Saturday 2 June 2012

Bongkar Penipuan Dalam Internet (8)

By mAYANGmAYA
 (Sambungan Bongkar Penipuan Dalam Internet (7)

KETUJUH: PENDAPATAN DARI MELAYARI INTERNET (Paid To Surf)

Pelayar internet mendaftar keahlian menjadi ahli program Paid to Surf tertentu yang mereka pilih. Untuk mendapat pendapatan yang memuaskan, peserta perlu melakukan “pelaburan”. Lebih banyak yang “dilaburkan”, lebih banyak pendapatan yang bakal diperolehi. Pulangan pendapatan berlainan mengikut
program.

Biasanya peserta dikehendaki melihat laman web peserta atau pengiklan lain mengikut jumlah tertentu yang telah ditetapkan setiap hari untuk mendapatkan “credit” harian yang akan dikumpulkan sehingga sebulan. Di akhir bulan atau mengikut masa tertentu, “credit” tersebut akan dipindahkadi dalam bentuk :
  • Duit 
  • Traffik ke laman web peserta (peluang laman web kamu akan ditunjukkan kepada peserta lain). 
  • Kedua-duanya sekali.
Sebenarnya Paid to Surf Program Provider akan melabur “pelaburan” asal peserta di dalam Program Pelaburan Pulangan Tinggi Internet (HYIP) berdasarkan perjanjian tertentu kedua-dua belah pihak.

Pulangan dari pelaburan inilah sebenarnya yang akan digunakan oleh Program Provider untuk membayar peserta. Di samping itu, sebahagian dari yuran pendaftaran atau “pelaburan” peserta-peserta baru juga digunakan sebagai modal pusingan untuk membayar peserta lama yang telah sampai waktu pembayaran mereka. “Program Provider” juga ada mendapat keuntungan (jumlah yang kecil) daripada iklan syarikat-syarikat luar yang mengiklan di dalam program ini.

Senario Sebenar Atau Realiti.


Di peringkat permulaan program, syarikat akan membayar ahli dengan cekap dan effisyen. Tetapi setelah beberapa tempoh, pembayaran akan menjadi perlahan, terutama kepada ahli yang mempunyai jumlah "credit" yang banyak di dalam akaun dan mereka akan menggunakan alasan program mengalami
masalah teknikal dan sebagainya. Di peringkat 12 hingga 24 bulan berikutnya selepas mereka mula-mula beroperasi, kebanyakkan program Provider ini akan menghilangkan diri.

Walaubagaimanapun tidak semua program sebegini "hilang" terus. Ada yang terus menjalankan aktiviti walaupun pembayaran peserta menjadi semakin lembab. Tetapi majoritinya menghilangkan diri.
*Attachment – sila baca cerita 12 Daily Pro, di bawah ini sebagai iktibar.

Laman Web Auto Surf Menjana Kerisauan Penipuan.


BERITA PEMBEKUAN AKAUN 12DAILYPRO DAN STORMPAY

Musim Bunga tahun lepas sebuah laman web; 12 Daily Pro mula menawarkan Pelayar Internet Skim yang menakjubkan, Pelaburan dengan pulangan 12% sehari melalui system Keahlian. Apa yang pelayar perlu lakukan hanyalah melayari beberapa laman Web sehari. Pelayar Internet akan dibayar mengikut pelaburan yang mereka laburkan berdasarkan tangga keahlian.Kerajaan Persekutuan dan Pihak Berkuasa Negeri Amerika Syarikat kini sedang menyiasat syarikat yang berpengkalan di Charlotte sekiranya ianya hanyalah salah satu daripada variasi Ponzi Scheme.

Ponzi scheme adalah skim yang diasaskan oleh Charles Ponzi immigrant daripada Itali pada awal kurun ke 20. Ponzi skim adalah skim penipuan yang menjanjikan pulangan pelaburan yang di ambil daripada pelaburan pelanggan kemudian. 12Daily Pro adalah di antara skim yang terbesar di dunia internet, hampir semua HYIP telah berlkembang dan menpunyai Jutaan ahli, skim ini dikenali sebagai Auto Surf dan juga HYIP business.

