BILANGAN jutawan di seluruh dunia melebihi 6 juta orang dalam tahun 2016. – Gambar Hiasan
HONG KONG – Bilangan jutawan di seluruh dunia meningkat hampir 8 peratus tahun lalu sekali gus menjadi angka tertinggi sepanjang zaman membabitkan kira-kira 16.5 juta orang dengan kekayaan terkumpul mencecah AS$63.5 trilion (RM268.6 trilion), kata firma perunding global, Capgemini dalam satu laporan yang dikeluarkan baru-baru ini.
Aset individu dengan kekayaan bersih tinggi (HNWI) yang didefinisikan oleh Capgemini sebagai mereka yang mempunyai aset boleh labur bernilai AS$1 juta (RM4.2 juta) atau lebih tinggi, menokok 8.2 peratus dalam 2016 dan dijangka melepasi angka AS$100 trilion (RM423 trilion) menjelang tahun 2025.
Menurut laporan tersebut, kira-kira 1.15 juta orang menjadi jutawan baharu pada tahun lalu.
Amerika Syarikat(AS), Jepun, Jerman dan China mencatat paling ramai jutawan dengan ketiga-tiga negara itu merangkumi hampir dua pertiga bilangan jutawan di dunia.
Di AS pula, bilangan jutawan bertambah daripada 4.46 juta kepada 4.8 juta orang, manakala jumlah jutawan di China meningkat kepada 1.13 juta berbanding kira-kira sejuta orang.
Rantau Asia-Pasifik, Eropah dan Amerika Utara menyumbang sama rata kepada peningkatan kekayaan itu dengan Rusia, Brazil serta Kanada mengubah trend penurunan bilangan jutawan yang berlaku setahun lalu, kata Capgemini.
Rusia yang dibantu pemulihan dalam pasaran sahamnya, menyaksikan bilangan jutawan di negara itu dan kekayaan mereka bertambah sebanyak 20 peratus.
Perancis mengatasi Britain dalam aspek bilangan jutawan pada kedudukan lima teratas, manakala Sweden mengambil alih tempat ke-25 daripada Singapura. – Reuters
KUALA LUMPUR- Petronas pada Sabtu menafikan dakwaan seorang blogger bahawa syarikat merancang untuk memberhentikan 5,000 pekerja pada tahun depan dalam apa yang dikatakan sebagai satu lagi pusingan “pengurangan kakitangan” di seluruh kumpulan.
Dalam satu kenyataan di sini, syarikat minyak nasional itu menafikan sepenuhnya dakwaan blogger Syed Akbar Ali di laman web OutSyed the Box.
Menurut syarikat minyak itu, proses semakan semula perniagaan kumpulan yang dijalankan tahun lepas telah membabitkan 2,300 pekerjaan seperti yang diumumkan sebelum ini dan pada masa ini tidak ada rancangan untuk melaksanakan satu lagi proses berskala sedemikian.
“Petronas, bagaimanapun, komited untuk membina budaya kerja berprestasi tinggi di mana pengoptimuman tenaga kerja dan penyelarasan berfungsi merupakan proses berterusan yang memerlukan keupayaan dan akauntabiliti yang lebih tinggi serta penilaian prestasi yang lebih ketat dalam kalangan pekerjanya,” katanya. – Bernama
DI sebuah bandar, semangkuk mi biasanya berharga tidak lebih dari RM10, tetapi sebuah kedai di Taipei telah menetapkan harga semangkuk mi yang tidak masuk akal dan pengunjung membayarnya dengan gembira.
Restoran Niu Ba Ba yang diasaskan pada tahun 1990 di Taiwan, menyajikan lapan jenis mi daging lembu, bermula dengan hidangan klasik mi sup daging 'Beef Father' (RM67.30)) sehinggalah yang paling mahal, Mi Sup Daging Presidential yang berharga TWD10,000 (RM1,401.05) semangkuk.
"Harga mi kami yang paling murah nampak agak 'cekik darah' untuk setengah orang," kata pemilik generasi kedua Niu Ba Ba, Eric Wang Yiin Chyi.
"Tetapi cara kami menghasilkan mi daging lembu di sini membezakan kami dengan restoran lain," katanya.
Setiap mangkuk sup mempunyai sekurang-kurangnya potongan empat jenis daging premium dari Amerika Syarikat dan Australia.
Hanya daging dan bahagian terbaik seperti rusuk dan rib-eye yang digunakan dalam Mi Sup Daging Presidential.
Dagingnya direbus dan dibekukan selama tiga hari sebelum dipotong dalam bentuk tertentu untuk mencapai tekstur dan rasa yang sempurna.
Enam campuran air rebusan diperlukan untuk menghasilkan kuahnya.
