Sunday 24 February 2019

Petani kreatif hasilkan pasu daripada tuala

Petani kreatif hasilkan pasu daripada tuala
Izhar menunjukkan pasu bunga yang diperbuat daripada tuala terpakai di rumahnya di Kampung Padang Panjang, Mukim Malau di Jitra. -- fotoBERNAMA

JOM KREATIF
JITRA: Tuala terpakai yang sudah lusuh mungkin akan dijadikan kain buruk, alas kaki atau dibuang oleh kebanyakan orang, namun bagi seorang petani di Kampung Padang Panjang mukim Malau di sini, fabrik tersebut merupakan bahan terpenting dalam kreativitinya membuat pasu bunga.

Izhar Johari, 44, berkata dengan bantuan larutan simen, kain tuala yang bersifat lembut itu boleh "ditukar" menjadi pasu bunga yang keras, cantik dan unik.

"Tuala terpakai itu disalut dengan larutan simen dan kemudian diolah secara kreatif menjadi pasu sebelum dikeringkan dan keunikan produk ini  mendapat perhatian suri rumah dan peminat landskap khususnya," katanya kepada pemberita di sini.

Izhar yang turut mengusahakan tanaman kelapa dara dan madu kelulut, berkata idea untuk menghasilkan pasu daripada tuala tercetus selepas menonton video mengenai pembuatan pasu dengan kaedah sama menerusi Internet beberapa bulan lalu.

Selepas mendapati proses pembuatannya sangat mudah, Izhar berkata dia dan isterinya Haslini Mohd Ismail, 43, memutuskan untuk mencuba berkecimpung dalam bidang itu dua bulan lalu dan hasilnya mereka kini mampu memperoleh pendapatan sampingan kira-kira RM1,500 sebulan daripada penjualan pasu tersebut.


"Proses pembuatannya tidak rumit, hanya guna tuala, larutan simen dan acuan. Selepas menjalani proses pembentukan pasu dan dijemur, ia kemudian dicat sebelum dijual kepada pelanggan," katanya yang mampu menjual 30 hingga 40 unit pasu sebulan.
Izhar menggunakan kreativitinya dengan mencelup tuala terpakai ke dalam larutan simen kemudian dibiarkan mengeras selama empat jam sebelum dicat dan dijual. --fotoBERNAMA
Izhar menggunakan kreativitinya dengan mencelup tuala terpakai ke dalam larutan simen kemudian dibiarkan mengeras selama empat jam sebelum dicat dan dijual. --fotoBERNAMA
Sebahagian peserta kursus meletakkan tuala yang telah dipotong sebelum direndam dengan larutan simen ketika menghadiri kursus pembuatan pasu bunga tuala di Kampung Padang Panjang, Malau, Jitra. --fotoBERNAMA
Sebahagian peserta kursus meletakkan tuala yang telah dipotong sebelum direndam dengan larutan simen ketika menghadiri kursus pembuatan pasu bunga tuala di Kampung Padang Panjang, Malau, Jitra. --fotoBERNAMA

Katanya setiap pasu yang siap ditanam dengan pokok bunga dijual pada harga RM45 hingga RM65 manakala pasu kosong pula berharga antara RM25 dan RM45 sebuah, bergantung pada saiz dan bentuk pasu.

Bapa kepada enam anak itu berkata walaupun jualan pasu tersebut tidak menentu, hasil yang diperoleh tetap dapat membantunya menyara keluarga.

Dia juga tidak lokek berkongsi ilmu apabila mengambil inisiatif menganjurkan bengkel pembuatan pasu tuala untuk mereka yang berminat khususnya suri rumah yang ingin mencari pendapatan sampingan. 
Seorang peserta bengkel itu, Wan Hamisah Azizan, 36, berkata dia mengikuti bengkel itu kerana ingin menjana pendapatan sendiri selain membantu suami yang bekerja sebagai penoreh getah.

"Pendapatan tak seberapa, jadi saya tekad nak buat pasu ini dan jual sendiri agar dapat membantu suami dan berada dalam zon selesa dari segi pendapatan kami sekeluarga," kata ibu kepada empat anak itu.

Wan Hamisah turut menyeru masyarakat setempat mengambil peluang yang ditawarkan Izhar tersebut terutamanya golongan petani dan penoreh getah bagi menjana pendapatan tambahan.
-- BERNAMA
Liht sebelum ini..
llah.

Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 4
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik:  1 Hingga 3 E-Buku IH-10: Siri 1
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 3 E-Buku IH-53: Siri 2
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 3 E-Buku IH-68: Siri 3
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)  E-Buku IH-103: Siri 4

No comments:

Post a Comment