Skim ini sebenarnya mengambil kesempatan daripada pertambahan perbelanjaan pengiklanan di dunia Internet., Contohnya SurfCityAutoSurf.com, menjanjikan pulangan pelaburan antara USD100.00 ke USD3,200.00 Sebulan hanya dengan melayari laman web.

Di 12dailyPro, pelawat dibenarkan untuk menjadi ahli secara percuma juga, tetapi untuk mereka mendapat pulangan tunai, ahli perlulah melabur USD$ 6.00 atau maksimun USD $ 6,000.00. Laman ini telah mendapat perhation Biro Penyiasatan Amerika Syarilat (FBI). Buat ketika ini FBI menjadikan penyiasatan penipuan Internet sebagai salah satu daripada bidang yang mereka focuskan, tangga ketiga yang utama (Third Level Priority).

Pada tahun 2004 badan ini menerima 207,000 aduan penipuan siber. Ini adalah kenaikan 66% daripada tahun 2003. Laman 12dailyPro kini adalah di bawah penyiasatan FBI, Suruhanjaya Securiti Amerika dan juga dua negeri di Amerika. Pembayar utama 12Daily Pro iaitu Storm Pay juga telah dibekukan operasi kerana terlibat sebagai peranti pembayar.

Laporan terkini jumlah ahli yang terlibat adalah di antara 300,000 orang dianggarkan sebahagian besar melabur USD$6,000.00. 9 hb February 12 Daily Pro masih beroperasi walaupun semua asset dan milik mereka telah dibekukan. 12dailyPro di jalankan oleh Charis Johnson, seorang wanita melalui sebuah syarikat berdaftar di North Carolina Amerika Syarikat. Beliau juga menjalankan kegiatan melaui sebuah syarikat Enterprise LifeClicks LLC melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam beliau.

Peguam beliau menyalahkan StormPay diatas isu perselisihan perjanjian menyebabkan ahli 12Daily Pro tidak menerima pembayaran. Peguam Charis, Johnson menyatakan StormPay mendesak hanya merekalah peranti pembayar untuk sebarang imbuhan kewangan 12Daily Pro. Sejurus selepas itu StormPay membekukan kewangan dan pembayaran 12DailyPro, selepas mendakwa 12DailyPro telah menyalahgunakan model perniagaan mereka.

Charis menyatakan bahawa beliau tidak pernah tidak membayar imbuhan kepada ahli 12DailyPro sehinggalah berlakunya perbalahan dengan StormPay. Peguam LifeClick's sedang mengkaji peruntukan perundangan yang sedia ada dan akan bekerjasama dengan semua pihak berkuasa untuk menyelesaikan isu ini. Didalam wawancara yang terbaru Pengarah Eksekutif, StormPay Steve Girsky menyatakan “beliau tidak melakukan sebarang kesalahan”,

Ditanya sama beliau percaya 12dailyPro beoperasi secara sah? Beliau menyatakan pada peringkat awalnya StormPay beroperasi secara sah, tetapi setelah pihak StormPay mengkaji perjalanan syarikat tersebut, mereka mengalami kesusahan untuk membayar kepada ahli 12Daily Pro.

Dilaman web, 12dailyPro, menyatakan pendapatan ahli adalah di biayai oleh pembayaran ahli baru dan juga pendapatan pengiklanan beserta dengan beberapa pelaburan luar yang tidak dinyatakan. (mirip kenyataan PONZI scheme) Ketika lawatan terbaru, pengiklan didapati daripada kumpulan syarikat yang kecil dan juga beberapa syarikat “AutoSurf” yang beroperasi hampir sma dengan 12DailyPro.

