih besar daripada wanita.

* Sektor swasta diminta meningkatkan bilangan wanita dalam jawatan peringkat tertinggi seperti ketua pegawai eksekutif dan ahli-ahli Lembaga Pengarah.

* Putrajaya akan dijadikan lokasi tumpuan belia bagi menjalankan aktiviti dan program yang bermanfaat dan bersesuaian.

* Golongan warga emas mendapat infrastruktur yang lebih mesra, akses kemudahan kesihatan yang mampu dibiayai, rumah perlindungan yang mencukupi dan juga supaya mereka dapat mengukuhkan kewangan serta peluang pekerjaan.

* Langkah diteruskan untuk menyediakan pelbagai peluang termasuk latihan kemahiran, pekerjaan serta keusahawanan bagi orang kurang upaya.

* Feed in Tariff dan Dana Tenaga Boleh Diperbaharu akan diperkenalkan bagi menggalakkan perkembangan aplikasi tenaga boleh diperbaharu.

* Garis panduan, piawaian dan undang-undang berkaitan akan diperkenal bagi memastikan kecekapan penggunaan tenaga, termasuk penurunan tahap pelepasan gas rumah hijau.

* Putrajaya dan Cyberjaya akan dijadikan model perintis bagi bandar hijau contoh dan bangunan baru kerajaan akan direka bina untuk mematuhi piawaian bangunan hijau.

* Peruntukan program dan projek pembangunan RMK10 akan dibuat untuk setiap dua tahun bermula dengan 2011-2012 dan "rolling plan" pertama akan dikeluarkan pada akhir Ogos 2010.

* Peruntukan RM230 bilion untuk RMKe10 bagi perbelanjaan pembangunan dengan 55 peratus diagihkan kepada sektor ekonomi, 30 peratus kepada sektor sosial, 10 peratus kepada sektor keselamatan dan 5 peratus kepada sektor pentadbiran.

- Bernama

Monday 7 June 2010

Gerak Usahawan Muslim - Pertemuan Bersama YB Dato Haji Husam Musa

GERAK Usahawan Muslim merupakan satu perkumpulan yang ditubuhkan bermatlamatkan untuk membantu usawan sesama sendiri agar setiap usahawan dapat meningkat lebih maju dan berjaya.

Perkumpulan usahawan yang menyertai Gerak Usahawan Muslim mengadakan pertemuan setiap bulan bagi berbincang serta berkongsi matlamat atau pengalaman agar dapat di manafaatkan oleh usahawan lain. Selain dari itu, dalam setiap perbincangan akan ada satu sesi kerja kumpulan yang sama-sama dijalankan oleh semua usahawan.



Kerja kumpulan kebiasaannya tertumpu dalam kerja-kerja megumpul dana, kerja kebajikan atau kerja dakwah. Untuk sementara waktu ini, kerja pengumpulan dana merupakan satu agenda utama di mana Gerak Usahawan Muslim sedang berusaha menediakan dana bagi membantu para usahawan yang memerlukan sumber kewangan tanpa melibatkan diri dengan riba.

Baru-baru ini, Gerak Usahawan Muslim berjaya mengadakan satu sesi perbincangan bersama Exco Kanan negeri Kelantan iaitu YB Dato Husam.

Berdasarkan pengamatan kumpulan, Dato Husam merupakan seorang ahli ekonomi yang hebat dan beliau juga banyak merubah landskap ekonomi negeri kelantan dengan berbagai aktiviti ekonominya yang berjaya.

Dato Husam juga mempunyai pengetahuan yang luas dalam percaturan politik dalam negara begitu juga di luar negara dan beliau sentiasa berpandangan jauh ke depan.

Atas dasar itu, Gerak Usahawan Muslim berusaha mendapatkan satu ruang waktu agar dapat bersama dengan beliau bagi mengambil sedikit sebanyak ilmu dari perbincangan yang diadakan. Alhamdulillah sesi perbincangan yang diadakan amat positif sekali.

Mungkin pada masa depan Gerak Usahawan Muslim akan cuba mengatur pertemuan bersama dengan pemimpin hebat yang lain pula. Insyallah.

Rundingan Volkwagen-Proton ditamatkan



KL. Jun7 10
: Rundingan bagi kemungkinan jalinan pakatan antara pembuat kereta Jerman, Volkswagen dan pengeluar kereta nasional, Proton dibatalkan.

Dalam satu kenyataan ringkas hari ini, Proton berkata Volkswagen mengesahkan yang syarikat itu kini mempunyai keutamaan lain dan potensi kerjasama dengan pembuat kereta Malaysia itu tidak boleh diteruskan.

Sebagai satu daripada pengeluar peralatan tulen (OEM) terbesar dalam industri, Proton berkata Volkswagen, yang ditubuhkan pada 1937, akan menjadi rakan kongsi kerjasama yang menarik bagi Proton.

Proton berkata syarikat menerima keputusan Volkswagen itu.

Namun begitu, syarikat akan meneruskan strateginya dalam OEM tempatan dan pelbagai negara Asean. Ini termasuk kerjasama produk dengan pengeluar kereta Jepun, Mitsubishi, projek EMAS dan pembangunan model baharu yang lain.

Proton, yang mencatatkan peningkatan jualan bagi model Saga, Persona dan Exora, berkata syarikat kekal komited untuk mengukuhkan kehadirannya di China melalui kerjasama dengan Youngman.

Memanfaatkan momentum yang amat baik bagi keputusan tahun kewangan 2009/10, Proton berkata syarikat juga meninjau untuk menembusi pasaran Asia yang dalam masa terdekat serta terus mengukuhkan kedudukan dalam negara.

Proton, yang ditubuhkan pada 1983, merupakan pengeluar automobil terbesar Malaysia dan satu-satunya pengeluar kereta OEM sepenuhnya di Asia Tenggara.

Syarikat itu mempunyai operasi di pasaran utama dari UK hingga Timur Tengah, serta seluruh Asia Tenggara dan Australasia, terutama di negara-negara seperti China, India dan Iran

- Bernama