Lima jenis mi boleh dipadankan dengan pilihan yang berbeza, yang membolehkan pengunjung membuat pesanan mengikut kesesuaian.
Walaupun kedai ini telah mengumpulkan ramai pengikut dan dapat menarik pelancong dari seluruh dunia, kejayaannya hari ini tidak dikecapi dengan mudah.
-fotoCNN
Setelah menghabiskan masa lebih dari dua dekad di Kanada, Wang Tsung Yuan yang merupakan pengasas Niu Ba Ba dan juga bapa kepada Yiin Chyi memutuskan untuk pulang ke Taiwan dan membuka kedai mi pada tahun 1990.
"Pada mulanya rasanya tidak sesuai untuk tekak orang Taiwan dan perniagaan nampak suram," katanya kepada CNN Travel.
"Rakan ayah saya menarik diri selepas hanya 11 hari."
Bertekad untuk mencipta mi sup daging lembu terbaik di dunia, Tsung Yuan menghabiskan masa bertahun-tahun untuk menyempurnakan resipinya.
Pada tahun 2007, Niu Ba Ba berpindah ke lokasi baharu yang lebih kecil walaupun pelanggannya semakin bertambah.
"Ia mampu menampung lebih kurang 18 hingga 20 pelanggan," katanya.
"Kami akan kurang memberi fokus untuk menyempurnakan setiap mangkuk mi jika terdapat pelanggan yang ramai. Kualiti lebih penting berbanding kuantiti."
Restoran ini telah menghidangkan Mi Sup Daging Presidential sekitar 20 tahun lalu, tetapi harganya yang mengejutkan hanya dimuktamadkan pada tahun 2007.
"Kami tidak menetapkan harganya selama hampir 14 tahun, kami minta pelanggan membayar nilai yang difikirkan setanding dengan kualitinya.
"Ramai yang menyatakan mereka sanggup membayar TWD10,000 (RM1,366.95) untuk mi ini. Dan pada tahun 2007, kami membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai harga rasmi."
Dia turut mengesyorkan pelanggan supaya membuat tempahan dua hari lebih awal.
SETELAH 84 tahun Nestle memperkenalkan coklat dalam industri makanan, ia hanya boleh didapati dalam tiga variasi iaitu coklat gelap, susu dan juga putih.
Seiring dengan peredaran zaman serba moden, syarikat pembekal dan pengeluar coklat dan koko terkemuka dunia, Barry Callebaut memperkenalkan coklat berwarna merah jambu.
Dan ya, coklat yang diberi nama coklat ruby ini bebas pewarna dan perasa tiruan!
Syarikat berpangkalan di Zurich itu menghabiskan masa selama 13 tahun untuk menghasilkan coklat tersebut yang dibuat daripada biji koko ruby.
Koko tersebut tumbuh di negara seperti Ecuador, Brazil dan Ivory Coast tetapi Barry Callebaut merupakan syarikat pertama mengubah bahan asas itu menjadi coklat merah jambu melalui proses yang rumit.
Dilancarkan di Shanghai, China pada Selasa lalu, coklat merah jambu itu dilaporkan manis tetapi sedikit masam kerana rasa beri semula jadinya.
Coklat itu sudah dipasarkan di pasar raya utama di China dan Barry Callebaut mendakwa ia mendapat maklum balas positif di kalangan pelanggan.
Namun, syarikat itu perlu menunggu sekurang-kurangnya enam bulan lagi sebelum memperkenalkan coklat terbaharu itu di pasaran dunia.
“Kami tidak menambah bahan perasa dan juga pewarna. Ia datang secara semula jadi dari biji koko tersebut,” kata Ketua Inovasi dan Pegawai Kualiti Barry Callebaut kepada akhbar UK, The Guardian. – Agensi
SEOUL – Sebelum ini netizen digemparkan penciptaan produk bulu mata dengan lampu kecil dipanggil F.Lashes yang membolehkan mata anda bercahaya meriah macam suasana hari raya.
Namun kali ini adalah lebih unik apabila cuba bayangkan kuku jari tangan anda pula yang mampu dihias indah dengan kerlipan ‘lampu lip lap’ yang bersinar ceria terutama jika berada dalam suasana gelap.
Itulah yang dilakukan oleh Park Eunkyung, seorang pereka kuku yang popular dari Korea Selatan. Beliau mungkin memulakan satu trend dalam seni perhiasan kuku – lampu lip-lap dengan light-emitting diode (LED)
Menurut laporan media tempatan, kuku dengan lampu LED berwarna-warni sebegini memang amat sesuai bagi mereka yang mahu menjadi perhatian utama dalam majlis keramaian atau pesta sukaria komuniti.