Sebahagian daripada ahli 12Daily Pro menyatakan bahawa pulangan pelaburan adalah kurang daripada yang dijanjikan kerana pembayaran balik termasuk yuran asal keahlian.

Seorang ahli yang melabur USD$600.00 sebagai contoh akan akan di kredit 12 hari kemudian dengan nilai USD$864.00. Pulangan sebenar hanyalah USD264.00 iaitu 44% untuk 12 hari tersebut. Interest sebenar adalah 3.67% sehari, masih lebih besar daripada interest yang mana-mana bank akan berikan. Salah seorang ahlinya adalah Mike Wing yang mengetahui 12DailyPro daripada rakan niaga beliau, beliau mengharapkan pulangan USD$700- USD$1,000.00 seminggu.

Bilau mengeluarkan Simpanan Pencen beliau dan melabur USD$1,000.00 minggu kedua beliau menambahkan pelaburan usd$1,000.00 lagi. Selepas beliau mendapat semula pelaburan pokok beliau berjaya memperkenalkan kepada sepuluh lagi rakan beliau untuk menyertai program ini.

12DailyPro menjanjikan ahli yang berjaya menjemput atau merekrut ahli baru akan dapat berkongsi sebahagian daripada jumlah pelaburan baru. Wing berkata , pada mulanya beliau merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan 12DailyPro, tetapi disebabkan oleh janji pulangan yang tinggi, beliau tertarik untuk mengambil risiko tersebut. Minggu lepas pulangan USD$1,700.00 yang beliau tunggu tidak sampai, beberapa hari kemudian 12DailyPro menyatakan bahawa akaun mereka telah dibekukan.
“ Saya rasa seperti orang bodoh, saya tidak lagi akan melabur di dalam skim.”

Lihat juga berita ini..

Anggota Sendikit Macau Scam

ANGGOTA sindiket Macau Scam yang diberkas dalam serbuan polis di Bukit Jalil semalam.

KUALA LUMPUR (Kosmo) - Jenayah Macau Scam yang sebelum ini didalangi warga China dan Taiwan dilihat berubah arah apabila rakyat tempatan mula dikesan mendalangi sindiket itu sehingga berjaya menipu seorang peguam bergelar Datuk.

Peguam yang bergelar Datuk dari Tawau, Sabah itu kerugian RM3.2 juta pada Februari lalu selepas terpedaya dengan panggilan anggota sindiket yang menyamar sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Datuk berusia 50-an itu memindahkan wang miliknya ke dalam akaun sindiket itu selepas pegawai polis palsu yang menghubungi mangsa mendakwa akaun miliknya digodam oleh penjenayah di Hong Kong.
Jenayah penipuan Internet yang pertama kali melibatkan rakyat tempatan itu terbongkar ekoran tertangkapnya lima ahli sindiket tersebut dalam serbuan pada pukul 12 tengah hari di sebuah kondominium di Bukit Jalil di sini semalam.

Salah seorang daripada suspek lelaki itu didapati pernah ditahan selama 11 bulan di China atas kesalahan menjalankan penipuan Internet.

Lihat juga berita ini..

Jenayah Siber Dilapor Meningkat 100 Peratus




PUTRAJAYA – Kes berkaitan jenayah siber yang dilaporkan kepada pusat bantuan Cybersecurity meningkat lebih 100 peratus pada tahun lepas iaitu sebanyak 13,173 berbanding 6,204 pada 2010.
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, peningkatan sebanyak 112.3 peratus itu membuktikan bahawa jenayah dan ancaman siber semakin membimbangkan dan perlu dibendung.

“Kajian oleh Cybersecurity juga menunjukkan dari tahun 2005 hingga 2010, kerugian akibat jenayah siber telah mencecah RM2.75 bilion, ia satu angka yang besar dan merugikan,” jelasnya ketika berucap merasmikan Forum Undang-Undang: Kajian Semula Akta Jenayah Komputer 1997 di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di sini semalam.

SEKIAN

No comments:

Post a Comment