By mAYANGmAYA
(Sambungan Bongkar Penipuan Dalam Internet (2).
KEDUA: SISTEM PIRAMID.
Sistem
Pyramid dahulunya di Malaysia lebih dikenali sebagai skim Pak Man
Telo. Sistem ini secara dasarnya adalah mengambil pelaburan daripada
individu atau kumpulan dan seterusnya membayar pendapatan daripada
pelaburan ahli di bawah.
Sistem ini juga dikenali sebagai “Chain Letters, Chain Referral, Binary Compensation Plan, Matrix Marketing atau Forced Matrix”. Pada asasnya ianya adalah sistem yang membayar imbuhan berdasarkan pelaburan orang yang terkemudian atau downline.
Di
negara barat Sistem Pyramid telah wujud sejak tahun 1920an lagi di
Amerika Syarikat dan juga Sepanyol. Ianya adalah variasi dari Skim Ponzi
yang diasaskan pada 1919. Sekali lagi, kehebatan dan kekreatifan
pakar-pakar penipuan semasa telah mengubahsuaikan sistem ini mengikut
peredaran zaman yang berkaitrapat dengan perubahan prasarana dan
teknologi.
Contohnya, sebelum era internet, sistem pembayaran
skim pyramid dan lain-lain skim penipuan terkemuka agak melecehkan iaitu
secara tunai, pengiriman wang pos, cek dan sebagainya. Tetapi dengan
wujudnya system pembayaran melalui media internet, semuanya automasi.
Kaedah-kaedah pembayaran adalah menerusi system transaksi yang canggih
seperti system Paypal, StormPay dan Egold.
Fokus utama sistem ini adalah pelaburan dan penarikan pelaburan ahli
baru. Kamu dijanjikan keuntungan besar dan kedudukan yang lebih apabila
lebih ramai orang menyertai program ini. Selepas beberapa ketika sistem
ini menjadi bentuk piramid kerana bilangan diatas adalah sedikit dan
bilangan di bawah adalah ramai.
Motto mereka antara lainnya
adalah Bekerja Secara Bijak, Bukan Bekerja Keras (Work Smart, Not Work
Hard). Tetapi “Motto Tersembunyi” yang sebenarnya adalah “Bekerja Secara
Bijak Sekarang, Kerana Ramai Yang Di Bawah Akan Bekerja Untuk Anda
Kemudiannya”.
Pengiklanan skim ini juga hampir menyerupai
sebahagian besar sistem yang di gambarkan diatas. Di dunia internet
ianya lebih mirip kepada pemukauan dengan pembelian syer,
distributorship atau pencarian “Downline atau orang baru di bawah anda”.
Sistem ini sudah pasti akan menemui kegagalan.
Hal ini kerana selepas beberapa waktu beroperasi, kadar pertambahan ahli
baru akan susut dan pelaburan baru tidak dapat menampung pembayaran
ahli lama apabila sampai waktu pusingan pembayaran berikutnya. Jumlah
pelabur yang ramai di bawah (pelabur terkemudian) pasti akan mengalami
kerugian dan tidak akan mendapat pulangan walau sesenpun.
Rasional
sebahagian besar yang memasuki skim ini adalah masih ada ramai lagi
yang akan menyertainya. Dia yakin, dia akan mendapat pulangan sebelum
sistem ini jatuh. Samada kita sedar atau tidak apabila kita menyertai
program sebegini, kita sebenarnya mengambil hak orang lain. Tetapi
realitinya, sebahagian besar manusia tetap menyertainya kerana inginkan
kekayaan dengan jalan mudah.
Sebagai contoh; suatu skim yang memerlukan kamu mencari hanya 6 orang
downline dibawah kamu dan akan menghasilkan penyertaan hampir sepuluh
juta peserta (10 million). Walaupun secara matematiknya di atas kertas
ianya boleh digambarkan, namun secara realitinya ianya sesuatu yang
mustahil di Malaysia kini.
Contoh-contoh Skim Piramid Online
1. Hanya Sedikit Untuk Banyak. (Just A Little For A Lot)
Syarikat Webco menawarkan pelaburan USD10.00 dan Sistem Downline
Sepuluh, dengan tujuan kamu dapatkan USD10,000.00 selepas downline kamu
cukup seribu orang (1,000 orang). Pemukauan adalah berdasarkan pelaburan
yang kecil USD 10.00. Kamu di pukau dengan adanya Jutaan Pelayar
Internet yang mana untuk kamu mendapatkan 1,000 ahli di bawah kamu
tidaklah susah.
Kamu di umpan dengan harapan dalam sedikit masa lagi kamu akan mendapat
USD1,000.00. Jumlah pelaburan yang kecil ini membuatkan ramai Pelayar
Internet tidak akan menyaman sekiranya skim ini gagal. Sikit-sikit
lama-lama jadi bukit. Tetapi yang kaya sebenarnya operator skim ini.