Laman sesawang Oddity Central melaporkan, Eungkyung, yang diikuti ramai menerusi akaun Instagram, memuat naik satu siri gambar idea seni perhiasan kreatif beliau – kuku palu yang dihias dengan lampu LED.
Menarik? Namun pada masa yang sama ia sukar untuk dilaksanakan. Beliau kemudian membuat keputusan untuk terlebih dahulu mengenakan reka bentuk seperti anting-anting bagi perhiasan LED yang luar biasa itu.
Selepas meggerudi satu lubang kecil di kuku palsu itu, Eunkyung memasang perhiasan tersebut di hadapan dan menghubungkannya dengan bateri-bateri bersaiz mini dipasang di belakang kuku palsu berkenaan.
Oddity Central tidak pasti berapa lama jangka hayat bateri tersebut dapat bertahan atau jika Eunkyung merancang untuk menjual perhiasan kuku LED tersebut kepada mana-mana syarikat yang berminat.
Namun ramai sudah tidak sabar untuk mendapatkan alat itu. Gambar dan video beliau di Instagram sahaja sudah ditonton puluhan ribu kali dan berkemungkinan menjadi trend masa depan. – Agensi Sesuaikah untuk hiasan orang Islam? Lihat sebelum ini..
Industri halal kini juga berkembang menerusi atas talian melalui platform e-dagang.
DENGAN jumlah populasi kini melebihi 30 juta penduduk, Malaysia sedang memacu industri halal di seluruh dunia. Sebagai bukti, Nestle Malaysia dan Pusat Kecemerlangan Halal yang diterajui oleh Nestle adalah di antara pengeluar terbesar produk halal sedunia. Istilah ‘halal’ diterima baik dalam masyarakat hari ini sekali gus menjadikan ianya norma baharu bagi pengilang dan peruncit untuk menghasilkan dan mempromosikan produk berlabel halal. Pasaran halal global yang dianggarkan bernilai AS$2.3 trilion telah berkembang di luar sektor makanan dan kini merangkumi industri farmaseutikal, kecantikan dan kosmetik, produk kesihatan, pelancongan serta industri fesyen dan kewangan.
Sektor baru ini, digabungkan dengan kuasa penduduk Islam yang berkembang (1.8 bilion dan semakin bertambah), menjadikan pasaran halal sebagai pasaran yang menguntungkan. Jadi apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan halal? Istilah halal bermaksud dibenarkan dalam Islam mengikut undang-undang syariah. Halal juga berkait rapat dengan konsep tayyib yang bermaksud makanan yang murni dan sihat. Sekiranya industri halal berjaya menggabungkan semua trend terkini dengan mendapat pengiktirafan halal, majoriti penduduk dunia yang bukan Islam juga akan berminat dengan produk halal. 1] Sektor kecantikan Bidang kecantikan halal membawa fenomena baharu dalam bidang kecantikan. Menurut satu laporan oleh Grand View Research baru-baru ini, pasaran kosmetik halal global bernilai AS$16.23 bilion pada 2015 dan dijangka mencapai AS$50.02 bilion pada 2025. Peningkatan mendadak adalah disebabkan oleh pengguna bukan Islam yang juga mencari produk selamat dan mula mementingkan pensijilan. Pengusaha tempatan perlu melihat potensi pasaran halal kerana terdapat peluang eksport besar kepada negara-negara Islam. Satu contoh pengusaha kosmetik milenium tempatan yang ingin mengubah persepsi produk halal di mata orang ramai menjadikan penjenamaan yang menyeronokkan dan unik sebagai tarikan. Syarikat besar seperti Unilever dan Loreal juga mengambil langkah mendapatkan perakuan halal bagi beberapa produk mereka atas faktor permintaan yang besar daripada pengguna Muslim di seluruh dunia serta kesedaran tentang kesihatan yang semakin meningkat. Jenama kecantikan tempatan harus menyedari permintaan ini dan mula mengeluarkan produk yang disahkan halal kerana ini akan menambah daya saing kepada mereka. 2] Sektor makanan Menurut HDC, sektor makanan menyumbang kepada lebih daripada 60 peratus pasaran global untuk produk halal. Ini termasuk daging, makanan yang diproses, dan roti di mana barangan diproses menyumbang kira-kira 35 peratus daripada jumlah keseluruhan. Dengan peningkatan perdagangan halal global, banyak negara mengambil inisiatif untuk memanfaatkan potensi pertumbuhan ini. Sebagai sebuah negara Islam, Malaysia berada di kedudukan baik sebagai pusat promosi, pengedaran dan pengeluaran makanan halal. Di dalam industri pemakanan halal, syarat-syarat halal mesti dipatuhi di semua peringkat pengeluaran dan rantaian bekalan, termasuk perolehan bahan mentah, logistik dan pengangkutan, pembungkusan serta pelabelan. Memandangkan Kerajaan Malaysia memberi tumpuan kepada peningkatan pengeluaran makanan serta menjadikan Malaysia hab halal antarabangsa, syarikat pemprosesan makanan memanfaatkan kekuatan Malaysia dalam pensijilan halal dan usaha promosi kerajaan untuk menawan pasaran halal di luar negara. 