Wednesday 12 April 2017

Kilang Susu Kambing RM5j: CSM Sasar 40K Kotak Sehari


Kilang RM5 Juta: CSM Sasar 40K Kotak Susu Kambing Sehari

PENGELUAR produk susu kambing, Cipta Success Marketing (CSM) optimis mencatatkan keuntungan lebih positif menerusi pembinaan kilang yang bakal siap pada awal tahun hadapan.

Pengasas dan pemilik CSM, Yaakop Mohd. Isa berkata, kilang baharu yang menelan kos kira-kira lebih RM5 juta itu kini dalam proses pembinaan di Mantin, Negeri Sembilan dan bakal beroperasi seawal Mac 2018.
Kilang RM5 Juta: CSM Sasar 40K Kotak Susu Kambing SehariKilang RM5 Juta: CSM Sasar 40K Kotak Susu Kambing Sehari
Menurutnya, kilang tersebut dijangka dapat mengeluarkan produk seberat 500 gram sebanyak 40 ribu kotak sehari berbanding kilang sedia ada kini hanya mengeluarkan 10 ribu kotak sehari.
“Permintaan kita terlalu tinggi daripada usahawan baharu namun ruang yang ada tidak cukup bagi menampung kapasiti produk yang dihasilkan.
“Kawasan kilang yang lebih besar dan teratur ini dapat memudahkan lagi pengurusan kerja proses bahan mentah dan pembungkusan serta menempatkan pekerja dalam satu bangunan.
“Segala aspek di dalam kilang itu menggunakan teknologi canggih dan dapat menghasilkan produk yang menepati piawaian ditetapkan selain bahan berkualiti dan bersih,” katanya.
Kilang RM5 Juta: CSM Sasar 40K Kotak Susu Kambing Sehari YAAKOP MENUNJUKKAN TAPAK KILANG BARU CSM YANG BAKAL BEROPERASI MAC 2018
Bekas penjawat awam yang berusia 59 tahun ini berkata, kilang tersebut bakal memiliki pensijilan Analisis Bahaya dan Titik Pengendalian Kritikal (HACCP) danGood Manufacturing Practice (GMP) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mencapai standard yang lebih tinggi bagi menembusi pasaran luar negara.
Menyingkap kembali pembabitannya dalam industri perniagaan, Yaacop berkata CSM yang ditubuhkan pada awal 2005 dengan memasarkan kopi dan kemudian meluaskan perniagaan dengan mengeluarkan produk jenama Tok’ Ali pada 2009.
Menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) di kilangnya sendiri, CSM kini berjaya menghasilkan 14 jenis produk jenama Tok’ Ali dengan pelbagai perisa seperti asli, campuran coklat, madu, kurma, halia, spirulina, habbatus sauda, manna dan malt.
“Ada dua lagi produk terbaru berasaskan susu kambing akan kita keluarkan pada bulan Ramadan ini yang kini sedang dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D),”katanya.
Yaakop berkata, produk tersebut dipasarkan melalui 200 ejen yang ada di seluruh Malaysia termasuk Brunei.
Jelasnya, produk tersebut dihasilkan sendiri di lima buah kilang sewaan daripada sebuah bank di Taman Perindustrian Ringan Tun Dr Ismail, Seremban, Negeri Sembilan.
Usahawan kelahiran Melaka itu berkata, semua produknya mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (MeSTI) selain pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Tidak lokek berkongsi ilmu, Yaakop membuka ruang kepada usahawan muda yang berminat untuk menghasilkan produk susu kambing dengan jenama sendiri menerusi program Original Equipment Manufacturer (OEM).
Jelasnya, program yang bermula 2012 memberi ruang kepada usahawan yang mempunyai ilmu perniagaan tetapi tidak tahu cara untuk memulakannya.
“Kami akan bantu mereka ini dari sudut penyediaan produk, pembungkusan sehinggalah penghantaran terus kepada usahawan yang ingin menempah produk jenama sendiri di kilang kami secara kontrak.
“Kami juga akan memberikan bimbingan dan nasihat kepada anak muda yang ingin menceburi dalam bidang ini,” katanya.
Menurutnya, sebanyak 70 syarikat OEM telah berjaya dan terkenal hasil daripada bimbingan CSM malah kebanyakan usahawan tersebut berusia antara 24 hingga 40 tahun.
Perniagaan yang turut dibantu isterinya, Rohaya Mukri, 58, dan dua anaknya Nur Athirah, 30, dan Muhammad Aizat, 26, serta 40 kakitangan CSM ini bakal dikukuhkan lagi dengan pembukaan ladang ternakan kambing bagi mendapatkan bekalan susu kambing untuk menambahkan lagi produk yang sedia ada.
Yaakop berkata, bekalan susu kambing untuk penghasilan produknya kini diperoleh daripada pasaran luar negara susulan bekalan tempatan yang tidak mencukupi bagi menampung penghasilan produk yang semakin meningkat.
Kilang RM5 Juta: CSM Sasar 40K Kotak Susu Kambing Sehari LADANG KAMBING SELUAS 6 EKAR BAKAL MEMBAWA KEUNTUNGAN KEPADA CSM
“Kawasan seluas enam ekar telah dibeli bagi menempatkan ladang kambing yang kini sedang dalam proses perbincangan dengan beberapa agensi kerajaan.
“Kami percaya dengan memiliki bahan utama untuk produk susu kambing ini sudah tentu dapat memberi pulangan yang lebih lumayan serta mengurangkan lagi kos sampingan lain,” katanya.
Jelasnya, usahawan yang berminat untuk mengeluarkan produk berasaskan susu kambing menggunakan jenama sendiri selain bertindak sebagai pengedar boleh layari laman web www.csm2u.com.my atau laman sosial Facebook: Tok’ Ali Susu Kambing dan Instagram: tokalisusukambing_hq atau terus hubungi talian 019-229 3025 untuk mendapatkan maklumat lanjut. 
Lapor MYNEWSHUB.CC


No comments:

Post a Comment