GEORGE TOWN – Kegiatan sindiket penipuan gores dan menang yang mengaut keuntungan lebih RM700,000 sejak tiga bulan lalu akhirnya tumpas selepas pejabat mereka di Jalan Slim, Jelutong di sini diserbu sepasukan anggota polis Rabu lalu.
Ahli sindiket terdiri daripada 10 lelaki dan empat wanita, masing-masing berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun itu ditahan pada pukul 2.50 petang.
Operasi tersebut dijalankan pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.
Kosmo! difahamkan, suspek menyasarkan golongan warga emas dan pesara sebagai mangsa.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, modus operandi sindiket tersebut adalah dengan menawarkan baucer kepada mangsa di kawasan tertentu seperti di pusat beli-belah dan bank.
“Mangsa akan menjadi tertarik selepas membuka baucer berkenaan kerana dimaklumkan mereka bakal memenangi cabutan bertuah berupa barangan elektrik, perabot dan rumah sebelum dipujuk ke pejabat suspek untuk membuat bayaran. (Kosmo!)
No comments:
Post a Comment