3] Fesyen muslimah Menurut Laporan Ekonomi Negara Islam Global, pengguna Muslim membelanjakan kira-kira AS$243 bilion pada pakaian dan dijangka mencapai AS$368 bilion menjelang 2021. Pengusaha dan pereka fesyen mula sedar akan potensi pasaran ini dan mula menyertai arena ini. Sebagai contoh, Nike memperkenalkan rangkaian Pro Hijab untuk atlet wanita Islam, rantaian fesyen Jepun Uniqlo memperkenalkan Uniqlo x Hana Tajima Collection dengan koleksi tudung dan H&M menampilkan model Muslim yang mengenakan tudung dalam iklan. Fenomena sebegini menjadi penyumbang kepada pertumbuhan industri fesyen muslimah. 4] Kewangan Islam Industri kewangan Islam telah berkembang dengan pesat sejak sedekad yang lalu pada kadar 10 hingga 12 peratus setiap tahun. Hari ini, aset kewangan patuh syariah dianggarkan bernilai kira-kira AS$2 trilion, meliputi institusi kewangan bank dan bukan bank, pasaran modal, pasaran wang dan insurans (takaful). Di kebanyakan negara Islam, aset perbankan Islam dilihat berkembang dengan lebih pesat daripada aset perbankan konvensional. Terdapat juga peningkatan minat dalam kewangan Islam daripada negara bukan Islam seperti Hong Kong, Singapura dan Eropah. 5] Sektor pelancongan Menurut laporan, pelancongan melibatkan Muslim menjana AS$139 bilion dalam KDNK dan mewujudkan 4.5 juta pekerjaan di seluruh dunia. Trend ini memacu pertumbuhan dalam perkhidmatan mesra-Islam kerana usahawan menyedari industri perhotelan bersifat pasif dalam melayani pelancong Muslim untuk semua segmen sebelum ini. Aplikasi lokasi seperti Google Maps dan Foursquare membantu pengguna untuk mencari restoran halal dan masjid di mana-mana mereka berada. Tripfez juga telah mencapai piawaian baru dengan menawarkan pelancong Islam penginapan mesra-Muslim kepada lebih daripada 55,000 hotel di seluruh dunia. 6] Masa hadapan Industri halal kini juga berkembang menerusi atas talian yang membolehkan pelanggan mencari pelbagai produk dan perkhidmatan halal melalui platform e-dagang. Dengan lebih banyak pengusaha tempatan dalam segmen halal, dijangka akan meluaskan lagi pasaran halal dan global secara keseluruhannya. Sokongan mantap daripada kerajaan dari segi kewangan dan bantuan mentor terutamanya Matrade dan Perbadanan Pembangunan Halal banyak membantu usahawan tempatan yang ingin meneroka dan menghasilkan produk halal dan memasarkannya ke negara lain. Oleh itu, masa hadapan industri halal dilihat cerah dan memberangsangkan dengan pelbagai ruang yang berpotensi untuk diceburi. Oleh, Ahmad Qaiyum & Raeesa Sya
Coklat berwafer rangup KitKat hanya mempunyai beberapa perisa sahaja termasuk teh hijau di Malaysia, tetapi di Jepun terdapat lebih 300 jenis perisa yang kebanyakannya luar biasa sedapnya.
Mungkin tidak semua perisa yang ditawarkan kena dengan tekak semua orang, namun perisa pelik seperti wasabi, ubat batuk, sake (arak diperbuat daripada beras), kicap soya dan kentang bakar ternyata ‘terlaris’ di kalangan peminatnya.
Di sini disenaraikan 9 perisa KitKat paling sedap yang pernah berada dalam pasaran Jepun buat masa terhad (limited edition), dan kini dijual kembali di laman bidaan eBay pada harga melambung:
1. Tembikai dan Garam
KitKat perisa tembikai dan garam ini diperkenalkan sebagai produk edisi terhad bagi musim panas. Ini kerana, orang Jepun kebiasaannya makan tembikai yang diletakkan sedikit garam sebagai penyejuk badan semasa cuaca panas di Jepun yang mencecah 40 darjah Celsius! Oleh itu KitKat telah memperkenalkan perisa ini yang mungkin dianggap pelik oleh orang luar namun unik dan tersendiri dalam budaya Jepun.
