Thursday 16 March 2017

H5N1: Pengusaha itik telur rugi RM200,000

 Dua kakitangan JPV melakukan operasi memusnahkan unggas di kawasan Kampung Kedondong yang disyaki terkena jangkitan H5N1 semalam.


PASIR MAS – Seorang pengusaha itik telur di Kampung Kedondong di sini kerugian lebih RM200,000 apabila ternakannya terpaksa dimusnahkan selepas disyaki terkena jangkitan selesema burung H5N1.
Pemilik ternakan tersebut, Mohd. Hakimi Azrol Mohd. Zaki, 20, berkata, apa yang berlaku adalah di luar jangkaan kerana dia baru sahaja mengusahakan ternakan tersebut sejak dua minggu lalu.
Katanya, dia menternak kira-kira 7,000 ekor itik telur termasuk 2,000 yang baru dibeli daripada pembekal tempatan.
“Bagaimanapun, saya diberi pampasan RM10 untuk setiap ekor itik yang dimusnahkan atau dianggarkan kira-kira RM70,000.
“Sedikit sebanyak ini dapat meringankan beban sekali gus dapat digunakan selepas ini untuk merancang langkah seterusnya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam. (Kosmo)

No comments:

Post a Comment