SRI dan Gopi Hinduja dinamakan pasangan paling kaya di Britain oleh Senarai Jutawan Sunday Times 2014.
Britain kini menjadi negara terkaya di dunia apabila lebih daripada 100 bilionair mendiami sekitar United Kingdom (UK). Perkara itu didedahkan baru-baru ini apabila 104 bilionair
menjadikan Britain sebagai tempat bermastautin dengan jumlah kekayaan
lebih RM1,645 bilion.
Ini bermakna, UK mempunyai lebih dari seorang bilionair berbanding negara lain. Sebahagian
besar di antara mereka mempunyai rumah di London. Ini bermakna, jumlah
bilionair dicatatkan di bandar itu lebih banyak berbanding New York dan
Moscow.
London dianggap pusat tumpuan kelompok kaya-raya yang kini
mencakupi 72 bilionair - meliputi 10 peratus daripada jutawan di dunia. Moscow di kedudukan kedua dengan 48 bilionair, diikuti New York (43), San Francisco, Los Angeles dan Hong Kong.
Tetapi menurut senarai bilionair yang dikeluarkan Sunday Times, hanya satu pertiga daripada jumlah itu dari Britain. Adik-beradik
kelahiran India, Srichand dan Gopichand Hinduja menduduki senarai
terkaya teratas di UK dengan gabungan mengumpul RM65 bilion hasil
daripada konglomerat global mereka.
Ia diikuti dengan oligarki
dan hartawan antarabangsa yang membuat keuntungan menerusi aluminium,
minyak dan arang batu serta pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman
Abramovich. Pemegang saham Arsenal, Alisher Usmanov dan pemegang
amanah Queens Park Rangers serta hartawan keluli dari India, Lakshmi
Mittal turut tersenarai.
Satu-satunya jutawan British dalam senarai itu ialah Duke of Westminster di tempat ke-10 dengan kekayaan berjumlah RM47 bilion. Reputasi
Britain sebagai ibu negara kewangan dan kaitannya dengan percukaian
yang agak rendah dianggap sebagai kredit untuk menarik penduduk bukan
luar melabur dalam hartanah di London.
Negara terbabit kini
mempunyai seorang bilionair bagi setiap 607,692 penduduk, berbanding
seorang bilionair bagi setiap 1,022,475 penduduk di Amerika Syarikat. Tidak
seperti Amerika Syarikat, Britain tidak mengenakan cukai kepada
penduduk luar mengikut global kekayaan mereka kerana mereka hanya
membayar cukai ke atas pendapatan yang diperoleh di UK.
Ketua
empayar fesyen Gucci, Francois-Henri Pinault berpindah dari Perancis ke
London bersama isterinya yang juga pelakon, Salma Hayek selepas kerajaan
Perancis mengenakan 75 peratus kadar cukai ke atas golongan terkaya di
negara terbabit.
Meskipun begitu, mereka menafikan hal terbabit sebagai punca perpindahan. Britain mempunyai bilangan bilionair lebih daripada tiga kali ganda dalam satu dekad. Jumlah
kekayaan mereka kini mengatasi tahap pra kemelesetan tahun 2008
apabila kekayaan 75 jutawan di UK bernilai RM1,099 bilion. (myMetro)