2. Cuka Epal
Cuka epal sememangnya dianggap tonik ‘ajaib’ bagi orang Jepun dan dipercayai menjadi rahsia mengapa orang Jepun mempunyai jangka hayat yang panjang dan kesihatan yang baik. Cuka epal terbaik sebenarnya diperbuat daripada epal-epal segar dari ladang di Okinawa yang terletak di gugusan kepulauan Kyushu. Oleh itu, tidak hairanlah KitKat memperkenalkan perisa ini di pasaran negara itu.
3. Royal Milk Tea (Teh Susu DiRaja)
Jangan tak tahu, sebenarnya orang Jepun bukan sahaja gemar minum teh hijau, malah mereka juga ‘gilakan’ teh susu yang digelar royal milk tea di sana! Perkataanroyal atau DiRaja itu dipinjam daripada tradisi minum petang orang British. KitKat teh susu ini diperbuat daripada adunan teh hitam dan susu dari wilayah Hokkaido bersama coklat putih.
4. Kicap Soya (Shoyu)
Bagi penggemar sushi, kicap cair atau shoyu ini biasanya dihidangkan sebagai sos pencicah namun KitKat telah mengadaptasikan perisa umami atau savuri shoyu ini bersama coklat putih. Hasilnya? Khabarnya rasanya tidaklah terlalu pelik, seakan-akan karamel garam laut dengan rasa manis-manis masin yang menerujakan.
5. Wasabi
Wasabi merupakan sejenis lobak hijau yang mempunyai rasa yang pedas menyengat dan biasanya dihidangkan seperti ‘sambal’ di dalam sushi. Tak semua yang tahan dengan rasanya kerana pedasnya menusuk hidung dan bisa ‘clear’kan resdung anda, tetapi Nestle berjaya menyatukan wasabi dan coklat putih dengan baik sekali. Kalau nak cuba, KitKat Wasabi ini ada dijual di kedai-kedai makanan ringan Jepun terpilih di sekitar ibu kota dengan harga RM38.90 sepaket besar.
6. Ubat Batuk
Mengambil perisa gula-gula melegakan batuk bernama Nodo Ame Aji, Kit Kat perisa pelik terbaru edisi tahun 2017 ini mula dijual sejak lewat Ogosa lalu di Jepun. Menurut laman web Nestle Jepun, pembuatnya mahu menggabungkan rasa sejuk ubat batuk itu dengan manis berlemak coklat putih untuk menghasilkan bar KitKat yang ‘nyaman dan menyegarkan’. Fuh! Mungkin rasanya seakan-akan coklat pudina je lah kot?
7. Ubi Keledek Bersira
Ubi keledek merupakan salah satu tanaman yang menjadi kebanggaan nasional masyarakat Jepun di mana ubi keledek terbaik dikatakan ditanam di negeri Okinawa, secara tradsionalnya ubi ini disediakan sebagai pencuci mulut dengan direbus terlebih dahulu sehingga empuk sebelum disira dengan air gula. Nestle cuba untuk menginterpretasikan perisa ini ke dalam KitKat dengan mencampurkannya dengan coklat putih dan khabarnya, ramai yang amat menggemari KitKat keledek bersira yang dikeluarkan untuk masa terhad musim luruh ini.
8. Ginger Ale (Soda Halia)
Soda halia ini biasanya diminum panas-panas semasa musim sejuk di Jepun. Oleh itu, logiklah jika Nestle memperkenalkan KitKat perisa ini untuk edisi terhad musim salji.Menurut beberapa reviu yang kami baca, KitKat soda halia ini mempunyai rasa masam lemon dan sedikit buih-buih seakan-akan air bikarbonat, namun tidak pedas seperti halia.
9. Baked Vanilla Pudding (Puding Vanila Bakar)
Haa,KitKat ini yang dikatakan paling unik kerana ianya perlu dibakar dahulu di dalam ketuhar sebelum boleh dinikmati panas-panas! Mempunyai perisa sirap mapel dan vanila yang manis dan lemak berkrim, apabila dibakar teksturnya bertukar menjadi rapuh dan rangup seperti pastri!
Begitulah 9 daripada lebih 300 variasi KitKat yang ada di Jepun mengikut musim. Meskipun kebanyakannya agak asing dan pelik di mata orang luar, namun KitKat amat dekat di hati rakyat Jepun dan mereka sudah pasti ternanti-nanti apakah perisa baru yang akan diperkenalkan di masa hadapan.
Bolehkah suasana bisnes begini diwujudkan di Malaysia? Jom kreatif.. (IH)
SIAPA yang tidak kenal dengan pelawak Nabil Ahmad? Rasanya semua orang akan terhibur dengan celoteh dan lawak spontannya itu.
Tapi, bagaimana pula jika Nabil yang merupakan seorang pelawak berkongsi kisah tentang hal-hal agama?
