Wednesday 11 April 2012

China bantu Kelantan tingkatkan hasil getah

Husam dan rombongan tiba di lapangan terbang Beijing


BEIJING, 10 April:
Kerajaan negeri Kelantan akan membuat satu perjanjian dengan sebuah institut kajian susu getah di Negara China bagi meningkatkan pengeluaran susu getah di negeri ini.

“Satu persetujuan untuk meneroka kerja sama dengan sebuah insitut kajian susu getah bagi mengunakan formula peningkatan hasil susu getah di negeri Kelantan akan diadakan dengan sebuah institut kajian getah di negara ini.

"Formula terbaru yang dihasilkan oleh institut berkenaan dijangka boleh meningkatkan pengeluaran hasil getah,” Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

Beliau berkata demikian sewaktu rangka kerja lawatan ke Beijing, baru-baru ini. Lawatan itu diketuai Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa.

Turut serta, timbalan exco Hazami Mohd Nor, Pengarah Tunjong Development Corporation Sdn Bhd, Ir Haji Fauzi Abdul Rahman dan Pengurus TDC, Nazri Deraman. Turut serta tiga orang rakan media, termasuk wakil Harakahdaily serta beberapa orang ahli perniagaan.

Menurut Husam, dengan termeterai perjanjian itu nanti dijangkakan dapat meningkatkan hasil pendapatan anak syarikat kerajaan negeri yang berkaitan dengan getah dan pekebun-pekebun kecil.

“Formula terbaru yang dihasilkan oleh institut berkenaan dijangka boleh meningkatkan pengeluran hasil getah sebanyak 20 hingga 30 peratus,” katanya.

Ujarnya lagi, hasilnya boleh dilihat selepas tiga hingga empat bulan selepas mengunakan formula berkenaan dan ianya tidak merosakkan pokok getah. Beliau menambah, negeri Kelantan mengucapkan terima kasih kepada pihak Beijing kerana bersetuju untuk berkongsi formula ini.

Sebelum dari ini insitut kajian berkenaan telah melakukan kerja sama dengan negara Filipina dan formula berkenaan belum tiba di negara ini lagi. (Hrkh)

No comments:

Post a Comment