PERNIAGAAN restoran
segera McDonald's merancang menutup 350 restoran mereka. Langkah itu
diambil selepas perniagaan mereka mengalami penurunan jualan yang sangat
drastik. Dipetik dari laman Metro.co.uk, Jumaat (24/4), McDonald 's
mengalami penurunan jualan secara global mulai 0.6 peratus hingga 8.6
peratus.
"Sebagai restoran
terkemuka dunia, kami sedang berubah menjadi lebih responsif kepada
pelanggan masa kini," kata Ketua Pegawai Eksekutif McDonald, Steve
Easterbrook.
Daripada 350 gerai yang akan ditutup tersebut, 220 di antaranya berada di China. Sementara 130 outlet lain berada di Jepun.
"Kami tengah
mengembangkan sebuah rancangan pemulihan (putar haluan) untuk
meningkatkan prestasi dan keupayaan membawa, pertumbuhan yang
menguntungkan," ujar Easterbrook.
Sementara, laman
Mirror.co.uk menulis jualan global McDonald 's menurun 2.3 peratus
sepanjang suku pertama tahun ini, termasuk penurunan 2.6 peratus di
Amerika Syarikat. Di Eropah, mereka mengalami penurunan jualan 0.6
peratus.
Bagi banyak pemerhati
dalam bidang kulineri, fenomena penurunan pelanggan restoran terkemuka
dunia ini sesungguhnya disebabkan trend pengguna yang mula beralih
daripada mengambil makanan sampah (junkfood atau fastfood) menuju
makanan sihat dan organik. Kesedaran masyarakat mula berkembang seiring
dengan banyaknya aduan kesihatan berkaitan makanan-makanan sampah
tersebut.
Hanya di negara-negara
miskin, makanan di gerai makanan segera dijadikan trend gaya hidup
seolah-olah habit, padahal di Amerika Syarikat dan negara-negara maju,
restoran-restoran itu sudah mulai ditinggalkan dan dianggap bodoh jika
anda masih mahu makan di sana.
*sumber eramuslim.com
No comments:
Post a Comment