Baru-baru ini tular satu video tentang perkongsian pelawak ini menerusi laman Internet. Video yang berdurasi 16 minit 21 saat itu merupakan perkongsian hidupnya daripada seorang mat despatch kini bergelar artis.
Menurut perkongsian itu, Nabil mengakui dalam masa hanya dua bulan gajinya yang dari RM600 boleh menjadi RM50,000. Haaa.. macam mana boleh jadi macam tu?
Katanya, dia percaya dengan kuasa sedekah selain tidak pernah melupakan ibu bapa walau dalam apa jua keadaan.
“Tapi satu saya tak pernah lupa. Saya tak pernah tinggalkan mak bapak saya, saya tak pernah berhenti bersedekah. Saya keluar pintu masjid ada seorang pakcik tahan saya.
“Dia minta sedekah, saya ada RM2 saya bagi RM1. Baki saya isi minyak motor. Masa tu minyak tak cukup sampai kena tolak motor. Tapi dua tiga bulan lepas tu, hidup saya terus berubah,” katanya dalam perkongsian itu.
Sebenarnya, video itu telah dirakam tiga tahun lepas, tapi baru-baru ini sahaja ia menjadi tular dan mendapat perhatian netizen.
“Kalau nak tahu video ini dirakam tiga tahun lalu, tetapi saya pelik kenapa baru sekarang ia dimuat naik ke YouTube.
Bagaimanapun, saya okey saja kerana apa yang dikongsi itu perkara baik dan bermanfaat untuk semua,” katanya dipetik laporan Harian Metro.
Bapa kepada dua orang puteri ini juga menjelaskan perkongsiannya itu adalah dari hati sekali gus menepis dakwaan yang menyatakan dia riak dan mahu menunjuk-nunjuk.
Biasalah tu, apa sahaja yang public figure buat pasti mendapat perhatian netizen, tak kiralah baik ke buruk.
“Apa yang saya kongsi ini jujur dari hati. Orang tanya jadi saya jawab. Dalam masa sama, saya mahu didik orang ramai supaya sentiasa beringat.
“Bersedekah bukan ketika kita senang saja, tetapi bila-bila masa.
“Saya beri ilmu percuma pun orang kata saya riak. Sedangkan ada yang berkongsi pengalaman dengan bayaran, tiada sesiapa pula kritik,” ujarnya.
Dalam pada itu, Nabil juga mengakui sedikit sebanyak sikap ibunya yang suka bersedekah itu turut terkena tempias kepada dirinya. Bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Bukan ke bagus sikap macam ini. Sekurang-kurangnya bolehlah dijadikan contoh teladan buat anak-anak kecil. – MYNEWSHUB.
BERITA pemergian pengasas Sate Kajang Hj Samuri, Datuk Samuri Juraimi, pada 2 September membuatkan bukan sahaja penduduk di sekitar Kajang dan Bangi bersedih, malah perasaan sama dikongsi seluruh rakyat Malaysia.
Allahyarham antara ahli perniagaan berbangsa Melayu terawal yang berjaya membawa jenama satenya ke peringkat tertinggi.
Di sini dipaparkan 10 fakta yang mungkin tidak diketahui tentang Samuri dan jenama besar yang dibinanya.
1. Samuri mewarisi perniagaan sate daripada bapa saudaranya, Haji Tasmin.
2. Beliau kerap membantu bapa saudaranya itu sejak di zaman sekolah.
3. Berhenti kerja dengan sebuah syarikat telekomunikasi pada 1987 untuk menumpukan perhatian terhadap perniagaan sate.
4. Beliau diminta meneruskan perniagaan itu oleh anak-anak Haji Tasmin selepas kematiannya pada tahun 1992.
5. Ia kemudiannya membawa kepada penubuhan Sate Kajang Haji Samuri.
6. Menggunakan modal permulaan RM18,000, perniagaan itu pada mulanya berdepan cabaran tersendiri apabila ramai pelanggan meminta untuk menjamah Sate Haji Tasmin.
7. Sehingga kini sudah memiliki 20 cawangan di seluruh negara.
8. Turut memiliki tiga buah kilang untuk memproses sate dan kuah.
9. Lima orang anak hasil perkongsian hidup dengan Datin Jani Mohamad Amir turut meminati bidang perniagaan sate.
10. Rahsia kejayaan perniagaan sate Haji Samuri — “Jangan menipu pelanggan dan berikan mereka perkhidmatan terbaik.”
“SAYA tidak memikirkan tentang rancangan kegagalan. Jika fikir itu, saya tiada masa untuk maju ke hadapan.” Itulah kata-kata motivasi anak Muslim Singapura bernama Aaron Rylan Keder.
