Tuesday 28 January 2014

Jambatan Kukup-Karimun mampu jana ekonomi

Melaka Dumai Bridge and Tunnel.
KUALA LUMPUR - Cadangan projek jambatan dan terowong dasar laut bagi menghubungkan Kukup, Pontian, Johor dan Pulau Karimun, Riau di Indonesia yang dijangka menelan kos RM15 bilion mampu menjana ekonomi kepada Malaysia dan Indonesia.

Ketua Kluster Kejuruteraan dan Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Datuk Dr. Ahmad Darus berkata, pada asasnya kedua-dua negara menerima kesan positif, namun Malaysia memiliki kelebihan dari segi logistik, bahan mentah dan pakar.

Menurut beliau, sudah tentu penduduk di Pulau Karimun memerlukan kepakaran serta sumber dari negara ini untuk membangunkan ekonomi mereka terutamanya sektor pelancongan yang secara tidak langsung membuka peluang kepada pemain-pemain industri di Malaysia untuk turut serta.

"Memang tidak dinafikan Pulau Karimun mampu menawarkan industri pelancongan, namun mereka memerlukan kepakaran serta sumber negara ini untuk membina pertumbuhan ekonomi di wilayah berkenaan ekoran jarak Malaysia yang dekat dengan pulau itu.

"Secara tidak langsung, ia membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk melakukan pelaburan di sana yang sudah tentu memberi pulangan menguntungkan," katanya ketika dihubungi di sini semalam. (Kosmo)

No comments:

Post a Comment