Friday, 9 March 2012

Pen Quran Elektronik Model Baru

Holy Quran New Model


Price : RM 350

More advantages than the previous as:

>Holy Qur'an in Utmanic font
>Reciter select feature
>Reciting feature for the touched Kalima(word)
>Reciting feature for the touched Ayah(verse)
>Reciting feature for the touched Surah(chapter)
>Reciting feature for the touched Fiqrah(paragaph)
>Recording voice for comparison quran sounds
>Repeat feature(3 times)
>MP3 feature with 4MB memory.
>stereo quanlity complete system.

can sms or contact if interested.. tq

Phone Affan: 0173100615

Tuesday, 6 March 2012

Tun Daim: Hutang negara masih terkawal

daim zainuddin


Kadar hutang negara masih pada paras yang boleh diurus dan Malaysia tidak akan muflis menjelang 2020 seperti yang didakwa sesetengah pihak, kata bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Di samping itu, segala pinjaman yang dibuat oleh kerajaan adalah bersumberkan daripada pinjaman domestik, kata Daim, yang juga merupakan penasihat ekonomi kerajaan Malaysia pada tahun 1990an.

"Satu perkara penting mengenai hutang negara adalah kebanyakannya ia diperoleh daripada pinjaman domestik.

"Jenis pinjaman ini lebih stabil dan tidak mendedahkan Malaysia kepada aliran keluar modal besar secara tiba-tiba," katanya dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia yang disiarkan semalam.

Daim berkata, walaupun beberapa penganalisis bimbang kadar hutang negara dijangka meningkat 1.3 peratus kepada 54.8 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini, berbanding 53.1 peratus pada 2010, kenaikan ini adalah wajar sebagai tindak balas terhadap krisis kewangan global yang bermula pada penghujung 2008.

"Kenaikan terkini adalah disebabkan oleh kemelesetan ekonomi dunia dan subsidi besar yang diperlukan untuk menampung kenaikan harga barang makanan dan tenaga," katanya.

Beliau menegaskan paras hutang negara tidak mungkin mencapai 100 peratus pada 2019 kerana pihak kerajaan telah berazam untuk mengurangkan defisit fiskal kepada 4.7 peratus pada 2012 yang akan mengurangkan keperluan kenaikan dana (hutang).

Justeru, beliau berkata situasi hutang negara tidaklah amat mencemaskan seperti yang dicanang oleh beberapa pihak.

"Secara peribadi saya akan menasihatkan kerajaan untuk mengawal dan menurunkan hutang berkenaan.

"Ini baik untuk kerajaan dan juga menjawab segala kritikan mengenai isu berkenaan," katanya.

Daim sokong model ekonomi Najib

Pada wawancaranya itu, Daim juga menyokong model ekonomi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kerana ia memberi Malaysia arah masa depan yang lebih baik.

Bekas Menteri Kewangan dan penasihat ekonomi kerajaan itu berkata pembangunan ekonomi negara bergantung kepada bagaimana efisien penggunaan sumber, persaingan antara pekerja serta kepakaran pekerja dalam negara.

najib tun razak press conferenceMalaysia mempunyai asas untuk menjadi ekonomi yang hebat kerana mempunyai tenaga kerja, sumber dan infrastruktur, institusi dan polisi yang fleksibel bagi menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi.

"Kita sepatutnya mempengaruhi masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum dan etnik untuk memaksimumkan kelebihan lokasi di Asia, rantau paling cepat berkembang di dunia," kata beliau.

Selain itu, Daim berkata Malaysia adalah negara berpendapatan sederhana dan rakyat mempunyai kualiti hidup yang boleh dikatakan tinggi, bagaimanapun, cabaran bagi ekonomi Malaysia adalah berbeza berbanding pada ketika negara masih berpendapatan rendah.

"Pelbagai strategi dan pelan telah disediakan untuk membawa Malaysia kepada peringkat pembangunan yang lebih tinggi.

"Ekonomi Malaysia mempunyai kelebihan terutama dalam aktiviti berasaskan pengetahuan seperti teknologi maklumat dan komunikasi, pendidikan dan perkhidmatan kesihatan, sektor kewangan, logistik dan pengangkutan.

"Sektor pembuatan dengan industri elektronik yang besar telah membangunkan tahap kecekapan pada paras yang baik dan kehadiran eksport yang kuat, seperti sektor pertanian terutama dalam industri minyak sawit adalah kompetitif," katanya.

Menurut Mingguan Malaysia, berdasarkan laporan terkini Bank Pembangunan Asia, ekonomi Asia seperti China, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia dan Thailand akan menanggung 45 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia menjelang 2050.

Sementara itu, seluruh rantau Asia akan menanggung 51 peratus KDNK global pada 2050, malah nilai KDNK akan meningkat kepada US$148 trilion bagi seluruh rantau Asia.