Kisah inspirasi kejayaan pemuda Melayu tempatan yang kini berusia 29 tahun itu dan pernah hidup susah menjual bertih jagung, mula menjadi tular di republik tersebut setelah menjadi jutawan pada usia seawal 24 tahun sahaja!
Aaron, adalah pemilik dua buah syarikat, ejen hartanah dan juga jurulatih motivasi, yang pernah menarik perhatian media tahun lalu apabila kereta Lamborghini miliknya menjadi sasaran aksi seorang penunggang basikal lasak.
Tidak dapat dinafikan, aura, gaya dan cara perbualan dirinya mudah membuat seseorang itu terpaku untuk terus mendengar dan menimba ilmu daripada kisah pengalaman peribadi beliau.
Apa tidaknya, beliau berjaya bergelar seorang jutawan pada usia muda sedang ramai rakan sebayanya baru mula bekerja. Ditambah pula dengan kejayaan serta kemewahan yang diraihnya setakat ini.
Jejaka bujang ini turut menjadi sumber inspirasi dan dorongan bagi ramai belia mahupun usahawan yang mahu mengikut jejak langkahnya dan menjadi seorang yang berjaya.
“Jika kebanyakan orang fikir rancangan kegagalan hingga lupa bergerak ke hadapan, saya rasa saya lebih banyak luang masa untuk berfikir tentang peluang sehingga terlupa memikirkan tentang kegagalan,” kongsi Aaron lagi.
Mendedahkan tentang cara pemikiran yang diamalkannya kepada agensi beritaMediaCorp. yang pasti, matlamat pemilik syarikat Newash Facility Management dan syarikat reka bentuk ARK-hitecture ini adalah jelas!.
Beliau fokus untuk sentiasa cari peluang dan jana pendapatan. Malah, berbekalkan ilmu dalam bidang hartanah, Aaron turut memanfaatkannya untuk kukuh perniagaan bagi dua syarikat selain memastikan pendapatan terjamin.
“Sebagai seorang ejen hartanah, saya menyasarkan kepada pasaran khusus besar iaitu bagi hartanah berlaman sahaja (landed property), untuk membantu perniagaan saya selama ini.
“Ini kerana di akhirnya, saya tidak mahu menjadi seorang ejen. Matlamat utama saya adalah untuk memajukan bisnes saya dan membina sebuah empayar,”kongsinya, yang membuka bisnes Newash terlebih dahulu.
Memiliki sebuah syarikat pengurusan kemudahan dan raih pendapatan besar dari penjualan hartanah berlaman mungkin dapat memuaskan sesetengah pihak, tetapi tidak semudah itu bagi Aaron.
Beliau ternyata enggan berhenti setakat di situ. Bahkan, beliau bertindak untuk berkolaborasi dengan seorang rakan yang memiliki syarikat reka bentuk dalaman bagi memberikan khidmat kepada klien dalam bidang hartanah.
Bagaimanapun, Aaron akhirnya bertekad untuk membuka syarikat reka bentuk dalamannya sendiri meskipun tidak ada sebarang pengalaman, selepas berlaku apa yang didakwanya ketidakadilan dalam kolaborasi tersebut.
“Secara jujur, bidang ini bukanlah minat saya. Saya tidak gemar melukis dan saya bukan jenis teknikal. Tetapi ada peluang kerana pasaran ini kian luas dengan ada lebih banyak flat Bina-Ikut-Tempahan dan flat jualan semula.
“Dan dengan bisnes-bisnes di bawah naungan saya setakat ini, saya kini dapat melakukan semua khidmat langsung di bawah satu bumbung,” jelasnya, yang mempunyai sekitar 300 pekerja bagi kedua-dua syarikatnya.
Yang jelas, beliau berjaya maju setapak demi setapak untuk capai kejayaannya. Malah, kejayaan ‘bertahap’ itu juga dapat dilihat menerusi kereta Lamborghini Gallardo LP560 miliknya, iaitu kereta keenam yang dibelinya setakat ini.
Bermula dengan sebuah van Fiat Doblo, beliau kemudian menukar kepada kereta pertamanya, Mazda 3 dan beralih ke Toyota Silica, BMW Z4, Maserati Granturismo sebelum memiliki Lamborghini Gallardo Generasi Pertama.
Aaron memberitahu: “Saya menetapkan matlamat jangka 1 tahun enam bulan untuk tukar kereta. Jika saya mampu beli, saya akan beli sebagai ganjaran kepada diri saya sendiri,” katanya, yang membeli tanpa sebarang pinjaman.
Mustahil wang tidak sedikit sebanyak membawa kebahagiaan. Begitu juga yang dirasakan oleh Aaron sewaktu beliau menginjak dewasa. Bahkan, itu jugalah yang menjadi pendorong utamanya untuk terus berjaya ketika itu.
