Monday 7 June 2010

Gerak Usahawan Muslim - Pertemuan Bersama YB Dato Haji Husam Musa

GERAK Usahawan Muslim merupakan satu perkumpulan yang ditubuhkan bermatlamatkan untuk membantu usawan sesama sendiri agar setiap usahawan dapat meningkat lebih maju dan berjaya.

Perkumpulan usahawan yang menyertai Gerak Usahawan Muslim mengadakan pertemuan setiap bulan bagi berbincang serta berkongsi matlamat atau pengalaman agar dapat di manafaatkan oleh usahawan lain. Selain dari itu, dalam setiap perbincangan akan ada satu sesi kerja kumpulan yang sama-sama dijalankan oleh semua usahawan.



Kerja kumpulan kebiasaannya tertumpu dalam kerja-kerja megumpul dana, kerja kebajikan atau kerja dakwah. Untuk sementara waktu ini, kerja pengumpulan dana merupakan satu agenda utama di mana Gerak Usahawan Muslim sedang berusaha menediakan dana bagi membantu para usahawan yang memerlukan sumber kewangan tanpa melibatkan diri dengan riba.

Baru-baru ini, Gerak Usahawan Muslim berjaya mengadakan satu sesi perbincangan bersama Exco Kanan negeri Kelantan iaitu YB Dato Husam.

Berdasarkan pengamatan kumpulan, Dato Husam merupakan seorang ahli ekonomi yang hebat dan beliau juga banyak merubah landskap ekonomi negeri kelantan dengan berbagai aktiviti ekonominya yang berjaya.

Dato Husam juga mempunyai pengetahuan yang luas dalam percaturan politik dalam negara begitu juga di luar negara dan beliau sentiasa berpandangan jauh ke depan.

Atas dasar itu, Gerak Usahawan Muslim berusaha mendapatkan satu ruang waktu agar dapat bersama dengan beliau bagi mengambil sedikit sebanyak ilmu dari perbincangan yang diadakan. Alhamdulillah sesi perbincangan yang diadakan amat positif sekali.

Mungkin pada masa depan Gerak Usahawan Muslim akan cuba mengatur pertemuan bersama dengan pemimpin hebat yang lain pula. Insyallah.

No comments:

Post a Comment