Laporan HSBC yang dilakukan tahun lepas bertajuk “Dunia pada 2050” mengenalpasti China, India, Filipina, Mesir diikuti Malaysia termasuk di kalangan 26 negara teratas

- Bernama

Saturday, 3 March 2012

Dr M : Kenaikan gaji mungkin mufliskan Malaysia

KL 3 Mac 12: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa Malaysia sudah mempunyai terlalu banyak cuti umum sehingga sukar bagi meningkatkan produktiviti.

mahathir ebook launching 091211 02Katanya, jika keadaan itu berterusan dengan kerajaan memilih untuk membayar lebih untuk kurang bekerja, negara akan menghadapi kesukaran kewangan yang serius atau menjadi muflis seperti yang berlaku di negara Barat.
jika.

“Apabila kita bekerja jumlah hari yang kurang, maka produktiviti juga akan berkurangan.

“Kita mempunyai cuti yang terlalu banyak. Terdapat 52 hari Ahad dan ditambah lagi 52 hari Sabtu.

“Kita juga diberi cuti untuk semua perayaan keagamaan, walaupun agama itu mempunyai penganut yang kecil.

"Kita sekarang pula menggantikan secara automatik cuti umum yang jatuh pada Ahad atau Sabtu dengan hari yang lain,” katanya dalam entri terbaru dalam blog beliau di bawah tajuk "Gaji Minimum".

Gaji minimum

Dr Mahathir juga melahirkan kebimbangan dengan dasar gaji minimum yang bakal meningkatkan gaji secara keseluruhan kerana majikan akan cuba memastikan persamaan antara gred pekerja yang berbeza dapat dikekalkan.

NONEPada 24 Februari lalu, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia sedang memuktamadkan segala proses sebelum menguymumkan dasar gaji minimum bagi pekerja di sektor swasta di seluruh negara.

Menurut menterinya, Datuk Dr S Subramaniam, tindakan itu akan menyaksikan kira-kira 30 peratus daripada tenaga kerja di negara ini yang kini berpendapatan di bawah RM900 menikmati kenaikkan gaji minimum yang belum ditetapkan lagi itu.

Menurur Dr Mahathir, Malaysia boleh menjadi muflis apabila gaji atau pampasan untuk bekerja tidak diikuti dengan pertambahan produktiviti.

"Kita semua mahu menyaksikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Namun kita mesti juga bimbang mengenai daya persaingan kita.

"Menambah pendapatan mesti meningkatkan kos pengeluaran melainkan produktiviti turut bertambah," katanya.

Menurutnya, Barat kini menghadapi masalah kewangan yang gawat dengan sekurang-kurangnya sebuah negaranya menjadi bankrap selepas membayar gaji berlebihan kepada rakyat mereka.

"Upah dan gaji yang tinggi, bonus yang besar dan pelbagai manfaat seperti bayaran untuk pengangguran menjadikan negara Barat kelihatan makmur. Tetapi cara boros mereka tidak boleh berterusan.

"Saya bimbang Malaysia mungkin menuju ke arah ini jika kita membayar lebih untuk kurang bekerja, seperti yang kita lakukan sekarang," kata beliau.

Tidak baik

Dr Mahathir juga membidas pentadbiran selepasnya kerana menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 25 peratus.

Walaupun, tidak menamakan perdana menteri yang bertanggungjawab ke atas kenaikan itu, sasaran Dr Mahathir adalah penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi yang katanya, mengurangkan peruntukan pembangunan bagi menaikkan gaji.

“Pernah seorang perdana menteri, pentadbiran yang lalu, menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 25 peratus. Namun tidak ada bukti bahawa hasil kerajaan pula meningkat sehingga 25 peratus.

Lazimnya, peningkatan adalah hanya kira-kira 10 peratus. Ini bermakna peningkatan kos operasi 25 peratus itu terpaksa ditampung dengan pemotongan 25 peratus peruntukan pembangunan,” katanya.

Menurut Mahathir, pengurangan peruntukan bagi pembangunan adalah tidak baik bagi negara yang sedang pesat membangun seperti Malaysia. (MK)

Friday, 2 March 2012

Tempat Letak Kereta Jadi Pusat Lindungan Bom

SEORANG pengawal keselamatan membuka sebuah pintu kecemasan di kawasan meletak kenderaan di bawah tanah yang diubahsuai menjadi sebuah pusat perlindungan bom di Habima, Tel Aviv kelmarin.

JOM KREATIF

TEL AVIV, Israel – Israel membina sebuah pusat perlindungan bom di bawah bangunan sebuah plaza dekat Teater Kebangsaan Habima di sini.

Kerja-kerja bagi membina pusat perlindungan itu kini memasuki peringkat terakhir. Pusat perlindungan itu mempunyai tempat tinggal untuk lebih 1,600 orang. Ia merupakan sebahagian daripada infrastruktur pertahanan di sini.