Namun, semakin beliau meningkat dewasa, Aaron kini lebih terdorong apabila melihat mereka yang lebih berjaya. Meskipun begitu, beliau kini lebih memberikan tumpuan kepada usaha menghulurkan bantuan kepada orang lain.
“Dahulu, saya terlalu memberikan tumpuan kepada urusan kerja sehingga terlupa pada mereka yang berada dalam kesukaran terutama dalam masyarakat setempat saya sendiri.
“Bahkan, pada bulan Ramadan lalu, saya mula tertanya-tanya, dengan semua kemewahan ini, adakah ia cukup bagi saya? Anda mungkin berfikir saya berasa gembira, tetapi tidak. Saya sedar kebendaan tidak membuat saya gembira.
“Dan sebagai seorang Muslim, saya yakin bahawa, lebih banyak kebaikan yang kita lakukan, lebih banyak keberkatan dari Allah. Dan apabila saya membantu orang lain dan melihat mereka tersenyum, saya berasa gembira.
“Jadi itulah matlamat sekarang. Saya tidak hanya mahu bergantung kepada kemewahan, tetapi mahu bantu orang lain dan harap mereka mendoakan saya, sementara saya terus bekerja keras capai apa saya inginkan,” kongsi Aaron.
Untuk rekod, beliau sendiri tidak pernah malu apabila bertugas sebagai seorang penjual bertih jagung dan tukang pembersih sebelum dikerah menjalani Perkhidmatan Negara (NS) sewaktu zaman remaja dahulu.
Juga ingin membantu melatih para usahawan belia, Aaron turut berkongsi pendapat tentang cara untuk mengembangkan idea selain memberi panduan bagi memulakan bisnes baharu.
Antaranya adalah untuk mendapatkan geran pemerintah bagi syarikat pemula SME dan perbanyakkan bertanya serta mendapatkan bantuan daripada mereka yang terlibat dalam industri yang ingin diceburi itu.
“Selain itu, jangan membeli sesuatu di luar kemampuan anda. Elakkan pinjaman kerana ia boleh membebankan anda. Jika anda sudah mengembangkan bisnes, cari pelabur untuk memperluaskan portfolio anda.
“Juga sentiasa berasa terdorong. Jika anda berada dalam zon selesa, sudah tiba masa untuk anda keluar dan bergaul dengan mereka yang lebih berjaya bagi kongsi pendapat, tetapi usah lupa untuk pijak di bumi nyata,” katanya.
Aaron turut menasihati usahawan muda supaya jika boleh mengelakkan ada dua pemilik serentak dalam sesebuah syarikat tetapi pemilik tersebut digalakkan untuk berkolaborasi.
Beliau juga menekankan pentingnya mencari peluang untuk berkembang dengan sentiasa rajin membaca akhbar harian selain membuat lebih ramai rakan agar dapat melihat gambaran dunia yang lebih luas.
“Pendek kata, seperti yang dinasihatkan ibu saya – jangan pernah menaiki lif untuk elak naik tangga; sentiasa naik tangga itu setapak demi setapak,” katanya, yang turut ada hasrat untuk menceburi bisnes makanan suatu hari nanti.
Aaron turut gembira, prestasi masyarakat Islam Singapura kini semakin baik, dengan ada lebih ramai graduan dari universiti tempatan. Cara pemikiran masyarakat juga kian berubah dan ramai kalangan Melayu berani mencuba.
“Saya berasa gembira apabila melihat perubahan ini. Ia adalah suatu perubahan positif. Tetapi mereka kurang mendapat bimbingan bagi memulakan bisnes pada peringkat permulaan.
“Lantas, saya ingin bantu melatih dan menghubungkan mereka dengan pihak yang sewajarnya bagi memperluaskan idea dan perniagaan mereka,” katanya lagi. – Agensi.
Peluang Kerja dan Jadi Usahawan Gunting Rambut. Tel Terus.. ABBU 011 33111321 (KL) E-Persatuan Pengusaha Barbershop (E-PPB) Bermatlamat: Lahirkan Usahawan Gunting Rambut. Beri Kursus, Bimbingan dan Kerja.
RM200-RM300 Sehari. Peluang Kerja Korea Selatan. Hanya RMXXXX Tiket & Khidmat..
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.
Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?
IBNU HASYIM adalah nama samaran bagi Hj Mohd Hashim. Pernah menulis dibeberapa akhbar tempatan. Mantan Pengarang Majalah Al-Ummah dan pernah menghasilkan beberapa buah buku politik, sejarah dan agama. Menjadi ahli bisnes separuh jalan..
I was right
-
Refer to my previous entry: Will there be WW3? Finally, common sense
prevails. The US and Iranian leadership chose the right path: immediate
de-escalation....