Bayangkan, sekiranya beliau menipu 100,000 orang, beliau telah pun
mendapat USD1Juta. Kamu pelabur hanya berharap kepada USD1,000.00
sahaja.
2. Sekaki Atas Yang Lain (A Leg Up On The Others)
Syarikat Metal Trade menawarkan system binary yang mana kamu hanya
perlu membayar USD$288.00 yang mana USD$200.00 adalah untuk catalog
masa hadapan syarikat tersebut. Selepas itu kau hanya perlu mencari dua
orang downline sahaja. Dua orang di bawah kamu akan mecari dua orang
lagi dan begitulah seterusnya. Lebih besar kumpulan bawahan kamu, lebih
besar peluang pendapatan tunai bulanan yang kamu dapat.
Jika 12
orang menjadi ahli di bawah kamu, kamu berpeluang mendapat USD400.00,
seterusnya 36 orang, 50 orang dan berikutnya. Kamu di pukau dengan
pulangan sehingga USD$18,528.00 sebulan. Mengejutkan lagi mereka
mendakwa telah menerima sokongan Badan Perniagaan Amerika Syarikat dan
juga telah dianalisa oleh University of Harvard. Penipuan identiti ini
sebenarnyalah yang memukau ramai pelabur untuk mempercayai skim ini.
3. Azimat Sekolah Atasan (Upper School Charm)
Persatuan Penyimpan Oxford menawarkan kamu menyimpan duit dalam bentuk
pinjaman kepada bank. Dalam ertikata lain Persatuan ini berhutang dengan
kamu. Kamu akan dibayar balik sebanyak 10% sebulan compounding sehingga
sepuluh tahun. Kamu juga digalakkan menjemput rakan lain untuk memberi
hutang kepada persatuan ini.
Sekiranya rakan kamu melabur, dengan setiap pelaburan mereka, kamu akan
diberikan 1% dari nilai pelaburan mereka sebulan. Perjanjian atau akad
yang kamu setujui ketika kamu memberikan pinjaman kepada Syarikat ini,
membolehkan mereka melepaskan diri daripada
tindakan undang-undang.
Kamu bersetuju dengan risiko pinjaman yang kamu berikan. Umpan mereka
adalah mereka akan mula membayar dengan pelaburan kamu atau pun
pelaburan baru. Akaun kamu memperlihatkan pinjaman pokok kamu kepada
mereka tidak berubah, tetapi mereka telah
mula membayar dividen kepada kamu.
Trend ini akan mereka teruskan, biasanya selama setahun atau bilamana
pelaburan baru boleh menampung pembayaran mereka. Kepada yang
menambahkan pelaburan, mereka akan
membayar pada masa, tetapi mereka juga mengamalkan profiling untuk megoptimasikan umpan mereka.
Ringkasan
Hampir kesemua sistem yang dijalankan dan dipromosikan di
atasnmenyatakan kesahihan dan juga testimony yang akan meyakinkan kamu
untuk melabur. Tetapi kamu perlulah sedar bahawa hampir kesemua program
ini akan hancur di kemudian hari.
Perhatian!
Trend di akhir 2005 – lebih banyak penipuan secara skim pyramid ini
melibatkan penawaran sistem pembayaran dan penerimaan imbuhan melalui
sistem kad ATM. Dalam kes terbaru, Bank Of Lousiana telah tertipu
melalui pemberian card Maestro Cirrus oleh beberapa sindiket berasaskan
skim pyramid.
Insya Allah, saya akan bongkar perkara KETIGA pula, mengenai saham syarikat syarikt atau rakan perniagaan.
By mAYANGmAYA
Ini M'sia, biadap terhadap Islam. Kurang ajar, letak jawatan!
-
Ini M'sia, biadap terhadap Islam. Kurang ajar, letak jawatan!
*(i) ‘Siapa kamu hendak sesatkan dan minta PAS bertaubat?’ December 30,
2024*
*(ii)‘Da...
3 days ago
Hello,
ReplyDeleteSaya Bishop T.D Jakes, pemberi pinjaman pinjaman swasta yang memberikan pinjaman peluang seumur hidup. Adakah anda dalam apa-apa jenis masalah kewangan? Memerlukan pinjaman untuk penyatuan hutang, pada kadar pembinaan 2%, pinjaman hartanah, membiayai semula, peribadi, tujuan perniagaan atau wang kecemasan? Adakah anda seorang ahli perniagaan atau wanita yang berfikir untuk mengembangkan pinjaman tawaran perniagaan anda dari semua jenis. jika berminat hubungi kami hari ini melalui (bishopjakesloancompany@gmail.com)