Pusat perlindungan itu mempunyai sistem penapisan bagi memastikan orang ramai yang berlindung masih dapat menghirup udara yang tidak tercemar walaupun terdapat satu serangan kimia.

Ia dibina sebagai sebahagian daripada kerja-kerja pengubahsuaian sebuah bangunan pawagam yang siap dilakukan pada lewat tahun lalu. Jurucakap Kementerian Pertahanan, Roi Flyshman berkata, pusat perlindungan itu amat canggih.

Pusat perlindungan itu merupakan tempat meletak kereta bawah tanah yang telah diubahsuai.

“Sejumlah tempat meletak kenderaan di negara ini boleh menjadi pusat perlindungan dan kami akan mencontohi pembinaan pusat perlindungan bom itu,” katanya.

Ketua Pengarah Pusat Perubahan Sourasky di sini, Gabi Barbash berkata, sebuah tempat meletak kereta bawah tanah boleh diubah menjadi sebuah wad kecemasan dengan 1,000 buah katil dalam tempoh 48 jam.

Pusat perlindungan bom itu dibina ketika timbul spekulasi bahawa Israel akan menyerang Iran ekoran isu program nuklear. – Agensi

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'

Pengecas bateri berkuasa air untuk telefon bimbit


SEBUAH pengecas FC PowerTrekk (kiri) berada di tepi sebuah telefon bimbit yang dipamerkan pada Kongres Telefon Bimbit Sedunia di Barcelona kelmarin.BARCELONA, Sepanyol - Sebuah firma Sweden, MyFC mengeluarkan pengecas bateri berkuasa air yang boleh digunakan untuk mengecas telefon bimbit seperti iPhone di luar rumah.

JOM KREATIF

PENGECAS itu menukarkan air menjadi tenaga elektrik. Ia yang dikenali sebagai FC PowerTrekk amat berguna kepada pengembara, pekerja bantuan dan anggota tentera.

Ketua Eksekutif MyFC, Bjorn Westerholm berkata, pengecas itu boleh menggunakan air laut dan air tawar. - Agensi

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'

Thursday, 1 March 2012

Mengapa AirAsia untung, MAS gulung tikar?



KUALA LUMPUR, 1 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak kerajaan melakukan sesuatu bagi mengelakkan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) terus mengalami kerugian.

Dalam laporan terbaru menunjukkan MAS mencatat kerugian untuk tahun 2011 sebanyak RM2.52 bilion.

“DPPM mempersoalkan mengapa syarikat tersebut mengalami kerugian begitu banyak untuk tahun lepas.

“Apakah ia berpunca dari kelemahan dari segi urus tadbir dan strategi perniagaan yang tidak berkesan?” tanya Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor (gambar).

Katanya, keadaan ekonomi global yang tidak berkembang dengan sihat tidak boleh dijadikan alasan mengapa MAS rugi kerana banyak lagi syarikat penerbangan negara serantau mencatat keuntungan yang baik.

Bagi DPPM, ujarnya MAS perlu dipulihkan bagi menyelamatkannya dari terus mengalami kerugian.

Menurutnya lagi, MAS adalah sistem penerbangan utama negara, justeru ia tidak patut dibiarkan gulung tikar.

Katanuya, mungkin pihak pengurusan MAS belajar dengan syarikat penerbangan seperti AirAsia yang terus cemerlang dengan keuntungan.

Beliau menambah, AirAsia yang baru ditubuhkan beberapa tahun lepas dan hanya mempunyai operasi perniagaan yang lebih kecil mampu membina empayar kejayaan mereka.

“Apakah rahsia kejayaan ini sehingga mampu melakar kejayaan bermakna sebaliknya MAS pula menanggung kerugian?” katanya.

Baginya, MAS adalah identiti penerbangan utama negara, kegagalan MAS bererti kegagalan negara dalam melahirkan syarikat penerbangan bertaraf dunia.

Justeru, ujarnya imej negara pula akan jatuh di peringkat antarabangsa kerana gagal mengurus syarikat penerbangannya setanding dengan syarikat penerbangan negara-negara lainnya.

“Tidak ada ertinya kehebatan lapangan terbang negara ini bertaraf dunia dan mendapat pengiktirafan antarabangsa sekiranya syarikat yang menguruskan sistem penerbangan utama negara pula gagal menempatkan kedudukannya,” ujarnya.

Rakyat Malaysia, kata beliau pastinya malu apabila mendengar MAS terus mencatat kerugian buat beberapa tahun lagi dan akhirnya terpaksa menggulung tikar dan menyerah kalah.

“Apakah lagi kebanggaan rakyat Malaysia pada industri penerbangan negara?” soalnya. (Hrkh)